Saya kongsikan tulisan Dr Azizul Azli sebagai panduan kita bersama. Pastikan ada simpanan sendiri.
Semoga mendapat sesuatu dari pengalaman beliau ini
---->
#TabungRumah
Zaman saya gila beli rumah lelong dulu. Ada satu kes suami punyalah benci pada anak dan isteri.
Cara dia nak halau keluar isteri dengan jual rumah yang mereka duduk.
Isteri merayu beberapa kali pada lawyer untuk tangguhkan agar proses tuntutan harta sepencarian berjalan.
Suami berkeras juga. Suami potong bekalan api dan air agar anak dan isteri bergelap.
Saya nampak lawyer jadi serba salah dalam hal ini. Tetapi mereka jalankan tugas dan ada tempoh masa.
Masuk sebulan lepas proses selesai, bila saya datang dengan kawan yang beli rumah itu dah bergelap.
Kami ingat dah tiada orang. Rupanya isteri dan anak lelaki itu masih ada dalam kediaman.
Waktu itu rasa nak menitis air mata. Dia keluar dari rumah yang gelap gelita dengan anak kecilnya
Baju, barang rumah penuh dalam kereta Toyotanya diluar rumah.
Apa yang sahabat saya buat.
Kami carikan sebuah rumah teres setingkat, sewa lori dan pindahkan anak dan isteri ini.
Deposit dan tiga bulan sewa dan sewa lori dia bayarkan.
Dia ada kerja tetap, tetapi hampir 70% gajinya dibuat hutang untuk bagi suami berniaga.
Suami buat jual beli urusan ikan di sempadan sana. Waktu untung luar biasa. Bila Tsunami datang habis perniagaanya hilang begitu saja.
Bila dah selalu disana, maka hatinya terpaut dan bercinta lagi. Bencinya pada anak isteri luar biasa.
Kawan kawan,
Jangan ingat rezeki kita itu sebab usaha dan bijaknya kita berniaga.
Dalam setiap rezeki kita ada hak anak, isteri dan ibubapa. Jangan yakin bahawa ini semua usaha kita.
Asbab doa dan susahnya mereka, maka kita tumpang rezeki mereka.
Dalam ebook ini ada panduan nak beli rumah lelong yang murah. Kita bukan hanya beli tapi kita bantu orang juga.
https://bit.ly/30FdYww
Maka bila jadi isteri.
1. Belajar buat simpanan juga, jangan hanya bergantung suami.
2. Jangan buat hutang untuk perniagaan. Semua mentor perniagaan kata begitu bukan saya saja.
3. Suami juga, jangan jadikan isteri talian hayat anda. Jika muflis satu keluarga semua susah.
4. Bagi gegadis, belilah harta. Mulakan dengan rumah kecil dan sederhana.
Jika nak baca kisah bagaimana orang beli rumah lelong murah murah disini kawan
https://bit.ly/30FdYww
Selamat membaca, dan jadilah pelabur bijak bergaya.
Azizul Azli Ahmad
#Kongsikan agar jadi pengajaran buat semua

OnPay
3 in 1 Kombo Ebook Rumah Lelong
Jom belajar beli rumah Lelong!!
Bukan sekadar teori tetapi real case study ..
Bukan sekadar teori tetapi real case study ..
#TabungRumah
PERLUKAH TANGGUH BELI RUMAH?
1. Jika duit kita cukup cukup sahaja hidup tiap bulan, tangguh dulu beli rumah.
2. Belajar sewa rumah dulu, bayar sewa secara konsisten. Jika tak mampu bayar pindah rumah kecil.
3. Jika dah beli rumah, wajib bayar sampai habis. Jika tak mampu kita tak boleh lari membayar. Komitmen rumah 30-35 tahun bayar hutang yang panjang.
4. Separuh usia kita habis bayar hutang rumah. Beli rumah yang betul, bukan yang bebankan hidup kita.
5. Jangan juga bertangguh, adakalanya hidup ini perlu dipaksa dan disuruh. Jika tidak makin lewat kita beli, makin lambat kita bersara bebas hutang nanti.
Cari calon isteri yang bahagiakan kita, bukan bebankan kita dengan tudung jenama 'itik'nya.
Azizul Azli Ahmad
#LelakiSeksiAdaRumahSendiri
#GadisBistariAdaRumahSendiri
#NotaHartanahPercuma t.me/NotaAzizulAzli

BELILAH RUMAH SEBELUM 30 TAHUN
Cabaran beli kediaman sebelum usia 30 an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha.
1. Buat satu Tabung Rumah Impian
2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang.
3. Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250.
4. Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB
5.Setahun kita telah ada RM6000 simpanan.
6. Setelah 5 tahun simpanan tersebut akan jadi RM30 000 sahaja.
7. Jika kita ada bonus atau tutup Astora kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000.
8. Ishh...geramnya rasa macam nak beli kereta baru. (Jangan jadi dungu)
9. Sasaran kita rumah yang harga RM250 000 sebab itu yang kita mampu .
10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari terus kekal menyewa.
11. Bayaran deposit sekitar RM25, 000 (10%). Baki yang ada bayar Lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya.
12. Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada.
13. Amacam? Ada berani?
14. Oh lupa, semak rumah subsale di mudah dot my atau ptoperty guru.
15. Jangan beli rumah dari Pemaju, tengok harga dah bebulu. Rumah undercond jaga jaga dalam ekonomi begini. Nanti beli rumah dinding tak ada.
16. Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu. Banyak skim rumah pertama bagi 100% biaya
Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu.
Azizul Azli Ahmad
#IngatLelakiSexyAdaRumahSendiri
#Kongsikan agar kita semua ada rumah sendiri nanti

RUMAH SEMUANYA MAHAL?
1. Pemikiran anak muda hari ini mudah terpesona dengan ungkapan 'Rumah Semuanya Mahal'
2. Tumpuan anak muda hanya pada katalong jualan rumah yang ada dipasaraya.
3. Perhatian mereka pada rumah baru sahaja. Mereka tak beli rumah 'subsale' dan lelong yang ada.
4. Mereka malu belajar beli rumah lelong kerana kotor dan tak cantik rupanya.
5. LUASKAN PANDANGAN dan RENDAHKAN PIAWAI. Takkan nak kolam mandi dalam rumah waktu hidup berdua.
6. Ukurlah baju dibadan sendiri dan bukan dibadan Nelofa atau Mira Filzah.
Akan ada rumah yang mampu kita beli jika kita bijak urus wang sendiri
Azizul Azli Ahmad
#PasaranSubsaleMasihBanyak
#BelajarMenabungBeliRumah

RULE OF THUMB BELI RUMAH
Rule of 30
Bayaran bulanan beli rumah tak lebih 30% peratus pendapatan kasar suami-isteri.
Kalau dapat 30% dari gaji bersih, lagi baik.
Jika pendapatan bulanan suami-isteri RM10,000, bayaran bulanan tidak lebih RM3,000.
Jika pendapatan bulanan suami-isteri RM5,000, bayaran bulanan tidak lebih RM1,500.
Jika jodoh bertemu tujuan hidup. Hanya 30% dari gaji buat bayaran rumah.
Jika gaji RM3,000. Bayaran rumah yang sihat sebaiknya RM900 sahaja. Rumah yang kita layak beli cuma RM180,000 sahaja.
Kawan kawan,
Makin besar bayaran hutang rumah, makin susah kita ada simpanan.

HARTANAH BUAT ORANG BUJANG.
1. Jika masih bujang, belum jumpa pasangan idaman. Belajar beli hartanah sebagai pelaburan.
2. Boleh beli rumah baru, terpakai (subsale) atau lelong sahaja. bergantung bajet kita dan mana kita mampu.
3. Sebaiknya beli yang 3 bilik dan 2 bilik air. Elakan beli unit studio SOHO, SOVO atau SOFO sebaiknya.
4. Pastikan kawasan kita beli ada potensi sewa yang baik. tak semestinya di Kuala Lumpur, di Seremban pun orang nak rumah sewa, di Aloq Setaq pun orang nak rumah sewa. Dimana sahaja asal ada potensi sewa.
5. Sebaiknya dekat dengan tempat kediaman kita agar mudah uruskan juga. Hartanah adalah komitmen kita, kena jaga dan uruskan juga.
6. Pastikan dapatkan kediaman yang positive cashflow, kadar bayaran bank lebih rendah dari pendapatan sewa. "Mana ada sekarang bang?". Cari sampai jumpa, tak jumpa jangan beli.
7. Jika beli masa bujang, kita ada peluang sewakan perbilik dan uruskan sendiri. Jika kita penuhkan dengan katil, tilam dan perabot, satu bilik 2 orang. Kita akan ada 5 penyewa.
8. Jika satu penyewa RM250 x 5, kita akan ada sebulan RM1250 sahaja. Kita boleh beli kediaman yang bawah RM200K dari pasaran terpakai masih banyak sebenarnya.
9. Jika bayaran bank RM800 sebulan, kita ada lebihan RM400 sebulan. Setahun RM4800 duit lebihan pendapatan pasif.
kawan kawan,
Hidup ini akan ada peluang jika kita berusaha sendiri.
"Gaji saya kecik bang" Jangan buat, kau belum layak.
"Mana dapat rumah RM200K?" Tak cari menang tak jumpa.
"Baik saya letak RM200k dalam ASB jer bang boleh dapat RM9200 setahun, lagi untung"
Hartanah selain ada pendapatan sewa, ia ada peningkatan nilai. Kata orang Kodiang 'appreciation value' . Tahun ini beli RM200k, Tahun depan nilainya dah jadi RM230K.
"Tapi kalau kau malas nak urus rumah sewa, malas jumpa penyewa Jururawat hospital yang manis dan lawa lawa". Jangan buat dik bahaya, nanti dapat jodoh disana.
Gittew.
Abah Qilah
Ada Rumah Sewa.
#Belajar beli rumah sewa dan cantikkan disini kawan kawan

BELI RUMAH ATAU BINA RUMAH?
Keduanya ada kelebihan dan kekurangannya. Bergantung situasi dan keadaan kewangan dan matlamat kita sebenarnya.
1. Ada orang mewarisi tanah dari keluarga, tetapi kediaman jauh dipendalaman dan hanya akan bina dan duduk rumah sendiri bila bersara nanti. Jimat duit beli tanah .
2. Ada orang mula kerja, terus beli rumah kecil dan sederhana. Bila bersara nanti dah habis bayar hutang rumah, tak perlu pening kepala bab hutang lagi.
3. Ada orang mula kerja beli tanah, lepas 10 tahun masih tak naik naik lagi rumah. Duit dan faedah bank sedang tertanam dalam tanah. Sewa rumah tetap kena bayar juga. Nak buat loan bina rumah dah tak lepas sebab hutang beli tanah.
4. Jika tak mahu terbeli rumah terbengkalai, elakkan beli rumah dalam pembinaan. Ada banyak hartanah overhang tak terjual dan subsale dipasaran hari ini.
5. Ramai nak jimat tak lantik arkitek, hanya mintak pelukis pelan atau kontraktor buat binaan. Rumah adalah 'mesin kehidupan', jika kita buat sambil lewa, lepas 5 tahun kos baiki akan sangat tinggi.
6. Dalam pembinaan kita ada kos 'conigency', tanam cerucuk asalnya kita rancang 150 batang jadi 300 batang cerucuk sebab tanah lembut. Ada banyak belanja ikut kesesuain dan luar jangkaan kos kita kena sediakan. Belum kira kontraktor lari tengah malam raya haji lagi.
Semua ada kos tersembunyi yang kita kena belajar,
Tidak semua perkara semudah kita jangkakan.
Semak kewangan keluarga kita, kita hanya ada modal kerja 30 tahun kerja himpun duit buat rumah atau bayar hutang rumah.
Itu semua pilihan kita. Hanya kita yang tahu mana terbaik, jangan tanyakan sesiapa.