NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
#TabungRumah

BELILAH RUMAH SEBELUM 30 TAHUN

Cabaran beli kediaman sebelum usia 30 an. Jangan merungut lagi kediaman mahal, mari kita berusaha.

1. Buat satu Tabung Rumah Impian

2. Lebih hebat jika kita boleh buat potongan RM500 sebulan jika bujang.

3. Jika dah kawin suami RM250 dan isteri RM250.

4.  Supaya lebih disiplin dan konsisten isi borang arahan tetap simpanan Tabung Haji atau ASB

5.Setahun kita telah ada RM6000 simpanan.

6. Setelah 5 tahun simpanan tersebut akan jadi RM30 000 sahaja.

7. Jika kita ada bonus atau tutup Astora kita boleh tambah lagi RM2000. Jumlah terkumpul RM20 000.

8. Ishh...geramnya rasa macam nak beli kereta baru. (Jangan jadi dungu)

9. Sasaran kita rumah yang harga RM250 000 sebab itu yang kita mampu .

10. Rumah kecil dan sederhana saja, lebih baik dari terus kekal menyewa.

11. Bayaran deposit sekitar RM25, 000 (10%). Baki yang ada bayar Lawyer, duti setem, jurunilai dan sebagainya.

12. Duit tak cukup KWSP akauan 2 ada.

13. Amacam? Ada berani?

14. Oh lupa, semak rumah subsale di mudah dot my atau ptoperty guru.

15. Jangan beli rumah dari Pemaju, tengok harga dah bebulu. Rumah undercond jaga jaga dalam ekonomi begini. Nanti beli rumah dinding tak ada.

16. Jika berilmu deposit itu boleh dapat rendah dari jumlah itu. Banyak skim rumah pertama bagi 100% biaya

Ilmu mesti ada. Baca buku cari ilmu. Mesti dapat rumah satu.

Azizul Azli Ahmad

#IngatLelakiSexyAdaRumahSendiri
#Kongsikan agar kita semua ada rumah sendiri nanti