NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
Penjelesan tentang cukai perkhidmatan oleh Dr Azizul Azli

Apa Khabar 8%

1. Cukai Jualan atau Perkhidmatan:
   - Bayangkan anda membeli sesuatu, seperti telefon baru. Apabila anda membayar, ada sedikit tambahan jumlah pada harga. Tambahan itu adalah cukai jualan atau perkhidmatan.
   - Ia seperti yuran kecil yang diberikan kepada kerajaan setiap kali anda membeli sesuatu.

2. Cukai Satu Peringkat:
   - Cukai ini dikutip hanya sekali, biasanya apabila produk dijual kepada pengguna akhir (anda).
   - Berbeza dengan beberapa cukai lain, ia tidak berlaku pada peringkat yang berbeza (seperti apabila pengeluar menjual kepada pengedar, yang kemudian menjual kepada peniaga).


3. Cukai Akhir:
   - Setelah dibayar, perniagaan tidak dapat mengembalikan wang cukai itu. Ia seperti mengucapkan selamat tinggal padanya selamanya.
   - Jadi, mereka tidak boleh mendapatkan bayaran balik atau kredit untuknya.

4. Kesan Cukai ke Atas Cukai:
   - Bayangkan anda menggabungkan blok-blok tersebut. Setiap kali anda menambah blok (cukai), ia diletakkan di atas blok sebelumnya.
   - Cukai perkhidmatan boleh ditambahkan kepada harga barang atau perkhidmatan beberapa kali sepanjang rantaian bekalan (dari pengeluar hingga peniaga hingga anda).

5. Barang Yang Bukan Dikenakan Cukai:
   - Walaupun sesuatu barang tidak dikenakan cukai (seperti beberapa jenis makanan asas), perniagaan mungkin masih membayar cukai perkhidmatan untuk perkara lain (seperti perkhidmatan perakaunan atau audit).
   - Kos itu akan diteruskan kepada anda secara tidak langsung.

6. Harga Lebih Tinggi untuk Anda:
   - Kerana perniagaan tidak boleh mendapatkan balik cukai perkhidmatan yang dibayar, mereka sering memasukkannya dalam harga barang yang mereka jual.
   - Jadi, apabila anda membeli sesuatu, anda membayar bukan sahaja untuk produk tetapi juga untuk cukai perkhidmatan yang tersembunyi, walaupun anda tidak sedar.

Secara ringkasnya, cukai perkhidmatan adalah kos tambahan yang secara tersembunyi meningkat apabila produk bergerak dari pengeluar kepada anda - pengguna akhir. ๐Ÿ›’๐Ÿ’ฐ

Kambalikan GST je lah
Semalam harga emas melonjak naik sehingga ke paras USD2082.55 /Oz.

Apa sebabnya?

Jawapan: semalam ada satu laporan PMI (Purchasing Manager Index) (1/3/2024)

Laporan ini adalah index arah yang memberikan gambaran tentang aliran ekonomi yang lazim dalam sektor pembuatan di US, samada berkembang, kekal atau mengucup.

Pergerakan di dalam PMI memberikan pandangan berguna kepada pelabur dan penganalisis pasaran kerana ia menjadi petunjuk utama aktiviti ekonomi US.

Mari kita taksirkan laporan PMI semalam.

Pakar ekonomi meramalkan PMI index February 2024 adalah 49.5

Namun laporan semalam menunjukkan PMI adalah 47.8 (miss).

Ia menunjukkan pengucupan sebanyak 1.7

PMI yang menguncup memberi kesan negatif kepada matawang USD.

Bila USD negatif, maka lawan kepada USD iaitu emas akan positif.

Sebab itu emas naik semalam.

P/s: Secara teknikal, saya boleh katakan yang harga ini berada pada harga resistance/ syiling yang kuat. Ada kemungkinan boleh jatuh balik minggu depan.

Sekian

#NotaEmasSyukorHashim
Alhamdulilah syukur.

Tahniah semua Gold Savers team #KakItaGold.

Untuk bulan February 2024, kalian semua telah berjaya menukarkan sejumlah lebih RM50,000 kepada Emas sebagai simpanan.
๐Ÿ‘๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰๐Ÿ”ฅ๐ŸŒน

Jom teruskan untuk bulan-bulan berikutnya. Konsisten menyimpan, inshaAllah pasti nampak hasilnya.

Saya doakan semoga Allah murahkan rezeki kalian semua dan dapat mencapai target simpanan masing-masing dalam waktu terdekat.

Aamiin.. Allahumma Aamiin ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ
Letak target masing-masing.

Jika kita mampu lebih dari 1 gram sebulan, silakan. Konsisten sahaja setiap bulan.

Jika kita tidak mampu 1 gram, set saje sekurang-kurangnya RM100 sebulan. Apa yang paling penting adalah konsisten menyimpan setiap bulan.

Jom.. Belum terlambat untuk mulakan azam baru. ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅโค๏ธ
#TabungRumah

HARTANAH BUAT ORANG BUJANG.

1. Jika masih bujang, belum jumpa pasangan idaman. Belajar beli hartanah sebagai pelaburan.

2. Boleh beli rumah baru, terpakai (subsale) atau lelong sahaja. bergantung bajet kita dan mana kita mampu.

3. Sebaiknya beli yang 3 bilik dan 2 bilik air. Elakan beli unit studio SOHO, SOVO atau SOFO sebaiknya.

4. Pastikan kawasan kita beli ada potensi sewa yang baik. tak semestinya di Kuala Lumpur, di Seremban pun orang nak rumah sewa, di Aloq Setaq pun orang nak rumah sewa. Dimana sahaja asal ada potensi sewa.

5. Sebaiknya dekat dengan tempat kediaman kita agar mudah uruskan juga. Hartanah adalah komitmen kita, kena jaga dan uruskan juga.

6. Pastikan dapatkan kediaman yang positive cashflow, kadar bayaran bank lebih rendah dari pendapatan sewa. "Mana ada sekarang bang?". Cari sampai jumpa, tak jumpa jangan beli.

7. Jika beli masa bujang, kita ada peluang sewakan perbilik dan uruskan sendiri. Jika kita penuhkan dengan katil, tilam dan perabot, satu bilik 2 orang. Kita akan ada 5 penyewa.

8. Jika satu penyewa RM250 x 5, kita akan ada sebulan RM1250 sahaja. Kita boleh beli kediaman yang bawah RM200K dari pasaran terpakai masih banyak sebenarnya.

9. Jika bayaran bank RM800 sebulan, kita ada lebihan RM400 sebulan. Setahun RM4800 duit lebihan pendapatan pasif.

kawan kawan,

Hidup ini akan ada peluang jika kita berusaha sendiri.

"Gaji saya kecik bang" Jangan buat, kau belum layak.

"Mana dapat rumah RM200K?" Tak cari menang tak jumpa.

"Baik saya letak RM200k dalam ASB jer bang boleh dapat RM9200 setahun, lagi untung"

Hartanah selain ada pendapatan sewa, ia ada peningkatan nilai. Kata orang Kodiang 'appreciation value' . Tahun ini beli RM200k, Tahun depan nilainya dah jadi RM230K.

"Tapi kalau kau malas nak urus rumah sewa, malas jumpa penyewa Jururawat hospital yang manis dan lawa lawa". Jangan buat dik bahaya, nanti dapat jodoh disana. 

Gittew.

Abah Qilah
Ada Rumah Sewa.

#Belajar beli rumah sewa dan cantikkan disini kawan kawan
Perkongsian rakan dealer PG, antara matlamat beliau simpan emas
--->

โ€œ10 Dinar sebagai Mas Kahwin untuk Isteri Tercintaโ€

Alhamdulillah syukur. Impian 3 tahun lepas untuk jadikan 10 dinar sebagai Mas Kahwin jadi kenyataan.

Nak tahu tak kenapa saya jadikan 10 dinar emas ini sebagai mas kahwin untuk isteri saya ?

Kalau nak tahu, baca posting ni sampai habis. Jangan lupa share supaya ramai lagi yang dapat manfaat.

Yang pertama 10 dinar ini adalah simbolik kepada hari perkahwinan saya dan isteri.

Jadi 10 dinar ini pasti isteri saya akan simpan lama dan tidak akan jual sama sekali.

Yang kedua nilai dan harga 10 Dinar Emas ini akan terus meningkat setiap tahun.

Contohnya, 3 tahun lepas 10 dinar ini harganya cuma RM11000++ sahaja. Tapi hari ni dah cecah RM14000++ ringgit.

Yang ketiga saya pilih emas sebab saya tahu kalau bagi duit pasti lambat atau cepat akan habis digunakan.

Lagi satu nilai wang kertas akan terus merosot setiap tahun kerana inflasi sedangkan nilai emas akan terus meningkat dan akan terus beri keuntungan untuk jangka masa panjang.

Jadi inilah 3 sebab kenapa saya pilih emas sebagai mas kahwin.

Semoga bermanfaat.

Mohamed Ridwan
24 Februari 2024

#TipKayaDenganEmas
Perkongsian dari rakan Dealer.

Boleh saje nak lock lebih dari satu EPP.. Asal kan mampu untuk membuat bayaran bulanan. ๐Ÿ‘

2 epp berjalan serentak!
1 lock bulan Jan, 1 lagi bulan Feb.

Tahniah cik Malisa!

Harga emas ni memang tak tunggu siapa-siapa..ada je bajet terus tambah savings okay ๐Ÿ’ช
Ulasan Tn Syukor Hashim tentang Perkongsian sales dari seorang rakan Dealer.

Gais.

Ini adalah kisah luar biasa seorang dealer Public Gold yang baru graduate dan baru berumah tangga.

Namun dia telah berjaya membimbing masyarakat Malaysia untuk menyimpan emas fizikal bersama Public Gold.

Bulan ini (feb 2024), beliau berjaya membimbing penyimpan-penyimpan emas di bawah bimbingan beliau mengalihkan RM1 juta tunai bentuk emas fizikal dan akaun simpanan emas Public Gold (yang boleh difizikalkan).

Dengan kata lain, anak muda ini mendidik masyarakat Malaysia untuk menyimpan emas fizikal yang betul dan selamat.

Inilah contoh pembimbing emas yang sebenar. Beliau tidak percaya kepada emas bunian, yakni jual emas takde emas tapi boleh untung berganda-ganda. Itu mengarut.

Sebelum mendidik masyarakat, beliau sendiri diajar menyimpan emas di bangku universiti oleh ayahnya.

Saya doakan semoga lebih ramai graduan universiti mempunyai ilmu seperti beliau!

#NotaEmasSyukorHashim
Kenapa penyimpan emas takkan rugi?

โœ… Harga emas confirm naik dalam jangka panjang

Ini disebabkan kuasa beli duit semakin turun. Harga emas turun naik dalam jangka pendek perkara biasa.

โœ… Emas adalah duit tunai juga

Jika perlu duit tunai, dia boleh jual emas / gadai sahaja dulu di ar-rahnu untuk dapat duit on-the-spot! Siapa ada emas, maksudnya dia ada duit juga!

โœ… Harga barang naik, harga emas turut sama naik.

Harga barang naik (inflasi) petanda kuasa beli duit kertas menurun. Kita perlu bayar duit yg lebih banyak untuk dapat barang yg sama. Orang simpan emas, kekayaan dia selamat dari dimakan inflasi

โœ… Harga emas tak ada risiko jatuh lingkup macam saham

Belum pernah ada dalam sejarah orang bankrap sebab simpan emas, tapi banyak sejarah orang bankrap sebab simpan duit kertas.

Emas kekal sepanjang zaman
Ciptaan terindah dari yang Maha Esa.

Kredit nota: Puan Odah Solehah

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi saya di
https://publicgold.me/rozitayakkop
Lega... Lepas 10 tahun akhirnya customer saya ni datang ambil semula emas 17 dinar yang dia amanah untuk saya simpankan!...

Dulu En S beli emas 17 dinar yang nilainya sekitar RM10k untuk dijadikan sebagai hantaran. Tapi waktu tu keluarga sebelah perempuan tak faham apa tu dinar.

Keluarga insist nak dalam bentuk duit, bukan emas.

Tapi emasnya dah dibeli.

Jadi dia terpaksa 'pajak' emas kepada saya. Dan saya berikan dia duit untuk hantaran.

Lepas majlis tersebut, dia bayar semula duit pajakan kepada saya. Tapi sejak tu dia tak pernah datang tuntut emas dia dari saya.

Beberapa kali kami berhubung, asyik bertangguh.

Akhir sekali lepas 10 tahun dia datang bersama isterinya ambil emas 17 dinar yang nilainya sudah naik sekitar RM24,000!

Dulu nilainya cuma RM10,000. Dah naik sebanyak RM14,000 (140%)!

Saya rasa lega... Berat bila melibatkan amanah dan hak orang lain yang tak serahkan ni...

Dosa dengan Tuhan mudah nak taubat. Tapi bila melibatkan hak orang lain, orang mati syahid pun terhalang masuk Syurga selagi hak orang lain yang belum dia lunaskan...

Apa-apa pun, terima kasih atas kepercayaan kepada dealership saya. Walaupun dia ikuti perkembangan ketika musibah 2 tahun terjadi kepada saya, dia tak bimbang sebab dia dapat contact isteri saya sepanjang 2 tahun tersebut.

Kami suami isteri pulak yang bimbang takut-takut kami lost contact dengan beliau dan emas tu tak dapat diserahkan.

Kredit nota: Tuan Zulkifli Shafie

Jangan pernah rasa bersalah bila membeli / menyimpan emas.

Dapatkan ilmu.. Jom saya bantu.

Klik, https://publicgold.me/rozitayakkop
๐†๐€๐ ๐€๐”๐“๐Ž ๐ƒ๐„๐๐ˆ๐“ ๐‚๐€๐Œ๐๐€๐ˆ๐†๐

Simpan EMAS di Public Gold dan sertai kempen GAP lucky draw auto debit GAP.

Hadiah utama ialah 10 gram goldbar BungaMas (bernilai RM3300++).

Hanya buat penolakan auto debit GAP dan terus boleh sertai lucky draw.

๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜‚๐˜๐—ผ ๐—ฑ๐—ฒ๐—ฏ๐—ถ๐˜ ๐—š๐—”๐—ฃ:

1๏ธโƒฃ Forgotten savings. Simpan dan lupakan. Tahu-tahu je dah banyak gram dalam akaun. Boleh fizikalkan, jual atau gadai mengikut keperluan.

2๏ธโƒฃ Mudah. Set sekali, sistem akan buat secara automatik selama minimum 12 bulan. Nak lagi lama pon boleh.

3๏ธโƒฃ Paksa diri menyimpan dahulu, baru berbelanja. Amat digalakkan untuk mereka yang boros.

4๏ธโƒฃ Gram emas dalam akaun pasti bertambah. Penyimpan emas yang berjaya adalah yang menambah simpanan emas dengan konsisten.

5๏ธโƒฃ Tak perlu bazir emosi dengan naik turun harga emas, sebab fokus pada penambahan gram. Kalau harga emas rendah dan ada duit lebih, boleh juga tambah gram emas pada bila-bila masa.

6๏ธโƒฃ Berpeluang memenangi hadiah lucky draw setiap bulan. Kalau bulan ni tak menang, penyertaan akan ditambah ke bulan hadapan bererti bulan hadapan akan ada 2 penyertaan kalau buat auto debit sebanyak RM200. Penerangan lanjut di Terma dan Syarat cabutan bertuah auto debit GAP Public Gold.

Bagaimana cara menyertai cabutan bertuah ini?

First sekali, anda hanya perlu menjadi customer Public Gold dan kedua adalah anda hanya perlu buat Auto Debit akaun GAP dengan nilai minima RM200.

๐Ÿ“Œklik untuk info lanjut atau Daftar percuma Akaun Emas anda disini๐Ÿ‘‡
https://publicgold.me/rozitayakkop
*Hari ni saya nak ceritakan 2 strategi untung dengan emas yang pernah guru emas saya kongsikan ketika saya mula-mula menyimpan emas dulu.*

Pertama, simpan sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit.

Kedua, beli banyak terus, sudah tentu, untung pun banyak.

Ok, cerita nya begini. Kalau bajet kita kecil, maka simpanlah sedikit-sedikit tapi harus dibuat konsisten. Contohnya konsisten simpan 1gram, 2gram atau 5gram sebulan.

Dalam jangka masa panjang, atleast 3 hingga 5 tahun, lagi lama lagi bagus. Nilai simpanan kita sudah tentu makin meningkat.

Andai kata kita ada modal yang besar, jadi boleh dapatkan terus emas yang mempunyai nilai yang lebih tinggi.

Saya beri contoh 100gram,  250gram atau 1 kilogram. 

Sebab apa? Sebab potensi untung lebih tinggi.

Dah faham kan?
Jadi,mengapa ragu simpan emas?

Kredit : Farah Aiza
m[2598] Kenapa harga emas boleh naik?
Nota dari mentor Tn Syukor Hashim
3 Mac 2024

Gais.

Kenapa harga emas boleh naik dan naik dalam jangka masa panjang?

Artikel terbaru daripada CNBC mempunyai jawapannya!

Ia berkenaan hutang kerajaan US yang meningkat sebanyak 1 trillion USD hanya dalam masa 100 hari! 

Baca kat sini:
https://www.cnbc.com/2024/03/01/the-us-national-debt-is-rising-by-1-trillion-about-every-100-days.html

Trillion adalah satu nombor yang sangat sukar digambarkan.

Bayangkan anda memiliki duit1 juta (yang nie senang nak bayangkan)

1 juta x 1000 = 1 Billion
1000 Billion = 1 Trillion

Amount ini sangat sukar dibayangkan sebab terlalu besar.

Namun, sebagai penyimpan emas, hutang US yang terlalu banyak boleh menjadi faktor kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang. Kenapa?

Apabila US hutang terlalu banyak dan terlalu cepat, terdapat risiko mereka menjual lebih banyak hutang seperti menjual Treasury Security seperti T-bills, T-notes dan bon. 

Untuk membayar hutang, ada kemungkinan US terpaksa mencetak lebih banyak duit pada masa hadapan. Ini akan meningkatkan risiko inflasi di mana banyak matawang US akan berada dalam pasaran.

Ini menyebabkan nilai USD menurun. Untuk melindungi daripada masalah ini pelabur akan memilih emas sebagai pelindung kuasa beli.

Bebanan hutang yang meningkat boleh meningkatkan kebimbangan pelabur terhadap kestabilan ekonomi US. Kebimbangan ini boleh menyebabkan pelabur memilih untuk beralih kepada emas sebagai portfolio mereka.

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk diingat bahawa hubungan antara hutang US dan harga emas tidaklah semudah yang disangka.

Banyak faktor lain seperti kadar faedah, dasar US Fed, keadaan ekonomi global, dan sentimen pelabur juga boleh memainkan peranan penting dalam menentukan harga emas. 

Walaupun peningkatan hutang AS boleh menyumbang kepada tekanan ke atas harga emas, ia bukanlah satu-satunya penentu kenaikan harga emas.

Apa pun, anda simpan emas untuk jangka masa panjang. 

Beli emas fizikal. Sebab anda boleh pegang dan anda boleh simpan sendiri. Kalau beli emas dalam akaun, pastikan ia boleh difizikalkan.

Jangan beli emas bunian, iaitu beli emas takde emas. Nampak nombor aja. Emas tersebut tidak boleh difizikalkan sebab ia berada di alam lain. Anda akan menghadapi masalah di kemudian hari.

Sebagai manusia, kita kena beli emas yang wujud di alam seorang manusia.

Simple!

#NotaEmasSyukorHashim

---
Berminat nak mulakan simpanan emas?

Hubungi saya ya,
https://publicgold.me/rozitayakkop