NOTA EMAS.KakItaGold
50 subscribers
1.68K photos
32 videos
518 links
Download Telegram
Itu cuma sangkaan orang yang tak faham perangai dealer-dealer emas Public Gold.

Kononnya penjual-penjual emas jual emas tapi mereka sendiri tak simpan emas. Mereka nak duit, bukan nak emas.

Itu tak benar...

Dealer-dealer emas ni memang penyimpan emas tegar. Kalau tak jadi dealer pun, mereka tetap simpan emas juga.

Selain emas, mereka simpan juga duit dalam akaun bank, ASB dan Tabung Haji. Tapi itu cuma duit simpanan jangka pendek dan duit yang nak gunakan dalam masa terdekat.

Simpanan jangka panjang, mereka simpan dalam bentuk emas.

Duit kertas dicipta untuk memudahkan transaksi, bukan untuk disimpan. Duit kertas tak sesuai sebagai simpanan sebab nilainya makin tahun makin susut.

Sebaliknya nilai emas kekal zaman berzaman, bahkan naluri manusia pada emas memang untuk disimpan, bukan untuk dibelanjakan.

Sebab tu lah ramai yang mula kenal simpanan emas, jumlah tabungan mereka meningkat dengan cepat. Sedangkan sebelum tu mereka dah kerja bertahun-tahun tapi simpanan pun tak ada.

Kredit: Tn Zulkifli
Gais.

Ini adalah kisah luar biasa seorang dealer Public Gold yang baru graduate dan baru berumah tangga.

Namun dia telah berjaya membimbing masyarakat Malaysia untuk menyimpan emas fizikal bersama Public Gold.

Bulan ini (feb 2024), beliau berjaya membimbing penyimpan-penyimpan emas di bawah bimbingan beliau mengalihkan RM1 juta tunai bentuk emas fizikal dan akaun simpanan emas Public Gold (yang boleh difizikalkan).

Dengan kata lain, anak muda ini mendidik masyarakat Malaysia untuk menyimpan emas fizikal yang betul dan selamat.

Inilah contoh pembimbing emas yang sebenar. Beliau tidak percaya kepada emas bunian, yakni jual emas takde emas tapi boleh untung berganda-ganda. Itu mengarut.

Sebelum mendidik masyarakat, beliau sendiri diajar menyimpan emas di bangku universiti oleh ayahnya.

Saya doakan semoga lebih ramai graduan universiti mempunyai ilmu seperti beliau!

#NoteMentorEmas
Naluri kita pada emas untuk disimpan, dikumpul lebih banyak, lagi dan lagi. Itulah sebabnya kenapa mereka yang asalnya cuma nak menabung emas #1gram1bulan. Tapi akhirnya pada bulan ke-12, dia sudah ada berpuluh gram.

Matematiknya memang tak logik.

Tapi kesan emosi kita pada emas itulah yang mendorong tabungan emas kita bertambah dengan cepat.

Walaupun kewangan memang tentang kiraan matematik, tapi kita cenderung buat keputusan-keputusan kewangan dengan emosi. Kemudian kita justifikasikan dengan logik untuk menyedapkan hati.

Baca selanjutnya DI SINI

#TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas

Sumber
Auto Debit Lucky Draw

🌟 Januari 2024 Winners 📣

𝐓𝐚𝐡𝐧𝐢𝐚𝐡 kepada kesemua pemenang bagi Kempen GAP Auto-Debit bagi bulan Januari 2024!! 👏🏻👏🏻🎉

Sambutan yang diberikan amat menggalakkan dan kami di Public Gold, berterima kasih atas sokongan anda terhadap produk dan servis yang kami berikan.

Daftar Auto Debit dengan pembelian minimum sebanyak RM200 di dalam akaun GAP dan anda berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bernilai RM120,000 secara keseluruhan.

Tunggu apa lagi? 𝐉𝐨𝐦 𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫 𝐬𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠!! 🌏🤳🏻🙋🏻‍♀

Layari laman sesawang kami bagi mengetahui lebih lanjut tentang servis dan produk di www.publicgold.com
Tertakluk kepada terma & syarat

💫 𝙁𝙖𝙘𝙚𝙗𝙤𝙤𝙠 (http://www.facebook.com/publicgoldinternational)
💫 𝙄𝙣𝙨𝙩𝙖𝙜𝙧𝙖𝙢 (https://www.instagram.com/publicgoldinternational/)
💫 𝙏𝙞𝙠𝙏𝙤𝙠 𝙖𝙘𝙘𝙤𝙪𝙣𝙩 (https://www.tiktok.com/@publicgold_official)
Perkongsian dari Tn Syukor Hashim

Hari ini saya menghadiri Malaysia Gold Conference di JW Marriott Hotel Kuala Lumpur.

Conference ini dihadiri oleh delegasi dari player-player emas di seluruh pelusuk dunia.

Antaranya wakil daripada LBMA, Mr. Jeremy East, Senior Adviser of London Bullion Market Association,

Keynote speech oleh Mr. Sudheesh Nambiath
Precious Metals Department Manager of DMCC Authority (Dubai Multi Commodities Centre)

Mr. Ashok Kumar Gautam
Managing Director & CEO of India International Bullion Exchange IFSC Ltd. (IIBX)

dan ramai lagi player-player besar industri emas dunia hadir dari India, Thailand, Vietnam dan China.

Di conference ini, saya belajar satu perkara penting tentang pasaran emas dunia.

Untuk pengetahuan anda, nilai PURATA urusniaga jual beli emas di pasaran antarabangsa SETIAP HARI adalah USD132 billion (tengok gambar)

Datanya anda boleh lihat di sini 👉 https://www.gold.org/goldhub/data/gold-trading-volumes

Mana-mana syarikat boleh membeli, menjual dan mencairkan bertan-tan emas dengan mudah di pasaran emas dunia.

Takdenya makan masa berbulan-bulan. Sebab gold market sangat cekap dan cair.

Berapa kos belajar ilmu ini?

RM500 ajer gais.

#NotaEmasSyukorHashim
28/2/24
Perkongsian ilmu dari Mahaguru Emas, Tn Syukor Hashim

Gais.

Ini adalah guru emas saya, allahyarham En. Abdul Halim bin Abdul Hamid.

Beliau adalah bekas lecturer untuk subjek Finance and Islamic Banking, Universiti Multimedia kampus Melaka (MMU).

Saya kenal En. Abdul Halim tahun 2008 sebab saya juga staff MMU. Cuma saya kerja bahagian administrative.

Beliau aktif mengajar tentang emas, perak, dinar dan dirham. Kalau anda search kat YouTube, anda boleh jumpa video beliau.

Saya belajar secara bersemuka dengan beliau di biliknya. Beliau sangat menekankan pemilikan emas dan perak fizikal.

Sebab dinar dan dirham yang digunakan oleh umat Islam adalah emas fizikal.

Bagi beliau, emas dan perak adalah wang yang sebenar. Emas dan perak adalah harta sebenar.

Sehinggakan beliau bagitau saya , bahawa emas nie adalah harta untuk dipegang selamanya. Kalau nak pakai duit, gadaikan emas dan ambil duit, lepas tu bila ada duit maka tebus semula emas tersebut.

Jika dah di hujung hayat, emas tu anda boleh wariskan kepada zuriat dan keturunan anda. Biar mereka pula memegang emas tersebut sebagai harta mereka.

Sudah tentu anda perlu mengajar zuriat keturunan anda tentang ilmu emas yang betul supaya mereka simpan emas dengan ilmu.

Bagi guru emas saya, kita mesti back to basic. Emas bermaksud logam berharga yang berwarna kuning, ada fizikalnya dan anda simpan sendiri.

Sepanjang tahun 2008 sehingga sekarang, saya lihat banyak model simpanan emas / pelaburan emas yang lingkup dan bermasalah asbab lari dari konsep asas simpanan emas.

Contoh beberapa bisnes model yang saya pernah tengok.

1. Syarikat emas yang jual emas guna teknik 30:70 yakni pembeli bayar 30% harga emas, lepas tu syarikat bawa ke emas tu ke arrahnu dan gadaikan.

Duit gadaian company ambil. Emas tu dalam Arrahnu, tapi atas nama pembeli.
Dalam kes nie pembeli terlibat dengan hutang dan upah simpan.

Bisnes model nie dah tak tak dengar sekarang. Sebab lebih kepada menguntungkan company sebab boleh push sales tapi boleh jadi perangkap hutang kepada pembeli.

2. Customer beli emas, lepas tu serahkan emas kepada company untuk didagangkan.

Kononnya company terrer jual beli emas ikut analisis teknikal. Jadi company akan generate untung trading kononnnya. Lepas tu company akan share untung dengan customer setiap bulan. Kononnya kalau customer simpan sendiri kurang untung. Kalau serah balik kat company untuk didagangkan = lebih untung.

Bisnes model nie pun dah melingkup.

3. Customer beli emas pada harga yang lebih mahal dari harga pasaran. Customer ambil emas. Namun setiap bulan customer akan dapat bayaran untung setiap bulan daripada company.

Kontrak biasanya 3 bulan. Lepas tu customer boleh jual balik emas ikut harga semasa. Ataupun renew balik kontrak selama 3 bulan dan dapat untung lagi selama 3 bulan.

Model nie pun dan melingkup.

Ps: Ada beberapa variable model seperti nombor 3, hampir serupa. Semua melingkup.

4. Customer beli emas, tapi kena tunggu. Semakin lama customer sanggup tunggu maka semakin murah harga yang mereka dapat.

Contoh. Harga emas RM340 segram. Namun kalau anda sanggup tunggu 1 bulan, harga segram jadi murah RM320 segram. Kalau tunggu 2 minggu, harga RM335 segram. Kalau nak emas murah maka kena sanggup tunggu lama.

Lepas tu, bila emas dah sampai, company offer pulak. Kalau anda jual balik kat company, mereka akan beli balik pada harga tinggi dari harga pasaran.

Tapi anda kena tunggu payment dalam masa seminggu sehinggalah sebulan. Semakin lama delay, semakin tinggi harga buyback yang ditawarkan.

Bisnes model nie dah melingkup. Kalau nak tahu, nie model bisnes Tok Belagak.

Waktu tengah rancak, mereka nie tak boleh ditegur langsung. Dikatanya kita jealous dengan syarikat bumiputera Islam. Agen mereka cakap sales syarikat competitor mereka merudum sebab ini bisnes model ini ini kononnya mengubah lanskap emas Malaysia.

Lepas 2 tahun ajer, semua melingkup.

5. Customer beli emas sikit, tapi dapat banyak ganda emas. Gamenya adalah, bila harga emas naik, maka customer boleh jual emas dan dapat untung berganda.
Customer yang terlibat dengan model ini dah mula nampak masalah. Sebab bila ramai-ramai jual ketika harga emas mahal, maka payment jadi sangkut beberapa bulan. Jadi masing-masing kena sabar menunggu.

Ini adalah contoh sebenar… bila membeli emas.. kena belajar bersabar. Terutamanya apabila tersalah pilih produk atau tersalah pilih syarikat 🤭

Sudah 16 tahun saya belajar dengan guru emas saya, saya dah lihat banyak syarikat datang dan pergi. Banyak personaliti dalam emas datang dan pergi.

Saya pegang ilmu guru emas saya. Back to basic. Beli emas mesti ada emas.

Urusniaga emas mesti straight forward. Kalau ada bengkok sikit ajer, ia akan lingkup dan bermasalah.

Kalau ia pun nak mengubah lanskap emas Malaysia, buatlah dengan cara betul.

Cara salah = future akan bermasalah.

Simple!

Alfatihah (dibaca) untuk guru emas saya En. Abdul Halim.

#NotaEmasSyukorHashim
Harga emas sekali lagi memecahkan rekod harga tertinggi sebelum ni.

Sebelum ni harga tertinggi yang dicatat adalah RM340/gram dan hari ni harga telah mencatatkan rekod baru iaitu RM346/gram!

Tahniah kepada yang sudah ambil tindakan, jangan berhenti untuk terus menabung atau menyimpan emas.

Kalau hari ini anda nampak harga emas sudah mahal, akan datang pasti lebih mahal daripada hari ini.

Kajian pakar mengatakan bahawa harga emas kemungkinan besar akan terus naik sehingga Usd 2,200/Auns menjelang penghujung tahun 2024.

Yang masih berkira-kira untuk ambil tindakan, jangan tunggu harga terbaik tapi ambil tindakan dahulu selepas tu baru tunggu.

Kredit nota: Tuan Khaja Nazimudeen

Berminat untuk mulakan simpanan emas?

Hubungi saya di         
https://publicgold.me/rozitayakkop