Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Gais,

Menyimpan duit nie boleh dikatakan termasuk dalam kategori.
"cakap senang buat susah"

Kenapa susah nak buat? Sebab menyimpan duit bukan fitrah kita.

Fitrah adalah sifat semulajadi manusia. Fitrah termasuk dalam kategori automatik manusia buat tanpa perlu diajar.

Contoh fitrah adalah;

bila lapar kita akan cari makanan.
Bila haus kita akan cari air
Bila sudah akil baligh kita akan cari pasangan 😍

Ok.dah faham konsep fitrah?

Memandangkan menyimpan duit adalah bukan fitrah, maka ia perlu dilatih supaya menjadi TABIAT.

Untuk membentuk tabiat, anda perlu ada strategi dan pengulangan. Baru ia melekat.

Contohnya tabiat gosok gigi, bila bangun pagi, automatik kita akan gosok gigi. Jika tak gosok gigi maka kita akan rasa "pelik" dan tak selesa. Ini kerana ia sudah menjadi tabiat.

Ini adalah tips membentuk tabiat menyimpan duit. Especially bagi orang yang susah sangat nak simpan dan banyak alasan.

1. Anda mesti bermula dengan niat dan keinginan yang kuat. Untuk membentuk keinginan yang kuat, anda mesti kaitkan simpanan ini dengan gol anda. Contohnya nak simpan sampai boleh jadi deposit beli rumah.

2. Beli tabung besar. Contohnya tabung duit yang dibuat dengan tong aircond. Dari segi psikologi, tabung besar menggambarkan keinginan yang besar dan nilai simpanan yang besar 😀
Saya sendiri mempunyai tabung yang diperbuat daripada tong aircond.

3. Start dengan nilai kecil supaya "senang pada hati" Contohnya seminggu anda niat nak simpan RM10 sahaja. Kalau terus nak start dengan RM100, mungkin ada ralat kat dalam hati. Maklumlah.. takut duit kurang kan? Jadi start small gais. Asalkan hati rasa redha... untuk permulaan, nilai RM tidak penting. Yang penting adalah kita nak membentuk tabiat.

4. (PENTING) Latih diri untuk konsisten dari segi masa menabung dan nilai duit. Contohnya anda target simpan tabung RM10 setiap minggu dan hari Jumaat. Bila sampai hari Jumaat, anda akan masukkan duit RM10 yang warna merah tu kedalam tabung besar anda.

5. Jika ada duit syiling dalam kocek, automatik semuanya masuk dalam tabung.

6. Biasanya jika diulang-ulang selama 6 bulan maka ia akan membentuk tabiat. Selepas jadi tabiat maka anda bolehlah niat untuk tambahkan nilai RM tersebut contohnya RM50 seminggu. (NOTIS PENTING) Untuk permulaan, nilai RM yang anda simpan tak penting, membentuk tabiat jauh lebih penting.

7. Apabila tabung sudah penuh, kesemua duit tersebut harus ditukar kedalam bentuk emas. Ya! emas.

Sebab kalau anda simpan dalam bentuk cash di bank, nanti boleh jadi jiwa kacau sebab nampak nilai RM yang banyak.

Ditakuti akan terbabas dengan membeli barang-barang yang tak perlu.

Saya jumpa banyak kes dimana orang yang takde masalah simpan duit dalam tabung, tapi bila pecah tabung dan masuk bank, maka duit tersebut akan ter'guna' untuk membeli sofa 😕

8. Dengan strategi menabung ini, semoga duit anda semakin banyak dan emas anda semakin banyak dan rumah impian anda menjadi semakin dekat 😀

Untuk gambar tabung, sila tengok komen pertama.

Dipersilakan #share tips ini dengan rakan-rakan fb anda. Semoga mereka mendapat manfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#OrangMudaTetapiKaya