Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Gais.

Berita baik.

Public Gold telah menambah 8 ATM Gold Machine untuk pengeluaran emas daripada akaun GAP anda.

Yes! Ini adalah lokasi-lokasinya 👇

📍MYDIN Taman Saga, Alor Setar, Kedah (Ground Floor near the ATM Machine)

📍MYDIN Taman Batik, Sungai Petani, Kedah (Ground Floor near the entrance of Groceries)

📍Kulim Landmark Central, Kedah (Ground Floor in front of Tealive)

📍MYDIN Bertam, Penang (Ground Floor near the entrance of Groceries)

📍MYDIN Bukit Jambul, Penang (Ground Floor near the entrance of Groceries)

📍MYDIN Meru Raya, Perak (Ground Floor near Watson)

📍MYDIN Parit Buntar, Perak (Ground Floor beside Telco Store and in front of Escalator)

📍Giant Kemuning Utama, Shah Alam (Ground Floor and beside Escalator)

Boleh klik link ini untuk tahu lebih banyak lagi lokasi ATM Gold seluruh negeri.
📌 Find us at: https://bit.ly/atm-location

Boleh top up akaun emas GAP anda untuk merasai pengalaman pengeluaran di ATM Gold Machine yang berhampiran.🔥

Enjoy!

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgoldmalaysia
#GoldATM #MYDIN
Gais.

Saya akan buat fblive pada hari Rabu ini (esok)

Tajuk: Isu-isu semasa EMAS
Tarikh: Rabu 24/7/2024
Masa: 12 tengahari
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Julai dan juga perkembangan semasa Public Gold.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ada orang telah menjual sebanyak 934.3g (almost sekilo) syiling Kijang Emas.

Jual kat mana?

Dia jual terus kat cawangan Public Gold, Seremban.

Sebab? Public Gold menawarkan harga belian balik yang tinggi.

Anda boleh compare dengan mana2 pembeli emas terpakai. Harga Public Gold menarik.

Tunai dapat segera in the spot.

Kalau duit cash habis kat branch, Public Gold akan transfer duit ke akaun bank anda pada hari yang sama.

Jadi kalau anda ada emas 916 atau 999 jenama lain, boleh jual kat Public Gold terus.

#NotaEmasSyukorHashim
Tahniah jika anda membeli emas pada hari Isnin, Selasa dan Rabu.

Bila harga emas jatuh banyak, ia adalah peluang memborong aset mahal pada harga murah.

Namun saya nak kena bagitau, bukan hari-hari emas akan jatuh harga.

Dalam kebanyakan masa, harga emas tinggi.

Jadi untuk kebanyakan masa, tips beli emas adalah konsisten @ istiqamah sahaja.

Pastikan gram emas anda bertambah banyak.

Paling senang adalah buat simpanan emas secara auto debit.

Tak kira samada harga emas jatuh atau tidak, gram emas anda bertambah banyak.

Orang yang konsisten akan menang berbanding orang yang cuba mencari timing sesuai untuk beli emas.

Ini pengalaman 16 tahun saya bersama emas 🥰

#NotaEmasSyukorHashim
Khamis 8/8/2024
Gais.

Pada 31/8/2024 nanti, Public Gold akan buat rumah terbuka sempena hari Kemerdekaan.(di Menara Public Gold, Jalan Tun Razak, KL)

Anda dijemput hadir beramai-ramai dan masuk adalah percuma.

Akan ada 2 program besar yang akan berlaku pada hari berkenaan iaitu:

1. Seminar Merdeka Kewangan oleh Mentor Kewangan Nombor 1 Malaysia, tuan Azizi Ali Coach (pada jam 10.00 pagi - 11.00 pagi)

2. Forum Emas & Hartanah oleh Syukor Hashim, Dr. Azizul Azli Ahmad dan juga Hafizul Hakim (2.30 petang - 4 petang)

Untuk keterangan lanjut dan juga pendaftaran, sila rujuk laman web ini:

https://pg1m.com/seminar-merdeka-kewangan-dan-forum-emas-hartanah-anjuran-pg1m/

Ok gais. Kedua program ini merupakan program ilmu yang sangat bernilai. Biasanya program seperti ini adalah program berbayar.

Namun sempena program hari Kemerdekaan, Public Gold membawakan kepada anda secara percuma.

Jemput register kehadiran program ini sekarang.

Jumpa anda di menara Public Gold Sabtu, 31/8/2024 nanti.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Pada 31/8/2024 nanti, Public Gold akan buat rumah terbuka sempena hari Kemerdekaan.(di Menara Public Gold, Jalan Tun Razak, KL)

Anda dijemput hadir beramai-ramai dan masuk adalah percuma.

Akan ada 2 program besar yang akan berlaku pada hari berkenaan iaitu:

1. Seminar Merdeka Kewangan oleh Mentor Kewangan Nombor 1 Malaysia, tuan Azizi Ali Coach (pada jam 10.00 pagi - 11.00 pagi)

2. Forum Emas & Hartanah oleh Syukor Hashim, Dr. Azizul Azli Ahmad dan juga Hafizul Hakim (2.30 petang - 4 petang)

Untuk keterangan lanjut dan juga pendaftaran, sila rujuk laman web ini:

https://pg1m.com/seminar-merdeka-kewangan-dan-forum-emas-hartanah-anjuran-pg1m/

Ok gais. Kedua program ini merupakan program ilmu yang sangat bernilai. Biasanya program seperti ini adalah program berbayar.

Namun sempena program hari Kemerdekaan, Public Gold membawakan kepada anda secara percuma.

Jemput register kehadiran program ini sekarang.

Jumpa anda di menara Public Gold Sabtu, 31/8/2024 nanti.

Posting asal: https://www.facebook.com/share/p/K1d7WFBESMUzMqo3/?mibextid=WC7FNe

#NotaEmasSyukorHashim
Ini adalah kisah customer yang unik🥰

Saya terbaca posting Sadiqin Sulong dan senyum sorang-sorang.

Sebab beliau terjumpa seorang customer yang unik.

Kenapa saya cakap unik?

Sebab customer ini beli emas Public Gold serba satu sebagai koleksi.

Menarik juga bila lihat senarai serba satu item sebagai koleksi (tengok gambar).

Jadi gais, ada orang beli emas sebagai simpanan.

Ada orang beli emas sebagai pelaburan.

Ada yang beli untuk dijadikan koleksi 😄

Apa pun sebab anda beli emas, pastikan anda beli emas fizikal dan simpan sendiri.

InShaAllah anda buat keputusan yang betul.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Hari ini, harga emas mencapai harga tertinggi (All time high) dalam USD2580 se Oz.

Namun, disebabkan duit RM kuat berbanding USd maka kita dapati harga emas dalam RM hanya sekitar RM387 segram.

Untuk pengetahuan anda, pada April 2024, exchange rate sekitar 4.79😪

Hari ini, September 2024, exchange rate sekitar 4.3 💪

Kalau kita pergi luar negara, terasa sedikit King Kong bila duit RM kuat 🤗

Baiklah, esok 17-18 September akan ada FOMC meeting.

Kita boleh lihat bagaimana harga emas memberikan reaksi.

Mari tengok dengan senyuman 😃

#NotaEmasSyukorHashim
16/9/2024
Gais.

Public Gold ada buat promosi beli 1 kilobar percuma 5gram.

Untuk orang yang poketnya dalam (dibaca banyak duit 🤭)

maka gold bar 1kg merupakan belian yang terbaik untuk memaksimakan keuntungan.

Sebab harga pergram untuk kilobar lebih rendah.

Manakala spread 1kg adalah 6% shj.

Kemudian Public Gold akan bagi percuma gold bar 5gram pula.

Jadi pembeli lebih cepat untung.

Sebagai contoh, customer Sadiqin Sulong membeli 3 ketul kilobar emas Public Gold dengan harga RM1.1 juta ++ dan dia dapat hadiah 5g x 3 keping (tengok gambar).

Tujuan belian kilobar adalah untuk menukar sebahagian daripada kekayaan ke dalam bentuk emas fizikal.

Katanya pembeli ini akan buat belian kilobar lagi di masa hadapan 😆

Beliau tak perlu dijanjikan keuntungan berganda-ganda.

Cukuplah dengan dapat emas fizikal dalam tangan, boleh simpan sendiri dan dapat hadiah 5g dari Public Gold 💪

Beliau memang bijak emas!

#NotaEmasSyukorHashim
21/9/2024
Gais.

Jam 9.15 malam tadi telah keluar satu laporan penting berkenaan pasaran kerja US iaitu ADP non farm employment change.

Anggaran pekerjaan dicipta pada bulan Disember adalah 139 ribu pekerjaan.

Data sebenar yang keluar pada malam nie adalah 122 ribu pekerjaan.

Data sebenar adalah negatif 17 ribu.

Ia membayangkan pasaran pekerjaan US adalah lemah.

Selepas laporan ini keluar, USD index jatuh manakala gold naik 📈

Jadi, kalau anda anda nak topup / beli emas GAP, maka boleh buat belian sekarang.

Sebab harga berkemungkinan akan naik RM3 segram jam 12 malam ini (InShaAllah).

Sekian melaporkan.

8/1/2025

Posting asal https://www.facebook.com/share/127pnJprceD/?mibextid=wwXIfr

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Public Gold telah melancarkan produk baru.

Gold bar 12.5 kg dengan ketulenan 999.9

Sekiranya poket anda dalam dan tebal, maka gold bar ini dicipta khas untuk anda.

Gold ini memang wujud di alam nyata 😆

Maksudnya…

jika anda ada wang, Public Gold akan kasik emas fizikalnya.

Sekian.
Harap maklum.
5/3/2025

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Breaking news!

Harga emas dah pecah USD3000 / Oz buat kali pertama hari ini (14/3/2025)

Ia didorong oleh ketegangan perdagangan yang semakin meningkat dan ketidakpastian ekonomi.

Presiden Donald Trump baru-baru ini mengancam untuk mengenakan tarif 200% ke atas import wain dan minuman keras dari Eropah, yang telah meningkatkan kebimbangan mengenai perang perdagangan global.

Ini menyebabkan pelabur beralih kepada aset selamat seperti emas.

Penganalisis meramalkan bahawa jika ketegangan perdagangan ini berterusan, harga emas boleh mencapai $3,500 menjelang musim panas dan mencecah $4,500 dalam tempoh setahun.

Selain itu, bank pusat juga telah menjadi pembeli emas yang signifikan, bertujuan untuk mempelbagaikan rizab mereka di tengah-tengah ketidakpastian geopolitik dan ekonomi.

Buat masa ini, harga emas adalah dalam strong uptrend.

Namun, kita perlu memantau harga emas hari ini (Jumaat) sehingga pagi Sabtu.

Adakah harga emas boleh ditutup diatas 3000 USD ataupun ia akan turun kerana aktiviti pengambilan untung.

Mari perhatikan.

#NotaEmasSyukorHashim
14/3/2025
Gais.

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Jumaat, 21/3/2025 jam 10 malam.

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Tarikh : 21/3/2025 (Jumaat)
Masa : 10 malam.
Bayaran: Percuma
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Mac 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

Presiden US, Donald Trump telah mengumumkan bahawa US akan mengenakan tariff sebanyak 25% terhadap semua kereta yang diimport.

Ini adalah perkembangan perang perdagangan yang terbaru.

Saham-saham syarikat pembuat kereta di luar US jatuh sejurus selepas pengumuman tersebut.

Bank of America membuat jangkaan bahawa harga emas bakal mencecah USD3500 / Oz dalam masa 2 tahun lagi.

Tapi saya rasa, tak sampai 2 tahun kot.

Kesimpulan, sekarang emas berada dalam trend kenaikan. Ini adalah gara-gara kehangatan perang perdagangan antara US dan rakan-rakan dagangannya.

Selain itu, permintaan daripada bank pusat, China dan industri insurans China dijangka menyumbang kepada permintaan emas.

Kepada penyimpan emas, kita fokus dan istiqamah sahaja.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
27/3/2025
BERITA HARIAN ONLINE.

Harga emas dijangka mampu cecah RM500 segram dalam jangka terdekat - MGA

Oleh Alzahrin Alias
April 2, 2025 @ 1:46pm

KUALA LUMPUR: Harga emas global terus melonjak dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang, didorong ketidaktentuan geopolitik, inflasi berterusan serta peningkatan pembelian oleh bank pusat di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, pembelian emas secara agresif oleh bank pusat, khususnya China, memberi kesan besar kepada pasaran dengan meningkatkan rizab emas negara serta menyokong kenaikan harga logam berharga itu.

"Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut memainkan peranan penting, terutama kebimbangan mengenai tarif import emas yang menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York.

"Perkembangan ini memberi impak besar terhadap dinamik perdagangan global dan menyumbang kepada kenaikan harga emas," katanya.

Ng berkata, tekanan inflasi serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga menjadikan emas pilihan pelaburan lebih menarik sebagai lindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.

Beliau berkata, dengan harga emas yang terus meningkat, timbul persoalan sama ada logam berharga itu masih berbaloi untuk dilaburkan.

"MGA menegaskan emas kekal sebagai aset yang stabil, terutama bagi pelaburan jangka panjang.

"Jika inflasi terus tinggi atau ekonomi tidak menentu, harga emas berpotensi meningkat lebih jauh kerana ia lebih selamat berbanding mata wang yang boleh mengalami penyusutan nilai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelabur jangka pendek perlu lebih berwaspada kerana sebarang pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

Ng turut menjelaskan pergerakan harga emas berkait rapat dengan kekuatan dolar AS, di mana kenaikan nilai mata wang itu cenderung menekan harga emas, manakala penyusutan dolar akan meningkatkan permintaan global terhadap emas.

"Harga emas global didagangkan dalam dolar AS, menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain apabila dolar mengukuh.

"Sebaliknya, jika dolar melemah, harga emas menjadi lebih murah dalam mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan global," katanya.

Beliau menjangkakan harga emas akan terus meningkat sepanjang tahun ini sekiranya faktor geopolitik dan dasar perdagangan global kekal tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disarankan mempertimbangkan strategi pelaburan yang lebih bijak, termasuk membeli emas dalam unit kecil seperti jongkong 0.25 gram (g), 0.5g dan 1g yang lebih mampu dimiliki.

“Selain itu, pelabur juga boleh mempertimbangkan emas patuh syariah yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara, sekali gus mengekalkan nilainya dalam jangka panjang," katanya.

——-End—-

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/04/1379637/harga-emas-dijangka-mampu-cecah-rm500-segram-dalam-jangka-terdekat?#fpjg1lnn7hon5uwd83f79lel4val2uam

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M
Gais.

Harga emas mencanak luar biasa malam ini (16/4/2025)

Waktu saya tulis artikel ini, emas telah mencecah USD3312.86 per Oz (naik 90.60 usd /Oz)

Apa sebabnya?

Jawapan: Sebab perang perdagangan antara US dan China semakin panas! 🔥

Amerika Syarikat baru-baru ini mengenakan tarif import baharu ke atas barangan dari China sehingga 245%, dan sebagai tindak balas, China membalas dengan tarif balas terhadap US sebanyak 125%.

China juga telah memberikan arahan untuk berhenti dari membeli kapal terbang keluaran Boeing dan spare part kapal terbang Boeing.

Langkah drastik ini telah mencetuskan kekeliruan besar dalam pasaran kewangan global.

Indeks saham utama seperti Dow Jones, S&P 500, dan Nasdaq merosot secara mendadak.

Pelabur kini semakin risau tentang risiko kenaikan inflasi, kelembapan ekonomi, dan gangguan rantaian bekalan global.

Gais.

Dalam suasana tidak menentu ini, ramai pelabur mula mencari aset selamat seperti emas.

Sebab itu kita lihat harga emas malam i ini meningkat dengan ketara 📈

Kenaikan harga emas malam ini sebenarnya memberikan bayangan bahawa dunia sedang berdepan dengan ketidaktentuan ekonomi yang mungkin berpanjangan.

Jika konflik ini berlarutan, kesannya akan dirasai dalam bentuk harga barang naik, kelemahan mata wang, dan tekanan ke atas pertumbuhan ekonomi.

Konflik ini akan mendorong harga emas terus meningkat gais.

Sekarang harga emas Public Gold dah cecah RM510 segram. Phewww!

Adakah akan turun? Well, ia bergantung kepada news.

Kalau trade war us makin hangat maka emas akan terus naik.

Jika ada usaha untuk mengurangkan ketegangan daripada mana-mana pihak, samada US atau China, maka emas boleh jatuh.

Buat masa nie, takde.

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
16/4/2025
Gais.

Kelmarin harga emas naik dengan banyak, sehingga menghampiri 3500 usd/Oz.

Kemudian harga menurun balik.

Apa sebabnya? Mai sini saya bagitau.

Semalam Trump telah mengeluarkan kenyataan yang mengurangkan ketegangan dalam pasaran.

Trump mengeluarkan kenyataan positif mengenai hubungan perdagangan antara AS dan China serta pendiriannya terhadap Pengerusi Rizab Persekutuan, Jerome Powell.

Trump cuba mengurangkan ketegangan perang perdagangan dengan China, dengan menyatakan bahawa AS “berada dalam keadaan baik dengan China.”

Walaupun AS telah mengenakan tarif import sebanyak 145% terhadap barangan dari China, dan China membalas dengan tarif 125% ke atas barangan dari Amerika, Trump masih optimistik bahawa hubungan dengan Presiden China, Xi Jinping, akan bertambah baik dan kadar tarif akan diturunkan.

Satu news penting yang disukai oleh pelabur adalah bila
Trump menyatakan bahawa beliau tidak bercadang untuk memecat Jerome Powell, walaupun sebelum ini mengkritik tindakan US Fed berkaitan dasar kadar faedah.

Kenyataan ini menyebabkan pasaran menjadi tenteram dan pelabur menyambut baik kenyataan ini.

Kita dapat lihat apabila pasaran mulai tenteram, maka harga emas akan jatuh.

Itulah dia gais sebab-sebab harga emas naik kelmarin dan semalam ia start menurun.

Gembira melihat harga emas turun? Sila beli dengan senyuman 😃

#NotaEmasSyukorHashim
Gais,

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ)

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat — menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisis…

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat A.S.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka ‘borong’ stok lebih awal — kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / Oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit ‘profit taking’ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat, dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok aja reaksi harga as malam nie)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar A.S., dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah — kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik — ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilai… tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai “pelindung nilai” terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas — tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, especially topup gram GAP waktu harga tengah rendah nie.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Ps: Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan fb anda.

#NotaEmasSyukorHashim
#PelaburanEmas
#publicgold
TAJUK: Public Gold Menjalin Kerjasama Strategik dengan Emirates Gold untuk Mengubah Landskap Perdagangan dan Inovasi Emas Serantau

Public Gold Marketing Sdn. Bhd., syarikat pelaburan emas terkemuka di Malaysia, telah mengumumkan dua kerjasama strategik dengan Emirates Gold DMCC yang berpangkalan di Dubai. Usaha sama ini bertujuan untuk memperkukuh perdagangan emas serantau dan memacu inovasi dalam industri logam berharga. 

Kerjasama ini dijangka akan:

Meningkatkan integrasi rantaian bekalan emas antara Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Memperkenalkan produk dan perkhidmatan emas baharu yang inovatif untuk pelabur runcit dan institusi.

Memanfaatkan kepakaran Emirates Gold dalam penapisan dan pembuatan emas untuk meningkatkan standard industri.

Pengarah Urusan Public Gold, Dato’ Wira Louis Ng, menyatakan bahawa kerjasama ini akan membuka peluang baharu dalam perdagangan emas serantau dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab emas utama di Asia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Emirates Gold, Ahmed Bin Sulayem, menekankan bahawa kerjasama ini akan membawa manfaat besar kepada kedua-dua pihak dan menyumbang kepada pertumbuhan industri emas global.

Kerjasama ini juga sejajar dengan inisiatif kerajaan Malaysia untuk mempromosikan inovasi dan pertumbuhan dalam sektor kewangan Islam dan pelaburan emas.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel penuh di BusinessToday:

https://www.businesstoday.com.my/2025/05/06/public-gold-forges-partnership-with-emirates-gold-to-transform-regional-gold-trade-and-innovation/

#NotaEmasSyukorHashim
Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim