Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
#AuraMenabung

PANDUAN MENYIMPAN

1 - Letak satu matlamat yang jelas, untuk apa kita menyimpan.cth simpanan pendidikan, simpanan utk ke Mekah, simpanan rumah pertama dan sebagainya.

2 - Dapat gaji, simpan dulu sekurang - kurangnya 10% dari gaji kita.Kalau nak tunggu lebih baru nak simpan ,memang tak akan ada lebih.

3 - Simpan secara istiqamah. Biar sedikit tapi berpanjangan.

4 - Mulakan dengan yang sedikit dahulu, baru diikuti dengan yang besar. Untuk membina tabiat menyimpan.

5 - Jika kita seorang peniaga yang dapat pendapatan setiap hari, amalkan simpanan juga setiap hari. Asingkan 10% - 40% dari keuntungan perniagaan setiap hari.

6 - Mulakan tabung syiling dan tabung hijau buat permulaan.

7 - Didik juga semua ahli keluarga kita, buat benda yang sama. Simpan dulu , selebihnya baru belanja. Kita akan lebih bersemangat buat simpanan bersama-sama.

8 - Jika kita seorang yang sangat boros, tukar cara simpanan kepada 'Simpanan Emas' dan 'Simpanan Paksa Diri'.

9 - Kena didik otak kita utk Simpan dan Lupakan (forgotten saving). Dah simpan pastikan kita lupakan buat 5 hingga 10tahun atau sampai capai matlamat kita.Dimpanan Emas mudah untuk dimpan dan lupakan.

10 - Seeloknya sebelum mulakan simpanan ,kita bayar semua hutang jahat yang ada, kemudian baru senang hati nak mulakan simpanan. Cth hutang jahat : hutang kad credit, ptptn, personal loan,hutang pada kawan kita, hutang alongπŸ˜₯πŸ˜₯ dan sebagainya.

Kita kena hidup dibawah kemampuan untuk kita merasa hidup senang di kemudian hari.

Orang kaya tak akan menunjukkan kekayaannya tapi orang yang tak berapa kaya ni yang suka berpura-pura kaya.

#kakinaPublicGold
#KITeam
Assalammualaikum dan Pagi.

Jom banyakkan Amalan Menjemput rezeki di waktu pagi.

Semangat Pagi.
#kakinaPublicGold
#KITeam
#semangat #pagi #menjemputrezeki
US dapat presiden baru..

Emas membuka dagangan pada minggu kedua November 2020 di seluruh dunia pada kadar Usd1958/oz. Harga tertinggi pernah dicatatkan tahun ini Usd2070/oz

Deepavali dah hampir tiba.
Permintaan emas di negara India tinggi.

Harga emas Public Gold minggu ini dibuka pada harga 285/gram. Masih rendah berbanding harga tertinggi 304/gram.

Sebelum harga meroket semula, selamatkan duit korang sekali dengan nilainya.

Itu saja aku nak pesan pagi ni.

Begitulah..

#kakinaPublicGold
#KITeam
#MamiLipLap
Hari Sabtu, Hari Amazing #JE24K
.
Semua dealer dibawah empayar #JE24K dan di bawah empayar #KITeam kita jumpa Sabtu ini.
.
Kita gali, fitrah emas manusia,
Kita susun, action plan,
Kita gerak, tanpa tapi, tanpa henti, tanpa nanti.
.
Bermula start up. Start local. Scale up. Go global.
.
Kenal diri berada pada tahap mana?
Pada tahap cari makan, cari wang, cari sistem, cari orang, berkembang atau sudah tahap nikmati hasil.
.
Penduduk dunia sekitar 7.3 Billion. 4 Billion berada di Asia. Hampir 60% dari penduduk dunia berada di Asia.
.
Kemunculan kelas menengah dengan perkembangan pesat ekonomi menjadikan Asia adalah pasaran mewah pada masa hadapan.
.
Ayuh, Tawan Nusantara dengan Publicgold !!

Hari ni last day untuk yang berminat mendaftar ya
.
Kalau scammer, dia boleh jadi orang yang sama selama 2 tahun sahaja. Selepas tu, dia akan jadi orang lain pulak dan tukar identiti dia. Kalau dalam masa 2 tahun dia jadi orang yang sama, pasti dia akan di tangkap.

Dan satu lagi, kak tak suruh orang bank in duit dalam akaun kak ya tapi dalam akaun PublicGold.

#kakinaPublicGold
#MamiLipLap #KITeam #scamer #penipu #penyamar #tiktok
#JE24K luar biasa.
.
Team yang sangat luar biasa. Macam-macam orang ada, haha. Yang penting semuanya masuk air. Walau beza umur macam mana sekalipun kami tetap muda dalam hati.
.
Training AmazingJE24K memang luar biasa dapat kumpulkan dealer-dealer dibawah pimpinan mentor Azizah Hassan hampir 300 orang dari seluruh pelosok dunia. Indonesia, Jordan, Korea, Brunei, zimbabwe (haha, yang ni aku tambah sendiri)
.

Hampir separuh dari jumlah itu adalah dari #KITeam. Tahniah semua yang join, maaf la, tak sempat nak sebut nama sorang-sorang.. hahaha.
.
Semoga masing-masing jelas dengan misi masing-masing. No more pandang belakang. Cita-cita kita terlalu tinggi untuk melihat ke belakang. Terus kan berjalan, berlari tanpa henti. Destinasi yang di nanti pasti dicapai.
.
Begitulah hidup dengan team, kita salah, ada orang yang akan betulkan, akan ada yang nasihatkan, kadang-kadang cubit sikit, jerkah sikit itu normal lah. Marah sebab sayang. Mana ada mak nak tengok anak dia gagal.
.
Nasihat saya kepada semua cuma satu, apa-apa tindakan sila consult dengan mentor. Apa pon. Titik.
.
Team JE24K dah cukup rencah, jangan tambah rencah lain nanti makanan tak sedap. Hehe.

#KITeam
#JE24K

.
Alhamdullillah selesai sudah program bersama 300 dealer aktif di bawah rangkaian #JE24K dan #KITeam.

Dalam proses menaikkan dealer semua ke MASTER DEALER..

Semoga Allah membantu semua naik ke MASTER DEALER
Alhamdullillah dan terima kasih semua pada team #KITeam dan pada semua customer yang memberi kepercayaan pada kak ina.

Alhamdullillah setiap bulan sales menjakau RM250k di atas kepercayaan semua.
Teringain nak buat simpanan emas , dinar dan goldbar tapi rasa macam tak mampu untuk memilikinya.

Jom kita buat ansuran yang patuh syariah. Dapat disiplinkan diri untuk simpanan masa depan. Lock 10gram goldbar dan 1dinar dengan ansuran 10 kali.

Paksa diri buat simpanan walaupun sikit-sikit tapi janji kita simpan. Berminat buat ansuran patuh syariah 10 kali bayar untuk satu dinar dan 10 gram, cepat klik kat link bio ya.

Untuk 1dinar sebulan hanya RM111 dan untuk 10 gram sebulan hanya RM261. Pilihan di tangan anda, NAK atau TAK NAK..

Kalau bukan sekarang bila lagi???

#kakinaPublicGold #MamiLipLap #KITeam
#dinar #goldbar #emas999 #emasmurah
#simpanan
#AuraTerimaKasih

AHLAN WAHSAHLAN PENGIKUT BARU

1 - Terima kasih dan ahlan wahsahlan kepada pengikut baru. Sangat besar hati kerana anda dan anda semua sudi follow akak...Lebih senang dikenali sebagai Kak Ina.

2 - Izin kak Ina kenalkan diri kak serba sikit kat sini ya. Agar hampa semua sudi terus follow kak Ina yang tak berapa nak sempoi ni.

3 - Kak adalah seorang surirumah yang begitu gigih ingin semua anak -anak muda membuat simpanan seawal mungkin. Tak nak hampa jadi seperti kak dolu -dolu yang asyid perabiq duit aja.

4 - Kak asal orang Penang dan tinggal di Sg Petani, jadi hampa akan baca banyak posting-posting akak yang loghat Kedah. Loghat Kedah ni sedap tau didengari.😎

5 - Posting -posting akak banyak kepada simpanan EMAS. Sebab bagi akak simpanan emas ni susah nak bocor. Jika kita dah bekerja 5 tahun dan masih tak ada simpanan. Tukar la ke simpanan emas. Cukup sekadar sebulan segram sahaja.

6 - Kak bukannya orang kaya dan pandai. Anak yatim ketika berusia 8 tahun dan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Terpaksa berkorban demi adik -adik sebab mak akak seorang suri rumah.

7 - Habis SPM terus bekerja demi membantu keluarga. Kak bekerja sebagai seorang Nurse di LWEH di Penang. Kemudian bekerja di kilang di motorola , lepas tu masuk bidang bank di MBf finance sebagai chef casher. Banyak kira duit orang tapi diri sendiri tak berwang.. hahaha.

8 - Lepas ada anak, dan masa bank banyak yang bergabung, dipaksa sign vss, terus sign dan bermulalah sebagai seorang suri rumah. Tapi akak ni tak boleh duduk diam tanpa sebarang kerja, mula belajar menjahit dan akhirnya ambil upah menjahit.

9 - Buat sesuatu biar buat bersungguh -sungguh, itu prinsip akak. Terus buka kedai di belakang rumah dengan ada 4 orang pekerja.Pendapatan goyang kaki ada duit, tak goyang duit tatak mali oooo.Jadi mesin tu bergoyang la setiap hari, untuk menghasilkan duit. Hahaha.

10 - Akhirnya pada usia akak ni, kak perlu lakukan sesuatu untuk lebih berjaya. Kak Ina mula buat simpanan emas, ketika kak menjahit sebab duit akak masa menjahit banyak yang kak simpan tapi akhirnya bocor ke merata tempat.

11 - Dengan simpanan emas, kak berjaya membuat simpanan dari hari ke hari dan dari simpanan emas, kak dapat beli rumah dan settlekan segala hutang rumah, kenderaan dan kami hidup bebas hutang dan punya harta serta ada simpanan yang susah bocor.

12 - Sejak itu kak mula membantu dan cuba membantu agar semua boleh buat simpanan dan dengan simpanan emas, kita boleh selesaikan hutang dan memiliki aset yang lain seperti rumah, dana pendidikan, dana persaraan dan dana kecemasan. WAJIB SIMPAN , WAJIB SIMPAN.

13 - Alhamdullillah dengan kegigihan kak dan tanpa kenal erti putus asa dan kak sentiasa bersemangat membantu orang -orang disekeliling akak dengan hanya simpanan RM100 sahaja boleh membuka akaun simpanan emas.

14 - Sekarang Kak Ina telah mencapai menjadi 3 Star Master Dealer iaitu 10k orang di bawah rangkaian #KITeam dan menjadi Officer Speaker Public Gold serta Alhamdullillah setiap tahun dapat melancong ke luar negara dengan biayaan penuh PublicGold. Siapa sangka rezeki kurniaan Allah. Setakat ni dah dapat pergi ke Spain, Iceland, Balkan, New Zealand(tak boleh nak pi lagi sebab covid) dan in syaaAllah 2 tiket ke Rusia nanti.

15 - Apa pun gelaran, tujuan sebenar akak hanya ingin membantu semua orang ada simpanan masa depan untuk kita sama -sama menghadapi masa depan yang agak sukar di zaman gst ini.

16 - Kadang -kadang akak juga akan jadi ustazah tak bertauliah juga dengan posting -posting akak yang mengajak orang melakukan ketaatan kepada Allah. Cuma sampaikan apa yag diajar di masjid oleh Ustaz akak.πŸ˜…

Selamat datang dan jangan mudah 'sentap' atau 'sakit' jika membaca status yang agak pedas dan berbisa. Kita sama sama belajar dan terus belajar untuk membina kejayaan bersama.

#TerimaKasihSemua
#MenulisUntukMemberiManfaat
#BerniagaUntukMemberiKebaikkan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Fakta Emas adalah Penyimpan Nilai terbaik.

Pada tahun 2000 harga sebiji myvi bersamaan dengan sekilo emas.

Tapi pada tahun 2020 dengan sekilo emas dapat membeli 5 biji myvi baru.

Untung la sapa yang simpan sekilo emas pada tahun 2000 kan.

Kita tunggu lagi 10 tahun pulak. Pada tahun 2030, berapa biji myvi yang dapat dibeli dengan sekilo emas??

Dapat sesuatu??
Jika Bermanfaat share lah ye..

#kakinaPublicGold
#JE24K #KITeam #MamiLipLap
Alhamdulillah. Setiap minggu Selasa jam 9pm ada Weekly Meeting untuk #AmazingJE24K yang diketuai oleh mentor kami yang sangat ohsem, mama Azizah Hassan. Kami berkongsi ilmu tentang bisnes yang kami semua suka dan buat. Tak lain tak bukan ialah Public Gold.

Ditambah lagi ilmu tentang kehidupan dan cara bagaimana nak bantu orang lain supaya sama-sama ada simpanan yang kukuh disaat yang mencabar ini. Surirumah macam aku ni pun mampu buat... . Inikan pula doktor, peguam, jurutera, peniaga dan anak- anak muda yang celik it.

Aku ni dah berusia 52 tahun dan seorang surirumah yang tak pandai it.. Tapi alhamdullillah mampu capai ke tahap ini.

Anugerah dari Allah bila hadirnya Dr Azizul Azli Ahmad (pakar kewangan dan hartanah) ni di bawah direct aku dalam group kami. Ada saja booster hebat yang dikongsikan.

Juga si Nur Aliah Mohd Nor , lia omey juga dibawah rangkaian aku #KITeam, serta ramai juga yang hebat di bawah rangkaian aku walaupun aku ni surirumah contohnya anakmuda Fendy Rusli Upp (tak berapa nak muda) , Syawal Ibn Ameron, Haikal Hisham, Nor Anisah Mohd Salleh, Azmah Sofiah Arshad, Nor Fadilah Imtiyaz, Roshila Hussin, Zulekhzan Bin Fauzi Saadi, Amirul Farhan, Aiz Kamal, Nur Hidayah Mohd Ali, Gavin singau, hidayat dan ramai lagi.. Kalau tak sebut nama jangan marah ye..

Kepada semua leader bawah mentorship aku, pastikan join weekly meeting ini tanpa gagal. Nak berjaya, mulakan dengan diri sendiri dulu.

Jom bersatu, pasti kita akan jadi kuat. Jom sapa lagi yang nak join team kami atau nak join bawah surirumah yang tak ada apa-apa ni kecuali HATI YANG BESARRRRR UNTUK BERJAYA. in syaaAllah.

"Good Leader Create More Mentor”

#kakinaPublicGold
#KITeam
#AmazingJE24K
Semua orang kena jadikan emas sebagai simpanan. Terutama orang insurans, orang bisnes, orang hartanah, surirumah, peniaga online, wanitaaaa dan semua orang la.

Emas mengelakkan kebocoran, emas penyimpan nilai, emas wang sebenar, emas pengikat matawang, emas matawang dunia, emas mudah dibeli, emas mudah dijual, emas boleh beli sikit-sikit, emas boleh jual sikit-sikit.

Emas mudah di arrahnu kan, emas sebagai perhiasan, emas sebagai maskahwin, emas sebagai pusingan modal, emas sebagai hadiah, emas sebagai pengikat ka sing sayang.

Dan yang paling best, emas sebagai pengukur bagi pembayar zakat..

Yang nak tambah lagi silakan. πŸ˜†πŸ˜†
Jom mulakan sekarang sebelum terlambat. Kalau bukan sekarang bila lagi??

#kakinaPublicGold
#KITeam
#AmazingJE24K
Alhamdullillah dan tahniah semua yang berapa di bawah #KITeam dan group besar kami #AmazingJE24K . Aku berasa bangga sekarang, perjuanganku bermula dari tahun 2015. Walaupun aku mula join Public Gold pada tahun 2013 tapi aku mula fokus pada tahun 2015.

Selama 5 tahun aku fokus dan konsisten membina team, walaupun agak slow tapi alhamdulillah aku bersyukur sangat. Hari ni team aku dah mencapai hampir 16,000 keseluruhan di bawah aku. Alhamdullillah dah capai 3 star FMD.

Walaupun aku hanya surirumah yang bekerja dari rumah, aku dapat capai ke tahap ini, memang sesuatu yang sangat memberangsangkan bagi aku.

Aku bukan lah seorang yang pandai menulis, atau mempunyai follower yang ramai dalam media sosial, tapi syukur sangat dan berterima kasih pada semua yang mempercayai aku dan terima kasih pada semua team aku #KITeam dan juga mentor aku mama Azizah Hassan yang tak pernah berhenti memberi sokongan walaupun seribu rintangan yang datang.

Bukan lah mudah bagi seorang surirumah seperti aku ni untuk capai ketahap ini, dengan pelajaran tak berapa tinggi, dengan halangan dari keluarga yang terpaksa aku harungi, belajar dari bawah step by step dan terus aku harungi segala halangan yang datang. Perjuangan harus di teruskan walau seribu halangan dihadapanku.

Mungkin bagi orang lain, ianya amat mudah tapi bagiku, aku terpaksa mendayung dengan lebih gigih, berani, fokus dan konsisten untuk ku capai ke tahap ini.

Jom kita teruskan perjuangan mendidik masyarakat sekeliling untuk simpanan masa depan mereka. Pasakkan niat yang betul dan terus berjuang. In syaaAllah kejayaan milik kita dan mereka.

Terima Kasih Semua Kerana Mempercayai ku.

#WanitaKuat
#WanitaBerani
#WanitaIstiqamah
Dua2 ni adalah di bawah #KITeam iaitu tea kak Ina.
*Seminar Emas Anak Muda*

Pada 5hb February 2021, #AmazingJE24K akan adakan Mega Seminar Emas yang di akan oleh 2 orang anak muda yang hebat ini.

Seorang influencer yang hebat ini, yang mempunyai follower yang seramai 94k di FB dan 108k di tik tok.
Membina branding di usia muda dan membina empayar perniagaan di usia muda. Seorang yang sangat lembut dan begitu humble orang ya.

Walaupun dah lama bermula dengan Public Gold tapi mengambil langkah untuk serious dengan PUBLIC Gold pada tahun 2020 dan terus meletup dan meroket team Lia Omey. Alhamdullillah sekarang dah bergelar one star FMD. Famous dengan # nya #SILABERKONGSIDENGANBAHAGIA. Beliau adalah Nur Aliah Mohd Nor yang comeiiii.

Seorang lagi anak muda yang akan menyampaikan ilmu dalam seminar ini adalah Syawal Ibn Ameron yang tak kurang juga hebatnya. Dengan # famous nya #SilaMeninggal. Juga seorang One star FMD. Seorang yang nampak pendiam di luar tapi bila berhadapan dengan camera dia kan bertukar menjadi seorang yang sangat petah mengeluarkan kata-kata yang hebat.

Syawal ni juga adalah seorang penulis buku yang bertajuk 'Dinar Dirham Verses Wang Kertas' . belian mempunyai semangat yang luar biasa untuk mendidik anak muda di luar sana.

Jom kita follow Seminar yang ulung kali dibuat dengan gabungan 2 anak muda yang mantappppp ni.

Seminar yang akan di adakan pada 5hb February ni pada jam 8.30 malam secara Live di FB page AMAZINGJE24K. Kita sama-sama gegarkan Seminar ini.

Masuk adalah PERCUMA.

Hanya perlu daftar kan diri di sini untuk LUCKY DRAW
πŸ‘‰πŸ»https://bit.ly/AmazingPGMegaSeminarFeb21

Jangan lupa buat yang belum ada pg code letakkan nama KAK INA sebagai Introducer ya.

Jangan lupa temujanji kita untuk dapatkan ilmu mengenali emas dari sudut pandang 2 orang anak muda. Yang menjadikan Kak Ina bangga adalah mereka kedua-duanya juga dari #KITeam. Alhamdullillah.

#kakinaPublicGold
#KITeam
#AmazingJE24K
Kalau ada dalam group ni yang dah dealer yang belum kak Ina add dalam group dealer #KITeam tolong wasap kak Ina di www.wasap.my/+60134506989
DENGAN EMAS KOS MENUNAIKAN HAJI Lebih MURAH ??

Eeh.. Dengan Emas Perbelanjaan Menunaikan Haji Semakin Berkurangan??.

Pada tahun 1998 pakcik aku pergi menunaikan haji dengan kos keseluruhan sebanyak RM8000. Dia tak ada duit simpanan ,jadi dia menjual emasnya yang disimpan. Dia menjual pada sahabatnya yang ingin membeli emas-emas dengan harga RM30/gram pada masa itu.

Dia menjual sebanyak 267 gram emas untuk dapatkan RM8010. Jadi cukuplah kosnya untuk mengerjakan haji pada tahun 1996 tu. Alhamdullillah Allah permudahkan hajinya.

Pada tahun 2017 baru-baru ni anaknya Nadia dapat menunaikan haji. Kos keseluruhan untuk menunaikan haji adalah lebih kurang RM10000. Kosnya meningkat sebanyak RM2000 sahaja. Ini disebabkan kita mendapat bantuan subsidi. Kalau kos sebenarnya adalah RM22000.

Nadia juga seperti ayahnya menyimpan emas berbanding simpan di dalam tabung haji.Nadia menjual emasnya kepada sahabatnya yang ingin membeli semua goldbarnya. Nadia menjual 56 gram emasnya dengan harga RM180/gram. Jadi dia dapat sebanyak RM10080.

Jadi cukup la kosnya untuk menunaikan haji pada tahun itu.Tapi pakcik aku menjadi pelik sebab kos dia pergi haji pada tahun 1998 adalah sebanyak RM8000 tapi terpaksa jual emas 232 gram tapi anaknya menunaikan haji hanya perlu jual emasnya sebanyak 56gram sahaja.???

Jadi ini menunjukkan dengan menggunakan emas sebagai kos menunaikan haji lebih menguntungkan.Kalau la kita beli emas masa harga murah lebih menguntungkan.

Dari menyimpan duit untuk menunaikan haji lebih baik kita gunakan emas semakin berkurangan emas yang kita perlukan.

Cuba tengok info di bawah ni.

1998 – RM8,000 (RM30/g) = 267 gram

1999 – RM8,131 (RM35/g) = 232 gram

2000 – RM8,585 (RM38/g) = 225 gram

2002 – RM9,445 (RM42/g) = 224 gram

2011 – RM9,980 (RM147/g) = 68 gram

2017 – RM9,980 (RM180/g) = 56 gram

2020 - RM10,000 ( RM250/g) = 39 gram sahaja.😱

Harap bermanfaat. Sila share jika ianya bermanfaat.

#kakinaPublicGold
#KITeam
Soalan:
Kak ina perlu ka simpan emas ni, berbanding simpan duit??

Jawapan:

Simpanlah apa pun hampa nak simpan, janji sekurang2nya 10% dari gaji, kalau rasa simpan duit, tak mudah bocor teruskan.. tapi kalau rasa setiap bulan menyimpan dalam bank tapi tengok akhirnya duit tak penah ada, hampa kena la tukar cara simpanan.

Dah tau simpan duit mudah sangat kita dok pi tekan keluarkannya, tukar lah simpanan dalam bentuk simpanan emas yang dinamakan GAP. Mulakan sekarang dan istiqamah setiap bulan 1 gram buat dalam masa 6 bulan, lepas tu hampa tengok hasilnya..
Kalau hasilnya menakjubkan teruskan simpanan janji simpanan tu untuk jangkamasa panjang.Dan tetapkan matlamat menyimpan.

Dan satu lagi, nak bagitau yang emas ni mengekalkan kuasa belinya dalam jangkamasa panjang, tak macam duit. Duit hari ni yang bernilai 10k tak boleh beli benda yang sama dengan nilai yang sama 10tahun akan datang. Tapi emas kuasa belinya tetap sama bertahan zaman berzaman.

Faham ka Paham ???

#kakinaPublicGold
#SembangEmasBersamaMami
#KITeam
Horeyyyyyy.. hari gaji datang kembali...
Opppppssss.. yang bulan sudah dan bulan-bulan yang lepas simpan juga, tapi akhirnya terguna juga entah kemana..

Ok la, kali ni nak cuba alihkan sedikit dalam bentuk Akaun Simpanan Emas yang dikatakan boleh bermula dengan hanya RM100 saja. Yang bestnya emas ni dikatakan bertahan lama dalam bentuk simpanan dan kuasa belinya juga bertahan lama.

Depa kata la kan..... nilai 1dinar dari zaman RASULLUALLAH hingga kini, kuasa belinya tetap sama. Lebih 1400 tahun dahulu boleh beli sekor kambing, hari ni tetap boleh beli sekor kambing. Hebatkan logam ciptaan Allah ini.

Tapi betul la apa yang depa kata tu. Sebab masa tahun 2013, aku ada beli 1dinar, harga dia hanya RM450 tapi hari ni fullamak naik sampai RM1322 la wei....kalau la masa 2013 tu aku beli 20dinar ka atau 50dinar ka kan best..1dinar ni bersamaan dengan 4.25gram tau.. satgi hampa tak tau pulak.

Itu la dulu poyo.... kak ina tu selalu ajak aku simpan emas tapi aku beli 1 dinar tu la saja. Tak pernah simpan dah.. kalau aku istiqamah sebulan 1dinar pun dah ok kan.. sekarang ni duit simpanan dalam bank RM1000 pun elek.. hahaha..

Ok la wei... aku nak pi tambah duit dalam akaun GAP atau Akaun Simpanan Emas aku, nanti lambat harga naik pulak lagi.. hari ni dah naik sampai RM312 tau.. jauh beza sangat pada tahun 2013 dulu segram hanya RM128 ja..

Ok byeeee..... muah,muah... happy dapat gaji.. hahahaha

#SembangEmasBersamaMami
#kakinaPublicGold
#KITeam