Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
#AuraTerimaKasih

AHLAN WAHSAHLAN PENGIKUT BARU

1 - Terima kasih dan ahlan wahsahlan kepada pengikut baru. Sangat besar hati kerana anda dan anda semua sudi follow akak...Lebih senang dikenali sebagai Kak Ina.

2 - Izin kak Ina kenalkan diri kak serba sikit kat sini ya. Agar hampa semua sudi terus follow kak Ina yang tak berapa nak sempoi ni.

3 - Kak adalah seorang surirumah yang begitu gigih ingin semua anak -anak muda membuat simpanan seawal mungkin. Tak nak hampa jadi seperti kak dolu -dolu yang asyid perabiq duit aja.

4 - Kak asal orang Penang dan tinggal di Sg Petani, jadi hampa akan baca banyak posting-posting akak yang loghat Kedah. Loghat Kedah ni sedap tau didengari.😎

5 - Posting -posting akak banyak kepada simpanan EMAS. Sebab bagi akak simpanan emas ni susah nak bocor. Jika kita dah bekerja 5 tahun dan masih tak ada simpanan. Tukar la ke simpanan emas. Cukup sekadar sebulan segram sahaja.

6 - Kak bukannya orang kaya dan pandai. Anak yatim ketika berusia 8 tahun dan anak sulung dari 3 orang adik beradik. Terpaksa berkorban demi adik -adik sebab mak akak seorang suri rumah.

7 - Habis SPM terus bekerja demi membantu keluarga. Kak bekerja sebagai seorang Nurse di LWEH di Penang. Kemudian bekerja di kilang di motorola , lepas tu masuk bidang bank di MBf finance sebagai chef casher. Banyak kira duit orang tapi diri sendiri tak berwang.. hahaha.

8 - Lepas ada anak, dan masa bank banyak yang bergabung, dipaksa sign vss, terus sign dan bermulalah sebagai seorang suri rumah. Tapi akak ni tak boleh duduk diam tanpa sebarang kerja, mula belajar menjahit dan akhirnya ambil upah menjahit.

9 - Buat sesuatu biar buat bersungguh -sungguh, itu prinsip akak. Terus buka kedai di belakang rumah dengan ada 4 orang pekerja.Pendapatan goyang kaki ada duit, tak goyang duit tatak mali oooo.Jadi mesin tu bergoyang la setiap hari, untuk menghasilkan duit. Hahaha.

10 - Akhirnya pada usia akak ni, kak perlu lakukan sesuatu untuk lebih berjaya. Kak Ina mula buat simpanan emas, ketika kak menjahit sebab duit akak masa menjahit banyak yang kak simpan tapi akhirnya bocor ke merata tempat.

11 - Dengan simpanan emas, kak berjaya membuat simpanan dari hari ke hari dan dari simpanan emas, kak dapat beli rumah dan settlekan segala hutang rumah, kenderaan dan kami hidup bebas hutang dan punya harta serta ada simpanan yang susah bocor.

12 - Sejak itu kak mula membantu dan cuba membantu agar semua boleh buat simpanan dan dengan simpanan emas, kita boleh selesaikan hutang dan memiliki aset yang lain seperti rumah, dana pendidikan, dana persaraan dan dana kecemasan. WAJIB SIMPAN , WAJIB SIMPAN.

13 - Alhamdullillah dengan kegigihan kak dan tanpa kenal erti putus asa dan kak sentiasa bersemangat membantu orang -orang disekeliling akak dengan hanya simpanan RM100 sahaja boleh membuka akaun simpanan emas.

14 - Sekarang Kak Ina telah mencapai menjadi 3 Star Master Dealer iaitu 10k orang di bawah rangkaian #KITeam dan menjadi Officer Speaker Public Gold serta Alhamdullillah setiap tahun dapat melancong ke luar negara dengan biayaan penuh PublicGold. Siapa sangka rezeki kurniaan Allah. Setakat ni dah dapat pergi ke Spain, Iceland, Balkan, New Zealand(tak boleh nak pi lagi sebab covid) dan in syaaAllah 2 tiket ke Rusia nanti.

15 - Apa pun gelaran, tujuan sebenar akak hanya ingin membantu semua orang ada simpanan masa depan untuk kita sama -sama menghadapi masa depan yang agak sukar di zaman gst ini.

16 - Kadang -kadang akak juga akan jadi ustazah tak bertauliah juga dengan posting -posting akak yang mengajak orang melakukan ketaatan kepada Allah. Cuma sampaikan apa yag diajar di masjid oleh Ustaz akak.😅

Selamat datang dan jangan mudah 'sentap' atau 'sakit' jika membaca status yang agak pedas dan berbisa. Kita sama sama belajar dan terus belajar untuk membina kejayaan bersama.

#TerimaKasihSemua
#MenulisUntukMemberiManfaat
#BerniagaUntukMemberiKebaikkan