Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.41K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
"KOS HAJI MENURUN DENGAN EMAS"

Kos Haji Menurun? Macam mana tu?

Anda boleh rujuk kepada poster yang telah disediakan. Sebelum tu saya nak bagi kredit kepada tn Khaja Nazimudeen Yaacop yang telah menyediakan poster ini.

Berbanding tahun 2017, jumlah gram emas yang diperlukan untuk mengerjakan haji pada tahun 2022 adalah jauh lebih rendah.

2017 = 56g emas = RM 9,980 (RM180/g)
2022 = 40g emas = RM 10,980 (RM270/g)

Andai kita telah menyediakan 56g emas pada tahun 2017 dan hanya layak mengerjakan haji pada tahun 2022, kita cuma perlu menggunakan 40g emas dan masih berbaki 16g bersamaan RM 4K++.

Kenapa macam tu?

Ini disebabkan oleh keistimewaan emas itu sendiri yang mana nilainya meningkat dalam jangka panjang. Emas juga dapat melindungi nilai simpanan kita dari di mamah inflasi.

Kesimpulannya, untuk simpanan jangka panjang, menyimpan dalam bentuk aset seperti emas dan hartanah adalah lebih sesuai berbanding kita menyimpan tunai.

Dapat sesuatu? Jom kongsikan.
4 JENIS PEMBELI EMAS.

1. Penyimpan emas : Kumpulan ini membeli emas sebagai simpanan alternatif kepada simpanan tunai yang sentiasa bocor dan susut nilainya dimamah inflasi. Duit yang ada ditukar jadi emas walau hanya serendah 1 gram setiap kali. Matlamat akhir ialah supaya gram emas sentiasa bertambah. Harga tidak penting, asalkan gram emas bertambah. Harga naik beli, harga turun pun beli.

2. Pelabur emas : Kumpulan ini membeli emas sebagai alat pelaburan demi untuk pulangan tunai yang lebih banyak. Biasanya akan mencari harga terbaik untuk membeli dan harga tertinggi untuk menjual. Item yang dibeli bermula dari gold bar 100 gram dan ke atas. Ilmu asas yang perlu ada ialah analisis teknikal iaitu belajar baca graf turun naik harga emas.

3. Peniaga emas : Kumpulan ini adalah gabungan penyimpan dan pelabur. Beli emas untuk simpanan sendiri. Di samping itu juga mengintai-intai peluang untuk buat duit dengan menjual pada harga tinggi samada kepada pasaran terbuka atau menjual balik pada tempat di mana mereka membeli emas tersebut. Kelebihannya ialah, boleh bertambah gram emas dan juga boleh bertambah duit untuk membeli lebih banyak gram emas. Peniaga emas di Public Gold biasanya adalah dealer yang juga boleh membina karier dan empayar emas sebagai pendapatan aktif dan pasif.

4. Penagih emas : Kumpulan ini adalah kumpulan baru yang membeli emas secara tegar. Asal emas saja dibelinya, tidak mengira harga. Selain dari item biasa, item edisi terhad dan edisi istimewa juga menjadi pilihan. Nombor siri dan design juga menjadi faktor sehingga mereka sanggup membeli walaupun pada harga yang tinggi.

Best dengan emas ni kan? ๐Ÿฅฐ

P.s Gambar Peniaga emas dengan secawan kopi untuk dapat idea bantu lebih ramai penyimpan emas yang berilmu
MANFAAT EMAS TERHADAP KEWANGAN:

1 - Emas Sebagai "Forgotten Saving"
2 - Emas Sebagai Simpanan Kecemasan.
3 - Emas Dapat Menutup Kebocoran Wang.
4 - Emas Sebagai Simpan Jangka Panjang.
5 - Emas Sebagai Backup Belanja Hangus.
6 - Emas Sebagai Modal Pusingan Bisnes.
7 - Emas Penyelamat Kejatuhan Mata Wang.
8 - Emas Sebagai Duit Ketika Gawat.
9 - Emas Sebagai Duit Antarabangsa.
10 - Emas Penyelamat Ketika Bankrap.

#kakinaPublicGold
EMAS ADALAH ASET TERBAIK.

Emas adalah aset yang terbaik sebagai back up terutama back up perniagaan jika berlaku sesuatu pada perniagaan kita. Sebab tu la pakar kewangan menyarankan sekurang-kurangnya 10% - 30% kekayan kita tukar kepada EMAS. Emas sangat mudah dicairkan dan boleh dicairkan sikit-sikit dan beli pun boleh beli sikit-sikit.

Jika apa-apa berlaku pada negara kita, emas juga adalah aset yang terbaik sebagai back-up. Emas dengan mudahnya kita bawa lari dan dengan mudahnya kita boleh mulakan hidup baru. Kalau bawa lari buku akaun boleh ka laku kat luar negara. Sebab tu negara yang dalam pergolakan dan negara yang pernah berlaku peperangan lebih percaya pada simpanan emas dari sistem perbankan mereka.

Orang -orang Vietnam lari masa peperangan dulu, bawa lari emas tau bukannya bawa lari duit atau rumah atau tanah tapi EMAS. Sebab tu kita kena ada simpanan emas sekurang-kurangnya 30% dari kekayaan kita sebagai back -up.

Di saat dan ketika harga rendah ni mula la buat simpanan sedikit untuk diri kita. Sebagai back up buat diri sendiri.

Hari ni segram hanya RM276 sahaja.

www.wasap.my/+60134506989/ NakMulaSimpananEmas
SIMPANAN TABUNG PENDIDIKAN

Orang cina buka kedai basikal di kampung pun bercakap soal tabung pendidikan anak-anak mereka, itu mengikut pengalaman Aina bersembang dengan mereka. Orang kita? Haaa. Aina tak nak komen melebih, cukuplah kita timbulkan kesedaran awal untuk masa depan anak-anak.

Bayangkan :

1 gram 1 bulan

Jika mulakan dengan konsisten simpanan emas :

Umur 0 - 18 tahun
= Simpanan emas anak 216 gram

Perbezaan nilai :

5 tahun lepas nilai 216 gram
= RM 38,880
(nilaian RM180/g)

Hari ini nilai 216 gram
= RM 60,264
(harga per gram RM279)

Pada masa akan datang tetap gram yang sama, tetapi harganya akan semakin meningkat tinggi!!

Sebab emas tidak pernah murah pada harga semasa ๐Ÿ˜Š

Itu la sebabnya, kita sendiri sebagai ibu bapa kena mula merancang simpanan emas untuk pendidikan anak-anak & ianya untuk kebaikan masa depan bersama tanpa membebankan diri dan anak dengan pinjaman pendidikan.

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
TIPS PANTAS TENTANG EMAS
~~~~~~~

โ–  Beli emas utk sekurang2nya dlm tempoh setahun utk dapat keuntungan...Bukannya beli 1 gram hari ni dan nak jual bulan depan dengan mengharapkan keuntungan.. Rugi lagi ada..
โ–  Beli emas gunakan duit lebihan BUKANNYA DUIT YG NAK DIGUNAKAN DLM JANGKAMASA TERDEKAT..
โ– Jangan beli emas yg mendapat pulangan bulanan.. alamat kayap lah anda..๐Ÿ˜ซ
โ–  Beli emas yg dapat emas fizikalnya..
โ–  Beli emas yg emasnya mudah utk dibeli dan dijual serta diminati oleh ramai pengemar emas sbb mudah utk dijual nnt.
โ–  Sebagai pelabur JANGAN beli emas perhiasan sbb harganya mahal dan susutnilainya tinggi.
โ–  Jangan beli emas dari kedai2 emas sbb harganya jauh lebih mahal. Beli emas dari syarikat yg mempunyai banyak cawangannya.. jadi mudah utk anda jual nnt , tak perlu mengharapkan kepada dealer sahaja.
โ– JANGAN pajak emas anda tanpa sebarang alasan yg kukuh..dan tanpa teknik yg betul.
Cth alasan yg kukuh ~utk kegunaan modal perniagaan.
Cth alasan yg tak kukuh ..~ pajak emas utk pergi makan angin.
โ–  JANGAN beli emas dengan hanya terikut2 dengan orang lain TAPI BELI LA EMAS BERSAMA ILMU EMAS ITU SENDIRI.. BUKAN EMAS YG MEMBUAT KITA KAYA TAPI ILMU EMAS ITU YG MENJADIKAN KITA KAYA..
โ–  JANGAN JUAL EMAS ANDA DITEMPAT YG SALAH.. cthnya emas public gold dijual dikedai emas.. anda akan kerugian susut nilainya.
โ–  Jangan beli emas yg murah tanpa mengambik kira ttg faktor2 yg lain..cthnya spreadnya perlu diambil kira, mudah utk dijual balik juga perlu diambik kira.
โ–  Sebagai permulaan utk membeli emas JANGAN TUNGGU HARGA RENDAH sbb anda tdk tahu bila harganya rendah atau tinggi..
โ–  Istiqamah membeli emas setiap bulan tanpa mengira harga emas tinggi atau rendah.. itu lebih menguntungkan dengan sistem pemurataan dipenghujungnya.

Cukup utk hari ni..๐Ÿ˜Ž

ADA EMAS TANPA ILMU. ~ANDA AKAN RUGI
ADA ILMU TANPA EMAS ~ANDA TAK KEMANA
ADA EMAS DAN ILMU ~IN SYAA ALLAH ANDA AKAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

#kakinaPublicGold
#TabungDuit

KITA TAK BOLEH KAWAL BANK?

1. Bila banyak kes duit hilang dalam ATM dan perbankkan online. Sudah masanya kita buat sedikit kawalan.

2. Mulakan hadkan jumlah simpanan dalam atm kita. Jika dapat bawah RM5000 sahaja.

3. Simpanan kecemasan letak dalam TH atau ASB sahaja. Sesak baru mohon keluarkan.

4. Duit banyak banyak dah boleh tukarkan kepada instrument pelaburan seperti emas, hartanah, saham dan sebagainya.

5. Guna kad kredit antara pilihan yang baik berbanding kad debit. Kita pakai duit bank, bukan duit kita. Kita juga boleh batalkan transaksi jika meragukan walau dah bayar.

6. Sudah masanya juga kita ada peti besi simpanan sendiri macam cerita dulu kala. Semua rumah orang berduit ada ini.

Kawan kawan,

Mana kita boleh kawal kita kawal. Mana yang tak boleh kita insurankan sahaja.

Dunia tanpa kawalan dan sempadan. Hanya kita tentukan dimana kita.

Azizul Azli Ahmad
Hadiahkan loket yang cantik untuk menyimpan emas yang bernilai agar dapat dipakai oleh wanita-wanita kesayangan dalam hidup anda ๐Ÿฅฐ

๐Ÿ’ Majestic Pendant buat Ummi
๐Ÿ’ Rainbow Pendant buat Kakak
๐Ÿ’ Medallion Pendant untuk Adik

#LoketEmas
#AuroraItalia
#SilverPendant
Soalan:
Kak ina perlu ka simpan emas ni, berbanding simpan duit??

Jawapan:

Simpanlah apa pun hampa nak simpan, janji sekurang2nya 10% dari gaji, kalau rasa simpan duit, tak mudah bocor teruskan.. tapi kalau rasa setiap bulan menyimpan dalam bank tapi tengok akhirnya duit tak penah ada, hampa kena la tukar cara simpanan.

Dah tau simpan duit mudah sangat kita dok pi tekan keluarkannya, tukar lah simpanan dalam bentuk simpanan emas yang dinamakan GAP. Mulakan sekarang dan istiqamah setiap bulan 1 gram buat dalam masa 6 bulan, lepas tu hampa tengok hasilnya..
Kalau hasilnya menakjubkan teruskan simpanan janji simpanan tu untuk jangkamasa panjang.Dan tetapkan matlamat menyimpan.

Dan satu lagi, nak bagitau yang emas ni mengekalkan kuasa belinya dalam jangkamasa panjang, tak macam duit. Duit hari ni yang bernilai 10k tak boleh beli benda yang sama dengan nilai yang sama 10tahun akan datang. Tapi emas kuasa belinya tetap sama bertahan zaman berzaman.

Faham ka Paham ???

#kakinaPublicGold
#SembangEmasBersamaMami
#KITeam