Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
#TabungDuit

KITA TAK BOLEH KAWAL BANK?

1. Bila banyak kes duit hilang dalam ATM dan perbankkan online. Sudah masanya kita buat sedikit kawalan.

2. Mulakan hadkan jumlah simpanan dalam atm kita. Jika dapat bawah RM5000 sahaja.

3. Simpanan kecemasan letak dalam TH atau ASB sahaja. Sesak baru mohon keluarkan.

4. Duit banyak banyak dah boleh tukarkan kepada instrument pelaburan seperti emas, hartanah, saham dan sebagainya.

5. Guna kad kredit antara pilihan yang baik berbanding kad debit. Kita pakai duit bank, bukan duit kita. Kita juga boleh batalkan transaksi jika meragukan walau dah bayar.

6. Sudah masanya juga kita ada peti besi simpanan sendiri macam cerita dulu kala. Semua rumah orang berduit ada ini.

Kawan kawan,

Mana kita boleh kawal kita kawal. Mana yang tak boleh kita insurankan sahaja.

Dunia tanpa kawalan dan sempadan. Hanya kita tentukan dimana kita.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

BUAT APA BILA DUIT MELEMAH?

Bila duit kita semakin melemah, jangan merungut sahaja. Ia tak guna.

Selain ringgit matawang negara jiran juga ada yang melemah.

Apa kita boleh mula buat?

Belajar simpan duit kita dalam bentuk emas. Sifat emas itu universal.

Jika dolar mengukuh, harga emas akan mula menurun biasanya.

Jadi,

Jika ada duit lebih, dan rancang untuk takkan guna dalam 2-3 tahun kedepan. Saya galakkan simpanlah emas.

Hari ini 13 Julai 2023

0.5 gram emas = RM205
1 gram emas = RM316
10 gram emas = RM3,160
20 gram emas = RM6,306
50 gram emas = RM15,690
100 gram emas = RM31,239

1/4 dinar = RM405
1/2 dinar = RM790
1 dinar = RM1,343
5 dinar = RM6,716
10 dinar = RM13,431

Kawan kawan,

Merungut dan salahkan kerajaan tak ubah apa apa pun macam semalam.

Harga tetap sama, yang boleh kita lakukan buat simpanan buat siri dan keluarga kita.

Belajar menyimpan emas buat masa depan, bahaya simpan emas bila sekali beli ketagih nak beli dan simpan lagi.

Azizul Azli Ahmad
#TabungDuit

Minggu lepas 02 Okt, RM4.72

Setakat jam 2:40 petang tadi, kita menjangkau RM4.74.

Kita menghampiri RM5.00

#AAA

Jadi jom la bertindak untuk tukarkan wang anda yang tak digunakan dalam jangkamasa panjang dalam bentuk emas.. Tunggu apa lagi.. Jom pm tepi..
#TabungDuit

HARGAI USIA KITA

1. Hargai Kerja Keras Kita Supaya Tak menyesal di Masa Tua.

2. Jangan sampai hidup ini cuma fokus pada cari duit sahaja, tetapi kita lupa kelola semua hasil kerja keras kita.

3. Dapat duit kita belanja dan habiskan, tunggu gaji untuk ada duit kembali.

4. Kita lupa untuk buat Simpanan, Pelaburan dan Perlindungan.

5. Padahal, kita tak selamanya produktif dan akan mampu mencari duit.

6. Sudah banyak teladan kita jumpa orang yang kewangannya bagus akhirnya kehidupannya hancur kerana gagal urus wang dengan baik.

7. Sebab itu kita wajib memikirkan soal Dana Kecemasan, pelaburan dan Perlindungan untuk kenyamanan kewangan kita nanti.

Pesan pesan buat ingatan kita bersama

Azizul Azli Ahmad

Sampaikan agar adik adik kita mula menabung dan menyimpan demi masa depan sendiri.
#TabungDuit

RINGGIT TERENDAH DALAM TEMPOH 26 TAHUN!

Bermakna ringgit kini lebih rendah berbanding keadaan terburuk tahun 1998.

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), seiring mata wang negara pesat membangun yang lain,

berikutan pelabur memilih dolar AS didorong oleh kebimbangan terhadap prospek ekonomi global dan menjelang penerbitan data AS lewat minggu ini yang mungkin mempengaruhi prospek kadar faedah AS.

Pada 6 petang, ringgit mencecah paras terendah dalam 26 tahun kepada 4.7280/7335 berbanding dolar AS daripada 4.7160/7210 ketika ditutup pada Jumaat dan berbanding paras terendah yang dicapai pada 1998.

Sumber : Berita Harian Online
#TabungDuit

PERATURAN TENTANG DUIT

Hidup ini agar tak susah, ikut peraturan.

Jika dapat bina peraturan hidup sendiri agar kita tak susah.

Bila ada keluarga, bina peraturan keluarga juga agar semua tak sengsara.

1. Jangan belanja lebih dari apa kita dapat. Guna formula 50/30/20.

2. Jangan berhutang untuk kagumkan orang. "Ish malulah bawak kereta kecik, kau tu pegawai".

3. Melabur dan faham bagaimana duit dijana. Fahami ini, "Pelaburan bodoh hanya untuk orang yang bodoh".

4. Jangan buang duit beli aset yang susut nilai. Fahami, apa aset dan liabiliti dulu. Jika kita faham, hidup kita akan tenang.

Kawan kawan,

Bina peraturan hidup dan nikmati hidup.

"Tak enjoy la bang, muda muda hidup banyak peraturan".

"Banyak peraturanlah hidup kita lebih enjoy sepanjang zaman".

Azizul Azli Ahmad