Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.16K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
KELUARKANLAH ZAKAT,
ALLAH AKAN LAPANGKAN REZEKI

Bila aku sarankan simpan emas, selalu ada yang berpesan, "simpan emas tu jangan lupa bayar zakat!"

Aku nak share sedikit ni.

Pengalaman aku sejak aku mula mengajak orang menyimpan emas ni sejak 6 tahun yang lalu, aku boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas.

Orang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat.

Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya kena zakat sama macam zakat emas juga.ο»Ώ

Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu diingatkan, "simpan duit dalam bank tu jangan lupa bayar zakat!".

Tak gitu?

Ada pula sebahagian orang yang teragak-agak untuk beli emas sebab takut kena zakat.Aduhhhh.....

Lagi satu tip penting aku nak share.

Zakat hanya dikenakan kepada orang kaya. Orang miskin tak dikenakan zakat.

Siapa takut bayar zakat, dia susah jadi kaya.

Siapa pasang cita-cita nak bayar lebih banyak zakat, insyaAllah, Allah akan lorongkan lebih banyak jalan kekayaan.ο»Ώ

Pernah beberapa orang penyimpan emas share kepada kat aku, alang-alang beli emas, biarlah jumlah emas yang disimpan itu cukup untuk mewajibkan dia bayar zakat. Dia sungguh senang hati untuk membayar zakat.

Dan memang benar, aku lihat, penyimpan emas tersebut tidak ada masalah kewangan walaupun aku kira pendapatannya tidaklah besar. Kehidupannya serba serbi cukup. Alhamdulillah.

Aku percaya, Allah berikannya keberkataan atas kesungguhannya mahu membayar zakat. Ingat, setiap bahagian harta yang kita keluarkan kerana Allah, Allah akan gantikannya sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada apa yang kita keluarkan. Itu janji Allah.

Tidak ada yang lebih menepati janji selain Allah, pemilik segala kekayaan di langit dan di bumi.

Begitulah...

Selamat malam dan in syaaAllah kita jumpa lagi esok.😍

#TazkirahDiri
Gais,

Menyimpan duit nie boleh dikatakan termasuk dalam kategori.
"cakap senang buat susah"

Kenapa susah nak buat? Sebab menyimpan duit bukan fitrah kita.

Fitrah adalah sifat semulajadi manusia. Fitrah termasuk dalam kategori automatik manusia buat tanpa perlu diajar.

Contoh fitrah adalah;

bila lapar kita akan cari makanan.
Bila haus kita akan cari air
Bila sudah akil baligh kita akan cari pasangan 😍

Ok.dah faham konsep fitrah?

Memandangkan menyimpan duit adalah bukan fitrah, maka ia perlu dilatih supaya menjadi TABIAT.

Untuk membentuk tabiat, anda perlu ada strategi dan pengulangan. Baru ia melekat.

Contohnya tabiat gosok gigi, bila bangun pagi, automatik kita akan gosok gigi. Jika tak gosok gigi maka kita akan rasa "pelik" dan tak selesa. Ini kerana ia sudah menjadi tabiat.

Ini adalah tips membentuk tabiat menyimpan duit. Especially bagi orang yang susah sangat nak simpan dan banyak alasan.

1. Anda mesti bermula dengan niat dan keinginan yang kuat. Untuk membentuk keinginan yang kuat, anda mesti kaitkan simpanan ini dengan gol anda. Contohnya nak simpan sampai boleh jadi deposit beli rumah.

2. Beli tabung besar. Contohnya tabung duit yang dibuat dengan tong aircond. Dari segi psikologi, tabung besar menggambarkan keinginan yang besar dan nilai simpanan yang besar πŸ˜€
Saya sendiri mempunyai tabung yang diperbuat daripada tong aircond.

3. Start dengan nilai kecil supaya "senang pada hati" Contohnya seminggu anda niat nak simpan RM10 sahaja. Kalau terus nak start dengan RM100, mungkin ada ralat kat dalam hati. Maklumlah.. takut duit kurang kan? Jadi start small gais. Asalkan hati rasa redha... untuk permulaan, nilai RM tidak penting. Yang penting adalah kita nak membentuk tabiat.

4. (PENTING) Latih diri untuk konsisten dari segi masa menabung dan nilai duit. Contohnya anda target simpan tabung RM10 setiap minggu dan hari Jumaat. Bila sampai hari Jumaat, anda akan masukkan duit RM10 yang warna merah tu kedalam tabung besar anda.

5. Jika ada duit syiling dalam kocek, automatik semuanya masuk dalam tabung.

6. Biasanya jika diulang-ulang selama 6 bulan maka ia akan membentuk tabiat. Selepas jadi tabiat maka anda bolehlah niat untuk tambahkan nilai RM tersebut contohnya RM50 seminggu. (NOTIS PENTING) Untuk permulaan, nilai RM yang anda simpan tak penting, membentuk tabiat jauh lebih penting.

7. Apabila tabung sudah penuh, kesemua duit tersebut harus ditukar kedalam bentuk emas. Ya! emas.

Sebab kalau anda simpan dalam bentuk cash di bank, nanti boleh jadi jiwa kacau sebab nampak nilai RM yang banyak.

Ditakuti akan terbabas dengan membeli barang-barang yang tak perlu.

Saya jumpa banyak kes dimana orang yang takde masalah simpan duit dalam tabung, tapi bila pecah tabung dan masuk bank, maka duit tersebut akan ter'guna' untuk membeli sofa πŸ˜•

8. Dengan strategi menabung ini, semoga duit anda semakin banyak dan emas anda semakin banyak dan rumah impian anda menjadi semakin dekat πŸ˜€

Untuk gambar tabung, sila tengok komen pertama.

Dipersilakan #share tips ini dengan rakan-rakan fb anda. Semoga mereka mendapat manfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#OrangMudaTetapiKaya
PAKSA DIRI BUAT SIMPANAN

Di zaman sekarang ni kita dah tak boleh tunggu lebihan pendapatan kita baru nak menyimpan tapi KENA PAKSA DIRI UNTUK BUAT SIMPANAN.

Bagaimana??
Cukup sekadar paksakan diri untuk buat simpanan sebulan 1 gram emas dan lupakan.
Disiplinkan diri secara istiqamah untuk menabung emas.

Kenapa tidak tabungkan duit saja??
Bukan tak nak bagi tabungan duit tapi selalunya yang menabung duit PASTI AKAN GAGAL sebabnya memang di awal bulan akan menabung rm200 tapi bila pertengahan bulan pasti akan keluarkan rm150... betul tak?

Duit mudah sangat bocor.
Tapi berlainan dengan emas. Emas susah hendak bocor dan emas mengekalkan nilainya sepanjang zaman.

Bagaimana cara mudah untuk menabung emas sebulan 1 gram??
Mudah sahaja kita boleh buat tabungan melalui GAP-AKAUN SIMPANAN EMAS.

Paksa dari bermula sekarang SIMPAN DULU BARU BELANJA. Cukup sekadar sebulan 1 gram secara istiqamah dan LUPAKAN.

Selepas 5 tahun mesti anda akan bahagia dan sangat menghargainya.

Nak tahu lebih tentang GAP sila pm atau wasap

Hargailah titik peluh kita dengan menyimpannya sedikit untuk masa depan kita..

Begitulah..

#kakinaPublicGold
#PGJE24K

***********************

Minat nak belajar ilmu emas dan PublicGold ? Join group telegram kak Ina untuk maklumat dan ilmu serta updated terkini tentang emas dan PublicGold di link channel telegram di bawah ni.

https://t.me/joinchat/AAAAAEPXYdqpe85A-r0_Pg
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
Mini Travel Steam Iron ni hanya RM17.99 sahaja. Postage untuk semenanjung Malaysia hanya RM4 sahaja. Memang sangat berbaloi.

Boleh bawa ke mana sahaja terutama yang suka pergi melancung, mudah dibawa..

Stock hanya tinggal lagi 7 pcs sahaja. Untuk hari ni sahaja. Sapa cepat dia dapat.

Memang syok sangat bawa iron ni masa pergi travel sebab comeiiiii sangat dan pakaian lendik sangat bila menggunakannya.

RM17.99 aja oooiiii... cepat rebut peluang ni.

Sebarang pertanyaan boleh pm atau wasap kak ya.. kak bantu sampai dapat.πŸ‘†
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
LUNAR SERIES CNY Collection 2020.
Limited edition. First batcg hanya 2000pcs sahaja. Selepas first batch harga akan naik.

Sekarang 5 pcs = RM1050.

Sapa nak boleh pm ya..
Kalau nak 1ocs pun akan dilayan. Tapi kena order melalui kak ina ya.. kita kongsi order.
Petang ni pukul 5.30pm, ada FB LIVE PG JEWEL ya..
Jom join bersama-sama #kakinaLipLap ya..

Kak ina nak bagi harga murah-murah bagi yang join dan nak tunjuk koleksi baru..
PANIK ATAU ISTIQAMAH??

Bila harga rendah, semua buat tak tau aja.. buat lengai aja. Nak beli 1gram pun bertangguh -tangguh.

Tapi bila harga mulai naik, ramai pulak yang mulai beli dan ramai yang akan menambah simpanan.

Tapi bila harga lagi naik tinggi, semua berebut -rebut utk membeli dan menambahkan simpanan. Lagi naik tinggi , lagi berebut buat simpanan..
Masa harga naik dlm 1 malam naik sampai rm7, masa tu la berebut2 nak membeli, mcm "tiada esok lagi."πŸ˜‰

Rupanya manusia ni suka membeli dlm keadaan panik.
Lagi panik, lagi berebut2 nak membeli.

Cuba kita ambik pendekatan yang di ajar islam pada kita.
- Buat persediaan awal.
- Buat secara istiqamah walaupun sedikit.

Jadi simpanlah emas sedikit -sedikit secara istiqamah utk persediaan awal kita dimasa hadapan. Cukup sekadar 1 gram sebulan. Lebih lebih baik.

Nak mula boleh pm atau wasap kak ina

MAZLIFAH @KAK INA
PG034720

#panik #istiqamah #1bulan1gram
#kakinaPublicGold #islam #gold #dinar
Photo from Mazlifahomar@ KAK INA PG
Photo from Mazlifahomar@ KAK INA PG
Emas ni juga dapat selamatkan kita jika kita diistiharkan MUFLIS .

Jika kita diistiharkan muflis, semua harta dan duit simpanan kita di bank akan DIBEKUKAN KECUALI EMAS..

Sebab emas tak ada dalam mana-mana institusi kewangan pun.

#kakinaPublicGold
#PGJE24K
Seorang kawan aku diistiharkan muflis oleh pihak bank tapi bukanlah sebab dia tak bayar hutang tapi disebabkan dia menjadi penjamin pada kawannya.

Semua akaun banknya dibekukan dan dia tidak boleh membuat pinjaman dimana -mana bank atas namanya sebab dah dibalacklist. Tapi katanya alhamdullillah simpanan emasnya tiada siapa yang tahu, dan pihak bank pun tak tahu dan tak akan tahu tentang simpanan emas kita. Jadi benarlah yang EMAS MELINDUNGI KEKAYAAN KITA dan SANGAT BERGUNA KETIKA GAWAT.

Walaupun semua akaun banknya dibekukan dan tiada lagi pinjaman dari pihak bank, EMAS DALAM SIMPANANNYA SELAMAT. Dan boleh membantu dalam kehidupannya. Pada masa inilah emas sangat berguna pada tuannya.

Jadi beringatlah walaupun apa perniagaan anda, walau apapun pelaburan anda jadikan EMAS SEBAGAI BACKUP ANDA. Jika sesuatu berlaku EMAS AKAN MENYELAMATKAN KITA.

Kita simpan EMAS, kita takkan jatuh miskin walau apapun berlaku pada kita atau pada negara kita dari segi ekonomi, politik malah peperangan sekali pun, in syaaAllah kita boleh meneruskan kehidupan in syaaAllah dengan izin Allah.

Akhirkata simpanlah EMAS DALAM KEHIDUPAN KITA UTK MASA DEPAN KITA.

Yang nak bermula sila klik di bawah ini. In syaaAllah kak Ina akan bagi tunjuk ajar..

http://kakinapublicgold.wasap.my/

#kakinaPublicGold
#PGJE24K
Kalau nak hubungi kak ina boleh hubungi melaui wasap di nombor www.wasap.my/+60135086989

Nombor yang kak ina selalu guna ada masaalah sikit ya..
Simpanan emas adalah simpanan jangkamasa panjang. Lagi lama lagi bernilai.

Cuba bawa barang kemas mak kita yang dia beli masa baru -baru kawin dulu ke kedai emas sekarang dan tanya berapa nilainya, pasti mak kita sendiri terkejut dengan nilainya.
Dulu beli gelang tu harga RM600 saja.
Tapi sekarang wow!!.... dapat RM3500.

Jadi jangan la harapkan keuntungan dengan segera. Beli 1 gram bulan ni, bulan depan dah nak jual dan nak dapatkan keuntungan..
Mana nak ada keuntungannya dlm masa sebulan dengan belian 1gram...
Kalau beli 250gram boleh la buat keuntungan jangkamasa pendek.

Ingat ya adik -adik manis dan kacak, simpanan emas untuk jangkamasa panjang, guna masa adik nak kahwin, untuk nak dapat cahayamata baru, untuk anak -anak nak melanjutkan pelajaran, untuk nak ke umrah, haji dan sebagainya. Set target agar mudah untuk nak mengumpul.

Mulakan sekarang, fast action fast result.
Jangan tanguh-tanguh dah. Beli emas yang ada emas fizikalnya.

Begitulah..

Selamat bermula.

MAZLIFAH @KAK INA

#kakinaPublicGold
#PGJE24K
Gais,

Budget 2019 dibentangkan minggu lepas. Yes. Setiap tahun kerajaan akan bentangkan budget.

Budget adalah perancangan kewangan negara. Kat mana negara nak cekau duit, kat mana nak belanja duit.

Selain daripada pendapatan dan perbelanjaan, ada satu elemen penting dalam pengurusan kewangan negara iaitu mengembangkan kekayaan negara.

Malaysia ada Khazanah Nasional. Institusi ini bertanggungjawab untuk membuat pelaburan dan menjana pendapatan kepada negara.

Dengan kata lain, sebahagian pendapatan negara perlu disimpan dan dilaburkan. Mana boleh fikir cari duit dan belanja aja. Negara pun mesti simpan duit dan melabur duit.

Gais, ada banyak negara dalam dunia yang tak pandai menguruskan budget menyebabkan hutang mereka tinggi. Google ajer β€œcountries with the most debt” dan kita boleh baca kisah mereka.

Ada negara yang mengalami kemelesetan ekonomi sejak tahun 2013 iaitu Venezuela. Teruk benar negara mereka sekarang.

Bayangkan, kat level negara pun ada banyak negara yang gagal menguruskan ekonomi. Akibatnya rakyat mereka sengsara.

Sebab itulah kita kena belajar pengurusan kewangan di peringkat individu. Kewangan kita adalah tanggungjawab kita.

Budget negara mungkin bagi sedikit impak kepada kita namun tabiat kewangan kita jauh lebih memberi impak kepada diri kita.

Simpan duit banyak-banyak, labur di tempat yang selamat dan bina aset secara slow and steady.

InsyaAllah hidup anda akan bahagia πŸ₯°