Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.4K subscribers
5.17K photos
654 videos
84 files
1.77K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Forwarded from Mazlifah Kak Ina
Harga PAGI ni
Gais.

Hari ini, seorang suri rumah yang buat bisnes kecil-kecilan tanpa income yang tetap telah menghubungi saya.

Katanya dia nak beli 100gram emas.

Yang lawaknya adalah dialog beliau sebelum beli emas.

“Dik.. berapa harga gold bar 100g sekarang?”

“Dalam RM27,500++ macam tu kak” balas saya.

“Fuh! Mahal juga harga emas sekarang nie ye. Dulu akak beli kat awak murah lagi kan? (Merujuk kepada belian dia tahun lepas 100g).

“Mahal pun akak nak beli lah seketul 100g” cakap kakak tersebut.

“Boleh… boleh… nanti kita jumpa” balas saya.

Sejam kemudian, saya pun jumpa dia… lepas tu kitorang borak borak…

“Syukor… akak nie teringin nak bebas hutanglah… sekarang akak ada hutang rumah RM190k lebih dan hutang kereta RMxx lebih”

“Boleh tak akak simpan emas… pastu kalau harga dah naik banyak, akak jual emas dan bayar hutang?”

Saya cakap.. “ya boleh. Kalau akak ada untung bisnes, simpan sebahagian dalam bentuk emas.

Kemudian bila harga naik, akak jual emas tu dan settlekan hutang. Takde masalah”

Kalau harga emas belum naik dan akak nak pakai duit sementara, maka akak boleh gadaikan sekejap di Arrahnu” balas saya.

“ Saya ada pengalaman gadaikan 1kg emas sebab nak pakai duit (100g x 10 keping)”

“Saya juga ada pengalaman gadaikan emas sehari sahaja sebab nak pakai cash kejap” balas saya.

“Perlu ke akak tukar semua duit simpanan akak jadi emas?” Tanya akak.

“Eh.. tak perlu… akak pun kena standby cash jugak. Kot-kot ada emergency malam-malam buta” balas saya.

“Oklah… nanti harga emas naik, akak contact awak semula ya” balas akak.

“Haah.. boleh-boleh… jual ajer balik kat saya semua tu. Saya beli”. Balas saya.

“Ok, bak sini 100gram tu. Akak transfer duit sekarang” balas akak.

Lepas tu saya pun bagi 100gram BungaMas kat dia. Happy member 🥰

Gais.

Sebenarnya, saya pun terkejut dengan kemampuan akak yang buat bisnes kecil-kecilan kat rumah, tapi mampu beli 200g emas (100g tahun lepas dan 100g hari ini).

Akak nie sangat low profile.

Dia pakai beg tangan As-salihin, bukan beg tangan ribu riban masa jumpa saya (syarikat As-salihin yang buat wasiat dan perancangan harta pusaka tu) Itu pun saya rasa dia dapat beg free, sebab dia tak promote As-salihin kat saya 🤣

Semasa kami jumpa, dia cakap yang dia mai dengan grab car ajer.

Dia sangat simple.. sangat low profile.

Tetapi emas dia beratus gram gais 🥰

#NotaEmasSyukorHashim
𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗔𝗟-𝗠𝗨𝗕𝗔𝗥𝗔𝗞
.

Sempena Ramadan 1443H ini, kak Ina dan seluruh team MyPG mengucapkan selamat menunaikan Ibadah puasa.
.

Marilah sama-sama kita rebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amalan dan ibadah di bulan mulia ini.
.

Semoga Allah memandu kita untuk beramal dan istiqamah dalam melaksanakan ibadah dan meninggalkan laranganNya semasa berada dan selepas Ramadan.
.

Marilah kita perbanyakkan ibadah sedekah, supaya kita dapat bantu ramai orang lain lagi supaya mereka juga turut bergembira.
.

Semoga kita juga sama-sama menghayati Ramadhan tahun ini dengan penuh keikhlasan hanya kerana Allah s.w.t. dengan mengharapkan keampunan-Nya.
.
Maaf zahir batin.
.
SELAMAT BERPUASA SEMUA.

.
#kakinaPublicGold
#MyPG
Assalammualaikum Dan Selamat Pagi semua. Semoga pagi ini lebih baik dari semalam
Simpanan Emas VS Simpanan Duit

Ali mengatakan simpanan emas merugikan sebab ada spread dan harga emas tak naik -naik. Masa nak jual pasti akan rugi katanya.

Tapi Ali silap, bila di tanya berapa simpanan yang dia ada dalam jangka masa 2 tahun simpanannya. Ali mengatakan dia ada sebanyak RM2k sahaja dalam simpanan.

Manakala si Aidil yang menyimpan emas dalam jangkamasa yang sama iaitu 2 tahun juga telah ada sebanyak 48gram dalam simpananya. Aidil menyimpan sebulan 2 gram emas dalam simpanan GAP nya. Jika ditukar kepada RM simpanan si Aidil dah mencapai RM12k lebih.

Sebenarnya simpnan emas akan dapat mendisiplinkan kita dalam menyimpan tanpa berlakunya KEBOCORAN simpanan di sana sini.Dalam menyimpan yang paling penting adalah Tabiat dan Disiplin menyimpan itu.

Dengan duit kita susah sangat nak disiplin menyimpan tanpa KEBOCORAN. Kita selalunya kalah dengan nafsu untuk berbelanja. Berlainan dengan Simpanan Emas sebab dengan simpanan emas kita boleh "Simpan dan Lupakan"

Walaupun EMAS ada spreadnya tapi pada akhirnya orang yang menyimpan emas pasti dapat mengalahkan orang yang simpan DUIT dalam akaun simpanan.

Tak caya cuba mulakan SEKARANG dengan hanya 1gram aja dulu.

#MyPG
#kakinaPublicGold
#KalauBukanSekarangBilaLagi
#LipLapLipLapSimpananMasaDepan
Pesan Sifuku:

NAK GAGAL ATAU NAK BERJAYA DENGAN EMAS KITA SENDIRI YG TENTUKAN:
.
Untuk berjaya dalam pelaburan emas, kita perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas.
.
Ada 2 sebab yang kenalpasti.
2 sebab tersebut adalah:
.
1. Tidak istiqamah atau konsisten.
.
Bagi orang yang modalnya kecil, kemampuan menyimpan cuma 1 gram atau kurang.
.
Dia mulakan simpanan emas dengan semangat berkobar-kobar, namun akhirnya terhenti dipertengahan jalan, bak kata orang hangat-hangat tahi ayam.
.
Selepas 3-4 bulan, semangat nak simpan emas pudar sebab terlalu banyak distraction. Lost fokus. Sebab tak nampak 'hasil'.
.
Penyelesaian: Mesti set dalam minda. Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Gunanya adalah untuk beli rumah, beli tanah, pergi umrah, anak nak masuk IPT.
.
MESTI BELI EMAS SECARA ISTIQAMAH ATAU KONSISTEN.
Dlm islam sendiri kita diajar biar sedikit tapi istiqamah, kan......
.
2: Beli emas dengan mindset berjudi.Ini bahaya.
.
Maksudnya, kita beli emas sekali dan berharap harga naik.
.
Saya pernah jumpa orang yang beli emas sekali sahaja. Bila harga naik, dia jual dan untung. Lepas tu dah takut nak beli emas sbb harga dah tinggi.
.
Ini adalah beli emas dengan mindset berjudi (gamble).
.
Bagaimana kalau harga emas turun? Dia tidak berbuat apa-apa? Tidak ambil peluang tambah emas dan mengurangkan kos purata harga emas.
.
Orang yang gamble macam ni, risikonya tinggi. Dia boleh rugi.
.
Untuk menang dalam pelaburan emas, kita mesti konsisten. Cannot hangat2 tahi ayam ya...
.
Dalam jangka masa panjang, anda yang konsisten atau istiqamah ini akan menang dan berjaya.

Jadilah seperti kura -kura, biar lambat tapi istiqamah pasti menang.
Jangan jadi seperti arnab, berlari laju di permulaan, tapi berhenti dipertengahan jalan.

#MyPG
#kakinaPublicGold
#PelaburanEmas
Simpanan Emas VS Simpanan Duit

Ali mengatakan simpanan emas merugikan sebab ada spread dan harga emas tak naik -naik. Masa nak jual pasti akan rugi katanya.

Tapi Ali silap, bila di tanya berapa simpanan yang dia ada dalam jangka masa 2 tahun simpanannya. Ali mengatakan dia ada sebanyak RM2k sahaja dalam simpanan.

Manakala si Aidil yang menyimpan emas dalam jangkamasa yang sama iaitu 2 tahun juga telah ada sebanyak 48gram dalam simpananya. Aidil menyimpan sebulan 2 gram emas dalam simpanan GAP nya. Jika ditukar kepada RM simpanan si Aidil dah mencapai RM12k lebih.

Sebenarnya simpnan emas akan dapat mendisiplinkan kita dalam menyimpan tanpa berlakunya KEBOCORAN simpanan di sana sini.Dalam menyimpan yang paling penting adalah Tabiat dan Disiplin menyimpan itu.

Dengan duit kita susah sangat nak disiplin menyimpan tanpa KEBOCORAN. Kita selalunya kalah dengan nafsu untuk berbelanja. Berlainan dengan Simpanan Emas sebab dengan simpanan emas kita boleh "Simpan dan Lupakan"

Walaupun EMAS ada spreadnya tapi pada akhirnya orang yang menyimpan emas pasti dapat mengalahkan orang yang simpan DUIT dalam akaun simpanan.

Tak caya cuba mulakan SEKARANG dengan hanya 1gram aja dulu.

#MyPG
#kakinaPublicGold
#KalauBukanSekarangBilaLagi
#LipLapLipLapSimpananMasaDepan
Semua scam akan berkubur – itu adalah kepastian. Cuma cepat atau lambat saja.

Jadi berikut adalah 11 ayat yang para scammer boleh gunakan untuk cover line apabila downline mereka muncul di depan rumah dengan parang apabila scam yang mereka promote itu berkubur:

1. “Sebenarnya skim ini betul tapi ada pesaing yang jeles jadi mereka sudah sabotaj.”

2. “Sebenarnya skim ini betul tapi ada efek sebab perang di Ukraine!”

3. “Exchange yang kita gunakan telah di hack oleh hacker yang tidak bertanggungjawab; nak buat macamana?”

4. “Pihak Binance tersilap kerana mereleasekan coin di dalam wallet kita; nanti mereka akan menggantikan semua coin kita.”

5. “Pihak autoriti Amerika Syarikat salah faham sebab itulah mereka menyerbu pejabat syarikat.”

6. “Polis serbu syarikat yang silap.”

7. “Problem ini berlaku di Malaysia sahaja. Negara lain tak ada masalah langsung.”

8. “Jangan bimbang. Dato Sri X sudah bertemu dengan BNM. Nanti BNM akan release semua wang kita yang dirampas.”

9. “Jangan bimbang. Dato Y sudah bertemu dengan Securities Commission. Nanti SC akan membuat press statement menjelaskan situasi yang sebenarnya.”

10. “Saya pun tak tahu banyak tentang projek ini. Dato Z cakap OK; saya pun percayalah.”

11. Tapi line yang paling best ialah “Kenapa awak marah kat saya? Saya pun mangsa juga seperti awak!”

Sila SHARE.