Nota Emas Kak Ina Public Gold
3.42K subscribers
5.09K photos
653 videos
83 files
1.75K links
Saya MAZLIFAH @ KAK INA PG034720 Master Dealer dan Officer Speaker akan berkongsi ilmu tentang emas, Public Gold dan tips kewangan.

Sebarang persoalan boleh pm di @mazlifahomar
Download Telegram
Forwarded from TABUNG EMAS PUBLIC GOLD😍
Public Gold menyediakan berbagai kaedah untuk kita semua mula meyimpan emas. Nak atau tak nak aja..Simpan la ikut keselesaan dan kemampuan masing -masing. Ada Retail, ada EPP, ada GAP.. Pilih la ikut kemampuan masing -masing.

Menyimpan emas ni bermakna meyimpan duit la sebab EMAS ADALAH DUIT SEBENAR. Dengan menyimpan emas bermakna magnet kekayaan di tangan kita. Selalunya orang yang simpan emas ni lebih cepat dan lebih banyak menyimpan berbanding yang menyimpan duit. Cuma nak mula tu aja yang selalu orang suka bertangguh.

Kenapa simpan EMAS LEBIH CEPAT BERGANDA DARI SIMPAN DUIT??

Sebab simpan duit sangat mudah BOCOR.. Simpan hujung bulan, pi tekan tengah bulan. Simpan berbulan -bulan.. habis dalam masa sehari di shopping komplex. Simpan sikit -sikit.. lama -lama sikit juga..ITULAH LA DUIT.. otak sentiasa kreatif ke mana untuk di habiskan.

Tapi kalau simpan EMAS.. naluri kita akan sangat sayang untuk jual jika tak benar benar memerlukannya. Dan emas ni kalau dah mula menyimpan, kita akan lebih semangat untuk menyimpan.

Kalau tak caya.. hampa try la beli 1gram atau 1 dinar aja dulu...

Hampa baca testimoni dari customer kak Ina ni..
Memang terbaik semangatnya.. Simpan dan terus menyimpan demi masa depan anak -anak kita..

Nak mulakannya wasap kakIna

#SimpanDuitSikitsikitTapiTetapSikit
#UntukMengelakkanBocorSimpanlahEmas

#kakinaPublicGold
#MyPG
#AuraSimpanan

Jika anda seorang yang boros, simpanan terbaik untuk anda adalah simpanan paksa diri. Simpanan paksa diri pun kena simpan dalam bentuk yang susah untuk bocor. Sebab bagi orang yang boros, selalunya simpanan mereka pastinya mudah bocor. Simpan, simpan kemudian tekan balik untuk keluarkan dan akhirnya simpanan memang tak lekat.

Jadi simpanan yang terbaik untuk mereka adalah simpanan emas sebab emas memang susah untuk bocor. Selalunya yang boros ni bila mula dengan simpanan emas pastinya simpanan mereka lekat dan pastinya bertambah setiap bulan. Dengan emas, kita tak akan menjualnya semata-mata hanya untuk menukar sport rim atau shopping jubah atau tudung. Kita hanya akan jual atau pajak emas kita bila betul-betul terdesak sahaja. Kannn..

Nak simpan emas ni pun kita wajib tahu emas yang bagaimana kita nak simpan. Seeloknya bukalah "Akaun Simpanan Emas" atau dinamakan GAP oleh Public Gold. Kita boleh bermula hanya seminimum RM100 sahaja. Kita boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa, janji kena ada minimum balance 1gram. Boleh keluarkan dalam bentuk goldbar atau dinar, ikut pilihan hati.

Lagi cantik kalau dapat buat potongan gaji menerusi bank setiap bulan. Buat arahan sekali sahaja, akan dipotong setiap bulan untuk di masukkan dalam akaun GAP ni. Sangat mudah.

Dari emas tukarkan ianya menjadi sebagai deposit rumah, baru la si gadis terpikat dengan teruna yang ada wawasan dan si teruna pulak tergoda dengan gadis yang bijak.

Yang nak tahu lebih lanjut boleh la wasap kak di www.wasap.my/+60134506989/GAP

Kak bantu sampai berjaya.

#kakinaPublicGold
#MyPG
Ramai yang bertanya tentang dirham dan dinar..
Walaupun ianya adalah matawang sunnah
Dan P.Ramlee banyak mempopularkannya
Dlm filem2 nya terutama dlm filem 3 ABDUL
Tapi sayang masih ramai yang tidak mengenali
Apa itu DINAR dan apa itu DIRHAM.
DINAR - WANG SILING EMAS
DIRHAM - WANG SILING PERAK
Peraturan syaidina umar

Setiap 10 dirham bersamaan dgn berat 7 dinar.
1 dinar = 4.25 gram.
7 dinar= 29.75 gram
10 dirham = 29.75 gram

Kenapakah di buat kira sebegini...1000 tahun lalu..
Sebabnya..
1. Perlaksanaan hukum hudud..
Sekiranya mencuri lebih drp 10 dirham potong tangan.
Kurang 10 dirham ikut hukum budibicara pemerintah.

2. Sebagai pemudah cara pembayaran zakat .
Kemudian umar perintahkan perlaksanaan zakat silver lebih 595 grm wajib zakat.
Nisab dirham 200 dirham perlu bayar zakat
Ya la...200 dirham Γ— 2.975 gram= 595 gram perak...jadi bayar 2.5% zakat.

3. Perlaksanaan hukum perkahwinan...mas kahwin
Umar adalah pemerintah yg tegas dlm hukum zakat sehingga ditendang pintu rumah org yang tidak membayar zakat
Di sebabkan perlaksanaan hukum setiap 10 dirham berat bersamaan dgn berat 7 dinar...maka hari ini seluruh dunia mengunakan berat yang sama disarankan oleh pemerintah islam sampai sekarang.

10 dirham beratnya = berat 7 dinar
Walaupun dirham atau duit perak ini dikeluarkan oleh mana2 negara bukan islam seperti amerika..kanada dan australia.
Tetap sama setiap keping 29.975 gram ..
Betapa hebatnya sistem kewangan islam ini.

Kepada semua sahabat dan adik2 manis dan kacak....
Percayalah dan beriman lah dgn sistem duit islam kerana semuanya berkaitan dan bertali sambungan ke akhirat
Dinnar pun sama...
Sekira kita memilih dinnar kita tidak rugi ...kerana semuanya matawang syariat islam...maka percayalah Allah akan memelihara keberkatan rezeki kita.

Maksud DINAR..
Gabungan perkataan DIN (Agama) dan NAR (Neraka)
Jika betul jalan gunanya akan mengikut agama
Jika salah gunanya maka akan ikut neraka lah.
Tetapi jangan kita menjadi hamba duit dinnar dan dirham ini..kak Ina berpesan kepada diri sendiri

Pembayaran zakat akan hapus keegoan kita dalam pemilikan logam berharga ini.
Semoga Allah menerima zakat kita semua..amin

BERAPA BANYAK YG KITA KUMPUL.. BERKILO KA ATAU BERTAN KA..
ITU BUKAN HAK KITA.. TAPI HAK KITA YG SEBENARNYA ADALAH BERAPA BANYAK YG KITA KELUARKAN ZAKAT..

SEMOGA BERMANFAAT.. WALAUPUN AGAK PANJANG..

#kakinaPublicGold
#MyPG
#AuraWanita

SURIRUMAH WAJIB MENABUNG

1 - Surirumah wajib menabung setiap bulan sekurang-kurangnya RM100 pun jadilah.

2 - Buka akaun GAP dan buat auto debit setiap bulan. Jadi setiap bulan dah siap buat potongan tanpa sedar.

3 - Bila kak ina kata kita kena buat simpanan ada surirumah yang kata "Saya surirumah, mana ada duit nak buat simpanan"...

4 - Sebenarnya surirumah la yang wajib buat simpanan sebab kalau jadi apa-apa pada suami kita, kita tak ada income. Sementara nak tunggu wasiat atau faraei, sekurang -kurangnya kita ada simpanan untuk digunakan.

5 - Selitkan sikit duit yang suami bagi untuk belanja dapur atau untuk nafkah kita tu..

6 - Buat sesuatu yang boleh menjana income seperti beniaga online atau menjahit atau mengasuh janji ada duit yang masuk untuk kita jadikan sebagai simpanan masa depan.

7 - Jangan la dapat duit tu dok pi beli bulu mata che ta atau contact lens warna warna pulakπŸ˜…

8 - Minta suami berikan nafkah secara tetap dan konsisten, lebih bagus jika dapat buat potongan gaji terus kedalam akaun GAP kita.

9 - Jika suami cakap duit tak cukup, buatlah rayuan dengan penuh 'godaan'. Potong apa yang patut janji ada simpanan. Takkan goda suami nak ajarkan kot..πŸ˜„

Zaman ini zaman susah, buat simpanan sebanyak yang ada. Dan biarkan simpanan yang susah nak bocor. Jadi simpanlah emas sebagai simpanan jangkamasa panjang.

#IsteriMitahliBantuSuami
#IsteriBijakBuatPersediaanAwal
#kakinaPublicGold
#MyPG
Emas boleh dijadikan sebagai insurans kekayaan anda disebabkan emas tiada di dalam mana2 sistem kewangan pun.

Emas juga laku diseluruh dunia. Ianya tetap bernilai walau apa pun berlaku dari segi politik ,ekonomi ataupun peperangan sekali pun.

Sebab tu la pakar kewangan menyarankan kita menyimpan emas sekurang-kurangnya 30% dari jumlah kekayaan anda dalam bentuk emas sebagai back up.

#kakinaPublicGold
#MyPG
1. Apa itu GAP?
Gold Saving Account. Masuk kertas keluar emas.

2. Simpan banyak mana?
Ikut suka. Paling sikit RM100. Nak simpan lebih lagi orait.

3. Dapat emas apa nanti?
Emas jongkong. Dinar pun ada. Tulen dia 999.9

4. Boleh ambik bila?
Bila bila masa ikut suka kita. Asal baki ada 1gram.

5. Ambik di mana?
Mana mana. Dari utara sampai selatan. Dari Singapura hingga Jakarta. 20 branch semuanya. Yang beratnya 20 gram ke bawah boleh minta GIT. Untuk diposkan sampai rumah anda.

6. Tak mau ambik boleh ke?
Boleh. Peram je macam pekasam. Free no charge. Nak ambik jer, roger branch.

7. Nak jual balik macam mana?
Bawak pi branch. Jual dan tunggu duit masuk bank. Nak jual online pun no hal kalau emas masih dalam akaun.

8. Jual ada tolak apa apa ke?
Ada. Susut nilai 6% - 9% paling tinggi. Lagi berat lagi rendah.

9. Susah ke nak gadai?
Dak aih. Boleh di pajak melalui online sahaja jika Emas masih lagi dalam Akaun GAP. Kalau fizikal, usung pi ar rahnu diterima belaka. Cuma lain ar rahnu lain la harga dan lain cara.

10. Tak simpan tiap tiap bulan takpe ke?
Takpa. Bukan leh paksa. Sendiri punya akaun sendiri la jaga. Nak bagi penuh atau nak bagi kosong, terpulang. Nak simpan setiap hari pun boleh.

11. Tak jadi apa ke simpan dalam akaun?
Insuran ada. 15juta dan makin meningkat. Kalau rasa tak boleh tidoq malam, ambik jer simpan bawah bantal.

Sekian tip ringkas bab akaun akumulasi emas Public Gold.

Boleh pm atau wasap untuk lebih tahu tentang GAP atau akaun simpanan emas.

www.wasap.my/+60134506989

#AkaunEmasGAPpublicgold
#kakinaPublicGold
#MyPG
π—¦π—˜π—Ÿπ—”π— π—”π—§ π— π—˜π—‘π—¬π—”π— π—•π—¨π—§ π—•π—¨π—Ÿπ—”π—‘ π—₯𝗔𝗠𝗔𝗗𝗔𝗑 π—”π—Ÿ-𝗠𝗨𝗕𝗔π—₯π—”π—ž
.

Sempena Ramadan 1443H ini, kak Ina dan seluruh team MyPG mengucapkan selamat menunaikan Ibadah puasa.
.

Marilah sama-sama kita rebut peluang keemasan ini dengan memperbanyakkan amalan dan ibadah di bulan mulia ini.
.

Semoga Allah memandu kita untuk beramal dan istiqamah dalam melaksanakan ibadah dan meninggalkan laranganNya semasa berada dan selepas Ramadan.
.

Marilah kita perbanyakkan ibadah sedekah, supaya kita dapat bantu ramai orang lain lagi supaya mereka juga turut bergembira.
.

Semoga kita juga sama-sama menghayati Ramadhan tahun ini dengan penuh keikhlasan hanya kerana Allah s.w.t. dengan mengharapkan keampunan-Nya.
.
Maaf zahir batin.
.
SELAMAT BERPUASA SEMUA.

.
#kakinaPublicGold
#MyPG
Simpanan Emas VS Simpanan Duit

Ali mengatakan simpanan emas merugikan sebab ada spread dan harga emas tak naik -naik. Masa nak jual pasti akan rugi katanya.

Tapi Ali silap, bila di tanya berapa simpanan yang dia ada dalam jangka masa 2 tahun simpanannya. Ali mengatakan dia ada sebanyak RM2k sahaja dalam simpanan.

Manakala si Aidil yang menyimpan emas dalam jangkamasa yang sama iaitu 2 tahun juga telah ada sebanyak 48gram dalam simpananya. Aidil menyimpan sebulan 2 gram emas dalam simpanan GAP nya. Jika ditukar kepada RM simpanan si Aidil dah mencapai RM12k lebih.

Sebenarnya simpnan emas akan dapat mendisiplinkan kita dalam menyimpan tanpa berlakunya KEBOCORAN simpanan di sana sini.Dalam menyimpan yang paling penting adalah Tabiat dan Disiplin menyimpan itu.

Dengan duit kita susah sangat nak disiplin menyimpan tanpa KEBOCORAN. Kita selalunya kalah dengan nafsu untuk berbelanja. Berlainan dengan Simpanan Emas sebab dengan simpanan emas kita boleh "Simpan dan Lupakan"

Walaupun EMAS ada spreadnya tapi pada akhirnya orang yang menyimpan emas pasti dapat mengalahkan orang yang simpan DUIT dalam akaun simpanan.

Tak caya cuba mulakan SEKARANG dengan hanya 1gram aja dulu.

#MyPG
#kakinaPublicGold
#KalauBukanSekarangBilaLagi
#LipLapLipLapSimpananMasaDepan
Pesan Sifuku:

NAK GAGAL ATAU NAK BERJAYA DENGAN EMAS KITA SENDIRI YG TENTUKAN:
.
Untuk berjaya dalam pelaburan emas, kita perlu kenalpasti 2 faktor kegagalan dalam pelaburan emas.
.
Ada 2 sebab yang kenalpasti.
2 sebab tersebut adalah:
.
1. Tidak istiqamah atau konsisten.
.
Bagi orang yang modalnya kecil, kemampuan menyimpan cuma 1 gram atau kurang.
.
Dia mulakan simpanan emas dengan semangat berkobar-kobar, namun akhirnya terhenti dipertengahan jalan, bak kata orang hangat-hangat tahi ayam.
.
Selepas 3-4 bulan, semangat nak simpan emas pudar sebab terlalu banyak distraction. Lost fokus. Sebab tak nampak 'hasil'.
.
Penyelesaian: Mesti set dalam minda. Simpanan emas adalah untuk jangka masa panjang. Gunanya adalah untuk beli rumah, beli tanah, pergi umrah, anak nak masuk IPT.
.
MESTI BELI EMAS SECARA ISTIQAMAH ATAU KONSISTEN.
Dlm islam sendiri kita diajar biar sedikit tapi istiqamah, kan......
.
2: Beli emas dengan mindset berjudi.Ini bahaya.
.
Maksudnya, kita beli emas sekali dan berharap harga naik.
.
Saya pernah jumpa orang yang beli emas sekali sahaja. Bila harga naik, dia jual dan untung. Lepas tu dah takut nak beli emas sbb harga dah tinggi.
.
Ini adalah beli emas dengan mindset berjudi (gamble).
.
Bagaimana kalau harga emas turun? Dia tidak berbuat apa-apa? Tidak ambil peluang tambah emas dan mengurangkan kos purata harga emas.
.
Orang yang gamble macam ni, risikonya tinggi. Dia boleh rugi.
.
Untuk menang dalam pelaburan emas, kita mesti konsisten. Cannot hangat2 tahi ayam ya...
.
Dalam jangka masa panjang, anda yang konsisten atau istiqamah ini akan menang dan berjaya.

Jadilah seperti kura -kura, biar lambat tapi istiqamah pasti menang.
Jangan jadi seperti arnab, berlari laju di permulaan, tapi berhenti dipertengahan jalan.

#MyPG
#kakinaPublicGold
#PelaburanEmas
Simpanan Emas VS Simpanan Duit

Ali mengatakan simpanan emas merugikan sebab ada spread dan harga emas tak naik -naik. Masa nak jual pasti akan rugi katanya.

Tapi Ali silap, bila di tanya berapa simpanan yang dia ada dalam jangka masa 2 tahun simpanannya. Ali mengatakan dia ada sebanyak RM2k sahaja dalam simpanan.

Manakala si Aidil yang menyimpan emas dalam jangkamasa yang sama iaitu 2 tahun juga telah ada sebanyak 48gram dalam simpananya. Aidil menyimpan sebulan 2 gram emas dalam simpanan GAP nya. Jika ditukar kepada RM simpanan si Aidil dah mencapai RM12k lebih.

Sebenarnya simpnan emas akan dapat mendisiplinkan kita dalam menyimpan tanpa berlakunya KEBOCORAN simpanan di sana sini.Dalam menyimpan yang paling penting adalah Tabiat dan Disiplin menyimpan itu.

Dengan duit kita susah sangat nak disiplin menyimpan tanpa KEBOCORAN. Kita selalunya kalah dengan nafsu untuk berbelanja. Berlainan dengan Simpanan Emas sebab dengan simpanan emas kita boleh "Simpan dan Lupakan"

Walaupun EMAS ada spreadnya tapi pada akhirnya orang yang menyimpan emas pasti dapat mengalahkan orang yang simpan DUIT dalam akaun simpanan.

Tak caya cuba mulakan SEKARANG dengan hanya 1gram aja dulu.

#MyPG
#kakinaPublicGold
#KalauBukanSekarangBilaLagi
#LipLapLipLapSimpananMasaDepan
#AuraMenabung

PANDUAN MENYIMPAN

1 - Letak satu matlamat yang jelas, untuk apa kita menyimpan.cth simpanan pendidikan, simpanan utk ke Mekah, simpanan rumah pertama dan sebagainya.

2 - Dapat gaji, simpan dulu sekurang - kurangnya 10% dari gaji kita.Kalau nak tunggu lebih baru nak simpan ,memang tak akan ada lebih.

3 - Simpan secara istiqamah. Biar sedikit tapi berpanjangan.

4 - Mulakan dengan yang sedikit dahulu, baru diikuti dengan yang besar. Untuk membina tabiat menyimpan.

5 - Jika kita seorang peniaga yang dapat pendapatan setiap hari, amalkan simpanan juga setiap hari. Asingkan 10% - 40% dari keuntungan perniagaan setiap hari.

6 - Mulakan tabung syiling dan tabung hijau buat permulaan.

7 - Didik juga semua ahli keluarga kita, buat benda yang sama. Simpan dulu , selebihnya baru belanja. Kita akan lebih bersemangat buat simpanan bersama-sama.

8 - Jika kita seorang yang sangat boros, tukar cara simpanan kepada 'Simpanan Emas' dan 'Simpanan Paksa Diri'.

9 - Kena didik otak kita utk Simpan dan Lupakan (forgotten saving). Dah simpan pastikan kita lupakan buat 5 hingga 10tahun atau sampai capai matlamat kita.Dimpanan Emas mudah untuk dimpan dan lupakan.

10 - Seeloknya sebelum mulakan simpanan ,kita bayar semua hutang jahat yang ada, kemudian baru senang hati nak mulakan simpanan. Cth hutang jahat : hutang kad credit, ptptn, personal loan,hutang pada kawan kita, hutang alongπŸ˜₯πŸ˜₯ dan sebagainya.

Kita kena hidup dibawah kemampuan untuk kita merasa hidup senang di kemudian hari.

Orang kaya tak akan menunjukkan kekayaannya tapi orang yang tak berapa kaya ni yang suka berpura-pura kaya.

#kakinaPublicGold
#MyPG
Antara nombor dan nilai yang mana menjadi pilihan anda?

Jika pilih duit sebagai simpanan jangkamasa panjang, nombornya sentiasa naik tapi sayang sekali nilainya semakin menurun atau jatuh.

Tapi jika pilih emas sebagai simpanan jangkamasa panjang nilainya tetap sama zaman berzaman. Nilai 1 dinar tetap bernilai 1dinar zaman berzaman dan tetap boleh beli barang yang sama dengan nilai 1dinar itu.

Contoh yang paling mudah adalah seekor kambing boleh dibeli dengan 1dinar sejak 1400tahun yang lalu sehingga sekarang tetap sama 1dinar.

Tapi ini tidak boleh dilakukan dengan duit yang anda simpan. Dengan duit hanya dalam masa 5 tahun sahaja , kuasa belinya boleh jatuh 50%. Dan berlainan mengikut negara masing masing. Jika berlaku krisis ekonomi atau krisis politik atau berperang sudah pastinya nilai duit boleh menjadi sifar. Langsung tidak bernilai tapi ini tidak pernah berlaku pada emas.

Walau banyak manapun kekayaan anda, pastikan sekurang -kurangnya 30% di simpan dalam bentuk yang lebih selamat iaitu EMAS.

#kakinaPublicGold
#MyPG
Bila masa gaji RM2500, sebulan boleh simpan RM300 aja sebab desakan hidup. Aku belanja dulu, lebih baru aku simpan. Yang lebih hanyalah RM300 tu aja.

Tapi...

Bila gajiku dah naik ke RM3000 sebulan, simpanan bulanan ku menjadi RM250 saja sebulan. Itu pun aku korek balik RM100 sementara nak tunggu gaji hujung bulan masuk.

Hairan bin ajaib, mana perginya duit aku yang lebih atas kenaikan gaji aku tu..

Itulah kata-kata si Budin pada sahabatnya Asraf.

Dengarlah nasihat Kak Ina wahai si Budin yang kacak lagi bijaksana.

"Dapat gaji simpan lah dahulu sekurang kurangnya 10%. Tapi kalau untuk orang bujang sepertimu Budin, simpanlah sekurang kurangnya 30%.

Kau nak kawin kan.... kalau nak kawin ,lebihkanlah simpanan tu.30% dari 3000 = RM900.

Kalau kau takut nanti duit simpanan kau BOCOR seperti bulan -bulan yang lalu, kau simpan la 3 gram dalam tabung simpanan emas iaitu GAP. dan selebihnya kau simpan dalam TH.

Sekurang -kurangnya kalau dalam TH kau korek, masih ada lagi simpanan dalam GAP. Dalam masa 2 tahun pasti kau mampu kawin dan bayar deposit rumah pertama kau, Budin"

Budin dengan penuh yakin, terus mulakan simpanan akaun GAP dengan permulaan 1gram hari ini.

Alhamdullillah dapat bantu seorang anak muda untuk disiplinkan diri menyimpan demi masa depannya.

#KalauBukanSekarangBilaLagi?
#MyPG
#kakinaPublicGold
KELUARKANLAH ZAKAT,
ALLAH AKAN LAPANGKAN REZEKI

Bila aku sarankan simpan emas, selalu ada yang berpesan, "simpan emas tu jangan lupa bayar zakat!"

Aku nak share sedikit ni.

Pengalaman aku sejak aku mula mengajak orang menyimpan emas ni sejak 10 tahun yang lalu, aku boleh katakan penyimpan emas lebih ingat tentang zakat berbanding mereka yang tak simpan emas.

Orang simpan emas, baru beli 1 dinar (4.25 gram) emas pun dah sibuk fikir dan tanya tentang zakat. Walhal, 85 gram (bersamaan 20 dinar) barulah diwajibkan zakat.

Sedangkan orang simpan duit dalam akaun bank, kita boleh katakan lebih banyak yang lupa bayar zakat walaupun duit simpanan di bank pun sebenarnya kena zakat sama macam zakat emas juga.ο»Ώ

Sepatutnya orang yang tak simpan emas tu kena selalu diingatkan, "simpan duit dalam bank tu jangan lupa bayar zakat!".

Tak gitu?

Ada pula sebahagian orang yang teragak-agak untuk beli emas sebab takut kena zakat.Aduhhhh.....

Lagi satu tip penting aku nak share.

Zakat hanya dikenakan kepada orang kaya. Orang miskin tak dikenakan zakat.

Siapa takut bayar zakat, dia susah jadi kaya.

Siapa pasang cita-cita nak bayar lebih banyak zakat, insyaAllah, Allah akan lorongkan lebih banyak jalan kekayaan.ο»Ώ

Pernah beberapa orang penyimpan emas share kat aku, alang-alang beli emas, biarlah jumlah emas yang disimpan itu cukup untuk mewajibkan dia bayar zakat. Dia sungguh senang hati untuk membayar zakat.

Dan memang benar, aku lihat, penyimpan emas tersebut tidak ada masalah kewangan walaupun aku kira pendapatannya tidaklah besar. Kehidupannya serba serbi cukup. Alhamdulillah.

Aku percaya, Allah berikannya keberkataan atas kesungguhannya mahu membayar zakat. Ingat, setiap bahagian harta yang kita keluarkan kerana Allah, Allah akan gantikannya sekurang-kurangnya 10 kali ganda daripada apa yang kita keluarkan. Itu janji Allah.

Tidak ada yang lebih menepati janji selain Allah, pemilik segala kekayaan di langit dan di bumi.

Begitulah...

Selamat Pagi dan Assalammualaikum.
Alhamdullillah, bertambah sihat setelah 2 minggu kurang sihat.

#TazkirahDiri
#kakinaPublicGold
#MyPG