Nota Emas HidayatAfiqah
384 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧 𝗝𝗨𝗔𝗟 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗣𝗔𝗝𝗔𝗞 𝗗𝗨𝗟𝗨?

Kalau nak pakai duit segera, tak semestinya kena jual emas dalam simpanan. Pajak pun boleh.

Urusan pajak emas di ar-rahnu ambil masa hanya beberapa minit je untuk dapatkan tunai segera.

Tapi persoalannya, mana lebih baik, jual atau pajak?

Kalau nak pakai duit segera dan mampu untuk tebus balik dalam waktu 6 bulan, semestinya saya syorkan pajak saja.

Ini disebabkan kosnya lebih murah dari kos jual.

Perangai penyimpan emas ni, bila dah jual emas, dia akan cari duit lain untuk beli balik jumlah emas yang dia pernah jual. Dia tak senang hati kalau emasnya berkurang.

Tapi bila jual emas, kita akan kena kos spread, iaitu beza "harga Sell" dan "harga Buy". Kalau emas PG, spreadnya mencecah 9%.

Sedangkan kos pajak hanyalah sekitar 1.15% sebulan.

Kalau tempoh 6 bulan, kosnya baru 6.9% (1.15 x 6 bulan).

Maksudnya kalau pajak, kita jimat 2.1% (9% - 6.9%) berbanding jual dulu lepas tu cari duit lain untuk beli balik.

Tapi kalau dapat tebus emas tu balik dalam tempoh lebih 6 bulan (tapi kurang 12 bulan) pun bagi saya masih berbaloi.

Walaupun kos pajakan lebih mahal, tapi kita akan cari duit juga untuk pastikan dapat tebus balik emas tu. Akhir sekali emas tu kembali sepenuhnya jadi milik kita.

Itu lebih baik berbanding jual emas tapi tak berganti balik.

#BukuWangEmas #TipArRahnu #TipPajakEmas #TipJualEmas

📝 Posting asal di FB https://www.facebook.com/1339502465/posts/10219860083316047/?d=n