Nota Emas HidayatAfiqah
384 subscribers
992 photos
24 videos
3 files
795 links
Hidayat & Afiqah merupakan Dealer Public Gold yang telah berkecimpung dalam dunia emas sejak tahun 2015
Download Telegram
Salah satu cara berkesan untuk menutup kebocoran simpanan adalah dengan menjadikan emas sebagai backup belanja hangus.

1. Bila nak belanja hangus, gadai emas untuk dapatkan pinjaman.

2. Bila terpaksa gadai, kita tak akan berbelanja sembarangan kecuali perbelanjaan tu benar-benar perlu saja.

3. Bila ada duit nanti, perkara pertama yang kita fikir ialah tebus emas tu dulu.

Akhir sekali, kita dapat selesaikan keperluan, dalam masa sama, simpanan kita tak bocor. InsyaAllah.

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang

nak buka akaun emas boleh komen NAK dibawah ya 😁
π—§π—œπ—”π——π—” π—¦π—œπ— π—£π—”π—‘π—”π—‘,
π—•π—¨π—žπ—”π—‘ π—¦π—˜π—•π—”π—• π—šπ—”π—π—œ π—§π—”π—ž π—–π—¨π—žπ—¨π—£

Dulu fikir, tak dapat menyimpan sebab duit gaji tak cukup. Tapi bila dah kenal emas, ada saja duit untuk beli emas. Sebab cara fikir sudah berubah.

Dulu bila ada duit saja, otak mula ligat nak berbelanja. Tapi sekarang, fikir nak tambah lagi koleksi simpanan emas, lagi dan lagi... Itu pengalaman biasa penyimpan emas yang berilmu...

Emas ada auranya tersendiri. Kena mula simpan dulu, nanti baru akan faham. InsyaAllah.

Sekarang, kita boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100 melalui #AkaunEmasGAP. Itu cara simpan emas paling mudah dan paling murah di Malaysia.

HidayatAfiqah
Priority Dealer Public Gold
www.wasap.my/60132154954/NakMulaSimpanEmas

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang
πŸ‘‘10 ASAS ILMU EMAS πŸ‘‘

1. Emas adalah duit. Dinar emas telah lama dijadikan sebagai matawang pada zaman Rasulullah dahulu.

2. Emas tiada dividen. Kita hanya akan memperoleh keuntungan sekiranya harga emas naik pada waktu kita ingin menjualnya.

3. Emas ada Spread value. Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa persen dari harga pembelian kita. Namun spread value mungkin jadi seolah-olah 'tiada' jika berlaku kenaikkan harga emas semasa.

4. Goldbar/dinar boleh dipajak. Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak. Cuma mungkin ada sesetengah tempat tisak menerima pajakan goldbar kerana merwka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri.

5. Pastikan ada matlamat simpan emas. Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 3-5 tahun keatas.

6. Barang kemas tidak sesuai untuk simpanan. Ini kerana susut nilai barang kemas adalah lebih tinggi kerana caj upahnya yang tinggi. Barang kemas lebih sesuai untuk perhiasan.

7. Tidak perlu tukarkan semua duit kepada emas. Pakar kewangan Malaysia hanya menyarankan 10%-30% wang simpanan sahaja yang ditukarkan kepada emas. Kita haruslah mempelbagaikan simpanan kita.

8. Masa terbaik beli emas ialah SEKARANG. Iaitu ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.

9. Masa terbaik jual emas ialah apabila perlukan duit. Tidak kiralah ketika itu harga emas turun atau naik. Jika kita rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun ketika kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir adalah lebih rugi kita tidak menyimpan emas kerana belum tentu kita mampu menyimpan duit sebanyak mana kita menyimpan emas.

10. Jangan pajak emas di bank untuk elak CTOS dan CCRIS. Ia akan menyukqrkan kira untuk membuat apaΒ² pinjaman bank pada masa akan datang jika sudah ada rekod nama kita dalam CTOS dan CCRIS.

MudahΒ²an kita semua faham asas ini dengan jelas.

#BukuWangEmas #zulkiflishafie
#publicgoldmalaysia #publicgold
𝗣𝗔𝗧𝗨𝗧 π—π—¨π—”π—Ÿ 𝗔𝗧𝗔𝗨 π—£π—”π—π—”π—ž π——π—¨π—Ÿπ—¨?

Kalau nak pakai duit segera, tak semestinya kena jual emas dalam simpanan. Pajak pun boleh.

Urusan pajak emas di ar-rahnu ambil masa hanya beberapa minit je untuk dapatkan tunai segera.

Tapi persoalannya, mana lebih baik, jual atau pajak?

Kalau nak pakai duit segera dan mampu untuk tebus balik dalam waktu 6 bulan, semestinya saya syorkan pajak saja.

Ini disebabkan kosnya lebih murah dari kos jual.

Perangai penyimpan emas ni, bila dah jual emas, dia akan cari duit lain untuk beli balik jumlah emas yang dia pernah jual. Dia tak senang hati kalau emasnya berkurang.

Tapi bila jual emas, kita akan kena kos spread, iaitu beza "harga Sell" dan "harga Buy". Kalau emas PG, spreadnya mencecah 9%.

Sedangkan kos pajak hanyalah sekitar 1.15% sebulan.

Kalau tempoh 6 bulan, kosnya baru 6.9% (1.15 x 6 bulan).

Maksudnya kalau pajak, kita jimat 2.1% (9% - 6.9%) berbanding jual dulu lepas tu cari duit lain untuk beli balik.

Tapi kalau dapat tebus emas tu balik dalam tempoh lebih 6 bulan (tapi kurang 12 bulan) pun bagi saya masih berbaloi.

Walaupun kos pajakan lebih mahal, tapi kita akan cari duit juga untuk pastikan dapat tebus balik emas tu. Akhir sekali emas tu kembali sepenuhnya jadi milik kita.

Itu lebih baik berbanding jual emas tapi tak berganti balik.

#BukuWangEmas #TipArRahnu #TipPajakEmas #TipJualEmas

πŸ“ Posting asal di FB https://www.facebook.com/1339502465/posts/10219860083316047/?d=n
NAHAS TUNGGU HARGA EMAS

Pengalaman saya sejak 2010, mereka yang nahas selalunya yang menunggu, bukan yang konsisten membeli emas.

Mereka terlalu menunggu untuk dapatkan harga terbaik sampai akhirnya duit pun habis!

Orang yang beli emas tak tengok harga, emasnya dah confirm makin bertambah.

Orang yang menunggu, akhir sekali emas tak ada, duit pun habis!

Itu pengalaman.

Sebab itu saya jarang update pasal harga emas terkini sebab saya tahu, ia tak membuatkan kebanyakkan kita ke mana-mana.

Harga rendah hanyalah bonus.

Bila harga rendah, maksudnya itulah waktu untuk beli lebih banyak. Bukan baru nak beli...

Sudah lebih 10 tahun saya pakai formula ni, ianya memang terbukti.

Duit tak bocor, jumlah emas confirm bertambah, dan harga juga makin mahal!

Jadi buat apa nak menunggu?

#BukuWangEmas #TipSimpananEmas #TipHargaEmas #TipBeliEmas
π„πŒπ€π’ 𝐁𝐄𝐍𝐓𝐄𝐍𝐆 π“π„π‘π€πŠπ‡πˆπ‘ πŠπ„π–π€ππ†π€π

Benteng terakhir...

Inilah rupanya kepingan emas Kim Thanh (seberat 15g) yang dibawa oleh pelarian VIETNAM sewaktu perang tahun 1970an dulu.

Waktu zaman perang Vietnam dulu, tak ada harta lain yang berharga yang boleh dibawa lari oleh rakyat Vietnam, kecuali kepingan emas nipis ni.

Bentuknya nipis ini memudahkan mereka sorokkan emas tu di dalam kasut dan jahitan baju...

Apa jadi pada harta yang lain?

Jual atau tinggalkan!

Itu sahaja pilihan yang mereka ada.

Semua harta; termasuk rumah, tanah, kebun, dan ternakkan terpaksa dijual. Dan emas inilah yang membantu mereka memulakan hidup baru di negara lain.

Pada waktu tu, kalau bawa duit kertas Vietnam berjuta-juta pun tak laku di negara lain. Nilai duit bukan pada kertasnya, tapi pada jaminan pemerintah.

Tapi jaminan pemerintah itu pun bergantung pada kestabilan ekonomi dan politik.

Kalau pemerintahan itu dalam keadaan kucar kacir, maka nilai duit itu kembali kepada nilai sebenarnya, itu tak lebih dari sekadar sekeping kertas.

Nilainya kosong!

Emas berbeza.

Nilai emas terletak pada KETULENAN dan BERATnya tersendiri, bukan pada jaminan sesebuah kerajaan.

Nilainya berdiri dengan sendiri. Tanpa perlu jaminan daripada sesiapa...

Disebabkan kekuatan inilah, setiap kita perlu simpan emas. Sekurang-kurangnya 10% dari jumlah sebenar kekayaan itu.

Emas adalah BENTENG TERKAHIR...

#BukuWangEmas
#ManfaatSimpanEmas

Kredit: Zulkifli Shafie
BIARKAN DALAM KWSP ATAU BELI EMAS?

β€œKalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat β€œWow” bagi siapa yang tak faham tentang β€œtime value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, β€œsavers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk berkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

Anda jawab sendiri...

β€œTapi kan En Zul, kalau beli emas, adakah boleh jamin kita tak akan jual atau pajak emas tersebut dan membuatkan kekayaan kita habis?”

Jawapan saya, β€œada”, tapi hanya untuk mereka yang beli emas tanpa ilmu.

Bagi siapa yang beli emas dengan ilmu, saya belum jumpa lagi kes yang saja-saja jual emas untuk tukar sport rim atau tukar langsir baru!

Belum ada.

Bahkan 'masalah' majoriti penyimpan emas (yang berilmu), mereka jadi ketagih kumpul kekayaan mereka lagi dan lagi.

Ya, mereka sudah KETAGIH!

Ketagihan yang baik.

Ketagihan itulah yang membuatkan mereka bertambah kaya dari bulan ke bulan.

β€œSaya tak sangka saya mampu kumpul emas sebanyak ini” adalah testimoni yang selalu saya terima sejak mendidik masyarakat tentang simpanan emas dari tahun 2010.

Tulisan En Zulkifli Shafie

Nak mula simpan emas? Jom saya guide wasap.my/60132154954/nakBukaAkaunEmas

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang