48 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
💥Gabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
💥Ilmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
💥Kenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
Menurut Robert Kiyosaki, emas satu-satunya aset kewangan yang tiada rekod dalam sistem kewangan dunia.

Ya, tak ada dalam rekod bank, rekod pejabat tanah atau pun rekod percukaian. Sebab tu, orang bankrap pun boleh simpan emas. Tak siapa pun boleh ambil dan bekukan simpanan emas tu.

Berbeza dengan aset-aset lain yang akan dibekukan bila kita diisytiharkan bankrap. Ini istimewa nya bila kita simpan emas.

Bukan saja dapat 'tali hayat' terakhir kalau ada keruntuhan sistem kewangan dunia. Tapi dapat jadi 'talian hayat' terakhir kalau berlaku keruntuhan kewangan peribadi 😉

Yang berminat dengan simpanan dan pelaburan emas boleh hubungi saya di

http://publicgold.me/rose.n.gold



Like | Share | Follow
U R U S K E W A N G A N

Ramai yang tanya saya bagaimana nak kembangkan duit yang ada, cara pertama adalah bisnes dan kedua adalah pelaburan.

Sebelum buat bisnes atau pelaburan, kena ada ilmu dulu. Urus setiap risiko yang ada untuk buat untung dalam bisnes atau pelaburan.

Orang yang minat bisnes boleh jana keuntungan sehingga 100% itu normal, berbaloi dengan risiko yang dia tanggung.

Orang yang tak pandai bisnes boleh buat pelaburan yang rendah risiko seperti ASB atau Tabung Haji. Salah satu pelaburan yang rendah risiko, semestinya pulangan pun rendah.

Hari ini saya nak kongsikan bagaimana orang celik kewangan ini buat duit dari duit, walaupun kita nampak mereka berbelanja besar tapi tetap banyak duit.

Orang celik kewangan pandai urus duit mereka, bila ada duit lebih mereka akan buat simpanan. Simpanan adalah asas kepada kekayaan. Tak pandai menyimpan memang susah nak kaya.

Bila simpanan dah cukup, mereka akan cari peluang-peluang yang baik untuk buat pelaburan. Makin banyak simpanan makin banyak peluang yang mereka boleh dapat.

Setiap pelaburan yang mereka buat akan menghasilkan lebih banyak duit, duit itulah yang akan menjadi ‘passive income’ setiap bulan.

Hasil dari ‘passive income’ itu akan digunakan untuk generate lebih banyak duit untuk buat lebih banyak simpanan seterusnya membuka lebih banyak peluang pelaburan yang lain.

Contohnya ada rumah murah ‘undervalue’ yang nak dijual dengan harga RM100k, jika dibeli dan buat sewa boleh kutip RM1,000 setiap bulan. Dalam tempoh 6-7 tahun dah dapat balik modal hasil dari duit sewa, kalau jual rumah tersebut boleh dapat untung berganda.

Orang yang ada simpanan terus boleh beli, orang yang belum ada simpanan akan terlepas peluang ini.
Itulah kelebihan terbesar untuk orang yang ada simpanan, sentiasa bersedia untuk peluang-peluang pelaburan yang menguntungkan.

Saya bagi satu contoh pelaburan yang mudah dan kurang risiko; kerja rajin-rajin kumpul duit RM1 juta dan simpan dalam Tabung Haji. Setiap tahun dapat hibah/dividen 4.5% dah boleh belanja RM45 ribu setahun.

Jika dibahagikan dengan 12 bulan, kita boleh belanja ±RM2,000 sebulan tanpa perlu bekerja. Itulah ‘passive income’ yang paling kurang risiko.

Untuk mencapai RM1 juta pertama macam-macam ilmu kewangan yang kita akan belajar. Bila ada ilmu duit yang sikit pun boleh buat duit yang lebih banyak. Insyaallah.

Semoga perkongsian ini memberikan idea bagaimana untuk kita membina kewangan yang lebih baik pada masa akan datang. Wallahua’lam.
Forwarded from Azizi Ali Mentor Wang
Forwarded from Azizi Ali Mentor Wang
1. Diantara berita yang panas hujung bulan November ini ialah kenaikan harga barang-barang makanan termasuk sayur yang naik di antara 40% sehingga 200%.

2. Sebenarnya ini hanyalah satu lagi petanda yang membuktikan kadar inflasi yang sebenar di Malaysia adalah lebih tinggi daripada kadar rasmi 2.9% pada bulan Oktober.

3. Malah situasi di negara-negara asing termasuk AS juga adalah sama buruknya kerana harga banyak barangan termasuk bahan mentah di negara itu naik lebih 50%. (Kadar rasmi inflasi di AS naik daripada 1.4% pada bulan Januari 2021 kepada 6.2% pada bulan Oktober.)

4. Seperti yang saya tulis sebelum ini, kita sebagai rakyat tidak dapat menahan atau mengawal inflasi kerana ianya di luar kawalan kita.

5. Tetapi kita boleh menyelamatkan kuasa belian wang simpanan dan pelaburan kita daripada di baham inflasi dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan dalam akaun simpanan, FD, Tabung Haji dan malah ASB ke pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi ketika inflasi sedang mengganas. Tiga daripada pelaburan ini ialah emas, hartanah dan cryptocurrency terpilih.

6. Dan kita tidak boleh tunggu lama-lama! Kita PERLU menghijrahkan wang ini dengan secepat mungkin supaya kita tidak menjadi mangsa dan tenggelam di dalam gelora inflasi.
Forwarded from Azizi Ali Mentor Wang
Forwarded from Azizi Ali Mentor Wang
AWAK PERLU MENAMBAH PELABURAN EMAS

1. Salah satu fakta ialah kebanyakan orang tidak akan membina kekayaan. Diantara sebab2 nya ialah kerana mereka tak menyimpan wang, tak melabur, silap pilih pelaburan dan malah tak tahu langkah2 untuk membina kekayaan.

2. Another crazy fact ialah ramai orang yang telah melabur, dan melabur dalam pelaburan yang ‘betul’, juga tidak akan kaya! Isn’t this crazy? Mereka sudah jumpa pelaburan yang ‘betul’ dan malah telah melabur di dalamnya, tapi masih tidak akan kaya!

3. Mengapa?

4. Jawapannya ialah kerana mereka melabur wang yang terlalu sedikit di dalam pelaburan tersebut. Umpamanya, mereka melabur RM1,000. Kita buat andaian yang pelaburan tersebut telah memberikan pulangan 100% - angka yang teramat bagus. Jadi wang sipelabur kita berganda menjadi RM2,000. Sudah tentu beliau amat gembira dengan prestasi ini.

5. However, in the big picture, wang tersebut tidak akan membuat perubahan besar dalam kehidupannya, dan sudah tentu tidak akan membuat dia kaya!

6. Jadi, saya minta awak semua, I’m begging you, untuk tidak membuat kesilapan ini. Awak telah menemui pelaburan yang ‘betul’ – emas. Sekarang awak perlu mengambil langkah yang kritikal iaitu menambah jumlah pelaburan itu. Awak perlu menambah pelaburan kerana hanya BIG MONEY INVESTMENT dan INVESTMENT SECARA KONSISTEN YANG AKAN MENOLONG AWAK MEMBINA KEKAYAAN DALAM EMAS.
Bagaimana EMAS membantu anda dalam menyimpan?

Emas adalah aset yang sesuai untuk dijadikan “Forgotten Saving” yakni simpanan yang dilupakan. Caranya mudah, simpan dan lupakan. 👍🏼

Nasihat pakar kewangan, Tuan Azizi Ali,

“Orang yang tidak menyimpan, tidak akan kaya”

Ramai daripada kita susah untuk menyimpan duit setiap bulan sebab tiada disiplin dalam menyimpan. Pantang nampak duit dalam poket, mesti nak berbelanja. Belum hujung bulan, duit simpanan hilang tak dapat dikesan. Di sini lah emas memainkan peranan yang penting sebagai simpanan yang dilupakan supaya tidak terguna dalam berbelanja.

Cara paling mudah, mulakan simpanan dalam akaun GAP 1g 1 bulan. Beli, simpan dan lupakan secara konsisten setiap bulan. Hujung tahun, dalam akaun dah ada 12g emas. Inilah duit simpanan kita bulan-bulan sebenarnya. Selamat daripada dibelanjakan kepada perkara yang tak penting. 😁👍🏼

“Aku boleh simpan duit setiap bulan, buat apa beli emas” 🤔

Tahniah jika anda konsisten boleh menyimpan duit. Bezanya, dalam jangka masa panjang, nilai emas meningkat manakala nilai matawang kertas yang kita gunakan semakin merosot akibat inflasi yang berlaku. 😄

Sebagai contoh kita ada simpanan RM10,000. Dalam masa 10 tahun, walaupun angka duit masih sama RM10,000 tetapi nilainya telah merosot dan kuasa beliannya menurun. 🤔

Berbeza dengan emas yang nilainya sentiasa kukuh dan bernilai kerana nilai emas bergantung kepada ketulenan dan beratnya manakala duit kertas pula hanyalah kertas yang dipaksa menjadi bernilai oleh kerajaan yang memerintah. 😱

Harga emas jatuh ➡️ ia tetap emas dan bernilai 😁

Nilai matawang jatuh ➡️ ia hanyalah kertas 😱

Haaa, gitu...faham?
Spread Value

Sebagai penyimpan emas, wajib faham yang ni. Bila nak jual emas kita, Public Gold (dan mana-mana kedai emas sekalipun) akan tolak spread value untuk cover profit.

Spread % Public Gold GAP: 8-9%
Spread % Public Gold fizikal: 6-9%

Public Gold antara syarikat yang offer spread value rendah. Ada kedai yang spreadnya sekitar 30%!

Cara Kira Nilai Susut (Spread Value) Emas
https://www.youtube.com/watch?v=auL4chkDq3k
Forwarded from Shuhaida Ramli
Below are PG Mall Shopper Support Team help line numbers if further assistance is needed:
011-1069 7916 (General)
011-1055 6916 (General)
011-1050 2916 (Gold Orders)
Forwarded from AmazingJE24K Million Millionaires Group Official
GOLD ACCUMULATION PROGRAM (GAP)

Hari ini dah ada pelbagai kemudahan online seiring dengan zaman teknologi, segala urusan boleh buat di mana-mana asalkan ada akses internet.

Public Gold adalah salah satu syarikat emas yang komited untuk membantu orang ramai untuk buat simpanan yang mudah dan selamat.

Sejak dari 2008 hingga ke hari ini sudah 13 tahun Public Gold memberikan servis berkaitan dengan jual beli emas dan perak.

Public Gold menyediakan satu akaun simpanan emas (GAP) untuk memudahkan orang ramai untuk beli, simpan, jual atau gadai emas secara online.

Kektan nak kongsikan 5 fungsi akaun simpanan emas (GAP) yang boleh digunakan oleh penyimpan emas yang berdaftar dengan Public Gold.

Konsep utama akaun simpanan emas (GAP) adalah untuk membantu orang ramai menyimpan emas dengan bajet yang rendah. Dengan RM100 pun boleh simpan emas hari ini.

Akaun simpanan emas (GAP) juga membantu orang ramai untuk simpan emas setiap bulan dengan yakin dan tenang. Setiap transaksi akaun simpanan emas (GAP) adalah patuh syariah.

Bonus simpan emas di akaun simpanan emas (GAP) tidak dikenakan caj upah simpan, boleh simpan sebanyak mana gram emas secara percuma.

Secara amnya bila dah daftar akaun Public Gold, automatik kita akan dapat akaun simpanan emas (GAP). Kita boleh akses akaun simpanan emas (GAP) kita melalui 2 kaedah; website dan app Public Gold.

Kektan kongsikan cara untuk manfaatkan fungsi akaun simpanan emas (GAP) untuk kita dapat gunakan sebaik mungkin semua fungsi tersebut.

1. Purchase; kita boleh beli emas Public Gold secara online melalui sistem FPX ataupun manual transfer ke akaun bank Public Gold.

Setiap sen yang dibayar akan ditukarkan jadi gram emas dalam akaun simpanan emas (GAP) kita. Minimum pembelian adalah RM100.

Public Gold akan simpan gram emas kita, turun naik harga emas semasa tidak akan ada kesan pada gram emas yang kita dah simpan. Apa yang berubah adalah harga emas yang kita dah simpan.

2. Buyback; kita boleh terus jual emas dalam akaun simpanan emas (GAP) secara online. Duit Public Gold akan bank in ke akaun bank kita dalam masa 1-2 hari bekerja.

Harga jualan balik mengikut pada harga buyback (PG buy) semasa di website Public Gold, kadar spread adalah 9% dari harga GAP semasa.

3. Transfer: kita juga boleh gunakan gram emas dalam akaun simpanan emas (GAP) untuk digunakan sebagai kredit (c-wallet) untuk membeli barang keperluan di platform PG Mall.

Gram ditukarkan kepada c-wallet ikut kadar harga GAP semasa dan dikenakan fee 5% dari jumlah transfer. Contohnya transfer emas bernilai RM100, kita akan dapat RM95 c-wallet.

4. Arrahnu; kita boleh gadai emas dalam akaun simpanan emas (GAP) secara online dan tunggu duit pinjaman masuk ke akaun bank kita.

Kadar marhun ikut harga GAP semasa, upah simpan 1% sebulan dan had pinjaman 70% dari nilai marhun. Tempoh pinjaman maksimum selama 6 bulan.

5. Withdraw; akhir sekali kita boleh keluarkan emas fizikal mengikut baki gram yang kita ada dalam akaun simpanan emas (GAP) kita.

Boleh request Gold In Transit (GIT) untuk minta HQ Public Gold pos ke alamat kita atau buat appointment di cawangan Public Gold berdekatan untuk ambil emas fizikal.

Gold In Transit (GIT) ada insurans yang dijamin oleh Public Gold, tak perlu risau parcel hilang atau tak sampai. Caj untuk Gold In Transit (GIT) cuma RM10 sahaja.

Begitu mudah untuk kita menguruskan emas kita hari ini dengan adanya akaun simpanan emas (GAP) ini, Manfaatkan semua fungsi GAP dengan sebaiknya untuk kita membina kewangan yang lebih baik pada masa akan datang. Insyaallah.
Forwarded from Azizi Ali Mentor Wang
Forwarded from Azizi Ali Mentor Wang
1. Kadar rasmi inflasi di Malaysia naik lagi kepada 3.3% pada bulan November sementara kadar rasmi inflasi di AS juga naik kepada 6.8% pada bulan yang sama.

2. Jadi apa yang nyata ialah kadar inflasi naik.

3. Apa yang mungkin tidak nyata kepada sesetengah orang ialah ‘kadar rasmi inflasi’ adalah fiksyen! Jika anda tidak tahu, angka itu telah di urut oleh basically semua kerajaan di dunia untuk menunjukkan situasi yang lebih baik daripada apa yang sebenarnya.

4. Malah, besar kemungkinan kadar inflasi yang sebenar melebihi 20% atau 30% sepanjang tahun 2021.

5. Ini adalah berita yang amat buruk untuk semua orang terutamanya mereka yang menyimpan wang di dalam akaun simpanan, akaun semasa, fixed deposit, Tabung Haji, kebanyakan koperasi dan malah ASB. Ini adalah kerana pulangan yang diberikan oleh semua instrumen tadi adalah di bawah kadar inflasi yang sebenar, yang bermakna mereka ini menanggung kerugian kerana kuasa belian wang mereka dibaham oleh inflasi.

6. Bukankah ini suatu tragedi? Mereka menyimpan wang yang merupakan langkah yang baik tetapi dinodai oleh inflasi!

7. Tuan puan semua, kita perlu bertindak – dan bertindak dengan segera – untuk menyelamatkan kuasa belian wang kita. Ini boleh dilakukan dengan mudah dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang di dalam semua instrumen di atas kepada emas, hartanah dan crypto terpilih.

8. Untuk membiarkan wang itu kekal dimana mereka berada sekarang ialah untuk mengundang bencana.
M I N D S E T

Sikit-sikit lama-lama membukit, itulah simpanan emas. Sikit-sikit lama-lama tetap sikit, itulah simpanan duit dalam akaun bank.

Jika sebelum ini kita banyak kali gagal simpan duit dalam akaun bank, apa kata cuba kaedah baru simpan duit dalam bentuk emas.

Beli emas bukan belanja hangus, duit kertas cuma berubah bentuk jadi emas sahaja.

Jangan buat perkara yang sama banyak kali dan mengharapkan hasil yang berbeza, ubah cara yang lebih baik untuk dapatkan hasil yang terbaik.

Ikut pengalaman saya, simpan emas lebih senang sebab kita dah tak nampak digit nombor dalam akaun bank.

Secara automatik nafsu belanja terus hilang dan mendidik kita untuk berjimat dalam setiap perbelanjaan.

Penyimpan emas bukannya orang yang kedekut, penyimpan emas cuma pandai mengatur perbelanjaan dengan baik.

Penyimpan emas utamakan perkara keperluan terlebih dahulu berbanding perkara kehendak.

Lama-lama mindset penyimpan emas makin cakna dengan setiap sen perbelanjaan harian, rugi kalau duit dibelanjakan untuk perkara yang tidak berfaedah. Baik beli emas dengan bajet tersebut.

Penyimpan emas yang berjaya adalah orang yang konsisten, berdisiplin dan penyabar, simpan emas ikut pada bajet sendiri dan bijak rebut peluang bila harga emas turun.

‘Slowly but surely’

Simpan emas mudah nak jadi kaya, apa yang lebih penting susah untuk jatuh miskin. Wallahua’lam.

Sadikin Sulung
TIPS SIMPANAN DAN PELABURAN EMAS.

1. Simpan emas sebagai ganti simpan duit. Siapa selalu gagal simpan duit, boleh tukar cara simpanan dalam bentuk yang lebih selamat iaitu emas.

2. Emas tak boleh bagi untung tetap harian, bulanan atau tahunan. Tapi siapa dah mula simpan emas akan faham tentang pelbagai kelebihan simpan emas.

3. Harga emas naik dan turun untuk jangka pendek. Tapi untuk jangka panjang, harga emas menaik dan terus menaik.

4. Emas bukan saja berfungsi sebagai pelaburan, tetapi ia mempunyai pelbagai fungsi yang sesuai mengikut matlamat simpanan pemiliknya.

5. Emas semua orang mampu miliki sebab ia adalah aset yang paling murah, dan mudah diuruskan.

6. Emas itu sendiri duit sebenar. Sebab tu pakar kata siapa ada duit tak semestinya ada emas. Tapi siapa ada emas, pasti ada duit.

7. Bila perlukan duit, boleh jual emas tersebut jika harga naik atau gadaikan buat seketika di pajak arrahnu.

8. Bila harga emas naik, nilai kekayaan pemiliknya akan meningkat. Bila harga emas menurun, pemiliknya berpeluang untuk tambah lebih gram dan buat pemurataan harga.

9. Penyimpan emas tegar dengan adanya ilmu yang betul, harga emas naik buatkan ia tersenyum, harga emas turun lagi tersenyum.

10. Paling best beli emas di platform Public Gold International semuanya mudah, murah dan paling penting patuh syariah. Dengan serendah RM100 atau 1 gram, kita boleh miliki aset mahal dengan harga yang mampu milik.

Moga bermanfaat.

Yang berminat dengan simpanan dan pelaburan emas boleh hubungi kak ina di

http://publicgold.me/rose.n.gold
Forwarded from #NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Ada berita baik nak bagitau customer/dealer Public Gold.

Public Gold sekarang sudah melancarkan fungsi Direct Debit untuk simpanan emas GAP.

Direct Debit membolehkan anda menyimpan duit secara konsisten tiap-tiap bulan di dalam akaun GAP anda.

Anda boleh pilih amount simpanan setiap bulan dan tarikh mula nak start simpan dan tarikh akhir.

Jadi anda boleh terus set sekali dan lupakan sahaja. Setiap bulan automatik gram emas akan masuk ke dalam akaun anda mengikut harga semasa.

Bagi anda yang nak buat forgotten saving, ini adalah cara terbaik.

Hanya pakai apps GAP dan ikut panduan seperti dalam video ini.

Itu sahaja!

Selamat menyimpan emas dengan senyuman

#NotaEmasSyukorHashim