48 subscribers
276 photos
16 videos
8 files
167 links
๐Ÿ’ฅGabungan nota-nota emas dari sifu dan mentor emas terkenal.
๐Ÿ’ฅIlmu tentang emas untuk dikongsi dan disebarkan.
๐Ÿ’ฅKenapa emas dan bagaimana cara terbaik menabung emas secara konsisten.
Download Telegram
D A N A P E N D I D I K A N

Hari ini saya nak kongsikan bagaimana simpanan emas boleh membantu anak kita sambung belajar pada masa depan.

Pertama sekali kita kena pupuk minat anak-anak dengan simpanan emas dari kecil seumur 1 bulan. Kecil-kecil lagi anak kita dah boleh jadi penyimpan emas.

Ada surat beranak terus boleh daftar akaun simpanan emas. Ibu atau bapa boleh jadi penjaga akaun sehingga anak berumur 18 tahun.

Boleh cuba konsisten untuk simpan 1 gram setiap bulan, genap 18 tahun minimum boleh kumpul 216 gram emas. Jika kurang berkemampuan, nak tukarkan RM100 kepada gram emas sebulan pun boleh.

Dengan berat emas 216 gram hari ini harganya ยฑRM56,000, 20 tahun akan datang harganya berpotensi naik lebih tinggi.

Sejarah harga emas boleh naik lebih dari 600% untuk tempoh masa 20 tahun lepas, ianya tidak mustahil untuk naik dengan kadar yang sama pada 20 tahun akan datang.

Jika kita baru sedar kebaikan simpanan emas pada umur dah tua, kita ajar anak kita untuk kenal emas pada umur yang muda. Lagi 20 tahun anak-anak akan berterima kasih pada kita. Insyaallah.

Semoga bermanfaat guys! ๐Ÿ˜˜
JANGAN CUBA-CUBA MELABUR JIKA TAK PANDAI SIMPAN WANG

Bunyi macam marah kan? Bukan marah. Tapi kebenaran.

Hari ini ramai orang berusaha tambah wang dengan melabur tanpa mereka miliki asas kewangan.Nasihat guru saya, pastikan ketiga-tiga perkara ini selesai dahulu, baru mulakan pelaburan. Apa dia? Ini ;

1. Positif Cashflow ( Bulanan)
2. Dana kecemasan ( 3-6 bulan gaji)
3. Takaful ( caruman valid)

No 2 & 3 takkan berjaya jika no 1 lagi kita tak berjaya. Tak pandai urus. Tak pandai beza antara keperluan dan kehendak.

Tapi, Kalau 1-3 ini dah ada, silakan. Melaburlah dengan ilmu. Kata guru saya, wang akan datang kepada mereka yang pandai menguruskannya.

-syawal ameron-

Klik sini saya bantu
http://www.wasap.my/60177288826/emas+RM100
๐๐„๐‹๐ˆ ๐’๐ˆ๐‹๐•๐„๐‘, ๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐„๐Œ๐€๐’ ๐๐„๐‘๐‚๐”๐Œ๐€ (๐…๐‘๐„๐„)!

SOALAN : Adakah sesuai untuk beli silver sekarang?

JAWAPAN : Pada saya, sekarang harga silver sangat murah. Sesuai untuk beli dalam jumlah yang banyak.

Gold silver ratio (GSR) sekarang 1 : 77. Maksudnya, harga 1 kilo emas bersamaan 77 kilo silver.

Dalam 15 tahun ni, harga silver mahal ialah 1 : 30, iaitu tahun 2011. Paling murah ialah 1 : 120, iaitu tahun 2020 - cuma sekali dalam 15 tahun!

Manakala 1 : 80 hanyalah 4 kali dalam 15 tahun.

Jadi bagi siapa nak beli silver, sekarang ni adalah waktu yang bagus untuk membeli.

Kalau beli silver ketika nisbah GSR 1 : 80, bila nisbah tu bertukar jadi 1 : 40, maka itu waktunya dia jual semua silver dan beli 2 kilo emas!

Atau jual 40 kilo silver untuk beli 1 kilo emas, dan masih berbaki lagi 40 kilo silver.

GSR boleh cek di https://goldprice.org/gold-silver-ratio.html .
Nak faham tentang silver?

Baca 5 tip pantas untuk fahami pelaburan silver di https://www.mohdzulkifli.com/2014/05/5-tips-pantas-fahami-pelaburan-silver.html .

#TipSilver
#Silver
#PelaburanSilver
Kenapa pakar logam berharga lebih suka silver berbanding emas?

Kupasannya boleh baca artikel saya di link https://www.mohdzulkifli.com/2017/08/kenapa-pakar-lebih-suka-silver-berbanding-emas.html .

#TipSilver
#Silver
#PelaburanSilver
KENALI JENIS DAN KETULENAN EMAS

Kenali jenis, ketulenan emas dan kegunaan serta kelebihan setiap jenis emas.

1. Emas 24K atau emas 999 atau 999.9 atau emas sepuluh
Ketulenan emas 24K : Kandungan emas adalah 99.9%
Kegunaan emas 24K : Digunakan untuk pelaburan , barang perhiasan, barangan elektronik, dan peralatan perubatan.

Kelebihan emas 24K : Emas tulen dengan harga paling mahal dan sesuai untuk pelaburan
Kekurangan emas 24K : Lembut tidak sesuai untuk perhiasan.

Bagi pelaburan emas mestilah membeli emas pelaburan atau jongkong emas 24K yang khas dibuat untuk pelaburan dengan BELI EMAS PELABURAN



2. Emas 22K atau emas 916 atau 917
Ketulenan emas 22K : Kandungan emas adalah 91.6% atau 22/24 dari bahagian emas.

Kegunaan emas 22K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas

Kelebihan emas 22K : Emas perhiasan paling tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan

Kekurangan emas 22K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.



3. Emas 21K atau emas 875
Ketulenan emas 21K : Kandungan emas adalah 87.5%
Kegunaan emas 21K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas

Kelebihan emas 21K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan.

Kekurangan emas 21K : Barang kemas yang lembut jadi tidak boleh dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.



4. Emas 20K atau emas 833
Ketulenan emas 20K : Kandungan emas adalah 83.3%
Kegunaan emas 20K : Emas perhiasan wanita kosong tanpa permata dengan hanya satu warna kekuningan emas

Kelebihan emas 20K : Emas perhiasan tulen dalam barang kemas mempunyai warna kuning keemasan
Kekurangan emas 20K :Barang kemas yang lembut jadi tidak sesuai dicampur permata dan tidak sesuai untuk pelaburan.



5. Emas 18K atau emas 750
Ketulenan emas 18K : Kandungan emas adalah 75.0%
Kegunaan emas 18K : Emas perhiasan dengan bentuk menarik, mempunyai permata dan pelbagai warna
Kelebihan emas 18K : Emas perhiasan yang seimbang antara ketahanan dan ketulenan emas dengan aloi lebih keras dan kukuh
Bagi yang tak tahu.
Nak memiliki 1 dinar pujaan hati ramai orang ni.

Ada 3 cara tau.
Baca ayat dalam gambar ini dengan teliti, mana satu cara yang sesuai dengan poket awak sendiri. Awak pilih๐Ÿ˜š

Yang pastinya, ketiga-tiga cara ni memang akan membawa awak untuk memiliki 1 dinar yang super comel ini๐Ÿ˜†

Sekecil mana pun simpanan emas awak, ia tetap bernilai ok daripada tak menyimpan langsung!
Gitteww.

Nak mula menyimpan sekarang? Wasap saya ok :

wasap.my/60177288826
๐—”๐—ฝ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐˜‚๐—ฑ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ ๐—”๐—ฑ๐—ฎ ๐——๐—จ๐—œ๐—ง?

1. Emas adalah kategori aset iaitu aset nyata (hard asset) seperti tanah dan rumah.

2. Jika kita perlukan duit tunai, ianya boleh dipajak@digadai dan dapat pinjaman. Sama seperti rumah dan tanah.

3. Dalam jangka panjang, emas sentiasa naik nilainya dan sekaligus mengekalkan nilai wang yang sentiasa susut akibat inflasi. Sebagai contoh jika 100 tahun dahulu ada simpan emas, maka sekarang masih laku untuk dijual dan bertambah besar nilainya. Jika wang kertas lama hanya collectors yang nak beli sebagai koleksi, nak pajak di arrahnu memang dah tak laku.

4. Emas satu logam yang universal, bawa saja kemana-mana negara, mereka memahami ianya barang berharga. Boleh baca sejarah pelarian Vietnam yang membawa emas untuk memulakan hidup baru di tempat orang. Tanah atau rumah mereka tak boleh dibawa lari.

5. Emas itu sendiri adalah matawang sejak zaman khalifah lagi.

Ada emas dah tentu ada duit! Emas Public Gold adalah paling mudah dan murah bagi yang ingin mula simpan emas!

Sahabat yang nak menyimpan emas boleh whatsapp kami untuk dapatkan bimbingan simpanan dan pelaburan emas PG yang mudah, murah serta patuh syariah:
๐Ÿ“ฒwww.wasap.my/60177288826

Psst:
Tapi jangan beli emas guna duit yang nak buat beli makan dan tampung kehidupan seharian ya! Kalau guna duit yang buat shopping di Shopee tu tak apa ๐Ÿ˜‰
Istilah Simpanan Dalam Takaful Mengelirukan

โ€œHabis, kalau bukan simpanan, apa?โ€

Komen seorang ejen apabila membaca tulisan-tulisan saya tentang takaful untuk perlindungan, bukan simpanan. Nampak sinis komen tersebut.

โ€œKan simpanan tu? Walaupun RM100 yg dapat jika batalkan polisi, ia masih simpananโ€, tambahnya lagi.

Nampak benar-benar tersinggung dgn tulisan-tulisan saya supaya tak gunakan istilah saving atau simpanan atau pelaburan apabila mempromosi takaful.

Ia diluahkan dalam satu komen kpd posting saya yang dikongsi oleh rakan followers, satu ketika dahulu.

Cuma saya tak dapat komen. Biar saya respon di sini.

Istilah yang tepat ialah โ€œcash valueโ€ atau nilai tunai, bukan simpanan.

Apabila guna istilah simpanan, ia membayangkan seumpama simpanan di bank. Ciri simpanan di bank dengan โ€œsimpananโ€ di takaful, sangat berbeza.

โœ” Simpanan di bank sangat cair, boleh dikeluarkan bila-bila masa tapi takaful tidak.

โœ” Simpanan di bank, jumlahnya dijamin tapi di takaful belum tentu.

โœ” Simpanan di bank gunakan kontrak wadiah atau qard tapi di takaful gunakan kontrak wakalah.

3 ciri di atas sudah nampak beza.

Perbandingan takaful dengan bank juga umpama membandingkan epal dengan cipan. Tak kena langsung.

Tengok pula objektif produk bank dengan Takaful.

โœ” Bank boleh sediakan kad ATM, tapi takaful tidak.

โœ” Bank ada fasiliti utk buat pembiayaan rumah. Takaful ada?

โœ” Bank ada fasiliti utk beli kenderaan secara berhutang, takaful mana ada?

โœ” Bank ada ASB Financing, takaful tak ada.

Sebab itu cara promosi utk membandingkan bank dengan takaful sangat tidak kena. Pernah tengok cara promosi membandingkan takaful dengan simpanan bank? Ia selalunya dibuat oleh ejensi, BUKAN syarikat takaful.

Jadi, gunakan istilah yang lebih tepat, iaitu cash value atau nilai tunai. Bukan simpanan.

Analogi mudah begini;

Jika kita ada aset seperti hartanah yang bernilai RM100,000 kita tidak kata โ€œHartanah ini ada simpanan RM100,000โ€.

Kita akan kata โ€œHartanah ini bernilai RM100,000โ€ณ.

Atau โ€ Market value hartanah ini ialah RM100,000โ€ณ.

Istilah yg tepat di sini ialah โ€œmarket valueโ€ atau nilai pasaran. Bukan simpanan atau saving.
Gunakan istilah yg tepat.

Apabila kita gunakan istilah yang kurang tepat, ia akan memberi persepsi yang berbeza.

Betulkan yang biasa. Biasakan yang betul.

Selamat beramal!

Afyan Mat Rawi
Ejen cabuk
Forwarded from Azizi Ali Mentor Wang
INFLASI NAIK = RINGGIT JATUH

1. Sepertimana yang anda mungkin tahu, setiap kali kadar inflasi naik, nilai matawang sesuatu negara itu akan jatuh. Malah, lebih tinggi kadar inflasi, lebih ketara kejatuhan nilai matawang tersebut. Dalam kata lain, kuasa belian matawang tersebut jatuh akibat inflasi.

2. Contoh yang paling ketara ialah apabila negara Zimbabwe diserang hiper-inflasi pada tahun 2007-2009 โ€“ kadar inflasinya melebihi jutaan peratus sebulan (!) โ€“ yang berakhir dengan matawang negara tersebut akhirnya dihentikan penggunaannya pada 2009, dan digantikan oleh matawang beberapa negara lain. (As a side note, kadar inflasi di Zimbabwe pada bulan Julai 2020 kembali menggunung ke 737%!)

3. Berita buruknya ialah kadar inflasi di Amerika Syarikat telah naik tahun ini. Rancangan Bank Federal Reserve ialah untuk menetapkan kadar inflasi sekitar 2%. Dalam realitinya, kadar inflasi yang lebih tepat ialah 6% dan mungkin 9% di bandar2 besar!

4. Berita yang lebih buruknya ialah kadar inflasi di negara kita juga telah naik tahun ini. Kadar rasminya ialah 4.7% peratus pada bulan April, satu angka yang besar jika dibandingkan dengan angka 1.7% pada bulan Mac. Saya suspect angka sebenar adalah lebih tinggi!

5. Poin yang lebih penting ialah kadar rasmi inflasi (yang selalunya di massage oleh pihak2 tertentu) selalunya adalah lebih konservatif daripada the actual inflation rate! Jadi the actual inflation rate adalah lebih tinggi daripada the offical inflation rate.

6. Sebagai rakyat, kadar inflasi โ€“ official dan juga unofficial โ€“ ini adalah di luar kawalan kita.

7. Tetapi berita baiknya ialah kita mempunyai kuasa untuk menyelamatkan nilai matawang kita dan seterusnya kuasa belian kita. Kita boleh melakukan ini dengan senang dengan menghijrahkan sebahagian daripada wang simpanan kita ke dalam pelaburan yang naik nilainya ketika kadar inflasi naik menggila. Tiga pelaburan tersebut adalah emas, hartanah dan cryptocurrency terpilih.

8. Jadi jika anda ingin menyelamatkan diri dan keluarga daripada kejatuhan nilai ringgit, maka anda perlulah bertindak dengan melabur dalam satu, dua atau terbaiknya, ketiga-tiga pelaburan di atas.

9. To stay still (dan tidak bertindak) is to sink into oblivion!
Forwarded from Azizi Ali Mentor Wang
5 STRATEGI HIKMAT WANG

1. Tambahkan pendapatan

2. Simpan lebih banyak wang

3. Tambahkan jumlah pelaburan

4. Dapatkan pulangan yang lebih baik daripada pelaburan

5. Ulang langkah 1 hingga 4!

SILA SHARE
Coretan mentor

Soalan Customer:

Bila masa terbaik untuk jual emas -emas yang kita dah beli??

Jawapan :

Nak jual emas, hanya ada 3 perkara ini sahaja ,kita jual emas kita, selain itu jangan jual emas kita.

1 - Bila kita dah sampai matlamat kita, contoh kita set matlamat kita simpan emas untuk pendidikan anak-anak jadi bila sampai anak-anak nak lanjutkan pelajaran, baru kita jual emas kita.

Contoh kedua, kita simpan emas untuk matlamat nak tunaikan haji, bila masa nak tunaikan haji, baru kita jual emas kita.

2 - Untuk tukarkan emas kita kepada aset yang lebih besar. Contoh kita nak beli rumah. Jadi juallah aset emas kita untuk tukar ke aset yang lebih besar iaitu rumah atau tanah.

3 - Dalam keadaan yang benar-benar terDESAK. Memang betul-betul nak guna duit, dan duit simpanan dah tak ada maka jual la emas kita kalau kita rasa kita tak ada sumber kewangan yang lain kalau kita pajak untuk kita tebuskannya.

Ada faham semua..๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜

Jom mulakan simpanan emas hari ni untuk kegunaan di masa depan. Dulu-dulu hampa nak pi belajar, mak, pak gadai gelang, gadai rantai tau dak. Sebab tu la depa beli barang kemas, untuk kegunaan di masa depan. Dulu tak ada goldbar dan dinar, jadi depa beli barang kemas la..

Jom mulakan dengan hanya RM100 sebagai permulaan.

http://www.wasap.my/6017728826/emas+RM100
Kesilapan-kesilapan ketika membeli emas

1) Beli dan tunggu harga emas naik untuk dijual dengan nilai yang lebih tinggi

Kesannya pembeli akan rasa rugi apabila harga emas jatuh untuk jangka masa panjang.

Malah, mereka akan lebih rugi lagi apabila mengambil tindakan untuk menjual kesemua emas yang dibeli dengan harga yang tinggi.

2) Beli emas sekadar untuk suka-suka

Kebiasaannya, mereka yang membeli emas sekadar untuk suka-suka tidak serius tentang pentingnya ilmu tentang emas.

Mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk memanfaatkan nilai emas.

Ini akan menjadi masalah yang besar apabila mereka dalam keadaan terdesak untuk menggunakan โ€˜wang tunaiโ€™ bahkan di saat memerlukan, mereka tidak tahu mahu jual di mana.

Emas sebenarnya adalah alat persedian sewaktu berlaku kegawatan ekonomi, politik dan kewangan.

3) Beli emas tetapi untuk simpanan jangka masa pendek

Ada orang membeli emas dan berhajat untuk menjualnya semula dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Ia juga sangat merugikan jika menjualnya di saat nilai emas turun.

4) Beli emas bagi tujuan pelaburan

Persepsi ini amat salah, kerana membeli emas bukan satu pelaburan, tetapi beli emas adalah sebagai simpanan.

Keuntungan membeli emas adalah dengan memiliki emas - semakin banyak emas yang disimpan, makin bertambah nilai emas dan juga kekayaan seseorang.

Perlu difahami apa itu pelaburan. Pelaburan adalah sesuatu bentuk untuk mendapat keuntungan melalui kebergantungan individu terhadap usaha orang lain atau syarikat mahupun persatuan.

Konsep asas kepada pelaburan adalah untung dan rugi. Apabila kita melabur, yang pastinya kita akan menantikan keuntungan dan juga perlu berani untuk menanggung risiko kerugian.

Emas perlu ada ilmu kerana ilmu itu mampu menjadi petunjuk dalam sesuatu perkara

Sekadar menyebarkan ilmu
Tiada lain hanya memberi peringatan

Ikhlas dari hati,
MAJ

Sumber terbaik oleh:
mediacorp
A P P P U B L I C G O L D

Hari ini saya nak kongsikan satu app yang sangat berguna untuk kita urus kewangan kita setiap bulan. Dengan app ini macam-macam yang kita boleh buat:

1. Boleh monitor harga emas semasa dengan mudah, tak perlu lagi nak google taip website Public Gold di website dan nak login setiap masa.

2. Boleh beli, jual dan gadai emas secara atas talian (online), segala urusan ambil atau serah emas fizikal boleh dilakukan di cawangan Public Gold berdekatan.

3. Boleh buat simpanan emas dan perak untuk diri sendiri dan keluarga untuk memudahkan urusan simpanan masing-masing.

4. Boleh dapat info yang cepat tentang promosi dan produk yang terbaru dari Public Gold.

5. Boleh dapat info yang lengkap mengenai Public Gold, nak buat appointment untuk datang cawangan pun boleh.

Public Gold bermula dengan order pakai sms sejak 2008 sehinggalah hari ini guna app, sudah 13 tahun Public Gold beroperasi dan sentiasa ada penambahbaikan dari segi servis dan produk setiap tahun.

App ini juga salah satu tanda komitmen dari Public Gold untuk memudahkan urusan hampir 670 ribu penyimpan dan pelabur emas Public Gold. Tahniah Public Gold!

Muat turun apps ini di App Store dan Google Play:

App Store: https://apps.apple.com/my/app/public-gold/id1591580964

Google Play: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.pgmapp.publicgold

Manfaatkan kemudahan app ini untuk sama-sama kita membina kekayaan kita hari ini untuk masa depan yang lebih baik. Insyaallah.

nota: orang lain guna app perabis duit, kita guna app simpan duit. Bijak kan? โ˜บ๏ธ
Jutawan EMAS beli 1kg EMAS berharga RM35k
Lepas 21 tahun, 1kg emas dah bernilai RM277k

Wow!!!๐Ÿ˜„

Jutawan ada duit kertas 1 Juta tapi simpan je. Kalau die beli EMAS dpt 28.75kg

Tapi lepas 21 tahun kalau dia baru nak buat keputusan beli EMAS, hanya dpt 3.61kg EMAS

Rugi kan? tak bertindak awal beli EMAS ๐Ÿ˜„

Duit fiat sentiasa dirompak inflasi. Turun dan turun setiap tahun.

Semoga bermanfaat In Sha Allah

-ZBI-

Kredit: Hajjah Farrah