UiTO Channel: Bicara CR
582 subscribers
415 photos
165 videos
137 files
1.24K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
@bicaraCR

Taubat
Kitab: Riyadus solihin
#uito
#riyadusolihin

قال العلماء: التوبة واجبة من كل ذنب، فإن كانت المعصية بين العبد وبين الله تعالى لا تتعلق بحق آدمى، فلها ثلاثة شروط:
أحدها : أن يقلع عن المعصية.
والثانى: أن يندم على فعلها.
والثالث: أن يعزم أن لا يعود إليها أبداً. فإن فُقد أحد الثلاثة لم تصح توبته.وإن كانت المعصية تتعلق بآدمى فشروطها أربعة: هذه الثلاثة، وأن يبرأ من حق صاحبها، فإن كانت مالاً أو نحوه رده إليه، وإن كانت حد قذف ونحوه مكنه منه أو طلب عفوه، وإن كانت غيبة استحله منها. ويجب أن يتوب من جميع الذنوب ، فإن تاب من بعضها صحت توبته عند أهل الحق من ذلك الذنب، وبقى عليه الباقى. وقد تظاهرت دلائل الكتاب، والسنة، وإجماع الأمة على وجوب التوبة:

قال الله تعالى: {وتوبوا إلى الله جميعاً أيها المؤمنون لعلكم تفلحون} ((النور: 31)) وقال تعالى: {استغفروا ربكم ثم توبوا إليه} ((هود: 3)) وقال تعالى:{ يا أيها الذين آمنوا توبوا إلى الله توبة نصوحاً} ((التحريم: 8)).

Para alim-ulama berkata:
"Mengerjakan taubat itu hukumnya wajib dari segala macam dosa. Jikalau kemaksiatan itu terjadi antara seseorang hamba dan antara Allah Ta'ala saja, yakni tidak ada hubungannya dengan hak seseorang manusia yang lain, maka untuk bertaubat itu harus menetapi tiga macam syarat, iaitu: Pertama hendaklah menghentikan sama sekali-seketika itu juga -dari kemaksiatan yang dilakukan, kedua ialah supaya merasa menyesal kerana telah melakukan kemaksiatan tadi dan ketiga supaya berniat tidak akan kembali mengulangi perbuatan maksiat itu untuk selama-lamanya. Jikalau salah satu dari tiga syarat tersebut di atas itu ada yang ketinggalan maka tidak sahlah taubatnya.

Apabila kemaksiatan itu ada hubungannya dengan sesama manusia, maka syarat-syaratnya itu ada empat macam, iaitu tiga syarat yang tersebut di atas dan keempatnya ialah supaya melepas-kan tanggungan itu dari hak kawannya. Maka jikalau tanggungan itu berupa harta atau yang semisal dengan itu, maka wajiblah mengembalikannya kepada yang berhak tadi, jikalau berupa dakwaan zina atau yang semisal dengan itu, maka hendaklah mencabut dakwaan tadi dari orang yang didakwakan atau meminta saja pengampunan daripada kawannya dan jikalau merupakan pengumpatan, maka hendaklah meminta penghalalan yakni pemaafan dari umpatannya itu kepada orang yang diumpat olehnya.

Seseorang itu wajiblah bertaubat dari segala macam dosa, tetapi jikalau seseorang itu bertaubat dari sebahagian dosanya, maka taubatnya itupun sah dari dosa yang dimaksudkan itu, demikian pendapat para alim-ulama yang termasuk golongan ahlul haq, namun saja dosa-dosa yang lain-lainnya masih tetap ada dan tertinggal - yakni belum lagi ditaubati.

Sudah jelaslah dalil-dalil yang tercantum dalam Kitabullah, Sunnah Rasulullah s.a.w. serta ijma' seluruh ummat perihal wajibnya mengerjakan taubat itu.

Allah Ta'ala berfirman:
"Dan bertaubatlah engkau semua kepada Allah, hai sekalian orang Mu'min, supaya engkau semua memperolehi kebahagiaan." (an-Nur: 31)

Allah Ta'ala berfirman lagi:

"Mohon ampunlah kepada Tuhanmu semua dan bertaubatlah kepadaNya." (Hud: 3)
Dan lagi firmanNya:
"Hai sekalian orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang nashuha - yakni yang sebenar-benarnya." (at-Tahrim: 8)
Kitab Munyatul Mussoli

Kitab ini masyhur di dalam sistem pendidikan agama tradisional di nusantara. Kitab ini antara kitab penting menjadi silibus pengajian pondok dan pengajaran di masjid-masjid oleh guru ta’mir.

Penulis kitab bukan sahaja membicara persoalan tentang solat bahkan juga menyentuh persoalan pemerintahan.

Ironisnya, apabila tamaddun barat menguasai negara Islam, budaya liberal tanpa adab dan akhlak telah menguasai pemikiran dan jiwa sehingga asatizah tidak lagi merujuk nasihat yang terdapat di dalam kitab ini.

Asatizah turut terpengaruh dengan budaya liberal sehingga mereka tidak lagi menjaga adab dengan pemerintah. Sebilangan mereka turut memaki pemerintah atas dasar kebebasan bersuara.

Antara pesanan penulis kitab dalam Munyatul Musolli ialah:

Jangan memaki para raja, tetapi bertaubatlah (bermohonlah) kepada Allah supaya hati mereka (para raja atau pemimpin) dilembutkan oleh kalian. m.s 190

Penulis juga menulis bab Budaya hidup rakyat berdasar raja(penguasa)

Zaman al-Hajjaj, pada waktu pagi rakyat bertanya siapa yg dibunuh semalam, siapa yg disula, siapa org yg dipukul.

Zaman Al-Walid (dia suka berkebun), rakyat bertanya siapa yg berkebun, siapa yg menanam pokok.

Zaman Sulaiman bin Abdul Malik (dia suka makan), rakyat bicara tentang makanan yg sedap dan baik.

Zaman Umar b Abd Aziz, semua manusia bertanya tentang berapa banyakkah engkau menghafal al-Quran, berapa banyak engkau hafal wirid setiap malam, berapa banyakkah si polan menghafaz kitab dan seumpamanya.

m.s 209-210

Dalam sistem demokrasi, rakyat di pecah-pecahkan menurut parti politik dan kelompok. Pengikut-pengikut kumpulan masing-masing mengikut perangai pemimpin mereka.

#UITO

#CR

@BicaraCR
Forwarded from NorsiahM
📍Pengumuman

UKHUWAH bersama Palestin!

Bismillah...

Dalam situasi penularan COVID-19 yang hebat melanda negara kita sekarang di mana mungkin juga dalam kalangan ahli keluarga kita sendiri ada yang terkena musibah, di kuarantin atau sebagai frontliners, kita juga dikejutkan dengan berita keganasan dan kekejaman yang berleluasa di negara saudara seIslam kita, Palestin.

Sehubungan dengan itu bagi menyahut seruan perjuangan solidariti ini dan demi membantu mereka yang dalam kesengsaraan marilah kita berganding bahu bekerjasama dengan agensi dan NGO lain untuk menyumbang kepada tabung rakyat Palestin. Seruan ini juga bersesuaian dengan hadith daripada Nabi SAW:

دَاوُوا مَرضاكُمْ بِالصَّدقةِ
“Rawatlah pesakit dalam kalangan kamu dengan bersedekah” (HR Abu Daud)

Ikhtiar dan kebergantungan kepada Allah SWT amat penting dalam saat yang getir ini. Selain dari usaha mematuhi SOP di mana jua kita berada, mungkin dengan sumbangan ikhlas kepada rakyat Palestin ini, Malaysia akan kembali pulih daripada pandemik COVID-19 dengan izin Allah SWT.

Bagi yang ingin menyumbang infaq/zakat kepada Palestin melalui UKHUWAH boleh salurkan sumbangan anda sekarang:

Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia (PPM004-10-04062019)
Maybank
562058070928
Ruj: Palestin
Tarikh tutup: 30 Mei 2021

Kutipan dari sumbangan tersebut akan disalurkan terus ke akaun Humanitarian Care Malaysia (MyCare) dan NGO terpilih.

Moga Allah SWT selamatkan Malaysia!
Moga Allah SWT selamatkan Palestin!

Jazaakumullahu khayr.

Wassalam.

Che Ab Rahim bin Mahmood@Cikgu Rahim
Pengerusi
Persatuan Ukhuwah Teguh Malaysia
http://www.wasap.my/60175248120/Palestin

#savepalestine
#israelnews
#infaq
#ukhuwah
#uito.org