UiTO Channel: Bicara CR
586 subscribers
415 photos
163 videos
136 files
1.24K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
*📚 Tazkirah Subuh*

( Ghibah, Gosip Perbuatan Tercela )

عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَتَدْرُونَ مَا الْغِيبَةُ قَالُوا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ ذِكْرُكَ أَخَاكَ بِمَا يَكْرَهُ قِيلَ أَفَرَأَيْتَ إِنْ كَانَ فِي أَخِي مَا أَقُولُ قَالَ إِنْ كَانَ فِيهِ مَا تَقُولُ فَقَدْ اغْتَبْتَهُ وَإِنْ لَمْ يَكُنْ فِيهِ فَقَدْ بَهَتَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA bahwa Rasulullah SAW pernah bertanya: "Tahukah kamu, apakah ghibah (mengumpat) itu?" Para sahabat menjawab; Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudara kamu dengan perkara yang tidak disukainya."

Baginda ditanya lagi, "Bagaimana pendapatmu jika apa yang ada pada saudaraku sesuai dengan yang aku katakan?" Baginda menjawab: "Jika apa yang engkau katakan itu memang benar-benar ada padanya maka engkau telah berbuat ghibah (mengumpat), namun jika tidak benar, maka engkau telah memfitnahnya."

(HR Muslim No: 4690) Status: Hadis Sahih

*Pedoman*

Dunia sosial hari ini mudah terdedah dengan gossip dan mengumpat melalui media sosial sama ada melalui FB, WhatsApp, Telegram dan sebagainya. Bila di post atau forward akhirnya ianya menjadi mengumpat atau pun fitnah.

Marilah bersifat berkasih sayang dengan orang lain. Jauhi perbuatan mengumpat, mengata, mencela, menceritakan aib orang lain.

#StayAtHome
#BreakTheChain
#HALUAN
#Berakhlak
#Mendidik
#Berbakti
Assalammulaikum

Tak tahu 10km radius PKP berapa besar?

Takut kena tahan polis?

Boleh tunjuk dekat Abang Polis dan Abang Tentera peta ini dari lokasi rumah anda.

Cara senang nak semak jarak maksimum 10km dari rumah semasa PKP 🚗🚕🚙

Tekan link ini.

https://2kmfromhome.com/10km

#stayathome
#kitajagakita

*Mohon disebarkan supaya semua rakyat boleh manfaat*