UiTO Channel: Bicara CR
538 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
๐ŸŒฟ Tazkirah Sabtu ๐ŸŒฟ

Dua Nikmat Manusia Sering Lupa Iaitu Nikmat Kesihatan Dan Masa Lapang

TERLALU banyak nikmat yang Allah SWT kurniakan kepada manusia. Nikmat yang paling besar sekali kurniaan Allah adalah nikmat iman dan islam.

Ada manusia yang bersyukur dengan nikmat ini tetapi masih ramai yang tidak bersyukur.

Kebiasaannya manusia lupa di atas dua nikmat yang Allah berikan berikan padanya iaitu : NIKMAT KESIHATAN DAN NIKMAT MASA LAPANG

Daripada Ibnu `Abbas r.anhuma, Nabi SAW bersabda:

ู†ูุนู’ู…ูŽุชูŽุงู†ู ู…ูŽุบู’ุจููˆู†ูŒ ูููŠู‡ูู…ูŽุง ูƒูŽุซููŠุฑูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณู: ุงู„ุตู‘ูุญู‘ูŽุฉู ูˆูŽุงู„ููŽุฑูŽุงุบู

"Dua nikmat yang sering memperdaya ramai orang: Kesihatan dan Masa lapang."

(HR Bukhari No. 6412)

Perkataan penting yang menjadi sebahagian fokus hadis ini ialah : โ€œ..yang sering memperdaya ramai orang..โ€

Maksudnya, sangat sedikit orang yang tidak terpedaya dengan nikmat kesihatan dan masa lapang.

Mungkin terjadi seseorang itu sihat tetapi dia tidak mempunyai waktu lapang kerana sibuk dengan hal kehidupan.

Mungkin terjadi juga orang yang mempunyai masa lapang tetapi tidak sihat di timpa penyakit

Apabila kedua-dua perkara tersebut berkumpul (sihat dan masa lapang) maka kemalasan akan mengalahkannya daripada melakukan ketaatan kepada Allah. Jadilah dia sebagai seorang yang terpedaya.

Penyempurna bagi perkara tersebut ialah: Dunia ini adalah ladang bagi akhirat.

Dunia juga adalah suatu perniagaan yang akan diambil keuntungannya pada hari akhirat.

Sesiapa yang menggunakan waktu lapang dan kesihatannya dalam mentaati Allah, maka dia menjadi seorang yang bahagia (ู…ุบุจูˆุทุฉ).

Manakala jika dia menggunakan kedua-dua nikmat berkenaan pada maksiat maka dia seorang yang terpedaya (ู…ุบุจูˆู†).โ€

Apabila seseorang itu sihat, maka dia mampu berdiri untuk solat, membaca al Quran, puasa , mampu menunaikan haji di Mekah, mampu bergerak pergi ke Masjid. Dia mampu untuk melakukan perintah Allah serta meninggalkan larangan Allah dengan mudah.

Demikian juga apabila dia mempunyai masa lapang banyak amal kebajikan dan kerja- kerja dakwah boleh dilakukannya

Tetapi ramai daripada kalangan kita tewas dengan dua nikmat ini. Betapa banyak ibadah yang kita lalaikan ketika berada dalam keadaan sihat dan waktu lapang?

Kemudian apabila kita sakit, kita sering menyesali dengan berkata: โ€œAlangkah baiknya jika aku sihat .. alangkah baik jika masa aku banyak masa lapang untuk amal kebajikan."

Betapa ramai orang yang telah diberikan masa dan kesihatan yang baik, tetapi dia meninggalkan kebaikan untuk dikerjakan.

Apabila dia diuji, dia merasa sesal. Tetapi malangnya, apabila dia sihat kembali, dia tidak mengenang bahawa dia telah berazam sebelum ini.

Oleh itu marilah sama- sama kita bermuhasabah diri sendiri, pastikan badan yang sihat dan masa lapang yang ada kita gunakan sepenuhnya untuk persiapkan bekalan kita untuk akhirat. Masa adalah kehidupan maka jangan membuang masa dengan sia- sia.

Bila kurang bekalan di dunia ramai manusia boleh menolongnya, tetapi jika bekalan akhirat kita berkurangan tiada siapa boleh menolongnya melainkan kita sendiri terpaksa menghadapinya dihadapan Allah nanti di akhirat.

๐Ÿฅฆ Wassalam ๐Ÿฅฆ

Makmum Sundari
5.1.2019

# MS#AB
#SuaraPrihatin.