UiTO Channel: Bicara CR
581 subscribers
415 photos
165 videos
137 files
1.24K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
#komunikasi
#bicaraCR
@bicaracr
@tazkirah
Komunikasi berkesan

ROTI HANGIT UTK SANTAPAN ROHANI DAN JASMANI

Seorang anak menceritakan:
Setelah sepanjang hari ibu ku melakukan pelbagai kerja yang meletihkan. Ibuku meletak di hadapan ayahku roti bakar, tetapi roti hangit sepenuhnya.

Ayahku menghulur tangan, mengambil cebisan roti sambil tersenyum manis ke arah ibuku. Kemudian ayahku mengajukan soalan kepadaku, bertanya bagaimana sekolah aku hari itu.

Aku sudah lupa apa jawapan aku padanya. Tetapi yang aku terbayang sampai saat ini, bagaimana aku melihat ayahku menyapu roti dengan butter dan jem, lalu memakannya tanpa bersisa.

Saat aku bangun meninggalkan meja makan aku mendengar ibuku memohon maaf kerana roti hangit ketika dia membakarnya.

Dan aku tidak akan lupa jawapan ayahku terhadap permohon maaf ibuku:

"Sayang, jangan risau tentang itu.. Memang terkadang abang teringin makan roti yang dibakar lebih lama sedikit, biar ada rasa hangit sedikit.

Ketika lewat malam, saat aku ingin mencium ayah sambil mengucap selamat malam. Aku bertanya, betulkah ayah suka makan roti dibakar sampai hangit."

Ayahku merangkul aku ke dada nya dan berbisik ayat-ayat yang perlu diteliti:

"Anak ku, hari ini ibumu telah melakukan kerja-kerja berat dan ibumu sangat letih...Lagi pun.. Roti yang dibakar lebih daripada biasa, wahatta rentung sekalipun tidak akan membawa kepada mati. Hidup ini memang penuh dengan kekurangan, tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib. Kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan pada setengah urusan. Kita perlu bersikap terbuka dengan keaiban orang lain".

Ini antara perkara penting dalam membina hubungan dan akan menjamin hubungan kekal utuh.

Jangan sampai roti yang hangit sedikit menjadi punca berkecai akan hati yang baik. Berilah keuzuran kepada orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh.

Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. Sebab itulah pokok yang ditiup angin berterusan akan kehilangan daun dan berguguran buahnya.

Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, dia akan menjadi manusia NEGATIF.

Pujilah kebaikan orang sekeliling kamu kerana ALLAH, langkauilah kesilapan mereka.

Percakapan yang cantik umpama anak kunci, ia akan menutup mulut tetapi ia MEMBUKA HATI NURANI.

#komunikasiberkesan
#hidupsementara
Asma' Nahdiyya
'Azzah Nazihah
Azim Abdul

#share untuk #orangtersayang
CR:
Manhaj Salaf:

Mereka berpegang kuat dgn zahir nas al-Qur'an dan as Sunnah.

Mereka mengimami secara zahir tanpa ta'wil yg batil dan atau tahrif.

Mereka mendahului dalil naqliyyah dari dalil aqliyyah.

Mereka mendahului wahyu dari ra'yu.

Asas dlm agama adalah wahyu bukan ra'yu.

Tidak bererti manhaj salaf merendahkan akal..

Dalil naqliyyah datang terlebih dahulu, baru kemudian dalil aqliyyah.

Keyakinan ini membeza ahlus sunnah dgn ahlul bid'ah.

Ahli bid'ah dan pengikutnya mendahului aqal dari wahyu.

1. Asal adalah wahyu, bukan akal manusia.

2. Wahyu lebih tinggi dr aqal manusia.

3. Wahyu yg menjadi dasar bukan aqal.

4. Ruang bg aqal sgt sempit dan terbatas.

#share
#bicaracr
Assalamua'laikum wrh wbrkth Perkongsian ilmu pagi ini


Beri jawapan di tempat kosong di bawah ini dan mohon
dijawab dgn jujur di dalam hati masing-masing..

1. Allah menciptakan tertawa dan __
2. Allah itu mematikan dan __
3. Allah menciptakan lelaki dan __
4. Allah memberikan kekayaan dan __

Kebanyakkan kita tentu akan dapat jawab dgn mudah
iaitu :
1. Menangis
2. Menghidupkan
3. Perempuan
Tapi bagaimana no.4?

Adakah jawapan kita "kemiskinan"???

Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian
firman Allah SWT di dalam Surah An-Najm ayat 43-45,
dan 48, sebagai rujukan:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan
menangis."
(Surah An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."
(Surah An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan
lelaki-lelaki dan perempuan. "
(Surah An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan
kecukupan."
(Surah An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita semua betul dalam memberi
jawapan dari no. 1-3, tetapi untuk jawapan untuk no. 4
ramai terkeliru dgn apa yg Allah SWT janjikan.

Jawapan Allah Ta'ala dalam al-Qur'an bukan
"kemiskinan", tapi KECUKUPAN.

Subhanallah..

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan
dan Kecukupan kepada hamba-Nya. Dan ternyata yg
"menciptakan" kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yg sentiasa
bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan
tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa
miskin!

Jadi, marilah kita bangkitkan rasa kesyukuran dan
kecukupan di dalam hati dan fikiran kita, berhenti
mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita
menjadi hamba-Nya yg selalu bersyukur.
Wallahua'lam

#tazkirah
#share

t.me/BicaraCR

Baca dan share.
TIPS BACAAN ALQURAN
-Dr. Muhd al-Muhaysni.

1⃣. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pd lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca), malah khususkan untuknya waktu tertentu, yg mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

2⃣. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

3⃣. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tdk terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk. Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

4⃣. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan. Sesiapa yg mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia. Maka jgn engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

5⃣. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut. Ini adalah di antara adab dgn kalam Allah. Dan sebahagian org memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

6⃣. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kpd sesiapapun. Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dgn tanganmu meminta maaf. Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

7⃣. Jika engkau perlu utk menghentikan bacaanmu utk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya. Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yg sesuai.

8⃣. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,
adapun bacaan dengan mata shj, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

9⃣. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

🔟. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yg jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu. Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing. Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

1⃣1⃣. (PENTING!!) Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu. Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah @ di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat). Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: telefon itu)

1⃣2⃣. Semasa engkau membaca, engkau akan melalui ayat-ayat ttg rahmat dan ancaman. Berhentilah.. pada sebahagian dari ayat-ayat tersebut. Angkatlah kedua tanganmu dan mintalah kepada Allah dari kelebihanNya. Baginya, terdapat kesan kepada hati yg sangat besar.

1⃣3⃣. Jika engkau (menghadapi masalah) perlahan membaca al-Quran atau engkau tak mampu membaca dengan baik, ketahuilah bahawa ganjaran pahala engkau digandakan. Maka, bg engkau, ganjaran pahala sebanyak dua kali (1 kerana membaca, 1 kerana usaha dalam susah). Dan aku pesan kepada engkau supaya muat turun rakaman bacaan al-Quran di dalam handphone dan (belajar membaca dengan) ikuti (rakaman bacaan) itu.

1⃣4⃣. Habiskan bacaan engkau pada penghujung surah adalah lebih sempurna dan lebih baik dari menghabiskan di penghujung juz-juz. Ibn 'Umar dahulu, jika membaca pada satu-satu surah, dia tak akan berhenti sehinggalah dia menghabiskannya.

1⃣5⃣. Jangan engkau sibukkan (fokus) untuk menghabiskan juz-juz, daripada (yang sepatutnya, iaitu fokus) kpd tadabbur dan apa2 yang sebenarnya membantu engkau untuk mengulang-ulang sesuatu ayat sama ada 2 kali dan 3 kali dan 10 kali, sehinggalah hatimu menjadi lembut kerana ayat itu.

Semoga Allah menerima (usaha ini) dari kami dan dari engkau.

Penterjemah @BroSyarief
#share
ISTERI YG MENUTUP KEMISKINAN SUAMINYA

Ada sebuah kisah, ada seorang suami yg menangis sedikit teresak di sisi sahabatnya.

Lalu sahabatnya bertanya "Kenapa kau menangis ?"

Suami itu menjawab "Isteri aku sdg demam".

Sahabatnya bertanya lagi "Seberapa hebat sayangnya engkau kepadanya ? Hingga dia demam sahajapun engkau sudah menangis seperti ini"

Suami itu menjawab lagi "Kau tak kenal isteri aku itu bagaimana.."

Dia pun mula menceritakan. "Aku ini miskin. Aku ni tak ada kerja tetap. Setiap hari keluarga aku hanya makan kacang, itupun jika aku dpt balik awal"

"Pernah ketika aku tak dpt balik rumah, isteri aku sama ada dia akan berpuasa atau minum air putih sepanjang hari.."

"Satu hari, aku sekeluarga dijemput oleh mertua aku ke rumahnya. Berbetulan, memang isteri aku dari kalangan keluarga yg agak berada.."

"Masa aku sedang duduk-duduk berbual bersama mertua dengan hidangan yang lazat-lazat, mata aku tak nampak di mana isteri aku berada.. lalu aku bertanya kepada mertuaku sama ada dia nampak isteri aku ada di mana.."

Ibu mertua aku menjawab "Isteri kamu ada di dapur, dia mencari kacang..katanya dia agak sudah jemu dengan lauk daging, ayam dan semacamnya sehingga dia teringin cuma nak makan kacang"

Ayah mertuaku yang mendengar terus mencelah "Terima kasih banyak-banyak kerana jaga anak kami. Secukupnya diberi nafkah dan seeloknya dijaga sampai ayam dan daging pun dia terasa jemu".

"Saat itu dadaku terasa sesak sekali. Aku seupayanya menahan tangisan. Sekalipun hati aku sebenarnya berjujuran air mata".

"Lalu saat sudah balik ke rumah, setibanya di rumah aku terus memeluk erat isteriku sambil aku benar-benar menangis".

"Wahai isteriku. Sebegitu sekali kau menjaga keaiban dan kekurangan suamimu hatta di pandangan ayah ibumu sendiri. Sedangkan ku tahu terlalu banyak kekurangan yang ada padaku sehingga dirimu selalu hampir tak makan seharian".

Isteri aku menjawab "Ku harus menjalankan tanggungjawabku. Tanggungjawabku adalah menjaga sepenuhnya kehormatanmu wahai suami. Adapun tnggungjawabmu kepadaku, aku sentiasa berdoa agar Allah lah yang akan mempermudahkan untukmu melaksanakannya. Kerana aku menjadi isterimu, keranaNya".

#cnp Ustaz Uthman Daud

#share

@BicaraCR
Orang beriman khusyuk dalam solat

Al-Mukminun:2

الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ

“Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya;”

‘Ali bin Abi Thalhah menceritakan dari Ibnu ‘Abbas: khaasyi’uuna (“Orang-orang yang khusyu’”) yaitu orang-orang yang takut lagi penuh ketenangan.” Dari ‘Ali bin Abi Thalib ra: “Yang dimaksud dengan khusyu’ di sini adalah kekhusyu’an hati.”

Sedangkan al-Hasan al-Bashri mengungkapkan: “Kekhusyu’an mereka itu berada di dalam hati mereka, sehingga karenanya mereka menundukkan pandangan serta merendahkan diri mereka.”

Khusyu’ dalam shalat hanya dapat dilakukan oleh orang yang mengkonsentrasikan hati padanya serta melupakan berbagai aktifitas selain shalat, serta mengutamakan shalat atas aktifitas yang lain. Pada saat itulah akan terwujud ketenangan dan kebahagiaan baginya. Sebagaimana yang disabdakan Rasulullah saw. dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan an-Nasa-i, dari Anas, dari Rasulullah saw., dimana beliau bersabda: “Diberikan kepadaku kecintaan terhadap wanita dan wangi-wangian, dan shalat dijadikan untukku sebagai amalan yang paling menyenangkan.” (HR Ahmad dan an-Nasa-i).

#tafsir
#CR

#BicaraCR
#Share
Assalamu'alaikum Warohmatullah.

Dalam Al-Musnad karya Imam Ahmad, disebutkan: "Allah tidak menetapkan qadak bagi seorang hanbaNya, kecuali qadak itu baik baginya."

     Ketika ditanyakan kepada Ibnu Taimiyyah: "Meskipun (ketetapan itu) maksiat?" Ibnu Taimiyyah menjawab: "Ya, jika maksiat itu disertai dengan taubat dan penyesalan, istighfar dan kesedaran."


"...jika mereka menganiaya diri mereka datang kepadamu (Muhammad, untuk menyatakan taubat), lalu mereka memohon ampun kepada Allah dan Rasul pun memohonkan ampun untu mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.

(An-Nisa' : 64)

Ruj: La Tahzan

#Share #istighfar
@BicaraCR
Nota Tajwid. #Share dengan rakan-rakan.
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Moga tuan/puan sihat.


Tazkirah Bil Quran jam 7:50 pagi, Insyallah.

Al-Quran membela pembacanya pada Hari Akhirat.

Sila #Share


https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Moga tuan/puan sihat.


Bicara tentang hadith sahih jam 630 petang, Insyallah. Pautan yg sama.

Sila #Share


https://meet.google.com/gkv-ideo-dif
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Moga tuan/puan sihat.


Bicara tentang hadith sahih jam 630 petang, Insyallah. Pautan yg sama.

Sila #Share


https://meet.google.com/gkv-ideo-dif