UiTO Channel: Bicara CR
538 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Sangkaan kita kepada orang lain adalah cerminan sifat kita sendiri. Setiap manusia selalu menyangka semua orang adalah sama seperti dirinya.
Oleh kerana itu, seorang pengkhianat suka menuduh orang lain berkhianat. Seorang penipu selalu waspada agar tidak ditipu. Kaki saman selalu bimbang disaman.
Seorang penyair Abu al-Tayyib al-Mutanabbi berkata:
إذا ساء فعلُ المرء ساءت ظنونه , وصدّق ما يعتاده من توهمِ
"Apabila buruk sikap seseorang, buruk juga sangkaannya.
Dia meyakini sangkaan yang dia ciptakan sendiri."

Sebaliknya, orang yang berhati bersih selalu bersangka baik kepada semua orang.

Kerana sikap ini, terkadang dia menjadi mangsa kalangan yang suka mengambil kesempatan.

#FBDrUmarMuhammadNoor