UiTO Channel: Bicara CR
539 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Forwarded from DrZaharuddin Group
Sesiapa yang menceritakan AIB ORANG LAIN kepadamu, ia berpotensi besar pula menceritakan AIBMU kepada orang lain. Sesiapa yang BERLEBIHAN memujimu di ketika dia bersetuju denganmu, berpotensi besar pula untuk berlebihan mencelamu di kala dia membantahmu. Justeru, telitilah teman yang layak untuk kamu rapati.

#DrZaharuddinabdRahman
Pernah atau tidak, selepas menyakiti hati orang lain dengan bahasa sindiran serta kritikan atau makian, kita merasa best, lega, happy dan PUAS serta MENANG!? apatah lagi jika ia gagal dibalas. Jika PERNAH, itulah tanda hati kita dikuasai kekotoran dan rendah akhlak walau manusia melihat kita sebagai baik dan 'hero'. Ia adalah 'buah rosak' hasil dari amalan diri yang tidak betul atau mungkin betul tetapi tiada ikhlas.

Pernah atau tidak, selepas melakukan yang tersebut diatas, beberapa minit atau jam selepasnya, kita merasa menyesal lalu bertindak sama ada meminda semula, memadam (jika boleh) atau meminta maaf?. Jika PERNAH, itulah tanda hati kita masih ada sinar iman, ihsan dan akhlaq, benih menumbuhkan buah taqwa jika terus dijaga.

Muhasabah untuk diri.

#DrZaharuddinAbdRahman

@BicaraCR
Sukar dibayang betapa 'awkward' media kerajaan yang selama ini Pro-kerajaan BN, untuk terus menjadi media utama dan tiba-tiba terpaksa memberi liputan pro kerajaan baru.

Sukar juga ingin dibayangkan betapa ramainya penjawat jawatan besar atas tiket politik parti pemerintah dulu & 'networking'nya (bukan kerana kelulusan & pengalaman) yang mengemudi :
💡 GLC, Petronas, Sime Darby etc
💡 Anak syarikat kerajaan, 1MDB, Ekuinas etc
💡 Institusi kerajaan, IKIM, JAKIM,
💡 Agensi kerajaan seperti MARA, TEKUN
💡 Universiti awam seperti UM, UIAM etc
💡 Agensi swasta,
💡 malah syarikat senaraian awam swasta dan
banyak terlalu banyak mengakar dalam (kerana 60 tahun memerintah) di ribuan tempat,

BAKAL ditukar pengemudinya dan gaya pentadbirannya. Itu belum bakal terdedahnya salah guna kuasanya (jika ada). Sangat baik untuk pedoman beringat pimpinan kerajaan yang baru naik juga.

Sukar dibayang tetapi menarik untuk disaksikan, itu lumrah apabila kerajaan bertukar tangan.

Firman Allah swt, :
تؤتي الملك من تشاء وتنزع الملك ممن تشاء

"Engkau (Allah) memberikan kekuasaan kepada siapa yang Engkau kehendaki, dan mencabutnya dari siapa yang Engkau kehendaki"

#DrZaharuddinAbdRahman
Forwarded from DrZaharuddin Group
Amalkanlah bacaan ayat Al-Kursi setiap selepas solat Fardhu, kerana kelebihannya di sebut oleh Baginda nabi "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan (mestilah) dia mati (terlebih dahulu).”.

Namun jangan tersilap memahami hadis ini bahawa tiada tanggungjawab, kewajiban dan larangan yang perlu di buat dan jauhi pula. Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa.

#DrZaharuddinAbdRahman
Forwarded from DrZaharuddin Group
Amalkanlah bacaan ayat Al-Kursi setiap selepas solat Fardhu, kerana kelebihannya di sebut oleh Baginda nabi "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat fardhu, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada memasuki syurga (telah cukup syarat untuk ke syurga) melainkan (mestilah) dia mati (terlebih dahulu).”.

Namun jangan tersilap memahami literal hadis ini sehingga mengganggap hanya dengan membaca ayat kursi sahaja sudah mampu masuk syurga walaupun tanpa melaksanakan tanggungjawab kewajiban dan menjauhi larangan Allah swt.

Amalan ini mengukuhkan tawaran syurga bagi ahli ilmu, ibadah dan taqwa.

#DrZaharuddinAbdRahman