UiTO Channel: Bicara CR
542 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Nak amal mula sekarang tips di bawah:



TIPS BACAAN AL-QURAN (Siri 1)

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini

هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..
الجزء (1)

١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد .
#وصايا_أثناء_القراءة

Jangan engkau berikan al-Quran pada lebihan waktumu, malah khususkan untuknya sela waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن .
#وصايا_أثناء_القراءة

Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan akan diterima ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس ،

ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .

Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau penat dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong2 ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah.

(Bersambung..)
____________
Terjemahan BroSyarief

Channel Telegram @BroSyariefShares

Disalin dari https://telegram.me/QtoofQuranih

#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
#28Ramadhan Bagi yang sedang berjuang mempertahan nilai Ramadhan dengan mengekalkan momentum ibadah di tengah hangat gempita 'Raya' oleh persekitaran dan media, jadikan pesan Nabi ini sebagai pendorong..

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ ‏

Dan sesungguhnya nilai amalan itu pada penghujungnya

[HR al-Bukhari]

Ini kerana apa yang sampai di hujung tidak terhasil kecuali dengan usaha yang konsisten dari awal.

Adapun yang tidak berakhir dengan baik, perlu muhasabah dan perbaiki pada kelompongan dari awal langkah dibuat.
___
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
Pesan guru kami, Ust Kamilin:

"Andai kita memiliki banyak sampan di tebing sungai sekalipun, namun pengayuh tidak digerakkan, masakan boleh sampai ke seberang?

Lalu kita hanya akan sekadar meninggi diri dengan jumlah sampan, namun buta tangan...!"
___
#BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
TIGA GOLONGAN PEMBACA AL-QURAN

Ibn al-Qudamah menukilkan riwayat, dari al-Hasan rahimahullah, bahawa beliau menyebutkan:

قُرَّاءُ الْقُرْآنِ ثَلاثَةٌ :

Pembaca-pembaca al-Quran itu ada tiga:

رَجُلٌ اتَّخَذَهُ بِضَاعَةً ،

(Golongan Pertama) Orang yang mengambilnya bagaikan barang dagangan,

يَنْقُلُهُ مِنْ مِصْرٍ إِلَى مِصْرٍ ،

Dibawanya dari satu tempat ke satu tempat,

يَطْلُبُ بِهِ مَا عِنْدَ النَّاسِ ،

Dengannya mereka mencari (ganjaran atau kedudukan dari) apa yang dimiliki manusia.

وَقَوْمٌ قَرَأُوا الْقُرْآنَ : حَفِظُوا حُرُوفَهُ ، وَضَيَّعُوا حُدُودَهُ ،

Dan, (Golongan Ke-2) Kaum yang membaca al-Quran, menghafal huruf-hurufnya, tetapi melanggar batasan-batasannya,

وَاسْتَجَرُّوا بِهِ الْوُلَاةَ ، وَاسْتَطَالُوا بِهِ عَلَى أَهْلِ بِلادِهِمْ ،

Mereka meminta upah dari bacaannya kepada para pemimpin, dan mereka menyusahkan dengannya (yakni: dengan hafalan alQuran mereka) warga masyarakat di negeri mereka.

فَقَدْ كَثُرَ هَذَا الضَّرْبُ فِي حَمَلَةِ الْقُرْآنِ ،

Semakin ramai golongan sebegini di kalangan pembawa (yang membaca dan menghafal) al-Quran.

قَالَ الْحَسَنُ : لا كَثَّرَهُمُ اللَّهُ ،

Al-Hasan berkata (menambah dengan doa): Semoga Allah tidak menambah ramaikan mereka.

وَرَجُلٌ قَرَأَ الْقُرْآنَ ، فَبَدَأَ بِمَا يَعْلَمُ مِنْ دَوَاءِ الْقُرْآنِ ، فَوَضَعَهُ عَلَى دَاءِ قَلْبِهِ ،

Dan (Golongan ke-3) Orang yang membaca al-Quran, lalu dia mulakan dengan apa yang dia ketahui sebagai ubat dari al-Quran, lalu diletakkannya (dengan membacanya) untuk (menyembuhkan) penyakit di dalam hatinya.

فَأَسْهَرَ لَيْلَهُ ، وَهَمِلَتْ عَيْنَاهُ ، وَتَسَرْبَلُوا بِالْحُزْنِ ، وَارْبَدُّوا بِالْخُشُوعِ ،

Lalu, dia menghidupkan malamnya, dan (bacaan al-Quran) membasahkan kedua matanya. Mereka diselubungi kesedihan, dan mereka dibaluti kekhusyukan,

وَرَكَدُوا فِي مَحَارِيبِهِمْ ، وَخَنُّوا فِي بَرَانِسِهِمْ ،

Dan mereka kekal di tempat-tempat beribadah mereka, dan mereka bersembunyi di sebalik jubah besar mereka (dari dilihat orang).

فَبِهِمْ يَسْقِي اللَّهُ الْغَيْثَ ، وَيُنْزِلُ النَّصْرَ ، وَيَدْفَعُ الْبَلاءَ ،

Lalu, dengan (sebab) mereka (yakni: hubungan mereka dengan al-Quran), Allah turunkan hujan, dan menghantarkan bantuan pertolongan, serta menghalang bala (dari menimpa),

وَاللَّهُ لَهَذَا الضَّرْبُ فِي حَمَلَةِ الْقُرْآنِ أَقَلُّ مِنَ الْكِبْرِيتِ الأَحْمَرِ

Demi Allah, untuk golongan ini, dari para pembawa (yang membaca dan menghafal al-Quran, (mereka ini sangat sedikit,) lebih sedikit dari belerang merah (satu bahan yang sangat jarang dan sukar ditemui).

[ar-Riqqah wal-Buka']

Sumber: http://bit.ly/1UmaGmW

#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
__
KLIK >> @BroSyariefShares
Forwarded from #BroSyariefShares
PERIHAL QURAN INI

#NotaTerjemahanBroSyarief

al-Hasan al-Basri menyebutkan: 

‎إِنَّ هَذَا الْقُرْآنَ قَدْ قَرَأَهُ عَبِيدٌ وَصِبْيَانٌ لا عِلْمَ لَهُمْ بِتَأْوِيلِهِ وَلَمْ يَتَأَوَّلُوا الأمْرَ مِنْ قِبَلِ أَوَّلِهِ

'Sesungguhnya al-Quran ini dihafal oleh para hamba dan kanak-kanak, di mana mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang maknanya, dan tidaklah mereka mampu mengubah keadaan itu dari permulaan (mereka menghafal). 

‎وَقَالَ اللَّهُ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى : كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ سورة ص آية 29 ، 

Dan Allah subhaanahu wa ta’ala berfirman (yang maksudnya), 

"al-Quran merupakan sebuah kitab yang kami turunkan ia kepadamu, dalam keadaan ianya diberkati, supaya mereka mentadabburi ayat-ayatnya.." 

[Shad(38):29]

‎وَمَا تَدَبُّرُ آيَاتِهِ إِلا اتِّبَاعُهُ وَاللَّهُ يَعْلَمُ

Dan tidaklah dikatakan tadabbur ayat-ayat al-Quran itu kecuali dengan mengikuti ajarannya dan Allah maha mengetahui (usaha orang yang mengamalkan al-Quran). 

‎أَمَا وَاللَّهِ مَا هُوَ بِحِفْظِ حُرُوفِهِ وَإِضَاعَةِ حُدُودِهِ 

Demi Allah, tidaklah tadabbur itu dengan (sekadar) menghafal huruf-hurufnya, lalu mengabaikan aturan (pada kandungan)nya, 

‎حَتَّى إِنَّ أَحَدَهُمْ لَيَقُولُ قَرَأْتُ الْقُرْآنَ كُلَّهُ فَمَا أُسْقِطَ مِنْهُ حَرْفًا 

Hatta sehingga salah seorang dari mereka menyebutkan, ‘Aku telah membaca seluruh al-Quran dan tidak gugur (hafalanku) darinya (walau) satu hurufpun!'

‎وَقَدْ وَاللَّهِ أَسْقَطَهُ كُلَّهُ 

Tetapi sebenarnya, demi Allah, dia telah menggugurkan keseluruhan al-Quran. 

‎مَا تَرَى الْقُرْآنَ لَهُ مِنْ خُلُقٍ وَلا عَمَلٍ 

Tidak engkau lihat al-Quran memberi kesan padanya, tidak pada akhlak dan tidak pada amal. 

‎حَتَّى إِنَّ أَحَدَهُمْ لَيَقُولُ : إِنِّي لأَقْرَأُ السُّورَةَ فِي نَفَسٍ وَاحِدٍ ، 

Sehinggalah salah seorang dari mereka mengatakan, ‘Aku boleh membaca surah hanya dengan satu nafas!'

‎وَاللَّهِ مَا هَؤُلاءِ بِالْقُرَّاءِ وَلا الْحُكَمَاءِ وَلا الْوَرَعَةِ ، 

Demi Allah, bukanlah mereka ini para pembaca al-Quran, bukan juga para ahli Hikmah, dan bukan ahli Wara’!

‎مَتَى كَانَتِ الْقُرَّاءُ تَقُولُ مِثْلَ هَذَا؟

Sejak bilakah ahli al-Quran berbicara sedemikian rupa? 

‎لا أَكْثَرَ اللَّهُ فِي النَّاسِ مِنْ هَؤُلاءِ

Semoga Allah tidak meramaikan di kalangan manusia, orang-orang seperti mereka ini!'

[Akhlaq Hamalatil Quran lil-Ajurri & az-Zuhd li Ibn al-Mubarak]

BroSyarief: 

Jika kita benar-benar meyakini al-Quran adalah petunjuk dan penyelamat kita, pastikan usaha kita berinteraksi dengan al-Quran tidak pernah berhenti. 

Pastikan ia memberi kesan kepada kita dari setiap aspek kehidupan walaupun pada kadar perlahan dan sedikit.

Yang penting, ia berterusan. 

Jangan putus asa. 
__
#صحح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
Tazkirah harian UiTO

Sertai >>
telegram.me/tazkirah

Di antara tanda keangkuhan dan kerasnya hati ialah apabila menerima dan membaca ayat-ayatNya, dan pesanan dari utusanNya, ia menjadikannya teringat kepada orang lain untuk disampaikan peringatan tersebut, tetapi bukan untuk dirinya sendiri.
__
#BroSyariefShares
*SEHARI TANPA MELIHAT MUSHAF*

لو أن قلوبنا طهرت ما شبعنا من كلام ربِّنا وإني لأكره أن يأتي عليَّ يوم لا أنظر في المصحف،

Pesan Usman - radhiyalLaahu ‘anhu -: ‘Seandainya hati kita telah benar-benar suci, kita pasti tidak akan pernah merasa kenyang dengan kalam Tuhan kita. Sungguh.. aku sangat membenci akan berlalunya sehari (dalam hidupku) tanpa aku melihat mushaf (yakni: membaca al-Quran).’

[Syu'ab al-Iman]

*Buah fikiran: Dalam sehari, walau sekadar beberapa ayat, bacalah al-Quran. Ia bukan tanda kita jadi lebih beragama atau alim secara tiba-tiba. Tetapi ia tali pegangan kita agar kekal teguh menghadapi kehidupan ini di bawah naungan rahmat dan redha-Nya. Ambillah sedikit ruang masa.. bacalah, nikmatilah. Hati kita sangat perlu berinteraksi dengannya.*
__
#BroSyariefShares #HikmahSalaf #Sebarkan
Forwarded from #BroSyariefShares
Ringkasan 12 Tips Menuju Ramadhan - Usrah Santai JKQ

Tonton rakamannya: fb.com/100000756183300/videos/3753628488005654/

01 Rehat & tidur yang cukup. Bersiap untuk tidur, bukan TERtidur. Jangan jadikan Ramadhan bulan penuh tidur.

02 Perbaiki hubungan dengan al-Quran. Konsisten baca walau sedikit. Usaha tadabbur, bukan fokus nak khatam. Kejar kualiti, baru kuantiti.

03 Ramadhan bulan ibadah, bukan juadah. Latih kawal makan. Makan sekadarnya untuk sahur & berbuka, agar selesa beribadah selepasnya.

04 Masa itu emas. Ramadhan akan berlalu pantas. Jangan salah keutamaan. Penuhi masa dengan ibadah, walau sekadar zikir & istighfar.

05 Jauhi aktiviti sia-sia & tidak memberi manfaat, apatah lagi yang membawa dosa.

06 Kawal ‘screen-time’. Nyah-aktif akaun sosial media, tutup notifikasi, aktifkan mode airplane ketika beribadah untuk kurangkan gangguan.

07 Malam untuk merehatkan ruh saat tenggelam dalam ibadah. Pagi untuk bekerja, memelihara hidup. Jangan terbalik.

08 Kembalikan pautan hati dengan masjid, agar dilindungi naungan-Nya di hari kiamat.

09 Anjakan iman bermula dengan diri sendiri, tanpa perlu tunggu detik istimewa atau tanda ajaib untuk berubah. Allah telah beri petunjuk sekian lama.

10 Berdoa. Berdoa. Terus berdoa. Yakinlah Allah pasti menjawabnya dengan cara yang Dia tahu terbaik untuk kita.

11 Jaga lidah agar mengaut sebanyak mungkin ganjaran, jangan jadikan ia tiket menempah azab.

12 Biar momentum Ramadhan itu meningkat dari awal hingga ke hujung khususnya di 10 hari terakhir. Bukan terbalik, awalnya semangat, di hujung sibuk bersiap cuti & raya.
__
@BroSyariefShares