UiTO Channel: Bicara CR
538 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
#01SifatSolatRasulullah

Rasulullah saw sangat mencintai solat.


Di dalam sebuah riwayat, Rasulullah telah bersabda kepada Bilal, “Wahai Bilal ! bangunlah (untuk azan) rehatkan kami dengan solat (Riwayat Ahmad).

Rehatkan kami ya Bilal dengannya (iaitu dengan sembahyang) wahai Bilal.”(Hadis riwayat Ahmad, Nasaai, Hakim dan Baihaqi)

#CR

https://chat.whatsapp.com/Lks9YZy37Dh59btoadJA9f
Tarbiah Awlad

Anak yang sering melihat orang tuanya gemar puasa sunnah, rajin shalat berjamaah, sering mendatangi majelis ilmu, pasti berbeda dengan anak yang sering melihat orang tuanya di depan TV atau bioskop dan mendatangi tempat-tempat maksiat.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
Kita akan melihat anak yang sering memperhatikan ayahnya melantunkan azan, pasti anak ini akan sering mengulang-ngulang ucapan azan tersebut. Sebaliknya, jika seorang ayah sering melantunkan nyanyian, pasti anaknya yang sering memperhatikan hal itu akan sering pula bersenandung.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
Begitu juga dengan anak putri yang selalu melihat ibunya menutup aurat dari pria, penuh dengan rasa malu, selalu menjaga kehormatan. Putrinya pasti akan mencontoh sifat yang mulia ini. Hal ini berbeda dengan seorang ibu yang sering membuka-buka aurat, berpakaian setengah telanjang dan ketat, sering bersalaman dengan lawan jenis, sering campur baur dengan mereka, anaknya juga pasti akan meneladani tingkah laku ibu semacam ini.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
Oleh karena itu, senantiasalah kita selaku ibu dan ayah untuk bertakwa pada Allah demi kebaikan anak-anak kita. Hendaklah kita selalu memberi contoh yang baik pada mereka, berilah teladan pada anak-anak kita dengan akhlak yang mulia.
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
Wallahu waliyyut taufiq was sadaad.
-
Join 👉🏻 Muslim My Way
ㅤㅤㅤㅤㅤㅤ
#rumaysho
#rumayshocom
#ustadzabduhtuasikal
#rumayshoTV
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Nota Ringkas Daurah 40 Hadis Kelebihan Rasulullah.

Sabtu, 02/02/2019


1. Salasilah keturunan Nabi Muhammad sejak Nabi Adam semuanya mulia, bersih dan diikat dengan pernikahan yang sah. Tiada seorang pun daripada keturunan buruk atau zina. Sebab itu Nabi special nasab keturunannya

2. Kebanyakan Nabi-Nabi kacak dan keturunan mulia, indah rupa. Hikmah, menarik minat orang untuk mendengar dakwahnya.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
3. Orang yang tak selawat bila dengar nama Nabi ialah orang yang paling bakhil. Orang bakhil diakhirat adalah orang yang Allah sangat benci.

4. Nabi Muhammad itu manusia tapi tak sama macam manusia biasa. Tak boleh samakan Nabi dengan manusia biasa.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
5. Jika Nabi terdahulu masih hidup di zaman Nabi Muhamamad menjadi Nabi, mereka semua akan tunduk dan ikut syariat Nabi Muhammad dan dianggap sesat jika mereka tak ikut syariat yang dibawa Nabi Muhammad.

Jika Nabi terdahulu pun dianggap sesat bila melawan syariat dibawa Muhammad, apatah lagi kita yang bukan orang biasa melawan syariat Nabi. Tentu lebih sesat.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
6. Nabi Muhammad pegang kunci syurga. Tak siapa akan masuk syurga sebelum Nabi Muhammad masuk terlebih dahulu.

7. Umur umat Muhammad pendek tapi diakhirat nanti umat Muhammad sangat istimewa dan diterima amal mereka walaupun sikit berbanding amalan umat Nabi terdahulu yang hidup lama berkat syafaat Nabi Muhammad s.a.w.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
8. Nama lain Nabi Muhammad banyak antaranya Ahmad, al-Maahi, al-Haasyir, al-'Aqib. Sesuatu yang mempunyai banyak nama menunjukkan besar kemuliaannya. Begitulah mulianya Nabi.

9. Batu pun bagi salam dan memuji Nabi sebelum Nabi diutuskan jadi Rasul lagi. (Riwayat Muslim)
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
10. Jari Nabi pernah mengeluarkan air dan digunakan oleh 300 sahabat untuk berwuduk. Itulah semulia-mulia air. Lebih mulia dan hebat daripada 12 mata air yang keluar dari batu yang diketuk oleh Nabi Musa.

Ini kerana batu memang laluan air yang biasa tapi jari bukan laluan air secara adatnya. Seperti terhasilnya susu yang muncul dari laluan darah, pelbagi urat etc yang asalnya bukan suci dalam badan lalu keluar jadi cecair warna putih bersih dan suci.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
11. Bab infaq/sedekah memang dijuarai oleh kaum wanita sejak zaman Nabi lagi. Memang kebiasaannya wanita lebih ramai berinfaq berbanding lelaki.

12. Pohon tamar pernah menangis seperti anak kecil kerana Nabi tak lagi bersandar padanya ketika berkhutbah. Pohon tamar pun pernah menangis kerana rindukan Nabi, adakah kita pernah menangis kerana rindukan Nabi walaupun sekali?
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
13. Nabi Musa mampu hidupkan orang mati tapi tak seramai Nabi Muhammad yang mampu menghidupkan banyak hati yang telah mati.

14. Nabi tahu bila ada sahabat-sahabatnya kelaparan dan tak makan beberapa hari kerana Nabi sendiri selalu berlapar. Orang yang biasa hidup susah akan kenal dan faham orang susah yang lain. Orang yang biasa hidup senang biasanya jarang faham dan alert kesusahan orang di bawahnya.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
15. Sahabat Nabi bernama Mus'ab bin Umair dahulunya orang paling kaya akhirnya jadi orang paling miskin kerana infaqkan hartanya demi dakwah Nabi. Apalah sangat pengorbanan kita untuk membantu agama yang Nabi bawa ini?


16. Walaupun kita tiada pertalian darah dan kekeluargaan dengan Nabi, tapi kita boleh termasuk dalam keluarga Nabi atas dasar iman dan Islam. Pastikan kita usaha ikut apa yang Nabi ajarkan supaya kita termasuk keluarga besar Nabi.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
17. Banyakkan baca selawat kepada Nabi supaya dapat syafaat (pertolongan) Nabi di hari akhirat nanti. Berapa bilangan yang dikira banyak selawat itu? Kata Imam al-Sakhawi, 300 kali keatas.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
18. Nabi Muhammad orang pertama yang akan dibangkitkan di akhirat nanti. Nabi Muhammad juru cakap bagi kita semua nanti. Bagaimana Nabi nak kenal dan bela nasib kita di akhirat nanti kalau selawat pun malas, dengar nama Nabi pun buat tak tahu bahkan lawan pula ajaran yang Nabi bawa?
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
19. Nabi Sulaiman mampu bertutur dengan haiwan dan jin tapi semuanya menggunakan bahasa mereka semua. Sedangkan Nabi Muhammad pula apabila pokok, batu mahupun jin yang berbicara dengan Nabi, mereka menggunakan bahasa Nabi menunjukkan betapa mulia dan agungnya Nabi Muhammad. Dimuliakan bukan sekadar manusia bahkan sekalian alam.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
20. Nabi bukan diutuskan untuk ajar solat, puasa, zakat dan haji sahaja. Tapi Nabi diutuskan untuk membawa syariat dalam seluruh aspek kehidupan. Kalau kita ikut Nabi hanya dalam bab ibadat sahaja, maka kita sebenarnya tak cinta Nabi dengan sebenar-benarnya.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Tamat.
#BicaraCR

BIASAKANLAH MENYEBUTKAN DALIL SAAT MENDIDIK ANAK


▶️Syaikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin –rahimahullah– mengatakan:

Sebaiknya anak-anak diberikan pengetahuan tentang hukum-hukum sesuatu beserta dalil-dalilnya. Misalnya, ketika anda mengatakan kepada anak anda: “Bacalah basmalah saat akan makan, dan bacalah hamdalah saat kamu selesai makan!“, jika anda mengatakan itu; maka maksud perintahnya sudah tercapai.

Tapi bila anda mengatakan: “Bacalah basmalah saat akan makan, dan bacalah hamdalah saat kamu selesai makan, karena Nabi -shollallohu alaihi wasallam- menyuruh (kita) agar membaca basmalah sebelum makan, beliau juga mengatakan: ‘Sungguh Allah meridhoi seorang hamba yang memakan sesuap makanan dan dia membaca hamdalah karenanya, dan (seorang hamba) yang meminum seteguk minuman dan dia membaca hamdalah karenanya!“.

Anda akan mendapatkan 2 manfaat:

Pertama: Anda membiasakan anak anda untuk mengikuti dalil.

Kedua: Anda mendidik anak anda untuk mencintai Rasul –shallallahu alaihi wasallam-, dan bahwa Rasul –shallallahu alaihi wasallam– adalah seorang imam/pemimpin panutan yang wajib diikuti arahan-arahannya.

▶️Dan hakekat ini banyak dilalaikan, kebanyakan orang mengarahkan anaknya kepada hukum-hukumnya saja, namun dia tidak mengaitkan arahan itu dengan sumbernya, yaitu: Al Kitab dan As Sunnah.

(Al-Qoulul Mufid ala Kitabit Tauhid, 2/423).

Ada manfaat ketiga yang bisa ditambahkan di sini: bahwa orang tua juga akan belajar mengetahui dalil-dalil tersebut, dan menyampaikannya kepada anaknya, sehingga akan berkumpul banyak dalil padanya dan dia dapat menghapalnya dengan mudah karena dibarengi dengan praktek, wallohu a’lam.

📝 Ust. Musyafa Ad Darini, Lc., MA.
🌎 Muslimah.Or.Id
🎨 Amie.Ummubara

@BicaraCR
Aktiviti yang sangat berbaloi: Hafal Al-Qur’an. Ketika anda kesunyian, Al-Qur’an menghiburkan kita. Sungguh bahagia dan tenteram rasanya dalam jiwa.

🌷🌷🌷🌷
MENGAPA KITA MAHUKAN ANAK-ANAK KITA MENGHAFAL AL-QURAN?

1. Persediaan menjadi ilmuwan Islam di masa hadapan.

Jika zaman dahulu, menghafal al-Quran merupakan syarat asas bagi mana-mana ilmuwan Islam baik mereka yang menceburi bidang pengajian Islam mahupun jurusan lain. Malah buat mereka yang bergelumang dalam bidang pengajian Islam, merupakan suatu yang aib jika tidak menghafal al-Quran seolah-olah itu syarat masuk sekolah!
Justeru menjadi lumrah zaman keemasan ilmu Islam dahulu, anak-anak berusia 7 tahun sudah lancar menghafal al-Quran.
Namun tatkala tradisi ini kita telah lupakan, kita mula menyalahkan masa, seolah-olah menghafal al-Quran hanya ‘membazir’ masa berbanding mengkaji makna al-Quran!

2. Mendekatkan anak-anak dengan Allah secara kerohanian.

Anak-anak zaman kini semakin dilekakan dengan pelbagai hiburan yang menjauhkan diri mereka dengan Tuhan.
Setidak-tidaknya jika mereka memperuntukkan masa untuk menelaah kalamullah, mereka berpeluang menyelami perasaan ‘hampir’ dengan Tuhan sekalipun mereka barangkali belum memahami apa yang dibaca, namun percayalah mukjizat al-Quran itu sangat mempesona hanya dari membaca atau mendengarnya!
Lumrahnya, anak-anak yang tenggelam dalam dunia hiburan biasanya sangat sukar untuk menjiwakan diri mereka dengan al-Quran.

3. Meningkatkan potensi daya memori.

Mempunyai memori yang baik merupakan salah satu dari keperluan hidup dan pengajian di samping daya faham, kreatif dan kritis.
Hakikatnya teknik hafazan yang berkesan mampu meningkatkan potensi ini ke tahap yang menakjubkan.
Justeru kita tidak hairan para ulama dahulu, bahkan ilmuwan kini yang mempunyai ‘hardisk’ di kepala mereka.
Kita selalu sahaja dengar mereka mampu mengingati suatu maklumat itu dengan sekali dua dengar atau baca sahaja.
Mereka tidak dilahirkan sebagai ‘genius savant’, namun itulah hasil latihan berkesan yang mereka telah lalui sejak dari kecil.
Banyak sahaja kita dapati sahabat huffaz kita yang hebat menjadi seorang pelajar dan ilmuwan yang hebat!

4. Bukti kecintaan pada empunya al-Quran.

Jika peminat K-pop sanggup menghafal lirik lagu yang tidak difahami sepatah pun untuk dinyanyikan bersama penyanyi kesayangan di pentas konsert atau ketika di tandas berseorangan, apatah lagi seorang muslim yang mengakui mencintai Tuhannya.
Tidakkah kita malu jika kelak kita berhadapan dengan Allah di ‘pentas’ mahsyar dalam keadaan kosong dada tanpa sebarang kalam-Nya sebagai bukti cinta?

5. Mengkaji al-Quran dalam keadaan menghafalnya lebih nikmat!

Tidak sama seorang anak yang menulis sejarah ibu kesayangannya yang sentiasa di hati dan ingatan berbanding orang luar yang menulis tentang ibunya. Penghayatan, sentuhan dan hasilnya pasti berbeza.
Jangan hanya menoleh ke barat. Di negara Arab seperti Arab Saudi dan Mesir misalnya terdapat banyak pusat kajian khas al-Quran yang telah menghasilkan ribuan penyelidikan yang mengagumkan!
Para pengkajinya merupakan huffaz al-Quran, bahkan ilmuwan bidang al-Quran yang terkenal.
Namun malangnya kajian mereka kurang dihargai dan kurang mendapat perhatian ramai berbanding barat kerana barangkali tulisan mereka bukan berbahasa inggeris.
Barangkali juga kerana mereka bukan orang putih yang disanjungi, dan barangkali tulisan mereka tidak dimerit dalam jurnal kapitalis.

6. Menghafal al-Quran hanya satu proses.

Menjadi hafiz bukan kemuncak yang kita kejari, ia hanya merupakan satu jalan untuk kita meneruskan kehidupan menjadi insan cemerlang dalam segenap segi kehidupan baik sesama pencipta mahupun manusia.
Boleh saja anak kita ingin menjadi seorang doktor, atau peguam, atau menteri, atau jurutera, atau apa sahaja sekalipun, namun alangkah indahnya jika al-Quran mendiami dada mereka serta menghiasi keperibadian anak-anak yang tercinta.
Tidak semesti menghafal al-Quran itu perlu menjadi hafiz 30 juz, namun berapa banyak manfaat yang mampu kita kedok sepanjang proses kita berusaha menghafalnya walaupun hanya 3 juz.