UiTO Channel: Bicara CR
538 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Usaha dan manfaat itu yang paling utama baik pada penghafal yang muda mahupun yang tua!

-Dr. Kamilin Jamilin-


@BicaraCR
Jangan cepat menghukum. Jika kita nampak gambar org makan babi, jgn mudah menghukum dia kufur. Kita perlu tabayyun dulu. Mungkin dia dalam keadaan dharurat.

Jika kita mendengar ulama’ berbohong, mungkin ulama’ berkenaan mengaplikasi usyul fiqh dalam gerakan Islam atau konsep al-Harbu Hid’ah.

Jika seorang pendakwah duduk bersama ahlu bid’ah, mungkin dia sedang menyusun strategi untuk melakukan tajdid kepada kumpulan tersebut.

Kesimpulannya, kita jangan mudah menghukum kufur orang lain. Tabayyun dulu. Bila kita mati, Allah akan tanya tentang iman dan amal kita, bukan apa yg kita sangkakan tentang orang lain.

CR #TabayyunDulu

@BicaraCR
Forwarded from Bin Sahak Channel
Pujian Imam Ahmad Kepada Imam Syafie:

Kata Muhammad bin alFadhal alBazzaz: "Aku mendengar bapaku berkata: "Aku pernah melaksanakan haji bersama Ahmad bin Hanbal, kami tinggal di tempat yg sama. Apabila aku selesai menunaikan solat Subuh, aku berlegar di masjid (alHaram), lalu aku datang ke majlis Sufyan bin 'Uyainah. Aku berlegar ke majlis (di masjidil haram) satu persatu mencari Ahmad bin Hambal, sehinggalah aku mendapati Ahmad bin Hambal berada di sisi seorg pemuda Arab. Lalu aku bersesak sehingga aku dapat duduk di sisi Ahmad bin Hanbal dan berkata kpdnya: "Wahai Abu Abdillah, kamu tinggalkan (majlis) Sufyan bin 'Uyainah? Di sisinya (ambil hadis drpdnya) alZuhri, Amr bin Dinar, Ziyad bin 'Alaqah dan ramai lagi tabi'un yg Allah sahaja yg mengetahuinya?" Kata Ahmad bin Hambal kpdku: "Senyap, sesungguhnya jika kamu terlepas hadis dgn sanad yg 'ali, kamu akan perolehinya melalui sanad yg nazil, hal itu tidak memudharatkan agama dan akal kamu. Namun jika kamu terlepas akal pemuda ini, aku bimbang kamu tidak akan menjumpainya lagi sehinggalah hari kiamat. Aku tidak pernah melihat seseorg yg lebih faham ttg kitab Allah berbanding pemuda Quraisy ini." Aku bertanya: "Siapa pemuda ini?" Jawab Ahmad bin Hambal: "Muhammad bin Idris alSyafie."

alJarh wa alTa'dil 7/1130
~حال السلف في التعامل مع نسائهم ونصحهم وتوجيههم للزوج والزوجة (١)~
(Nasihat Ulama' Salaf Berkenaan Hal Isteri (1))

▪️قال عمر بن الخطاب رضى الله عنه لرجل همَّ بطلاق امرأته : لِم تُطَلِّقُها ؟ قال : لا أُحِبُّها. قال : أوكُلُّ البيوتِ بُنِيَتْ على الحب ّ! وأين الرعايةُ والتذمُّم ُ! - [ عيون الأخبار3/ 18) ]

Umar bin Khattab berkata pada seseorang yang ingin menceraikan isterinya, "Kenapa kamu ingin menceraikan isterimu?" Dia menjawab, "Kerana aku sudah tidak mencintainya." Umar berkata, "Apakah setiap rumah tangga dibina di atas cinta? Lalu di manakah tanggung jawab dan kehormatan!" - (Uyunul Akhbar 3/18)

@BicaraCR
Forwarded from Bin Sahak Channel
SDI 1002: Betulker Nabi Musa AS Bercita2 Nak Jadi Umat Nabi SAW?

Saya ada dgr bbrapa penceramah sebut nabi Musa sendiri bercita2 nak jadi umat Nabi Muhammad betul ker ustaz?

Jawapan:

Setakat semakan saya, hadis2 yg menyebut nabi Musa AS bercita2 hendak menjadi umat Nabi Muhammad SAW adalah TIDAK SAHIH, bahkan ada yg PALSU.

Imam Ibn Kathir dlm tafsirnya juga mengkritik kisah ini yg kononnya nabi Musa pernah berkata:

"Wahai tuhan, daku dapati di Alwah (lembaran2 taurat), (tercatit) ttg satu umat yg merupakan sebaik2 umat yg dibangkitkan kpd manusia. Mereka itu menyeru kpd kebaikan dan mencegah kemungkaran. Wahai tuhan jadikan mereka itu sbg umatku." Lalu Allah berfirman: "mereka itu adalah umat Muhammad..."

Kata Ibn Kathir: "lalu dinyatakan nabi Musa melempar lembaran2 kitab yg diturunkan kpdnya sambil berkata: "Ya Allah jadikan aku seorg dr kalangan umat Muhammad..."

Seterusnya Ibn Kathir berkata:

"Zahir susunan ayat (alA'raf: 150) baginda (nabi Musa AS) melempar lembaran2 Taurat krn marahkan kaum baginda. Inilah pandangan majoriti ulama salaf dan khalaf. Ibn Jarir meriwayatkan drpd Qatadah ttg perkara ini (nabi Musah bercita2 nak jadi umat nabi Muhammad SAW) satu perkataan yg pelik. Tidak sahih isnadnya kpd hikayat Qatadah. Ibn 'Atiyyah dan ulama lain telah menolaknya dan ia amat wajar ditolak, ia seolah2 Qatadah mengambilnya dr sbhgian ahli kitab yg dlm kalangan mereka itu terdapat para penipu, pendusta, pereka dan zindiq." (Tafsir Ibn Katjir 3/477)

WA
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Hadis “Siapa tinggalkan solat Asar, terhapus pahala amalannya.”
.......

1. Adakah hadis ini sahih? Ya, hadis ini sahih. Riwayat al-Bukhari, al-Nasaie, dan Ahmad.

2. Tinggal 1 solat Asar, habis semua pahala amalan & solat lain tak dikira? Tidak menurut majoriti ulama.

Kata Imam al-Munawi: “Terbatal kesempurnaan pahala pada hari tersebut terutama pada waktu Asar.” Ini juga pendapat Imam Mulla Ali al-Qari. [Mirqah al-Mafatih 3/55; al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir 2/792]

Al-Muhallab mengatakan: “Gugur amalan pada solat itu sahaja (Asar).” [Syarh ibn Battal 3/221]

Ibn Qayyim mengatakan jika seseorang itu langsung tidak solat sepanjang kehidupannya, maka gugur seluruh amalannya. Jika ditinggalkan solat pada waktu tertentu, gugur amalannya pada waktu itu sahaja, bukan seluruh amalan. [al-Solah wa Ahkam Tarikuha 1/65]

3. Kalau ada orang kata gugur semua amalan & solat lain tam dikira itu salah lah?

Tak salah sepenuhnya tapi perlukan perincian lanjut. Sebahagian kecil ulama memang berpendapat sesiapa yang tinggalkan solat Asar maka gugur semua pahala amalannya. Ini kerana bagi mereka, orang yang meninggalkan solat itu kafir.

Ini pandangan kebanyakan ulama mazhab Hanbali. Kerana itu yang berpendapat gugur amalan jika tinggal solat Asar ini kebanyakannya pandangan ulama mazhab Hanbali. Bagi Mazhab Syafie dan majoriti mazhab, orang Islam yang meninggalkan solat tidak terus dianggap kafir. [Kifayah al-Akhyar 1/497]

4. Kenapa hanya solat Asar? Solat Asar disebut secara khusus kerana keistimewaannya yang besar. Allah sebut langsung dalam al-Quran supaya jaga solat Asar.

“Peliharalah kamu segala solat fardu dan solat al-Wustho.” [Al-Baqarah 2: 238]

Al-Wustho dalam ayat ini menurut majoriti ulama ialah solat Asar. Solat Asar ialah solat yang berada ditengah-tengah dalam solat lima waktu. Bahkan ianya telah diperintahkan sejak zaman sebelum ummat Nabi Muhammad lagi.

Semua solat 5 waktu wajib. Tapi solat Asar itu ada keistimewaan khusus.

5. Kesimpulan, kalau tinggal solat Asar, tak sempurna pahala kebaikan yang kita buat di hari itu lebih-lebih lagi kalau kebaikan itu kita buat pada waktu Asar. Pahala solat tak dapat, pahala amalan lain pun tak dapat perfect. Rugi lah macam tu.

Hadis itu betul tapi perlu difahami maknanya detail. Tweet itu tak salah sepenuhnya tapi perlu ditambah sedikit.

“Tinggal solat Asar, habis semua solat fardu tidak dikira MENURUT MAZHAB HANBALI.”

p/s: Hadis ialah ilmu yang penuh seni dan teknikal. Sangat bahaya jika kita terus membuat kesimpulan secara literal daripada hadis yang kita baca tanpa merujuk kepada syarahan para ilmuan hadis. Semoga lebih berhati-hati ya!
Khutbah Perak besok.
Forwarded from Deleted Account
kami memerlukan penaja untuk menghadiri talaqqi bersama sh. Mustafa al-Bugha. Segala sumbangan yang diberikan amat kami hargai. Wallahua'lam.
Islam itu prinsip

Islam itu prinsip dan matlamat. Kuasa itu alat. Bila kita jadikan kuasa itu matlamat, kita akan melonggarkan diri dengan matlamat sebenar. Musuh sebenar kita bukan lagi syaitan tetapi musuh dalam politik. Kita sentiasa mencari kelemahan parti musuh dan berbangga dengan kelompok kita. Akhirnya kita mati dalam keadaaan kita tidak menikmati nikmat iman sebenar. Kita tidak dapat mengecapi nikmat ibadat dan nikmat menuntut ilmu. Kita terpedaya dengan dunia. Ingatlah, matlamat kita keredhaan Allah. Kuasa adalah alat. Parti politik dan NGO hanyalah alat.

Kita tegakkan Islam dalam kehidupan peribadi dan keluarga. Kita juga tegakkan Islam dalam kelompok kecil kita. Jangan lupa orang di luar kelompok kita merupakan kelompok yang lebih besar; kelompok ahlus sunnah waljamaah. Setiap muslim ada hak ke atas muslim yang lain. Kita wajib mencintai semua muslim samada dari parti kita atau parti lawan. “Tidak sempurna iman selagi kita tidak mencintai saudara kita seperti kita cintai diri kita sendiri”

Sudah beratus ribu orang islam yang telah mati dalam keadaan membenci saudaranya dek penangan perjuangan politik demokrasi. #CR

Oleh: @BicaraCR
Mufti Menk
He makes everything clear in the best & easy way to understand.
I love this peace *WISE WORDS*

*Buffalos kill 7 people every year.*
*Lions kill 500 people every year.*
*Hippos kill 800 people every year.*
*Spiders kill 5000 people every year.*
*Scorpions kill 7000 people every year.*
*Snakes kill 10000 people every year.*

*And then, surprisingly,*

*Mosquitoes kill 2.7 million people every year. Yes, the smallest are the deadliest!*

*Small 'sins', hardly noticed by many, are the most deadly to your spiritual life.*

*Avoid excuses for not praying and allotting few moments of your day to your Creator.*

*Sins of omission are just as deadly as sins of commission.*

*Gossiping and small lies, are committed more frequently and are deadly.*

*Mind those little compromises that you do daily. They are the ones that will bring your downfall.*

*Successful people have two things on their lips, "Smile and silence".*

*Smile can solve problems, while*
*Silence can avoid problems.*

*Sugar and salt may be mixed together*
*but ants reject the salt and carry away only the sugar.*

*Select the right people in life and make your life better and sweeter.*

*If you failed to achieve your dreams, change your ways not your Creator.*

*Remember, trees change their leaves, not their roots.*

*You will never reach your destination if you stop and throw stones at every dog that barks at you.*

*Haters will see you walking on water and say it's because you can't swim.*

*Even if you dance on water, Your enemies will accuse you of raising dust.*

*Make it your ambition to lead a quiet life, to mind your own business and to work with your own hands.*

*Remember Don’t ever wrestle with a pig. You’ll both get dirty, but the pig will enjoy it.*

*BE WISE!*
If u must miss any place, dn't miss PARADISE.
pls send this to all those u'll like to see in PARADISE.

@BicaraCR
Dan shalat yang paling berat bagi orang munafik adalah shalat Isya dan shalat Shubuh. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

أَثْقَلُ الصَّلَاةِ عَلَى الْمُنَافِقِينَ الْعِشَاءُ وَالْفَجْرُ

Shalat yang paling berat bagi orang munafik adalah shalat Isya dan shalat Shubuh[6]



Read more https://almanhaj.or.id/6851-sifat-orang-munafik-dalam-urusan-ibadah.html
Forwarded from Hadits Shahih
Allah dan para Malaikat bershalawat kepada orang yang berada di shaf terdepan dalam shalat jama'ah

Nabi Shallallahu’alaihi Wasallam juga bersabda:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصُّفُوفِ الْمُتَقَدِّمَةِ

“Allah dan para Malaikatnya bershalawat pada orang-orang yang berada di shaf-shaf terdepan” (HR. An Nasa-i no. 810. Dishahihkan Al Albani dalam Shahih An Nasa-i).

dalam riwayat lain:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى الصَّفِّ الأَوَّلِ

“Allah dan para Malaikatnya bershalawat pada orang-orang yang berada di shaf pertama” (HR. Ahmad no.18152, Ibnu Majah 825, dishahihkan Al Albani dalam Shahih Ibni Majah).

@silsilahsahihah
*📚 Tazkirah subuh*


( Hindari dari penyakit sombong )


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِي قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ

Dari Abdullah RA, Nabi SAW bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat sebesar biji sawi dari kesombongan."

(HR Muslim No: 133)

Pencerahan:

1. Orang yang suka membantah adalah mereka yang suka bertengkar dan suka menegakkan pendapatnya sendiri walaupun salah. Ia akan menjadikannya seorang yang angkuh dan sombong. Baginya dia sahaja yang betul dan orang lain semuanya salah. Dia sukar untuk berbincang dengan cara baik kerana dia menganggap pendapat orang lain rendah dan pendapatnya sahaja yang baik dan perlu diutamakan. Akhirnya mewujudkan ketidak sefahaman dan permusuhan.

2. Jadilah kita seorang yang berlapang dada dan mudah menerima pandangan orang lain.

~~••~•~•~•~•
*Masalah Pencemaran Alam Sekitar dan Kaitannya Dengan Industri Hutang*

Prof Mohd Nazari Ismail
Fakulti Perniagaan dan Perakaunan
Universiti Malaya
Ahli JK Movement for Monetary Justice (MMJ)

Masalah pencemaran alam sekitar telah lama disedari oleh semua pihak. Resolusi pertama isu pencemaran alam telah diadakan oleh PBB pada tahun 1969 dan disusuli oleh satu persidangan berkenaan perkara tersebut di Stockholm , Sweden pada tahun 1972. Selepas itu satu persidangan lanjutan telah diadakan di Rio De Janeiro, Brazil pada tahun 1992. Persidangan yang juga digelar `Earth Summit’ ini telah menghasilkan satu dokumen penting yang dipanggil `The Rio Declaration on Environment and Development’, atau lebih dikenali sebagai Deklarasi Rio (Rio Declaration) yang mengandungi 27 prinsip untuk dijadikan garis panduan kepada kerajaan bagi 170 negara di seluruh dunia dalam usaha memastikan pembangunan yang lestari dapat dilaksanakan yang sekaligus akan melindungi alam sekitar.

Dua mesyuarat antarabangsa diadakan selepas `Earth Summit’, iaitu pada tahun 1997 dan sekali lagi pada tahun 2002 untuk menilai sejauh mana 27 prinsip yang ditetapkan itu telah dilaksanakan. Walaupun semua usaha-usaha di atas telah berjaya membuat orang ramai sedar akan kepentingan isu `Pembangunan Lestari’ (Sustainable Development) dan kepentingan pemeliharaan alam sekitar, namun data-data yang diperolehi menunjukkan bahawa matlamat Deklarasi Rio telah TIDAK tercapai.

Bagi penduduk Malaysia, hakikat yang sangat menyedihkan ini terbukti susulan krisis pencemaran kimia yang sangat teruk di Pasir Gudang akibat daripada wujudnya bahan beracun atau toksik yang sangat banyak di dalam Sungai Kim Kim. Lebih daripada tiga ribu penduduk terpaksa diberikan rawatan dengan lebih daripada 10 orang terpaksa menerima rawatan di ICU. Sebanyak 111 sekolah juga telah diarahkan tutup oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebenarnya bukan semua rakyat Malaysia yang berasa sangat terkejut dengan kejadian ini memandangkan mereka telah sering mendengar laporan kes pencemaran di kebanyakan tempat lain sebelum ini termasuk kes pencemaran bauksit yang serius di sungai-sungai di Pahang.

Persoalannya ialah mengapakah begitu sukar bagi organisasi perniagaan tersebut menghapuskan proses pembuatan melupuskan bahan buangan hasil daripada proses pembuatan mereka yang berpotensi mengakibatkan pencemaran yang dahsyat berlaku?

Jawapannya ialah kerana langkah untuk memastikan proses pembuatan adalah bebas daripada kemungkinan berlakunya pencemaran akan melibatkan kos yang tinggi. Di dalam dunia perniagaan sekarang ini di mana tahap persaingan amat sengit, syarikat yang tidak mampu mengurangkan kos akan berkemungkinan besar akan kalah kepada pesaingnya. Pada masa yang sama, dalam usaha untuk bersaing dengan lebih berkesan, banyak syarikat perniagaan telah terpaksa memperolehi dana daripada industri hutang, yakni industri perbankan. Beban hutang yang tinggi ini bukan sahaja memaksa syarikat memaksimakan jumlah hasil jualan, bahkan juga mengurangkan jumlah kos operasi sebanyak mungkin.

Oleh sebab itulah, banyak syarikat pembuatan dari Amerika Syarikat dan Eropah telah memindahkan kilang mereka ke negara-negara kurang membangun. Ini kerana lokasi baru ini bukan sahaja boleh membekalkan tenaga buruh yang murah, bahkan juga tidak mempunyai peraturan yang ketat berkenaan alam sekitar. Jika wujud pun peraturan yang ketat, ia hanya sekadar `on paper’ atau `atas kertas’ sahaja. Sering kali langkah penguatkuasaan adalah tidak seketat yang berlaku di negara-negara membangun. Sebagai contoh, penduduk di tepi Sungai Kim Kim di Pasir Gudang melaporkan bahawa sungai tersebut telah lama mengalami masalah pencemaran yang teruk.