UiTO Channel: Bicara CR
542 subscribers
415 photos
168 videos
137 files
1.25K links
Berkongsi apa yang ada dalam pemikiran dan apa yang dirasa dalam hati. Kita sama2 menuju kepadaNya. Dunia penuh tipu daya yg membelenggu manusia menyebab mereka lupa Allah.

Web rasmi www.uito.org
Channel rasmi @UiTO2017
CR @RektorUiTO
Download Telegram
Nak amal mula sekarang tips di bawah:



TIPS BACAAN AL-QURAN (Siri 1)

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysini

هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..
الجزء (1)

١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد .
#وصايا_أثناء_القراءة

Jangan engkau berikan al-Quran pada lebihan waktumu, malah khususkan untuknya sela waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن .
#وصايا_أثناء_القراءة

Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat, dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan akan diterima ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس ،

ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .

Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau penat dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong2 ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau sendiri resah.

(Bersambung..)
____________
Terjemahan BroSyarief

Channel Telegram @BroSyariefShares

Disalin dari https://telegram.me/QtoofQuranih

#صحّح_لي_إن_كنت_مخطئاً
#BroSyariefShares
TIPS BACAAN AL-QURAN

Oleh: Dr. Muhd al-Muhaysni.
‎هذه #وصايا_أثناء_القراءة كتبها د. محمد المحيسني حفظه الله ..

‎١- لا تعطي القرآن فضلة وقتك .
1. Jangan engkau berikan (fokus membaca) al-Quran pada lebihan waktumu (yakni: bila free, baru baca),

‎بل خصص له وقت محدد لا ينازعك عليه أحد
Malah khususkan untuknya waktu tertentu, yang mana tiada seorangpun yang akan mengganggumu.

‎٢- قبل القراءة جدد وضؤك ، واستقبل القبلة ، .
2. Sebelum membaca al-Quran, perbaharui wudhu'mu, hadaplah ke arah kiblat,

‎وابدأ بالاستعاذة ثم البسملة ، واستحضر فضل قراءة القرآن
dan mulakan dengan Isti'azah (Bacaan A'udzu bilLah..), kemudian Basmalah (Bacaan Bismillahir-Rahman..) dan ingatilah ganjaran kelebihan membaca al-Quran.

‎٣- ليكن صوتك وسطاً لا مرتفعاً فتتعب وتزعج ولا منخفظاً فتمل وتنعس
3. Hendaklah kekuatan suaramu sederhana, tidak terlalu kuat sehingga engkau kepenatan dan terganggu, dan tidak terlalu perlahan sehingga engkau bosan dan mengantuk.

‎ولتكن سرعتك وسطاً لا سريعة فتهذ ولا بطيئةً فتسئم .
Hendaklah laju bacaanmu itu juga sederhana, tidak terlalu laju sehingga terpotong-potong ayat (kerana sering tersilap), dan tidak juga terlalu perlahan sehingga engkau rasa jemu.

‎٤- للقرآن هيبة ووقار
4. Al-Quran memiliki wibawa dan kehormatan.

‎ومن عظم القرآن في قلبه عظم الله مكانته بين الناس
Sesiapa yang mengagungkan al-Quran di dalam hatinya, Allah agungkan kedudukannya di kalangan manusia.

‎فلا تقطع قراءتك بالكلام مع فلان وفلان
Maka jangan engkau putuskan bacaanmu dengan perbualan bersama orang lain.

‎٥- كان السلف إذا شرع أحدهم في قراءة سورةٍ لا يقطعها حتى يتم السورة.
5. Generasi salaf dahulu apabila mereka menetapkan untuk membaca satu surah, mereka tidak akan memutuskannya sehingga sempurna bacaan satu surah tersebut.

‎وهذا من الأدب مع كلام الله ، والبعض يقطع الآيات !
Ini adalah di antara adab dengan kalam Allah. Dan sebahagian orang memutuskan ayat (untuk bercakap dengan orang).

‎٦- إذا بدأت قراءتك فلا تلتفت لأحد
6. Apabila engkau telah memulakan bacaanmu, maka janganlah engkau menoleh kepada sesiapapun.

‎وإذا أراد أحدهم الحديث معك فأشر بيدك له معتذراً ،
Jika seseorang ingin berbicara denganmu, berikan isyarat dengan tanganmu meminta maaf.

‎وهذا من تعظيمك لكتاب الله
Ini merupakan sikap memuliakan kitab Allah.

‎٧- إن كنت ولا بد قاطعاً تلاوتك لحديثك لأحدهم ، فلا تجبه فور حديثه.
7. Jika engkau perlu untuk menghentikan bacaanmu untuk berbicara dengan seseorang (yang mengajakmu berbicara), jangan terus (berhenti untuk) menjawabnya.

‎بل لينتظرك حتى تقف على رأس الآية في موقف مناسب .
Malah hendaklah dia menunggu sehingga engkau berhenti di hujung ayat, pada tempat berhenti yang sesuai.

‎٨- يجب عليك تحريك لسانك أثناء القراءة
8. Hendaklah engkau menggerakkan lidahmu ketika membaca al-Quran,

‎أما قراءة العين فهي لا تجزئ ولا تعبر قارئاً
adapun bacaan dengan mata sahaja, tidak memadai dan tidak dianggap sebagai membaca.

‎٩- من عدم احترامك لكلام ربك أن تقرأ آيات يسيرة ثم تتابع تويتروتليجرام و..و..و ثم تعود ، ثم تتصفح وهكذا !
9. Di antara tanda hilangnya rasa hormat kepada kalam Tuhanmu, ialah apabila engkau baru membaca sedikit ayat-ayat al-Quran, kemudian engkau sambung pula dengan melihat Twitter, Telegram, fb dan ini, dan itu, kemudian sambung, kemudian semak lagi, dan seterusnya.

‎١٠- أنصحك أن تذهب لمسجد بعيد لا معارف لك به
10. Aku menasihatkanmu agar engkau pergi ke sebuah masjid yang jauh, yang engkau tidak ada orang mengenalimu.

‎وأن تذهب الأخت لغرفة منعزلة
Dan bagi wanita, agar pergi ke tempat, bilik atau ruangan yang terasing.

‎لتخلوا بكتاب ربك فتذوق حلاوته وتتدبر آياته
Supaya kamu dapat bersendirian bersama kitab Tuhanmu, lalu engkau menikmati kemanisannya dan mentadabburi ayat-ayatNya.

‎١١-مهمة:
‎شر جليس لك في قراءتك هاتفك !
11. (PENTING!!)
Seburuk-buruk pendampingmu ketika membaca al-Quran, ialah 'handphone'mu.

‎فأنصحك أن تتركه في المنزل أو السيارة
Maka, aku menasihatkanmu, agar engkau meninggalkan ia di rumah atau di dalam kenderaan (dalam keadaan yang selamat)

‎وتذهب للقراءة وحدك حتى لا يدخل منه الشيطان
Dan engkau pergi membaca al-Quran bersendirian, supaya Syaitan tidak mengganggumu melaluinya (yakni: te