Tips Emas Public Gold
739 subscribers
4.49K photos
212 videos
13 files
2.02K links
Bukan emas yang menjadikan kita kaya tapi ilmu.Jemput baca tips2 emas dan kewangan berguna di Chanel Telegram ini.
Info lanjut tentang Public Gold jemput ke websites, klik👇
https://publicgold.me/azreekasim

Moga bermanfaat.
Download Telegram
Emas Sebagai Dana Kecemasan

Dana kecemasan adalah wang simpanan yang akan hanya digunakan bila dalam keadaan darurat. Nama pun darurat, pasti ianya situasi yang mendesak.

#Contoh,
1. Hilang perkerjaan.
2. Bayaran bil hospital akibat kemalangan atau kecemasan tidak dijangka.
3. Penyelenggaraan kereta diluar jangkaan
4. Pembaikan rumah
5. Dan sebagainya.


Kajian di Malaysia menunjukkan bahawa,
52% rakyat Malaysia sukar sediakan jumlah wang RM1000 untuk kecemasan.

Untuk sediakan dana kecemasan, ianya bukan perkara mudah.

Hari ini simpan RM100, esok ambil semula RM100.
Esok simpan RM200, lusa ambil semula RM200.
Akhirnya dalam bank Zero. Tiada simpanan.

Bukan tak cuba, tapi gagal.
Bukan tak cuba, tapi kecundang.
Bukan tak cuba, tapi banyak halangan.

Kenapa?
Bocor!

Bocor diawal niat.
Bocor ditengah jalan.
Bocor diakhir simpanan.

Jadi cara terbaik ialah tukar kaedah simpanan.

Jika dulu simpan di Tabung Haji, kini tukar kepada emas.
Jika dulu simpan di ASB, kini tukar kepada emas.
Jika dulu simpan di Bank, kini tukar kepada emas.

Bukan tak boleh menyimpan di sana, tapi kita nak selesaikan masalah utama iaitu ‘Bocor’.
.

Saya juga ada masalah begitu. Tapi itu dulu. Sekarang sudah masuk tahun ke-5 saya menyimpan emas.

Bila simpan emas, duit beku.
Bila simpan emas, duit kekal.
Bila simpan emas, duit bertahan.

Hati rasa lebih tenang.
Hati rasa lebih gembira.
Hati rasa lebih semangat.
.

Di Public Gold sangat mudah untuk menyimpan. Boleh cuba simpan dalam akaun simpanan emas gold accumulation program (GAP) yang patuh syariah,minimum RM100 sahaja.

Tetapi bila mula simpan emas, bukan RM100 kita alihkan tapi beratus-ratus. Simpan emas Ketagih!

Moga perkongsian ini memberi manfaat.

Dapat sesuatu?

#PG1M
Betul ke emas ni boleh jadi ‘penyelamat’ di saat kita susah?

Mestilah betul!

Sebab emas ni adalah satu-satunya aset yang sangat mudah dicairkan.

Emas sangat mudah ditukarkan kepada tunai dan mengambil masa yang sangat singkat untuk dijual atau digadaikan berbanding tanah dan rumah. 

Jadi ianya sangat sesuai digunakan di saat  kecemasan.

Apa buktinya?

Lihat saja di sekeliling kita. Penuh dengan Kedai Ar-Rahnu dan pajakan emas. Tak susah pun nak cari. Tinggal pilih saja yang mana berkenan di hati.

Bawa saja emas ke sana dan kita boleh jual atau gadaikan emas untuk dapatkan tunai dengan segera.

Itulah fungsi emas. Penyelamat di saat kita susah.

Kalau ada kata-kata sinis yang mengatakan kononnya kita ‘tak berduit’ kerana terpaksa jual atau gadaikan emas, abaikan saja.

Sebenarnya bukan kita tak ‘berduit’ cuma duit itu kita simpan dalam bentuk emas. Bila-bila masa saja kita boleh tukarkan ia kepada 'duit'.
.
Dalam satu keratan akhbar SINAR, bertarikh  14 Oktober 2021, dikongsikan kisah di mana ramai wanita di India menjual semua gelang-gelang emas mereka untuk dapatkan wang tunai demi kelangsungan hidup!

Alhamdulilah mereka ada emas sebagai ‘super hero’ mereka. Cuba bayangkan jika mereka tiada emas, betapa sukarnya kehidupan mereka.

Kesimpulannya,
Jika kita belum lagi mulakan simpanan emas, jangan bertangguh. Ayuh, simpan sungguh-sungguh!

Pakar kewangan Malaysia Tuan Azizi Ali menyarankan setiap orang perlu ada dana kecemasan sekurang-kurangnya 3 hingga 6 bulan pendapatan.

Dana kecemasan seharusnya  dalam bentuk aset yang mudah dicairkan seperti tunai. Jadi emas adalah jawapan terbaik.

Dapat sesuatu?

#PG1M
1. Emas adalah insurans kepada kekayaan kita. Sebagaimana Takaful / Insurans melindungi masa kita, begitulah emas melindungi kekayaan kita. Ia adalah benteng terakhir dalam aliran tunai kita. Maka itu, pakar galakkan kita untuk masukkan emas dalam portfolio kewangan kita.

2. Akaun emas Public Gold atau nama istimewanya - GAP - Gold Accumulation Program - adalah satu akaun yang sangat fleksible dan memudahkan para penyimpannya. Kita boleh simpan emas dengan selamat dalam akaun GAP ni secara konsisten mengikut bajet sendiri.

3. Melalui akaun GAP kita boleh tetapkan matlamat simpanan yang kita mahukan - baik untuk dana pendidikan, perkahwinan, deposit pembelian rumah, pembayaran hutang, menunaikan haji atau umrah dan juga persaraan. Kita tetapkan sendiri dan konsistenlah menyimpan untuk mencapat matlamat tersebut.

4. Simpan sahaja emas mengikut bajet yang kita mampu dan ia bermula serendah RM100 sahaja. Tapi kalau kita mampu simpan RM1000 sebulan, mengapa perlu setakat RM100 sahaja? Makin banyak kita simpan makin cepat kita capai matlamat.

5. Melalui GAP kita boleh keluarkan emas fizikal yang kita mahukan bermula dari 0.5g hingga ke 1 kilo boleh kita keluarkan. Mudah, cepat dan selamat.

6. Perkara paling penting adalah akaun GAP patuh syariah. Simpanlah emas dalam akaun GAP tanpa was-was. Cukup haul dan nisab, keluarkanlah zakat. Usah takut dengan zakat kerana zakat itu menyucikan harta. Jika kita mampu keluarkan zakat emas, itulah tanda kita telah berbakti kepada agama.

7. Selain untuk diri sendiri, kita juga boleh buka akaun GAP untuk anak-anak kita yang masih kecil. Galakkan mereka menabung dari usia mudanya agar setelah mereka dewasa mereka kekalkan tabiat menabung ni. Menabung adalah tabiat. Ia perlu dipupuk.

8. Cara menyimpan emas juga semakin mudah dan cepat melalui aplikasi Public Gold yang dibangunkan oleh syarikat. Hanya klik klik di skrin telefon bimbit masing-masing - gram emas pun bertambah dalam akaun. Mudah, tepat dan cepat.

Jom kawan, saya bantu bukakan akaun emas GAP dan tunjukkan jalannya.
http://publicgold.me/azreekasim/akaun-gap
#PG1M
Nak Emas Bertambah, Tapi Asyik Tak Konsisten?

Awak pernah rasa macam ni? Semangat mula simpan emas, tapi lepas beberapa bulan terus lupa atau tersangkut sebab bajet dah habis ke tempat lain. Jangan risau, ini masalah biasa, tapi boleh diatasi kalau awak ada strategi.

🔸 Mulakan Kecil-Kecil: Tak perlu tunggu banyak duit, simpan ikut bajet yang ada. RM100 di Public Gold pun dah cukup untuk beli emas secara konsisten.

🔸 Disiplinkan Diri: Set bajet bulanan khas untuk beli emas, sama macam bayar bil. Kalau tak disiplin, macam mana nak tengok koleksi emas awak bertambah, kan?

🔸 Ingat Matlamat: Fokus pada tujuan awak simpan emas. Nak ada simpanan hari tua, elak inflasi, atau bina kekayaan. Bila ada tujuan, lebih senang konsisten.

🔸 Gunakan Auto-Debit: Di Public Gold awak boleh set auto-debit tau. Ini cara paling senang supaya awak tak lupa.

Sedikit demi sedikit, koleksi emas awak pasti akan bertambah. Yang penting, mulakan dan konsisten!

#PG1M
RM100 HARI INI BOLEH BELI APA JE?

Kawan,
Nilai RM100 hari ini tidak sama dengan nilai RM100 untuk 5 tahun akan datang. Hari ini RM100 mungkin boleh dapat 5 jenis barang dapur. Tapi 5 tahun akan datang, RM100 hanya boleh dapat 3 jenis sahaja barang dapur. Sekarang pun kita dah terasa bahangnya inikan pula lagi 5 tahun.

Jadi, wajar ke kita nak simpan sesuatu yang semakin jatuh nilainya?

Ya betul, urusan seharian kita memerlukan wang kertas. Duit itu perlu ada untuk perbelanjaan harian. Tapi kalau untuk perbelanjaan di masa depan, duit itu tidak sesuai disimpan hari ini.

Jadi, bagaimana nak ikat nilai duit tu supaya nilainya kekal lagi 5 tahun akan datang?

Ikatlah sebahagian duit simpanan kita kepada emas. Hanya emas satu-satunya nya aset yang mudah dimiliki dan mudah pula ditukarkan kembali menjadi tunai. Bukan itu sahaja, melalui simpanan emas, kita dapat mengikat nafsu belanja kita.

Bila ternampak barang kehendak, otak kita laju je memujuk - "Saya bukan tiada duit untuk beli barang tu, cuma duit saya sudah diikat kepada emas"

Begitulah.

#PG1M

Jom mulakan simpanan emas anda, daftar percuma klik⤵️
https://publicgold.me/azreekasim
Gais.

Selamat hari raya!

Ada news penting nak share.

Harga emas telah mencapai paras tertinggi, melebihi $3,100 / Oz.

Ini didorong oleh ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang semakin meningkat.

Faktor utama yang menyebabkan lonjakan ini adalah cadangan bekas Presiden AS, Donald Trump, untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi ke atas import kenderaan.

Langkah ini telah meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya perang perdagangan global, menyebabkan pelabur beralih kepada emas yang dianggap sebagai aset selamat ketika ketidaktentuan ekonomi.

Reaksi pasaran terhadap pertimbangan tarif Trump mencerminkan kebimbangan yang lebih luas mengenai kemungkinan kelembapan ekonomi, gangguan rantaian bekalan, dan tekanan inflasi.

Pelabur dan institusi kewangan menjangkakan bahawa peningkatan tarif boleh mencetuskan tindakan balas daripada negara lain, yang akan merumitkan lagi hubungan perdagangan antarabangsa.

Ketidaktentuan ini telah meningkatkan permintaan terhadap emas, kerana pelabur institusi dan runcit berusaha untuk melindungi nilai aset mereka daripada ketidakstabilan kewangan.

Sebagai tindak balas kepada perkembangan ini, institusi kewangan utama, termasuk Goldman Sachs, telah menaikkan ramalan harga emas mereka.

Penganalisis menjangkakan bahawa bank pusat, terutamanya di pasaran membangun, akan terus meningkatkan simpanan emas mereka untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dan mengurangkan risiko mata wang.

Selain itu, dana dagangan bursa (ETF) yang menjejaki harga emas telah menyaksikan aliran masuk yang ketara, menyokong lagi kenaikan harga logam berharga ini.

Kesimpulannya, lonjakan harga emas ke paras rekod ini didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global, ketegangan perdagangan yang berpunca daripada pertimbangan tarif Trump, serta peningkatan permintaan daripada pelabur dan bank pusat.

Emas boleh naik lebih tinggi gais!

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
31/3/2025