Tips Emas Public Gold
739 subscribers
4.48K photos
211 videos
13 files
2.02K links
Bukan emas yang menjadikan kita kaya tapi ilmu.Jemput baca tips2 emas dan kewangan berguna di Chanel Telegram ini.
Info lanjut tentang Public Gold jemput ke websites, klik👇
https://publicgold.me/azreekasim

Moga bermanfaat.
Download Telegram
Saya dapat satu berita tentang syarikat jual beli emas yang menawarkan keuntungan harian kepada “rakan niaga mereka”

Setiap hari dapat untung gais 🤭

Anda melabur serendah RM100 bersamaan dengan USD20. Anda akan mendapat keuntungan sebanyak  1% selama 200 hari.

Jika dapat tarik orang (downline) maka anda akan dapat tambahan keuntungan sebanyak 1% dan jumlah keuntungan adalah sebanyak 2% selama 200 hari. Pergh!!

Mereka juga mencari “funder” untuk production emas mereka dengan menjanjikan keuntungan sebanyak 30% sebulan.

Ulasan saya:

Sekiranya anda belum pernah kena tipu sepanjang anda hidup, saya cadangkan anda melabur kat syarikat ini.

Mana tahu kot-kot nasib anda baik. Boleh untung cepat dan banyak.

Ada company untung ganda-ganda nie diorang boleh selamat sampai 6 ke 7 cycle sebelum terciduk habis.

Guru emas saya cakap “setiap orang dewasa perlu ada pengalaman kena tipu. Tak pun pengalaman dia kena sidai menunggu payment 6 bulan. Baru dia akan cerdik banyak 🤭

Kalau dah pernah kena tipu sebelum ini.

Maka saya nak tanya..

“tak serik lagi ke?”

#NotaEmasSyukorHashim
Soalan favourite:

Harga emas sekarang tengah mahal. Baru-baru ini emas mencatat harga tertinggi iaitu USD2450/Oz (All Time High @ ATH)

Apa saya nak buat? Nak beli ke nak jual?

Jawapan:

Bila emas mencatatkan harga tertinggi maka anda boleh untung jika menjual emas tersebut.

Apa nasihat saya kepada anda yang dah untung?

Jika anda teringin sangat nak rasa keuntungan maka ada 2 strategi yang anda boleh gunakan.

Strategi 1: Jual semua emas fizikal dan dapat duit + untung. Bila harga emas jatuh, boleh beli balik.

Teknik nie cakap senang, tapi bila masa yang sesuai untuk beli balik?

Jawapan: sekurang-kurangnya anda kena tahu harga support dan resistance. Saya suka pakai teknik fibonacci retracement sebab itu paling senang nak ukur penurunan harga emas.

Contohnya retracement level 23.6% atau 38.2%.

Namun nak tunggu harga emas jatuh ke level ini, anda perlukan kesabaran. Mungkin makan masa berminggu-minggu juga.

Strategi 2: Jual nilai untung sahaja.

Strategi ini sesuai jika anda simpan emas dalam akaun GAP Public Gold atau pun anda melabur dalam emas bersaiz kecil seperti 1 dinar atau 10 gram, 20 gram dan ada banyak keping.

Anda kena kira berapa RM nilai keuntungan dan kemudian jual unit emas yang senilai dengan nilai keuntungan tersebut.

Contoh, anda simpan 20 dinar. Kemudian harga dinar naik dan anda dah ada keuntungan sekitar RM3000 plus minus.

Jadi anda hanya perlu jual 2 keping dinar untuk dapat RM3000 plus minus (harga buyback 1 dinar sekarang sekitar RM1527)

Baki 18 dinar tu anda simpan.

Gais.

Untuk kedua teknik diatas, anda kena pastikan yang anda memilih produk emas yang betul.

Jika tersalah memilih produk maka anda mungkin tak boleh buat strategi yang saya tulis diatas.

Sebagai contoh, strategi pertama sesuai untuk kebanyakan produk emas.

Namun untuk strategi ke-2, kebiasaannya ia sesuai untuk emas bersaiz kecil seperti 1 dinar, 10g, 20g.

Saya ingin tekankan sekali lagi.

Jika anda tersalah pilih produk emas dan syarikat emas maka anda berkemungkinan besar akan tepuk dahi ketika harga emas sedang tinggi🤦

Sebab ada syarikat emas yang terciduk setiap kali harga emas all time high (ATH).

Asal ATH ajer syarikat ini terciduk.

Sebab syarikat jual produk emas bunian boleh dapat emas berganda-ganda.

Kata konsultan kalau harga emas naik maka potensi untung berganda-ganda untuk pembeli emas mereka.

Namun telah terbukti produk seperti ini mengarut.

Customer mereka yang jual ketika harga emas tertinggi pada bulan Disember 2023 (tahun lepas 🤦) terpaksa menunggu hampir setengah tahun masih tak nampak bayang duit sampai sekarang.

Dengan kata lain, bila harga emas tinggi, sepatutnya dia gembira.

Namun asbab tersalah memilih, dia akan keciwa…

Untuk selamat, belilah emas fizikal.

Kalau nak simpan dalam akaun emas, pilih yang boleh keluarkan emas fizikal seperti Public Gold GAP.

Simple.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Semalam harga emas jatuh banyak iaitu USD83.14 /Oz lebih kurang 3.45%.

Ini adalah kejatuhan yang luar biasa besar.

Apa sebabnya?

Jawapan: Semalam telah keluar 2 berita besar yang menggerakkan harga emas ke bawah.

Faktor pertama:

Dalam jam 4 pagi waktu New York, Bank Rakyat China telah mengeluarkan laporan satu laporan yang mengejutkan.

Laporan ini menyatakan bahawa mereka tidak membeli emas sebagai rizab negara China sepanjang bulan Mei 2024 (bulan lepas)

Ini adalah berita yang mengejutkan dan negatif kepada emas. Mengapa?

Salah satu sebab kenaikan harga emas adalah pembelian daripada bank-bank pusat di seluruh dunia.

Untuk pengetahuan anda, sebelum ini Bank Rakyat China membeli emas selama 18 bulan berturut-turut.

China juga menjual hutang US dengan kadar yang besar. Kedua faktor ini menyumbang kepada kenaikan harga emas.

Namun apabila Bank Rakyat China mengeluarkan laporan mereka tidak membeli emas sepanjang bulan lepas, ia dilihat sebagai berita negatif kepada pasaran emas.

Sebab itu harga emas start menurun mulai jam 4 pagi waktu New York.

Faktor kedua:

Jam 8.30 pagi waktu New York, keluar pula laporan ekonomi iaitu US Non Farm Payroll (NFP)

Laporan NFP menunjukkan data yang sangat positif terhadap pasaran kerja US.

Pakar ekonomi menjangkakan 182 ribu peluang pekerjaan akan dicipta bulan lepas. Namun data sebenar menunjukkan 272 ribu pekerjaan dicipta !

Terdapat perbezaan 90 ribu pekerjaan (actual vs estimated). Jadi ekonomi US kuat!

Laporan positif NFP ini memberikan kesan negatif terhadap emas.

Jadi emas terus sambung menjunam dari jam 8.30 malam waktu Malaysia sehinggalah pasaran emas ditutup pagi Sabtu.

Kesimpulan: 2 berita negatif semalam memberikan kesan buruk kepada harga emas.
Sebab itu gold jatuh sangat teruk semalam.

Jika anda pembeli emas fizikal maka ambil peluang ini untuk tambah stok emas fizikal.

Harga cantik. Harga ini akan kekal sehingga hari Isnin

Bukan selalu nak jumpa situasi macam ini (double bad news 🤭).

Nak beli emas?

Silakan beli dengan senyuman 😃

#NotaEmasSyukorHashim
#DoubleBadNews
Gais.

16 tahun yang lalu, ketika Public Gold baru ditubuhkan, Dato’ Wira Louis Ng telah menjual impian beliau kepada saya.

Jual emas fizikal kat internet 😄. Tahun 2008, bisnes model jual emas guna website tanpa ada kedai fizikal adalah satu idea yang sangat baru.

Customer order kat website, Public Gold buat emas kat kilang, kemudian staff Public Gold akan hantar emas kat pembeli. Jadi ia membolehkan harga emas Public Gold dijual jauh lebih murah berbanding kedai emas.

Waktu tu, pembeli emas Public Gold ambil emas kat tepi jalan, kat lobi hotel dan kat plaza tol dan mana-mana restoran.

Waktu ini, saya boleh cakap “Public Gold start from a humble beginning, jual emas tepi jalan 🤭”.

Saya percaya sungguh-sungguh terhadap idea Dato Wira Louis Ng. Bagi saya, ia akan mencipta revolusi baru bisnes emas.

Saya adalah orang pertama yang mempercayai impian Dato’ Wira Louis Ng. Sebab itu saya ambil keputusan menjadi dealer Public Gold yang pertama (tahun 2008) dan speaker pertama Public Gold.

Saya berhenti kerja Universiti Multimedia hanya selepas 2 tahun buat bisnes Public Gold sebab saya suka konsep educational selling yang ditawarkan oleh Public Gold.

Fast forward 16 tahun.

Public Gold ada menara 11 tingkat di KL, 18 cawangan di Malaysia dan 5 cawangan di Indonesia dan 26 gold ATM di seluruh Malaysia. PUblic Gold juga dalam proses membina 1 kilang penulenan emas bertaraf antarabangsa di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Saya pula mempunyai bisnes empayar 1.2 juta orang 😄 Itu semua berkat fokus dari hari pertama sampai sekarang.

Antara cabaran yang ditempuhi adalah pesaing cuba tiru bisnes model Public Gold dan bagi komisyen lebih tinggi bagi menarik minat dealer Public Gold join mereka. Mereka tak bertahan lama.

Cabaran bagi pelanggan Public Gold pula adalah bila muncul syarikat emas yang menawarkan pulangan tinggi berganda-ganda. Jual emas bunian 10 kali ganda dan bagi tawaran untung besar.

Tapi rupanya bisnes model itu tak bertahan lama dan terbukti mengarut.

Sekarang Public Gold mensasarkan 10 juta customer menjelang 2030 dan berkembang di Indonesia.

Saya doakan semoga dealer-dealer Public Gold di seluruh dunia akan fokus dan istiqamah. Saya sudah bertahan 16 tahun dan dah lihat banyak syarikat emas datang dan pergi.

Bisnes model Public Gold yang menjual emas fizikal menyebabkan ia akan bertahan lama.

Takde janji bulan bintang di sini. Straight forward sahaja bisnesnya.

Beli emas dapat emas fizikal. Boleh simpan sendiri. Takde emas gandaan kat sini. Takde janji untung 10 ganda.

Future plan Public Gold adalah gold ATM machine di seluruh pelusuk negara.

Semua customer Public Gold boleh beli emas dan keluarkan emas dari akaun GAP mereka di mana-mana mesin gold ATM di seluruh Malaysia.

Buat masa nie, Public Gold tengah testing 3 mesin utk pengeluaran emas dari mesin gold ATM. Kalau feedback bagus, then akan diluaskan di seluruh negara.

Yes!!

#NotaEmasSyukorHashim
Untung ke simpan emas sebab kena zakat?

Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Tidak wajib atas kamu sesuatu pun iaitu pada emas sehingga ada 20 dinar (85 gram) dan telah cukup haul wajib padanya setengah dinar. Apa yang lebih dari itu, mengikut kiraan yang sama.” (Hadith riwayat Abu Daud)

Kadar zakatnya adalah 2.5% dari jumlah keseluruhan nilai emas tersebut.

Emas Simpan wajib dikeluarkan zakat sekiranya berat emas tersebut menyamai atau melebihi 85 gram / 25 mayam.

Kadar zakatnya ialah 2.5% atas nilai keseluruhan emas tersebut.

Contoh pengiraan:

Jika emas yang disimpan bernilai RM35,000 (mengikut kadar nilai semasa), maka jumlah zakat yang perlu dibayar adalah seperti berikut:-

RM35,000 x 2.5% = RM875 setahun.

Gais.

Kat sini ada jadual kenaikan harga emas dalam RM. Kita boleh tengok jadual ini kat website goldprice dot org.

Anda boleh bandingkan kenaikan harga emas dalam masa setahun, lima tahun dan 20 tahun.

Kos membersihkan harta emas anda dengan zakat adalah rendah berbanding kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.

InsyaAallah simpan emas menguntungkan anda, walaupun kena zakat.

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Kesan negatif daripada Non Farm Payroll hari Jumaat yang lalu menyebabkan market menjadi huru-hara.

Ini disebabkan pelabur risau yang US akan masuk ke dalam fasa kegawatan ekonomi.

Ini adalah kebimbangan bertaraf besar.

Jadi untuk minggu ini, kita bakal menyaksikan jualan besar-besaran berlaku dalam pasaran saham dan emas.

Emas jatuh 42 USD malam nie kepada 2400 USD.

Emas terpaksa dijual kerana pelabur memerlukan kecairan tunai. Ini terutama jika pembelian saham ditanggung dengan kolateral saham ataupun leverage.

Selepas itu harga emas akan naik perlahan-lahan dan recover.

Apa yang sedang berlaku sekarang adalah race to the bottom!

https://www.facebook.com/share/p/uPh3aseucwRQf3mG/?mibextid=oFDknk

#NotaEmasSyukorHashim
5/8/2024
Gais.

Semalam (18/9/2024), US federal Reserve telah mengumumkan pemotongan kadar faedah sebanyak 0.5% berbanding jangkaan 0.25%

Ini dilihat sebagai pemotongan yang agresif dan menggambarkan keyakinan Fed ekonomi US. 

US Fed melihat inflasi US semakin terkawal dan ini menyebabkan mereka berani memotong kadar faedah yang lebih besar.

Ketika pengumuman ini dibuat, harga emas terus melonjak (graf warna kuning) sehingga mencecah USD2600.

Kemudian, aktiviti jualan mengambil untung menyebabkan harga emas jatuh mendadak sehingga mencecah paras USD2546 USD.

Selepas tamat sesi tekanan jualan, harga emas kemudian beransur-ansur naik semula.

Gais, ini sebenarnya normal.

Sebab kalau harga emas naik tinggi, pelabur emas akan cenderung menjual untuk mendapat untung. Jadi harga emas menurun.

Bila harga turun terlalu banyak, pembeli berpendapat harga emas rendah dan mula membeli. Jadi harga emas menaik.

Dari segi fundamental, penurunan kadar faedah akan memberi kesan positif (baca menaik) kepada harga emas DALAM JANGKA MASA PANJANG.

Anda, penyimpan emas yang targetnya 2 tahun dan ke atas boleh start beli dengan senyuman 😃

Sebab duit RM kuat sekarang, jadi harga emas tak mahal, dalam RM380 sahaja.

Kalau waktu RM lemah, harga emas boleh cecah RM400++ segram.

Kesimpulan: Dalam environment kadar faedah US semakin menurun, maka penyimpan emas bakal enjoy kenaikan harga emas dalam jangka masa panjang.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
19/9/2024
Alhamdulillah… harga emas berada dalam trend menurun untuk hari ke 5.

Ini adalah peluang beli aset mahal pada harga murah 😄👍

#NotaEmasSyukorHashim
8/10/2024Alhamdulillah… harga emas berada dalam trend menurun untuk hari ke 5.

Ini adalah peluang beli aset mahal pada harga murah 😄👍
Gais,

Malam ini harga emas naik. Apa sebabnya?

Jawapan: Malam ini jam 8.30 malam waktu Malaysia, telah keluar satu laporan inflasi US iaitu CPI report bulan September 2024.

Laporan ini menunjukkan kadar inflasi pada bulan lepas adalah lebih tinggi daripada jangkaan.

Kadar jangkaan = 0.2%
Kadar sebenar = 0.3%

Sejurus selepas laporan ini dikeluarkan, harga emas telah memberikan reaksi positif apabila naik sebanyak 16 usd ++ / Oz.

Namun dalam RM, harga emas cuma naik dalam RM1 segram.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
10/10/2024
Soalan: Saya berminat menyimpan emas fizikal.

Apakah faktor-faktor yang perlu diambil kira sebelum saya membuat simpanan emas fizikal?

Jawapan: Sebelum menyimpan dalam emas fizikal, terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan.

Berikut adalah analisis terperinci faktor-faktor tersebut:

1. Apakah matlamat anda?

Adakah anda melabur untuk melindung nilai kekayaan anda (hedging)?

Atau pun untuk keuntungan jangka panjang? atau sebagai aset kecemasan?

Memahami tujuan pelaburan akan membantu anda memilih bentuk emas yang sesuai, seperti jongkong atau dinar emas (purely investment)

Anda boleh pilih barang kemas jika ingin gabungan pelaburan dan boleh dipakai.

2. Terdapat 3 bentuk Emas Fizikal.

i. Jongkong Emas: sesuai untuk pelabur serius. Sebab jongkong emas boleh menjangkau sehingga 1 kilogram.

ii. Dinar Emas atau Syiling Emas: Ia mudah dicairkan dan sesuai untuk pelabur kecil-kecilan.

iii. Barang Kemas: Mempunyai kos tambahan seperti upah tukang dan mungkin kurang sesuai jika anda nak buat pelaburan. Namun kalau nak pakai, memang sesuai pilih barang kemas.

Remarks: Setiap jenis emas mempunyai kos yang berbeza, jadi penting untuk memilih yang selaras dengan matlamat pelaburan anda.

3. Pilih Ketulenan yang betul.

Untuk kita di Malaysia, saya recommend ketulenan 999.9 dan 916.

999.9 (24 karat): Emas tulen, terbaik untuk pelaburan.

916 (22 karat): Campuran emas dan logam lain, biasanya untuk barang kemas.

Ketulenan menentukan nilai emas, jadi pastikan membeli emas yang mempunyai sijil ketulenan (seperti daripada jenama terkenal atau institusi kewangan).

4. Ambil kira kos-kos tambahan seperti:

i. Spread Harga: Perbezaan antara harga beli dan jual emas.

ii. Upah Tukang: Kos tambahan untuk barang kemas, yang tak diambil kira semasa anda menjual balik.

iii. Kos Penyimpanan: Caj peti simpanan keselamatan untuk mengurangkan risiko kehilangan jika disimpan sendiri.

Faktor-faktor ini boleh mengurangkan keuntungan jika tidak diuruskan dengan bijak.

5. Harga Pasaran Emas Dunia.

Harga emas dipengaruhi oleh banyak faktor global seperti nilai mata wang, kadar faedah US, pembelian bank pusat, inflasi dan ketegangan geopolitik.

Tengok harga emas dunia di website goldprice.org dan bandingkan dengan harga emas yang dijual oleh penjual di Malaysia.

Harga emas yang dijual di Malaysia akan lebih tinggi dari harga emas dunia sebab penjual pun nak untung.

Namun, berhati-hati jika harga emas yang dijual terlalu tinggi.

Sebagai contoh.

Harga emas spot gold di goldprice.org adalah RM388 segram (28/1/2025)

Public Gold jual RM414 - RM420 segram manakala lain jual RM500 segram. Jadi sila buat perbandingan.

6. Sumber Pembelian.

Pastikan amda beli emas dari sumber yang sah.

Contohnya beli dari terus Public Gold dan dapat resit belian rasmi.

Tujuan, supaya anda tidak terdedah kepada risiko penipuan emas palsu oleh peniaga online atau pihak ketiga.

7. Kecairan Emas (mudah dijual balik)

Pastikan emas yang anda beli mudah dicairkan jika perlu wang segera.

Contohnya emas Public Gold boleh dijual kat branch atau pun dijual kepada dealer-dealer sah Public Gold di seluruh Malaysia.

8. Faham risiko emas fizikal.

i. Risiko emas adalah harganya boleh naik turun (biasanya turun) dalam jangka masa pendek (kurang setahun)

ii. Emas tidak memberikan pulangan dividen. Anda untung hanya bila harganya naik.

iii. Penyimpanan emas fizikal terdedah kepada risiko kehilangan atau kecurian.

Kesimpulan

Simpanan emas fizikal memerlukan perancangan teliti, termasuk memahami kos tersembunyi, memilih sumber pembelian yang dipercayai, dan memastikan penyimpanan selamat.

Dengan mengambil kira semua faktor ini, anda boleh meminimumkan risiko dan memaksimumkan potensi keuntungan daripada pelaburan emas.

#NotaEmasSyukorHashim
28/1/2025
Gais.

Ada orang tanya saya pasal digital gold mining.

Jawapan saya: Ia sangat sesuai untuk di join oleh orang yg tak pernah ada pengalaman kena tipu.

Sebab guru emas saya cakap, setiap orang perlu ada pengalaman tersebut, sekurang-kurangnya sekali seumur hidupnya.

Bila bayar duit tapi tak dapat emas fizikal, ia membuka ruang anda kena scam.

Bila dulang emas digital dan dijanjikan pulangan lumayan maka ia akan buka ruang untuk kena scam.

Tuan puan sekalian,

Kita sekarang berada dalam zaman tak boleh alpa.

Zaman nie, benda-benda kebaikan pun orang boleh scam. Contohnya offer pakej umrah murah.

Lepas tu di scamnya jemaah umrah yang berhasrat nak jadi tetamu Allah.

Lepas tu bila minta tefund, tak dapat. Bila bawa ke pihak berkuasa dan menang kes, penganjur lari dan tak bayar-bayar sampai ke sudah.

Jadi tuan puan sekalian, berhati-hati lah.

Saya nie boleh jadi tukang pesan aja

Pernah dahulu emas untung berganda-ganda menjadi trending. Itulah solusi ekonomi katanya.

Lepas tu terbukti ianya mengarut, tak bertahan lama dan pelabur berputih mata tunggu payment dah setahun.

Konsultan emas yang dulu gila promote produk ganda-ganda nie pun dah bertukar kerjaya jadi konsultan unit trust 🤭

Gais.

Akan ada orang marah dan tak puas hati dengan pesanan seperti ini.

Tapi saya dah melalui pengalaman 17 tahun dalam emas. Banyak benda saya dah lihat dalam emas nie.

Emas ni, kalau sekali kena scam memang makan tak habis ler… sebab kerugian dia biasanya besar.

#NotaEmasSyukorHashim
29/1/2025
Gais.

InShaAllah saya akan buat fblive pada hari Jumaat, 21/2/2025 jam 9.00 malam (tengok poster)

Tajuk: Isu-isu semasa tentang emas
Lokasi: FBpage https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Anda terus sahaja ke FBpage pada hari dan masa tersebut.

Isi kandungan:

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Feb 2025.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jumpa nanti gais!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Selamat hari raya!

Ada news penting nak share.

Harga emas telah mencapai paras tertinggi, melebihi $3,100 / Oz.

Ini didorong oleh ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi yang semakin meningkat.

Faktor utama yang menyebabkan lonjakan ini adalah cadangan bekas Presiden AS, Donald Trump, untuk mengenakan tarif yang lebih tinggi ke atas import kenderaan.

Langkah ini telah meningkatkan kebimbangan mengenai kemungkinan berlakunya perang perdagangan global, menyebabkan pelabur beralih kepada emas yang dianggap sebagai aset selamat ketika ketidaktentuan ekonomi.

Reaksi pasaran terhadap pertimbangan tarif Trump mencerminkan kebimbangan yang lebih luas mengenai kemungkinan kelembapan ekonomi, gangguan rantaian bekalan, dan tekanan inflasi.

Pelabur dan institusi kewangan menjangkakan bahawa peningkatan tarif boleh mencetuskan tindakan balas daripada negara lain, yang akan merumitkan lagi hubungan perdagangan antarabangsa.

Ketidaktentuan ini telah meningkatkan permintaan terhadap emas, kerana pelabur institusi dan runcit berusaha untuk melindungi nilai aset mereka daripada ketidakstabilan kewangan.

Sebagai tindak balas kepada perkembangan ini, institusi kewangan utama, termasuk Goldman Sachs, telah menaikkan ramalan harga emas mereka.

Penganalisis menjangkakan bahawa bank pusat, terutamanya di pasaran membangun, akan terus meningkatkan simpanan emas mereka untuk mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS dan mengurangkan risiko mata wang.

Selain itu, dana dagangan bursa (ETF) yang menjejaki harga emas telah menyaksikan aliran masuk yang ketara, menyokong lagi kenaikan harga logam berharga ini.

Kesimpulannya, lonjakan harga emas ke paras rekod ini didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global, ketegangan perdagangan yang berpunca daripada pertimbangan tarif Trump, serta peningkatan permintaan daripada pelabur dan bank pusat.

Emas boleh naik lebih tinggi gais!

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
31/3/2025
Gais.

31/3/2025 - Trump mengugut untuk mengebom Iran jika rundingan nuklear gagal.

Pengeboman Iran, jika menjadi kenyataan boleh menyebabkan ketidakstabilan geopolitik di Timur Tengah untuk jangka masa panjang.

Ketidakstabilan geopolitik boleh menyebabkan harga emas akan terus menaik.

Saya nampak potensi harga emas menaik cerah jika ini benar-benar berlaku.

#NotaEmasSyukorHashim
Analisis teknikal harga emas (ringkasan) 1/4/2025

Time frame untuk jam, harian, mingguan dan bulanan adalah STRONG BUY.

Antara sebabnya adalah pengumuman yang bakal dibuat oleh Trump esok.

Trump telah menetapkan 2 April sebagai “Hari Pembebasan,” yang menandakan permulaan tarif baharu untuk mengurangkan kebergantungan AS terhadap barangan import.

Tarif “timbal balas” ini bertujuan untuk menyamakan cukai yang dikenakan oleh negara lain ke atas produk AS.

Ia berkemungkinan memberi kesan kepada import dari negara seperti Korea Selatan, Brazil, dan India, terutama dalam sektor automotif dan tenaga.

Pelaksanaan tarif ini boleh memberi kesan besar kepada ekonomi global dengan meningkatkan harga pengguna dan mengganggu rantaian bekalan.

Ahli ekonomi meragui keberkesanan dasar ini, kerana ia berpotensi menyebabkan kenaikan kos kepada pengguna tanpa menyelesaikan masalah defisit perdagangan AS.

Pasaran kewangan telah mengalami ketidaktentuan menjelang “Hari Pembebasan.”

Indeks utama seperti S&P 500 dan Dow Jones Industrial Average turun naik, manakala pasaran global turut mengalami kejatuhan.

Pelabur bimbang tarif ini boleh menyebabkan inflasi meningkat dan pertumbuhan ekonomi US menjadi perlahan.

Pemimpin antarabangsa turut menyuarakan kebimbangan mengenai kesan gangguan terhadap ekonomi global, dengan sesetengah negara bersedia mengambil langkah balas.

Sebagai contoh, Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva, merancang untuk bertemu dengan Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping di tengah-tengah ketegangan perang perdagangan global.

Perniagaan dan pengguna US bersiap sedia menghadapi kemungkinan kenaikan harga dan ketidakstabilan pasaran.

Gais.

Sebarang ketidakstabilan akan menyebabkan pelabur memilih emas.

Kita akan lihat harga emas akan terus naik 📈

#NotaEmasSyukorHashim
BERITA HARIAN ONLINE.

Harga emas dijangka mampu cecah RM500 segram dalam jangka terdekat - MGA

Oleh Alzahrin Alias
April 2, 2025 @ 1:46pm

KUALA LUMPUR: Harga emas global terus melonjak dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang, didorong ketidaktentuan geopolitik, inflasi berterusan serta peningkatan pembelian oleh bank pusat di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, pembelian emas secara agresif oleh bank pusat, khususnya China, memberi kesan besar kepada pasaran dengan meningkatkan rizab emas negara serta menyokong kenaikan harga logam berharga itu.

"Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut memainkan peranan penting, terutama kebimbangan mengenai tarif import emas yang menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York.

"Perkembangan ini memberi impak besar terhadap dinamik perdagangan global dan menyumbang kepada kenaikan harga emas," katanya.

Ng berkata, tekanan inflasi serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga menjadikan emas pilihan pelaburan lebih menarik sebagai lindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.

Beliau berkata, dengan harga emas yang terus meningkat, timbul persoalan sama ada logam berharga itu masih berbaloi untuk dilaburkan.

"MGA menegaskan emas kekal sebagai aset yang stabil, terutama bagi pelaburan jangka panjang.

"Jika inflasi terus tinggi atau ekonomi tidak menentu, harga emas berpotensi meningkat lebih jauh kerana ia lebih selamat berbanding mata wang yang boleh mengalami penyusutan nilai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelabur jangka pendek perlu lebih berwaspada kerana sebarang pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

Ng turut menjelaskan pergerakan harga emas berkait rapat dengan kekuatan dolar AS, di mana kenaikan nilai mata wang itu cenderung menekan harga emas, manakala penyusutan dolar akan meningkatkan permintaan global terhadap emas.

"Harga emas global didagangkan dalam dolar AS, menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain apabila dolar mengukuh.

"Sebaliknya, jika dolar melemah, harga emas menjadi lebih murah dalam mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan global," katanya.

Beliau menjangkakan harga emas akan terus meningkat sepanjang tahun ini sekiranya faktor geopolitik dan dasar perdagangan global kekal tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disarankan mempertimbangkan strategi pelaburan yang lebih bijak, termasuk membeli emas dalam unit kecil seperti jongkong 0.25 gram (g), 0.5g dan 1g yang lebih mampu dimiliki.

“Selain itu, pelabur juga boleh mempertimbangkan emas patuh syariah yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara, sekali gus mengekalkan nilainya dalam jangka panjang," katanya.

——-End—-

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/04/1379637/harga-emas-dijangka-mampu-cecah-rm500-segram-dalam-jangka-terdekat?#fpjg1lnn7hon5uwd83f79lel4val2uam

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Gais,

Semalam saya buat analisis samada harga emas yang sedang tinggi sekarang boleh naik lagi tinggi.

Saya cakap “Ye, boleh naik tinggi sebab faktor Trump”

Kemudian, apabila gold market dibuka ajer hari Isnin pagi (selepas cuti Good Friday) harga emas terus melonjak naik.

Kenapa?

Sebab ancaman Trump untuk memecat Jerome Powell, Federal Reserve chairman

Pasaran kewangan US dan global bergoncang akibat kenyataan terbaru Donald Trump yang menyerang Pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell.

Trump bukan sahaja kritik terbuka – malah beri bayangan mahu memecat Powell.

Tindakan ini telah cetuskan panik pelabur:

1. Pasaran saham AS menjunam

2. Dolar AS jatuh ke paras terendah

3. Emas melonjak lebih $3,400/oz (pelabur cari aset selamat)

4. Bon AS dijual besar-besaran

Apa yang berlaku sekarang? Trump bukan saja menekan Fed untuk turunkan kadar faedah, tapi juga dia telah perkenal tarif besar-besaran.

Antaranya:

a) 10% tarif ke atas kebanyakan negara.

b) 245% tarif untuk barangan dari China.

c) 25% tarif ke atas semua kereta import

Justeru, syarikat besar macam Walmart, Target & Ford dah mula naikkan harga — inflasi dijangka meningkat.

Powell pula bertegas takkan turunkan kadar faedah tanpa merujuk data yang sahih.

Akibatnya, pelabur mula hilang keyakinan terhadap kestabilan dasar ekonomi AS.

Gais.

Dalam situasi ketidaktentuan seperti ini, kita akan melihat aset selamat seperti emas dan perak akan terus naik.

Sila simpan emas dengan senyuman 😃

21/4/2025

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EkonomiGlobal #DonaldTrump #SellAmerica #FederalReserve #JeromePowell #PasaranKewangan
Gais.

Tahukah anda yang anda boleh tolak gram emas dalam akaun GAP dan keluarkan barang kemas 999?

Ok, saya nak kongsikan maklumat lanjut berkenaan perkara ini.

Akaun emas GAP anda sebenarnya boleh keluarkan barang kemas 999 PG Jewel.

Itulah kelebihan akaun GAP.

Anda boleh keluarkan dinar, gold bar dan barang kemas 999.

Barang kemas 999 PG Jewel sesuai sebagai perhiasan dan simpanan sebab spread yang kecil (9% ++)

Barang kemas 999 jarang dipromosikan oleh kedai emas yang lain kerana teknologi pembuatan di barang kemas Malaysia belum lagi maju namun di PG Jewel, kami telah pun menggunakan teknologi generasi ke 5.

Ini membolehkan barang kemas yang dihasilkan lebih bagus dari segi kualiti dan konsistensi.

Sekarang, bagaimana nak tolak dari akaun emas GAP anda dan dapat barang kas PG Jewel?

Follow step ini:

1. Layari website PGjewel di https://pgjewel.my

2. Pilih barang kemas yang berkenan di hati dan cek berapa gram beratnya.

3. Pastikan baki gram akaun GAP anda mencukupi. Kalau tak cukup, topup akaun gap anda.

4. Add to cart di website pgjewel dan semasa checkipt, pilih option untuk withdraw dari akaun GAP anda.

5. Sila lihat gambar.

#NotaEmasSyukorHashim
#pgjewel
*Isu-isu semasa tentang emas*
Tarikh : 25 Mei 2025 (Ahad)
Masa. : 9.00 pm
Lokasi: https://m.facebook.com/syukorjonaina/

Kita akan lihat apakah faktor -faktor yang mempengaruhi harga emas untuk bulan Mei 2025 dan apakah outlook untuk emas tahun ini.

Jemput hadir dan sila ajak rakan-rakan anda untuk belajar.

Selain itu, ada offer belian emas, offer jadi dealer PG dan cabutan bertuah menang emas.

Jom masuk sekarang gais!!!

#NotaEmasSyukorHashim
Gais.

Berita baik untuk peminat barang kemas 999.9 dan 916 di Johor Bahru!

PG Jewel bakal membuka cawangan PERTAMA di Johor Bahru!

Jika anda peminat barang kemas, sudah pastu berita ini ditunggu-tunggu 😁

📍 Kelebihan jenama PG Jewel.

Koleksi emas 24K, 22K & perhiasan premium yang memukau.

Jaminan ketulenan – setiap item disahkan berat dan ketulenannya.

Reka bentuk eksklusif – dari gaya klasik hingga rekaan moden yang menawan.

Kini ada kedai di JB – Kalau nak tengok dengan mata dan try pakai, terus datang ajer.

“Pelanggan kami di Johor Bahru telah lama menanti – dan kami mendengar.
Jemput datang ke cawangan pertama PG Jewel”

📍 Lokasi: Public Gold Johor Bahru (Johor) 106, Jalan Molek 2/2, Taman Molek, 81100 Johor Bahru, Johor.

#NotaEmasSyukorHashim

https://publicgold.me/azreekasim
https://publicgold.me/azreekasim