Gold Saving by Cg Farizah
503 subscribers
2.16K photos
49 videos
1.01K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
𝗕𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗞𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗣𝗲𝗹𝗮𝗯𝘂𝗿𝗮𝗻?

Bila sebut barang kemas, sudah tentu ia dibuat untuk tujuan perhiasan bukannya untuk pelaburan.

Barang kemas sebenarnya tak sesuai untuk pelaburan sebab harganya sangat mahal dan spreadnya sangat tinggi iaitu antara 25% hingga 40%.

Tidak juga bermaksud jangan beli barang kemas. Ia bergantung kepada tujuan kita beli , samaada untuk perhiasan atau pelaburan.

Jika untuk perhiasan sudah tentu barang kemas pilihan terbaik. Manakala untuk pelaburan goldbar atau dinar pilihan terbaik.

Bagi yang mencari emas pelaburan anda boleh boleh beli gold bar (jongkong emas) ataupun syiling emas (dinar)

Hari ini terdapat banyak pilihan untuk emas pelaburan goldbar dan dinar dengan ketulenan 999.9 dalam pasaran.

Anda bebas membuat pilihan mana yang dirasakan sesuai. Disini saya kongsikan 5 kriteria penting sebelum membeli emas pelaburan iaitu :

1️⃣ 𝗣𝗮𝘀𝘁𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗥𝗲𝗻𝗱𝗮𝗵
Maksudnya harga emas per gram termasuk kos atau caj-caj keseluruhan . Ini bagi memastikan anda mendapat harga berbaloi dengan harga pasaran sebenar.

2️⃣ 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵 𝗦𝗽𝗿𝗲𝗮𝗱 𝗞𝗲𝗰𝗶𝗹
Spread bermakna beza harga jual dan harga beli. Atau margin keuntungan jual beli emas. Spread yang baik adalah kecil iaitu dibawah 10% .

3️⃣ 𝗦𝘁𝗼𝗰𝗸 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗛𝗮𝗱
Penting untuk pastikan emas sentiasa dapat memenuhi permintaan lebih-lebih lagi diwaktu emas jatuh dan ramai yang nak membeli emas .

4️⃣ 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗝𝘂𝗮𝗹 𝗕𝗲𝗹𝗶 𝗕𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸
Bertujuan memudahkan urusan jual beli. Anda tak perlu kos turun naik HQ semata-mata nak jual beli emas . Cari syarikat yang sediakan cawangan , lagi bagus jika setiap negeri ada cawangannya.

5️⃣ 𝗦𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗝𝘂𝗮𝗹 𝗕𝗮𝗹𝗶𝗸 𝗧𝗮𝗸 𝗖𝗲𝗿𝗲𝘄𝗲𝘁
Penting kerana ada syarikat masa beli mudah tapi bila jual balik mengenakan pelbagai syarat belian semula contoh nak resit asal, seal tak boleh terkopek, tak boleh calar dan lain-lain.

Jadi buatlah pilihan terbaik anda.

Pastikan bila beli emas , semak lima kriteria ini secara pakej. Kriteria ini akan menentukan sejauh mana kita dapat menjana keuntungan maksimum daripada emas tersebut.

#barangkemas #emas916 #ilmuemas
BELI EMAS TAK PERLU TUNGGU HARGA

Siapa yang pertama kali baru nak beli emas, jangan tunggu "harga terbaik".

Beli dulu dengan bajet kecil sebagai benchmark harga.

Lepas belian pertama, baru akan faham harga tinggi rendah.

Selagi tak mula belian pertama, harga rendah pun takut nak beli sebab tak ada benchmark harga tersendiri.

https://publicgold.me/farizahhamid

#BukuWangEmas #IlmuEmas
Hanya dalam tempoh 10 tahun. anda perlukan duit yang berlipat kali ganda untuk dapatkan berat emas yang sama. emas yang makin mahal atau duit yang hilang nilai. dua dua pun betul. bila duit semakin hilang nilainya. kuasa beli semakin berkurang.

Jadi kita perlu duit lebih banyak untuk dapatkan sesuatu barang yang sama. begitulah lemahnnya mawatang fiat. ambil tahu sejarah matawang fiat kerana kesannya akan lebih terasa pada masa akan datang.

Tahun 2010 anda perlukan RM10k untuk beli 100 gram emas.
Tahun 2015 anda perlukan RM15k untuk beli 100 gram emas.
Tahun 2018 anda perlukan RM18k untuk beli 100 gram emas.
Tahun 2020 anda perlukan RM25k untuk beli 100 gram emas.
Tahun 2023 anda perlukan RM31k untuk beli 100 gram emas.

Bayangkan lagi 3 tahun. berapa pula harga emas ketika itu. yang pasti lebih mahal dari harini. jangan tunggu harga emas turun. sebab harga emas ada turun naik dalam jangka masa pendek tetapi naik dalam jangka masa panjang. Alihkan kepada aset supaya duit simpanan hilang nilai dimamah inflasi.

#IlmuEmas