Gold Saving by Cg Farizah
503 subscribers
2.16K photos
49 videos
1.01K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
Bila harga emas rendah, beli saja. Tak siapa tahu berapa harga paling rendah melainkan bila dah jadi sejarah. Waktu itu, tahu harga rendah pun dah tak berguna sebab hanya boleh tengok saja, tapi tak boleh beli.

#BukuWangEmas

Untuk makluman, esok dijangka harga GAP akan naik ke RM259/gram.
#EmasTabungan

Kata mentor saya,

Beli emas #1gram1bulan selama 10 bulan lebih baik dari beli 10 gram sekali setiap 10 bulan.

Kuncinya ialah KONSISTEN.

Kejayaan bukan tentang buat perkara besar, tetapi perkara kecil yang dibuat secara berterusan, hingga menjadi kebiasaan (tabiat).


📚 Cara paling cepat faham emas ialah baca #BukuWangEmas dan #BukuMisiBebasHutang.
Sesuai ke barang kemas jadi pelaburan?

Kalau nak beli emas untuk tujuan simpanan atau pelaburan, beli gold bar atau dinar sahaja sebab ia dikeluarkan khas dengan ciri-ciri yang tujuannya memang untuk PELABURAN;
.
1. Harga rendah
2. Spread rendah
3. Bentuknya yang simple supaya mudah disimpan
4. Tiada kos upah
.
Sebaliknya, barang kemas ia dikeluarkan khas untuk tujuan PERHIASAN. Maka emasnya memang dibuat dengan ciri-ciri yang bagus untuk perhiasan:
.
1. Pembuatan yang halus & cantik
2. Ketahanan dari mudah bengkok & putus
3. Reputasi jenamanya
.
Kesemua ciri-ciri itu menelan KOS YANG TAK SEPATUTNYA seterusnya menjejaskan potensi bagi tujuan pelaburan.

Sebab itu kedai-kedai emas hanya paparkan SATU HARGA sahaja, iaitu harga mereka jual sahaja.

Harga beli balik tak penting sebab keutamaan pembelian barang kemas bukanlah keuntungan, tetapi sebagai PERHIASAN, kecantikan, nilai sentimental dan kebanggaan pemakainya.
.
Maka sebab itu barang kemas tak sesuai dibeli kalau tujuannya untuk pelaburan.

#BukuWangEmas
👑10 ASAS ILMU EMAS 👑

1. Emas adalah duit. Dinar emas telah lama dijadikan sebagai matawang pada zaman Rasulullah dahulu.

2. Emas tiada dividen. Kita hanya akan memperoleh keuntungan sekiranya harga emas naik pada waktu kita ingin menjualnya.

3. Emas ada Spread value. Semasa kita ingin menjual semula emas, harganya akan ditolak beberapa persen dari harga pembelian kita. Namun spread value mungkin jadi seolah-olah 'tiada' jika berlaku kenaikkan harga emas semasa.

4. Goldbar/dinar boleh dipajak. Sama seperti barang kemas, goldbar/dinar juga boleh dipajak. Cuma mungkin ada sesetengah tempat tidak menerima pajakan goldbar kerana mereka juga ada mengeluarkan goldbar jenama mereka sendiri.

5. Pastikan ada matlamat simpan emas. Tetapkan matlamat yang berjangka panjang iaitu tempoh 3-5 tahun keatas.

6. Barang kemas tidak sesuai untuk simpanan. Ini kerana susut nilai barang kemas adalah lebih tinggi kerana caj upahnya yang tinggi. Barang kemas lebih sesuai untuk perhiasan.

7. Tidak perlu tukarkan semua duit kepada emas. Pakar kewangan Malaysia hanya menyarankan 10%-30% wang simpanan sahaja yang ditukarkan kepada emas. Kita haruslah mempelbagaikan simpanan kita.

8. Masa terbaik beli emas ialah SEKARANG. Iaitu ketika kita ada duit dan sebelum kita jatuh susah. Ini sebagai persediaan menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan.

9. Masa terbaik jual emas ialah apabila perlukan duit. Tidak kiralah ketika itu harga emas turun atau naik. Jika kita rasa rugi menyimpan emas kerana harga turun ketika kita perlukan duit, kita sepatutnya berfikir adalah lebih rugi kita tidak menyimpan emas kerana belum tentu kita mampu menyimpan duit sebanyak mana kita menyimpan emas.

10. Jangan pajak emas di bank untuk elak CTOS dan CCRIS. Ia akan menyukarkan kira untuk membuat apa² pinjaman bank pada masa akan datang jika sudah ada rekod nama kita dalam CTOS dan CCRIS.

Mudah²an kita semua faham asas ini dengan jelas.

( Kredit : Nur Fatin Awanis )

#BukuWangEmas #zulkiflishafie
#publicgoldmalaysia #publicgold
CARA BUANG RASA MENYESAL

"Menyesal beli emas. Lepas beli bulan lepas, sekarang harga emas turun".

Ini rungutan yang biasa didengar..

Bagi siapa yang rasa menyesal, saya cadangkan dia baca #BukuWangEmas ini.

Selagi tak baca buku, dia akan sentiasa rasa menyesal dan susah hati. Bukan sahaja ketika harga emas turun, harga naik pun dia akan menyesal dan susah hati juga.

#TipSimpananEmas
Beli emas dah untung tapi beli emas secara berpakej lagi untung 😊

Sebelum nak beli emas pastikan memenuhi 5 kriteria iaitu:
.
1) Harga Rendah
Buat survey 3 - 4 buah kedai sebelum membeli emas. Bandingkan dengan harga emas dunia (spot price) boleh layari di www.kitco.com
.
2) Spread rendah/nipis
Buat perbezaan harga jual dan harga beli. Dapatkan percent untuk tahu nilai spread yang dikenakan. Semakin nipis spread semakin bagus.
.
3) Stok tiada had
Pastikan emas tiada had walaupun ramai pelanggan membelinya waktu harga rendah. Atau kita masih boleh lock harga semasa walaupun stok belum sampai di cawangan/dealer.
.
4) Cawangan jual beli banyak
Cawangan yang banyak memudahkan kita nak dapatkan stok emas serta memudahkan kita menjual semula emas. Boleh berhubung secara terus tanpa perlu pos atau rujuk agen (stok agen limited).
.
5) Jaminan beli balik
Cari kedai yang memberi jaminan beli semula emas yang dijual tanpa cerewat. Ada sesetengah kedai tidak menerima emas yang calar/kemik/seal terbuka. Pastikan anda tanya syarat-syarat belian semula

#BukuWangEmas
BELI EMAS TAK PERLU TUNGGU HARGA

Siapa yang pertama kali baru nak beli emas, jangan tunggu "harga terbaik".

Beli dulu dengan bajet kecil sebagai benchmark harga.

Lepas belian pertama, baru akan faham harga tinggi rendah.

Selagi tak mula belian pertama, harga rendah pun takut nak beli sebab tak ada benchmark harga tersendiri.

https://publicgold.me/farizahhamid

#BukuWangEmas #IlmuEmas
ASET PELABURAN PALING SELAMAT

Kata guru emas saya, penulis #BukuWangEmas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Emas fizikal tak sama dengan pelaburan aset kertas yang cuma ada nombor dan kertas sahaja.

Emas fizikal tak ada risiko sebenar selagi emas tu ada di TANGAN KITA.

Kalau harganya jatuh sekali pun, emas dalam simpanan kita masih kekal, ia tak berkurangan walaupun 1 gram sekali pun.

Harga naik turun hanyalah persoalan masa sahaja.

Disebalik pergerakan harga emas yang ada naik turun, emas pada hakikatnya tak ada risiko.

Ia tidak akan jatuh lingkup ataupun kehilangan nilai sama sekali.

P/s: 10 dinar tu terbang pergi Italy tanpa perlu declare pun.

Kredit rakan dealer PG
Kata mentor emas saya, penulis buku Wang Emas, Tn Mohd Zulkifli Shafie;

Barang kemas tak sesuai kalau beli untuk simpanan atau pelaburan.

Harga per gram lebih mahal, ada kos upah, spread (susut nilai) tinggi.

Bila nak jual balik, pekedai emas akan tolak 25% - 35%. Kena tunggu bertahun-tahun baru untung.

Kalau beli untuk pakai dan berhias, itu tak ada masalah.

Tapi kalau beli untuk simpanan atau pelaburan, gold bar atau dinar jauh lebih menguntungkan.

#BukuWangEmas #TipSimpananEmas
Seram tengok harga emas sekarang.

Tapi bila ada ilmu, kita tak pernah rasa seram dengan harga. Harga emas lagi 3 - 5 tahun confirm lebih seram dari harga sekarang.

Yang seramnya kalau tabungan kita tak bertambah. #TipKayaDenganEmas #BukuWangEmas
𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗘𝗠𝗔𝗦 𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗧𝗨𝗡𝗚𝗚𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔

Siapa yang pertama kali baru nak beli emas, jangan tunggu "harga terbaik".

Beli dulu dengan bajet kecil sebagai benchmark harga.

Lepas belian pertama, baru akan faham harga tinggi rendah.

Selagi tak mula belian pertama, harga rendah pun takut nak beli sebab tak ada benchmark harga tersendiri.

#BukuWangEmas #HargaEmas
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐝𝐮𝐢𝐭 𝐝𝐚𝐡 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐞𝐦𝐚𝐬, 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐡𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠 𝐫𝐚𝐬𝐚 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐮𝐢𝐭.

Bila kita simpan duit dalam bentuk emas. Duit yang asalnya tunjukkan angka beribu-ribu dalam account bank kita, kini dah berkurang, ia dah jadi kepingan-kepingan emas macam ni. Nombornya dah hilang.

Jadi kita akan mula berbelanja mengikut baki duit yang ada seadanya. Tidak lagi berlebih-lebih.

Walaupun hakikat yang sebenarnya emas itu adalah duit. Bila-bila masa kita dalam kecemasan dan perlukan cash, kita boleh terus jual atau pajak emas di ar rahnu untuk dapatkan cash segera.

Tapi untuk keadaan normal, kita tak akan  sesekali jual atau pajak emas-emas yang kita dah simpan tanpa sebab yang mendesak.

Akan hadir perasaan.. "Biar la dulu, rasa sayang pulak nak jual emas-emas ni.."

𝘉𝘦𝘳𝘥𝘶𝘪𝘵 𝘪𝘵𝘶 𝘱𝘦𝘯𝘵𝘪𝘯𝘨, 𝘵𝘢𝘱𝘪 𝘳𝘢𝘴𝘢 𝘣𝘦𝘳𝘥𝘶𝘪𝘵 𝘪𝘵𝘶 𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘵 𝘣𝘢𝘩𝘢𝘺𝘢..

#BukuWangEmas
#BukuMisiBebasHutang
𝐁𝐈𝐀𝐑𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐊𝐖𝐒𝐏 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐁𝐄𝐋𝐈 𝐄𝐌𝐀𝐒?

“Kalau duit RM10,000 dibiarkan selama 30 tahun dalam KWSP, jumlahnya akan jadi RM53,446.20 (dividen 5.6% setahun)!”

Ianya sangat “Wow” bagi siapa yang tak faham tentang “time value of money” - bahasa mudahnya tentang KUASA BELI duit kertas.

Tapi bagi siapa yang tahu, NOMBOR itu langsung tidak mengujakan!

Jangan tertipu dengan nombor.

Kita mungkin rasa sangat gembira dapat dividen 5% - 6% setiap tahun.

Tapi pertambahan NOMBOR itu sebenarnya tidak menambah kekayaan kita, bila diambil kira dengan kadar inflasi (atas kertas), kadar kenaikan sebenar harga barang, dan juga risiko kejatuhan ringgit!

Cuba kita lihat sejarah ringgit 30 tahun yang lalu.

Tahun 1997, ringgit pernah jatuh 50% setahun!

Tahun 2015, ringgit jatuh lagi 35% setahun!

Ya, nombor dalam akaun bank masih kekal. Kalau RM10,000, ia masih kekal RM10,000.

Tapi hakikatnya, KUASA BELINYA sudah hilang 50% dan 35% hanya dalam masa setahun!

Walaupun ia bukan salah kita, tapi kekayaan kita hilang 50% dan 35% hanya dalam tempoh setahun.

Itulah sebab kenapa Robert T. Kiyosaki berkata, “savers are losers”! Orang yang menyimpan duit kertas, dia adalah orang yang rugi.

Orang kaya di dunia tak simpan harta yang banyak dalam bentuk duit kertas. Mereka faham tentang kuasa beli duit yang boleh hilang itu.

Sebaliknya, mereka simpan kekayaannya dalam bentuk harta yang bertahan nilainya.

Simpan hartanah, tanah yang mendatangkan hasil, bisnes yang berpontesi besar untuk beRkembang pada masa depan, dan kalau bajet tak besar, simpan emas!

Simpan emas, kita tak perlu bimbang lagi tentang kehilangan kuasa beli tersebut.

Bukti mudah, zaman Nabi Muhammad s.a.w (1400 tahun yang lalu), 1 dinar boleh beli seekor kambing.

Sekarang (tahun 2022), 1 dinar masih boleh beli seekor kambing.

Lepas 1400 tahun, 1 dinar masih boleh beli seekor kambing!

Nah… Jangan kata 30 tahun, 1400 pun kuasa beli emas tetap bertahan.

Jadi mana lebih terjamin dari sudut kekayaan, simpan emas atau biarkan dalam bentuk duit kertas dalam KWSP (dan mengharapkan dividen)?

Anda jawab sendiri...

“Tapi kan En Zul, kalau beli emas, adakah boleh jamin kita tak akan jual atau pajak emas tersebut dan membuatkan kekayaan kita habis?”

Jawapan saya, “ada”, tapi hanya untuk mereka yang beli emas tanpa ilmu.

Bagi siapa yang beli emas dengan ilmu, saya belum jumpa lagi kes yang saja-saja jual emas untuk tukar sport rim atau tukar langsir baru!

Belum ada.

Bahkan ‘masalah’ majoriti penyimpan emas (yang berilmu), mereka jadi ketagih kumpul kekayaan mereka lagi dan lagi.

Ya, mereka sudah KETAGIH!

Ketagihan yang baik.

Ketagihan itulah yang membuatkan mereka bertambah kaya dari bulan ke bulan.

“Saya tak sangka saya mampu kumpul emas sebanyak ini” adalah testimoni yang selalu saya terima sejak mendidik masyarakat tentang simpanan emas dari tahun 2010.

#BukuWangEmas #BukuMisiBebasHutang

Sumber FB - Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Klik sini untuk bermula: https://publicgoldofficial.com/akaunemas