Gold Saving by Cg Farizah
501 subscribers
2.17K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
KRITERIA EMAS TERBAIK

Harga murah sahaja tak semestinya untung sebab nak beli emas memang mudah, tetapi bila nak jual selalunya tak mudah. Apatah lagi nak jual pada harga yang lebih tinggi.

Buat belian pertama 1 gram dulu supaya mudah untuk kita faham tentang kriteria emas.

Untuk pastikan emas tu dapat dijual pada HARGA LEBIH TINGGI bila kita nak pakai duit nanti, pastikan kriteria ini ada sebelum membeli emas.

1)Harga per gram rendah
2)Spread jual & beli nipis
3)Stok ada
4)Cawangan jual beli banyak
5)Jaminan beli balik tidak cerewet
6)Mudah atau mesra arrahnu

Ada sesetengah tempat memerlukan resit belian untuk jualan balik.Ada juga sesetengah ar-rahnu yang memerlukan resit pembelian asal.Jadi simpan resit untuk kegunaan masa akan datang.

Tempat terbaik menjual emas adalah tempat kita beli.

Nak simpan emas
www.wasap.my/60177307520

#roketemas
#1bulan1gram
#dealerpublicgold
Antara item-item 1 gram yang boleh withdraw dari akaun GAP.

Cumanya sekarang, stok terhad sikit sebab penyimpan emas dari PG dah bertambah sehingga 370k orang.

So kalau nak withdraw harap dapat bersabar sikit ya. Tapi jangan risau, belum lagi ada kes yang tak dapat emas dengan PG.

Cuma kita kena faham dengan pertambahan penyimpan emas. Cumanya kalau nak cepat, withdraw gram yang lagi besar, InsyaAllah cepat.

Dah ada akaun GAP belum? Kalau belum ada, boleh hubungi saya untuk daftarkan ok. Terima kasih.

www.wasap.my/60177307520/BukaAkaunGAP
Ubah "Mindset"
Daripada BELI kepada TUKAR

Kita ubah mindset beli kepada tukar.Selalunya kita beranggapan ada duit beli emas, cuba ubah mindset ada duit tukar kepada emas.

Bila beranggapan beli, mindset kita akan berkata "habis la wang aku".

Dah berjaya ubah mindset macam ni, lebih mudah kita kumpul #asetemas.".

Tukar wang jadi emas, wang kita tak habis , cuma bertukar rupa daripada kertas kepada logam emas.Lagi seronok kumpul emas berbanding wang kertas.

Begitulah....

#cgfieza #roketemas #publicgold #PG00266996
Tak kena bayar apa pun.

Hanya perlu beli emas serendah RM100 sahaja.

Sebab Public Gold memang galakkan kita untuk simpan emas.

So duit yang kita ada itu hanya untuk beli emas semata-mata.

Tak perlu nak bayar yuran pendaftaran ke, yuran keahlian ke mahupun yuran operasi.

So just buka akaun, beli emas, selesai!

Nak buka akaun emas Public Gold? WhatsApp saya untuk saya bantu.

=> wasap.my/60177307520/nakBukaAkaunEmas

* Hadiah misteri akan diberikan kepada mereka yang buka akaun emas hari ini.
Dari Mentor Emas saya, En Syukor Hashim.

Gais,

Ada orang minta penjelasan tentang isu kepatuhan syariah untuk pembelian emas/perak Public Gold secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 (short formnya EPP)

Ada dua bentuk penjelasan yang saya ingin berikan.

Pertama, penjelasan untuk orang awam @ masyarakat marhein dan

Kedua, penjelasan untuk orang yang pakar di dalam bidang mualamat (Muamalat itu adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia)

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐰𝐚𝐦.

Orang awam nie maksudnya orang yang tidak belajar dalam bidang syariah. Dia bergantung kepada ilmu orang yang lebih pakar dalam membuat keputusan.

Untuk orang awam, urusniaga belian secara 𝙀𝙖𝙨𝙮 𝙋𝙖𝙮𝙢𝙚𝙣𝙩 𝙋𝙪𝙧𝙘𝙝𝙖𝙨𝙚 ini telah disahkan patuh syariah oleh penasihat syariah Public Gold iaitu Amanie Advisors https://amanieadvisors.com/

Amanie Advisors adalah salah sebuah syarikat konsultan yang menawarkan khidmat dalam bidang syariah. Ia diterajui oleh Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, seorang pakar di dalam bidang syariah. Beliau menjadi sumber rujukan samada di dalam mau pun di luar negara.

Amanie Advisors bertanggungjawab menasihati dan menyediakan SOP yang perlu diikuti oleh Public Gold agar selari dengan kehendak syariah. Kemudian bila Public Gold mengikut SOP tersebut maka Public Gold mendapat sijil patuh syariah untuk urusniaga tersebut.

Saya sertakan sijil ini untuk rujukan anda (tengok gambar). Jadi untuk orang awam. Ini sijil bukti kepatuhan syariah. Sekian terima kasih 😃

𝐏𝐞𝐧𝐣𝐞𝐥𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐚𝐡𝐥𝐢.

Prinsip syariah yang digunakan untuk urusan belian secara EPP adalah seperti berikut:

1. Apabila membuat order, itu adalah proses mengunci harga emas yang ingin dibeli. Ini dipanggil '𝒘𝒂'𝒂𝒅' atau persetujuan untuk membeli emas/perak pada harga tertentu.

2. Setelah mengunci harga, pembeli akan membuat pembayaran secara berperingkat-peringkat kepada Public Gold. Pembayaran yang dibuat secara bulanan ini dianggap sebagai deposit sekuriti. Ia dipanggil '𝑯𝒂𝒎𝒊𝒔𝒚 𝑱𝒊𝒅𝒅𝒊𝒚𝒚𝒂𝒉'.

Pembayaran ini bukanlah bayaran ansuran untuk belian emas.Sepanjang proses pembayaran tidak berlaku sebarang akad jual beli diantara Public Gold dan pembeli.

Setelah pembeli menyelesaikan semua pembayaran deposit sekuriti, maka pembeli boleh datang ke cawangan Public Gold untuk mengambil emas/perak yang dikunci harga oleh pembeli berkenaan.

Pada waktu ini barulah dianggap pembeli menyerahkan semua deposit sekuriti sebagai bayaran belian emas/perak kepada Public Gold dan Public Gold akan menyerahkan emas/perak tersebut kepada pembeli.

Waktu inilah akad jual beli akan berlaku. Emas/perak akan bertukar tangan di office Public Gold dan Public Gold akan mengeluarkan resit bayaran kepada pembeli.

Semoga penjelasan ini membuatkan anda yakin untuk anda berjual beli dengan Public Gold.

Allah SWT knows best.

#NotaEmasSyukorHashim
#InfoEmas

Dulu-dulu, saya memang susah nak buat simpanan. Gaji setiap bulan habis entah ke mana. Kadang-kadang terasa jugak saya ni boros, tapi sedapkan hati kononnya belanja saya besar sebab saya ada anak ramai.

Hakikatnya, itu cuma alasan. Alhamdulillah sejak mula menukar duit saya ke emas, saya lebih konsisten menyimpan. Setiap bulan, saya akan pindahkan sejumlah wang ke dalam akaun GAP. Rasa seronok tengok gram dalam akaun GAP tu bertambah.

Kalau korang ada isu yang sama, cubalah tukarkan duit tu kepada emas. InsyaAllah penyakit boros tu boleh selesai.

Berminat nak buka akaun GAP, wasap saya.
www.wasap.my/60177307520/PublicGoldRM100
Jangan Tukar Semua Duit Kecemasan Kepada Emas

Ramai yang bertanya saya, boleh tak nak tukar semua duit kecemasan dalam tangan kepada emas? Orang kata harga emas tengah naik ni, rugi tak simpan emas.

Bagi saya peribadi, simpanan emas ni sesuai buat backup untuk simpanan kecemasan dalam bentuk tunai, selalunya dah cukup 3,6 bulan gaji.

Kenapa?

1) Kita bukan di zaman yang jual beli boleh dibuat meluas gunakan emas. Bayangkan jamban rumah rosak dan perlu ditukar, saya tak rasa ada item emas yang mungkin sesuai dibayar untuk caj repair dan boleh jadi tukang paip nak dibayar dalam tunai berbanding emas.

2) Nak cash in kan emas ambil sedikit masa. Walau cara paling pantas kita boleh jual ke Public Gold, ia tetap memerlukan satu, dua hari berkerja untuk duit masuk ke akaun. Kalau jual ke orang lain, cabaran mencari buyer pula.

3) Nak Ar-Rahnu kan emas? Kalau keperluan tu datang hari Ahad? Waktu Ar- Rahnu tutup, bagaimana?

Itu dalam seronok kita nak menyimpan emas, jangan semua kita pakat pulun jadi emas.

Tinggalkan tunai, cukupkan tabung untuk keperluan kecemasan.

Jadi penyimpan emas yang berilmu, insyaAllah.
📍📍 CERITA EMAS ( GAP ) :

SOALAN :

Kita beli gap hari ni katakan RM 260 - 1g

Bila Kita nk keluarkan harga dh jadi RM 300 contohnya

Jadi pengeluaran gap akan mengikut harga terkini iaitu RM 300 ?

JAWAPAN :

Tak. Pengeluaran GAP ikut gram yg ada dlm acct. Bukan ikut RM 😊

Gap kt keluarkan yg dah kita beli.. Mcm bank pun, kita keluarkan duit yg kita simpan je.. X kira mata wang tgh naik @ trun 😁

GAP ialah utk accumulate gram. Jd withdraw pun brsandar pd gram. Kalau nk withdraw GAP, just focus pd jumlah gram yg sis nk withdraw n tambah GP. itu shj.

Kalau nk guna servis GIT, kena tambah caj GIT. Tak perlu fikir ttg harga emas itu jika nak withdraw.

It's very easy. Masa nk beli tengok harga semasa GAP. masa nk keluarkan emas fizikal, tak perlu fikir ttg harga emas tu lg. Focus pd gram n GP shj. Sama juga dgn SAP iaitu acc utk accumulate silver.

Beli emas dapat gram.

Konsep umum, tak kisah beli masa harga murah atau mahal. Yang penting beli emas dapat emas. Selagi emas ada dan tak jual, tak perlu kisah untung atau tak.

Yang penting gram dalam akaun GAP bertambah. Untung rugi ditentukan bila kita dah jual emas tu selepas tolak GP dan kos GIT (jika ada). 🤗

Bezanya akaun simpanan GAP dikira dalam bentuk gram dan akaun simpanan bank dikira dalam digit.

Hanya perlu bayar Gold Premium dan GIT (jika nak nak buat penghantaran)

Keluarkan gap ikut gram tak kira berapa harga harini. Tapi kalau nak pajak atau jual balik, maka untung masa harga tinggi. Sebab boleh dapat duit lebih untuk beli balik masa harga emas turun nanti.

☎️☎️ www.wasap.my/60177307520/BukaAkaunEmasPG

#PG00266996
DAPAT GAJI, BAYAR DIRI SENDIRI DULU

Hari yang paling menggembirakan bagi yang bekerja makan gaji ialah hari gaji masuk.

Untuk pastikan kegembiraan tu bertahan lama, bila terima duit gaji, alihkan sebahagian duit sebagai simpanan PAKSA DAN LUPA, selebihnya baru dibelanjakan.

Jangan tunggu duit lebih baru nak menyimpan sebab sampai bila-bila pun tak akan ada duit lebih. Apa yang kita belanjakan, itu membuatkan orang lain lebih kaya. Sebaliknya apa yang kita simpan, itu yang menambah kekayaan kita. Jadi bayar diri sendiri dulu sebelum membayar orang lain.

Guru-guru kewangan sarankan sekurang-kurangnya 10% daripada gaji perlu disimpan sebagai;

1. Dana kecemasan
2. Pelaburan masa depan
3. Perbelanjaan penting masa depan

Bagi penyimpan emas, sebahagian daripada 10% itu boleh digunakan untuk beli emas melalui #AkaunEmasGAP Public Gold, #1gram1bulan. Disiplinkan diri yang itu dulu.

Selebihnya terpulanglah nak letak dalam Tabung Haji atau ASB.

Nanti sedar-sedar hujung tahun, kita dah ada 12 gram. Itu bukan sahaja simpanan kalis inflasi, paling penting, ia akan jadi simpanan KALIS BOROS, insyaAllah...
Kelebihan akaun emas GAP Public Gold utk pembelian rumah.

Berikut adalah screenshot perbualan kami dgn pegawai bank Maybank yg menguruskan urusan loan rumah kami yg pertama sebelum ini.

Utk pengetahuan anda, jika kita hendak membeli rumah, pihak bank suka melihat penyata akaun kita mempunyai lebihan wang setiap bulan. Sebagai cth, jika kita mahu beli rumah berharga RM250K (anggaran ansuran bulanan RM1250+-), jadi jika ada lebihan simpanan RM1000 setiap bulan dlm akaun, ini dpt membantu menyakinkan kemampuan kita utk membayar bulan2 kepada pihak bank.

Jika anda konsisten menyimpan emas di GAP, anda juga boleh membawa penyata emas sbg supporting document (berfungsi sama spt akaun Tabung Haji, ASB etc) utk menunjukkan kestabilan simpanan anda.

Kami sarankan anda menyimpan sekurang-kurangnya 1% ke 10% (nilaian emas) daripada harga rumah yg ingin dibeli.

Kredit : Nurnaima Zainudin

Berminat nak simpan emas? Klik
http://www.wassap.my/60177307520/SimpananEmas
Kemaskini Harga Public Gold GAP 25 Januari 2021

MYR 100 = 0.3774 gram
MYR 265 = 1.0000 gram

Harga terendah 2021: MYR 261 (16,17&18Januari 2021)

Harga tertinggi 2021 : MYR 277 (6 Januari 2021)
📍📍 CERITA EMAS :

APA ITU WEALTH CARD GOLD BAR 0.5G PUBLIC GOLD ?


Gais, bila ada promosi dealer Public Gold, antara item yang perlu dibeli adalah Wealth Card. Jadi saya selalu dapat soalan berkenaan Wealth Card.

Apa itu Wealth Card?

Wealth card ibarat kad nama dealer.

Wealth card mengandungi maklumat Nama Dealer, PG code dan pangkat dealer (Normal Dealer atau Priority Dealer).

Ada gold bar 0.5 gram kat dalam wealth card tersebut 🤩🤩🤩

Wealth Card juga datang bersama-sama baucer diskaun untuk belian emas, silver dan PGMall bernilai RM350.

i) ada baucer diskaun beli emas RM10 x 10 pcs

ii) ada baucer diskaun beli silver RM20 x 10 pc

iii) adab baucer diskaun PGMall RM10 x 5 pc

Baucer ini sah untuk tempoh setahun.

𝐏𝐞𝐧𝐠𝐠𝐮𝐧𝐚𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐮𝐜𝐞𝐫 𝐝𝐢𝐬𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐰𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐜𝐚𝐫𝐝.

1. Outright purchase - Boleh guna (sekeping)

2. Pembelian emas GAP / pengeluaran (pembayaran gold premium) akaun GAP - Tidak boleh

3. Belian emas/perak secara EPP4X/EPP10X : Ya boleh

tetapi hanya 1 baucer diskaun dibenarkan untuk satu sales order EPP (𝐴𝑛𝑑𝑎 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑔𝑢𝑛𝑎𝑘𝑎𝑛 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑚𝑎𝑛𝑎-𝑚𝑎𝑛𝑎 𝑏𝑎𝑦𝑎𝑟𝑎𝑛 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 (𝑠𝑎𝑦𝑎 𝑐𝑎𝑑𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑛 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑏𝑢𝑙𝑎𝑛 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎), 𝑡𝑎𝑝𝑖 𝑘𝑎𝑙𝑎𝑢 𝑎𝑛𝑑𝑎 𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑎𝑘𝑎𝑖 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝑖𝑛𝑠𝑡𝑎𝑙𝑙𝑚𝑒𝑛𝑡 𝑘𝑒-2 𝑎𝑡𝑎𝑢 𝑠𝑒𝑡𝑒𝑟𝑢𝑠𝑛𝑦𝑎 𝑝𝑢𝑛 𝑏𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑎𝑗𝑒𝑟.

4. Baucer tidak boleh digunakan untuk pembelian emas/perak semasa promosi (contohnya promosi waiver EPP premium)

𝐏/𝐬: 𝐖𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝 𝐣𝐮𝐠𝐚 𝐛𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐝𝐢𝐠𝐮𝐧𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢 𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭-𝐭𝐞𝐦𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐞𝐫𝐭𝐞𝐧𝐭𝐮 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐧𝐞𝐫𝐢𝐦𝐚 𝐰𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝. 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤, 𝐬𝐢𝐥𝐚 𝐥𝐨𝐠𝐢𝐧 𝐤𝐞 𝐰𝐞𝐛𝐬𝐢𝐭𝐞 𝐏𝐮𝐛𝐥𝐢𝐜 𝐆𝐨𝐥𝐝 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐧𝐠𝐨𝐤 𝐦𝐞𝐧𝐮 𝐖𝐞𝐚𝐥𝐭𝐡 𝐂𝐚𝐫𝐝 𝐂𝐨𝐫𝐧𝐞𝐫 𝐝𝐢 𝐬𝐞𝐛𝐞𝐥𝐚𝐡 𝐤𝐢𝐫𝐢.

Sekian.

Kredit : Tuan Syukor Hashim

#wealthcard #wealthcardpublicgold #goldbarwealthcard #wealthcarddealerpublicgold
📍📍 CERITA EMAS :

SOALAN :

“Antara duit & Emas, yang manakah simpanan terbaik ?”

** Ini antara soalan daripada pelanggan.

JAWAPAN :

1. Ramai daripada kita terlalu fokus kepada yang perkara yang terbaik dan sebenarnya perkara yang terbaik tidak akan kunjung tiba tanpa tindakan.

2. Ada orang bertanya tentang emas sudah 1 tahun tetapi masih menunggu harga terbaik.😅😅

3. Ada orang bertanya tentang emas sudah 3 tahun tetapi masih mencari-cari harga terbaik.🙊🙊

4. Ada orang bertanya tentang emas sudah 5 tahun tetapi masih mengkaji harga terbaik.😱😱

5. Hmmmm ada orang bertanya dan terus mula. 👍👍

6. Kenapa perlu kaji? Kenapa nak cari? Kenapa mahu tunggu?

7. Sebab kita terlalu mencari yang terbaik sehinggakan kita tidak manfaatkan apa yang ada di depan kita supaya ianya ke arah yang terbaik.

8. Bila harga emas turun, kita mencari harga emas yang lebih rendah daripada harga emas turun itu.

9. Bila harga emas naik, kita mencari harga emas yang lebih rendah daripada harga emas naik itu.

10. Perkara ini berulang, berulang dan terus berulang.

11. Jika kita beli emas hari ini, kita akan rasakan ianya kategori mahal. YA, ia bukanlah sesuatu yang baik untuk kita akan tetapi harga emas dari tahun ke tahun akan naik, melonjak naik dan menjadikan emas itu ke arah terbaik.

Jangan terlalu fikir terbaik, terbaik, terbaik & terbaik sedangkan kita tidak mahu cuba untuk mula. 😊

Dapat sesuatu?

Dah beli emas?

Dah tambah GRAM emas??

Belum kan?

Haaaa rancang dan terus mula.

Fokus capai 100 gram emas pertama dalam simpanan. 💰💰

Terbakar? 🔥🔥

Kredit : Azizi Sulaiman

☎️☎️ www.wasap.my/60177307520/DaftarPG

#CgFarizah
#RoketEmas
#PG00266996