Gold Saving by Cg Farizah
501 subscribers
2.17K photos
49 videos
1.02K links
Selamat datang ke Channel Telegram ini. Saya Farizah, Dealer Aktif Public Gold di bawah bimbingan Tn Mohd Zulkifli Shafie (Penulis buku best seller Wang Emas & Misi Bebas Hutang).

Nak mulakan simpanan emas di Public Gold, terus hubungi saya di 0178058755
Download Telegram
Harga GAP hari ini turun RM1 kepada RM266/g.

Pasaran US semalam:
Dow Jones -0.04%
Nasdaq +0.55%
S&P 500 +0.03
Pasaran hadapan emas -0.11%

Belum terlambat untuk mulakan tahun baru 2021 dengan simpanan emas di akaun emas GAP serendah RM100 sahaja. Hubungi saya: 👇
www.wasap.my/60177307520
By Azizi Ali Mentor Wang

😭35 KESILAPAN KEWANGAN YANG SERING DILAKUKAN

1. Bergantung kepada satu mata pendapatan
2. Tak menyimpan wang
3. Menyimpan wang yang terlalu sedikit
4. Menyimpan wang hanya sekali sekala
5. Tak ada Dana Rizab/Kecemasan
6. Tak ada perlindungan insurans/takaful hayat
7. Tak ada perlindungan insurans/takaful perubatan (medical card)
8. Membeli polisi perlindungan insurans/takaful hayat yang salah
9. Perlindungan insurans/takaful hayat yang terlalu kecil
10. Membeli insurans yang tak penting
11. Tak melabur
12. Melabur terlalu sedikit
13. Melabur tanpa ilmu
14. Mempercayai kata-kata ejen pelaburan 100%
15. Tak memantau prestasi pelaburan setelah melabur
16. Melabur di instrumen yang salah
17. ‘Melabur’ dalam scam
18. Tak mahu menerima fakta apabila ‘pelaburan’ yang disertai dibuktikan sebagai scam
19. Tak cukup diversification
20. Over-diversification
21. Tak bayar zakat
22. Tak menderma
23. Tak buat wasiat
24. Membelanjakan wang ditempat yang kurang/tidak memberi manfaat
25. Boros
26. Berjudi
27. Memberi pinjaman wang
28. Meminjam wang untuk tujuan yang salah
29. Meminjam wang yang terlalu banyak
30. Menjadi penjamin
31. Memulakan bisnes tanpa ilmu yang cukup
32. Memulakan bisnes tanpa modal yang cukup
33. Tak mahu menambah ilmu kewangan dan pelaburan
34. Mengikut ‘nasihat’ kewangan dan pelaburan daripada sumber-sumber yang salah
35. Tak membaca kandungan agreement dengan teliti

Sila SHARE

Anda nak tambah senarai ini?
“Bro, aku tengok harga makin turun. Boleh dan sesuai ke aku simpan emas sebab takut rugi lah”

Ini merupakan soalan daripada salah seorang pelanggan saya.

Bila saya dengar soalan ini, saya cuba recall dan cari semula tarikh beliau menyimpan emas. Rupanya beliau baru sahaja menyimpan emas.

Jadi saya tenangkan beliau dan beri jawapan ringkas supaya beliau lebih faham tentang emas. **Basic perlu diperkemaskan.

1. Saya perhatikan penyimpan emas atau sesiapa yang baru ingin berjinak-jinak menjadi penyimpan Emas mempunyai dua tabiat iaitu apabila harga NAIK berlaku situasi PANIK dan apabila harga TURUN juga berlaku situasi PANIK.

2. Sebenarnya harga emas naik dan turun itu adalah perkara biasa dan ianya adalah Normal dalam dunia Pelaburan emas.

2. Jika ada yang mengatakan harga emas sentiasa dalam keadaan naik, itu adalah ayat daripada peniaga yang kejar sales.

3. Emas Naik dalam tempoh jangkamasa panjang. Jika jangkamasa pendek, kita akan melihat harga emas Naik & Turun.

4. Apabila beli emas, pastikan beli pada individu yang dapat bimbing kita dengan konsep yang betul.

5. Bukan sekadar kita beli emas pada individu berkenaan tetapi kita mahu dapatkan tips dan ilmu secara PERCUMA. Itu antara tips menyimpan atau melabur cara selamat.

6. Apabila berlaku situasi Harga emas Turun, pejam mata dan Mulakan simpanan emas. Ambil peluang ini. Jika sudah mula menyimpan emas, ambil peluang untuk tambahkan GRAM.

7. Peluang & Ruang bukan selalu terhidang. Harga emas Turun adalah Rezeki dan harga emas Naik juga Rezeki. Cuma kita memandang dari sudut Keuntungan & Kerugian semata-mata.

8. Ketika situasi harga emas Turun atau Naik, apa yang menariknya berat emas (GRAM) yang kita miliki tidak akan berkurang langsung.

9. Itu antara kelebihan menyimpan emas. Ianya bersandarkan Fizikal. Bukannya bersandarkan harga semata-mata. Kita boleh tidur lena tanpa memikirkan kurangnya GRAM emas kita.

10. Jangan Panik tetapi tenang-tenang ajaaaa. Orang yang tenang selalu menang.

Dapat sesuatu?
Salah satu sebab Public Gold merupakan syarikat emas yang dipercayai dan mempunyai kredibiliti yang tinggi

PG pernah dilantik sebagai The Official Royal Minter untuk Pertabalan SPB YDPA ke-14 ..
KEISTIMEWAAN EMAS

Emas adalah aset yang paling istimewa bagi saya kalau mahu dibandingkan dengan aset yang lain seperti tanah mahupun rumah.

Kenapa saya cakap ia terlalu istimewa?
Hari ini saya tak mahu tulis panjang-panjang.
Boleh rujuk poster menarik dibawah atas. 👆

Percayalah, keistimewaan emas ini tiada pada aset-aset lain.

Dengan keadaan ekonomi dan politik yang sedang terumbang ambing sekarang ini kita wajib miliki minimum 1 kilogram emas 1 keluarga.

Amat rugi kalau kita miliki 100 buah rumah tetapi tidak memiliki minimum 1 kilogram emas.

Amat rugi kalau kita miliki 100 hektar tanah tetapi tidak memiliki minimum 1 kilogram emas.

Sebab emas terlalu istimewa dan merupakan logam mulia yang dicipta oleh ALLAH SWT yang tidak boleh dicipta mahupun dihapuskan oleh manusia.

Jom saya bantu sahabat sekalian untuk mula menyimpan aset yang teristimewa ini iaitu emas dengan bermodalkan RM100 sahaja.

Farizah Hamid
Authorized Priority Dealer
Public Gold Marketing Sdn Bhd
www.wasap.my/60177307520
Kemaskini Harga Public Gold GAP 23 Januari 2021

MYR 100 = 0.3788 gram
MYR 264 = 1.0000 gram

Harga terendah 2021: MYR 261 (16,17&18Januari 2021)

Harga tertinggi 2021 : MYR 277 (6 Januari 2021)
#InfoEmas

Pelabur Emas vs Penyimpan Emas?

Ramai tersilap faham dirinya sebagai pelabur emas setelah mula membeli goldbar/dinar walaupun hanya seberat 1 gram.

Nak tau beza Pelabur vs Penyimpan emas?
————

Ciri-ciri pelabur emas:
1. Beli emas gram besar (minima 100 gram)
2. Beli emas yg rendah susut nilai
3. Beli ketika harga rendah, jual ketika harga tinggi
4. Ada ilmu teknikal & fundamental dlm menganalisis pasaran emas dunia
5. Jana keuntungan dgn aktiviti jual beli emas

Formula mudah seorang pelabur:
Harga murah -> beli dlm kuantiti besar
Harga naik -> jual = untung besar

————

Ini pula ciri-ciri Penyimpan Emas:
1. Beli dlm jumlah yg sedikit
2. Beli tanpa mengira harga naik atau turun
3. Matlamat nak tukar wang jadi emas utk jangka panjang
4. Emas sebagai backup kecemasan
5. Beli emas utk elak kebocoran simpanan

Formula penyimpan emas:
Harga murah -> beli lebih sikit
Harga mahal -> beli juga
Capai target -> jual tanpa mengira harga

————

Jadi anda Pelabur atau Penyimpan emas?
Alhamdulillah. Harga emas turun lagi tengah malam tadi.

Daripada RM266 kepada RM264.

So harga akan kekal sehingga hari Isnin nanti disebabkan market emas tutup pada hujung minggu.

Bagi yang bertanyakan tentang harga emas 916, harganya adalah RM242.

Tetapi jangan terkejut kalau pergi kedai emas dan harganya masih sama. Sebab kedai emas ikut harga persatuan dan ada juga yang ikut harga mereka sendiri.

So tak semestinya bila harga emas turun, harga kedai emas pun akan turun.

Jadi cara yang terbaik nak beli emas, kita beli emas 999 yang memang ikut harga pasaran sebagai simpanan.

Berminat nak tahu lebih lanjut, boleh hubungi saya.

Klik sini => wasap.my/60177307520/nakSimpanEmas999
Yang best tentang akaun emas GAP ni kita boleh buka untuk anak-anak juga.

Even bayi pun boleh. As long as umur 7 hari ke atas dan dah ada MyKID.

Lepas ni duit raya anak-anak nanti boleh simpan sebahagian dalam akaun emas dan sebahagian lagi dalam ASB.

Untung mereka ada akaun emas dari kecil. Nanti bila dah besar, senang hidup mereka.

WhatsApp saya untuk buka akaun emas anak anda.

=> wasap.my/60177307520/bukaAkaunEmasAnak
Kisah Goldbar Bunga Mas (بوڠا ماس)

Menurut sejarah, Bunga Mas ialah sebuah pokok artifak setinggi 1.5meter dan seberat 15kilogram yang diperbuat daripada logam emas dan perak. Wow, tentu berjuta ringgit nilainya hari ini kan..!

Pokok ini dibuat oleh Kesultanan Melayu dari empat buah negeri di sebelah utara iaitu Pattani, Kedah, Kelantan dan Terengganu untuk diberikan kepada Raja Siam sebagai ufti (hadiah) setiap 3 tahun sebagai tanda persahabatan.

Ini menjadi tradisi mereka dari abad ke-19 sehingga British mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu sekitar tahun 1906.

Mengambil inspirasi dari sejarah kehebatan Bunga Mas ni, Public Gold telah melancarkan jongkong emas versi Bunga Mas (dengan berat 10g, 20g, 50g dan 100g) pada 1 July 2013.

Jongkong Bunga Mas memiliki design yang unik iaitu di bahagian hadapannya diukir ilustrasi bunga beserta tulisan kaligrafi jawi ‘بوڠا ماس’ (Bunga Mas) yang sangat cantik. Manakala di bahagian belakang pula dibuat ukiran songket yang sangat unik dan menakjubkan.

Jongkong emas ini menjadi lambang kehebatan dan keistimewaan orang Melayu sejak dahulu kala.
BAGAIMANA MULA SIMPAN EMAS?

Perjalanan 1,000 batu bermula dengan langkah pertama. Dalam 1,000 batu itu, langkah paling susah adalah langkah pertama kerana momentum kejayaan belum lagi bermula.

Langkah Simpanan Emas

Kita tidak akan faham tinggi atau rendah harga emas selagi belum bermula. Selepas mulakan, baru kita faham sikit-sikit sebab sudah ada BENCHMARK/TANDA ARAS tersendiri.

Ada yang mula simpan emas pada harga RM125 segram pada tahun 2014. Anda mungkin tidak akan dapat harga yang sama. Allahualam.

Jadi, harga pada hari ini 23 Januari 2021 misalnya RM264 segram – itulah benchmark harga untuk anda sendiri. Dari di situ baru anda dapat nilai harga emas mahal atau murah.

Kalau tanya mereka harga sekarang, mahal atau murah?
Sudah tentu mereka jawab mahal sebab mereka mula dari RM125.

Langkah Kedua – Mula dengan yang terkecil jika belum kenal Public Gold

Jadi cara yang terbaik, dapatkan ilmu asas dahulu melalui pembacaan nota, buku-buku atau facebook guru-guru emas seperti Tuan Syukor Hashim, Tuan Azizi Ali dan lain-lain lagi.

Kemudian terus bermula dengan bajet kecil dahulu.

Saya akan tanya 3 perkara kepada mereka yang baru mahu mula simpan emas, kiranya tiada ilmu dan pengalaman:

1. Apa tujuan anda simpan emas?
- Dana kecemasan, dana pencen, dana pendidikan anak-anak.

2. Berapa bajet anda?
- Tetapkan sama ada bajet belian 1g sebulan atau mahu beli 50 gram bayaran penuh).

3. Apa strategi belian emas?
Setiap bulan mahu kumpul 2-3 gram emas di akaun emas. Apabila cukup 50 gram, baru buat pengeluaran emas fizikal dari cawangan terdekat. Ini contoh sahajalah.

Anggap belian pertama itu sebagai pengalaman pertama dan BELAJAR, bukan untuk jana keuntungan lagi.

Cerita untung adalah untuk mereka yang beli jongkong 100 gram emas dan ke atas.

Kita yang baru mahu kumpul 1g sebulan ini, kategori baru mula belajar erti menyimpan.

Apabila sudah bermula, kita akan nampak jalan lebih luas dihadapan kita untuk terus maju, insyaallah.

Waktu sudah mula ‘nampak’ tentang emas, kita perlu ADJUST halatuju sebenar serta tindakan yang perlu kita ambil untuk capai matlamat tersebut.

Apa-apapun perlu konsisten.

Jom mulakan dengan RM100 akaun emas GAP.
www.wasap.my/60177307520
Public Gold GAP
MYR 100 = 0.3774 gram
MYR 265 = 1.0000 gram

Lowest: MYR 261 (16 January 2021)
Highest: MYR 277 (6 January 2021)

Last Updated: 24 January 2021
Zaman dulu, pergi ke pajak gadai (sebelum wujud ar-rahnu) sesuatu yang mengaibkan. Ia menunjukkan orang tu sedang terdesak dan kesempitan wang.

Tapi zaman dah berubah.

Sekarang, pergi ke ar-rahnu bukan lagi sesuatu yang mengaibkan. Ia menunjukkan dia adalah penyimpan emas.

Dia mungkin seorang yang bijak sebab pajak emas di ar-rahnu adalah salah satu strategi mengelakkan kekayaan dia bocor daripada belanja yang bukan-bukan.

9 Tips penting memajak emas di Ar Rahnu :
https://www.mohdzulkifli.com/2013/03/9-tips-penting-memajak-emas-di-ar-rahnu.html

Kredit : Tuan Mohd Zulkifli Shafie

#tipspelaburanemas
#tipspajakemas
#PGG100Network
Saya baru nak belajar simpan emas, macam mana nak mula?

1) Buat belian emas pertama sebagai 'benchmark"

2) Mulakan dengan paling minima RM100 untuk 0.3+++gram. Kalau lebih lagi baik.

3) Kembangkan sikit-sikit ikut kemampuan, konsisten 1 gram sebulan sehingga bebas kewangan.

Save gold today, gold will save you tomorrow.

Mula sekarang
http://www.wasap.my/60177307520/emas+RM100
Dinar Emas adalah matawang yang digunakan oleh tamadun Islam.

Pada zaman sekarang, Dinar Emas tidak lagi digunakan sebagai matawang.

Namun ia boleh diaplikasikan sebagai simpanan, pelaburan, hadiah dan mas kahwin.

Apakah kelebihan emas?
Pertama sekali ia adalah insurans kekayaan untuk seorang manusia.

Apa maksudnya?

Emas akan memastikan anda kekal kaya! Bagaimana?

Dalam keadaan yang ekstrem seperti berlaku peperangan, kacau bilau, kejatuhan ekonomi dan politik dan hyper inflasi maka emas masih bernilai DAN BOLEH DIBAWA LARI bersama-sama anda.

Tanah dan rumah, walaupun berharga namun tidak boleh dibawa lari bersama-sama anda. Anda terpaksa tinggalkan kekayaan ini.

Sebab itulah emas dikenali sebagai insurans kekayaan.

Jika anda faham fakta ini, maka anda akan membeli emas dan simpan sebagai insurans kekayaan anda dan berdoa agar tidak berlaku malapetaka.

Sebab orang tak beli insurans kereta dan berharap esok keretanya eksiden. Namun jika kemalangan berlaku, maka insurans akan melindungi nilai kereta tersebut.

Begitu juga dengan emas. Ia adalah pelindung anda.

Beli dan simpanlah emas atas sebab ini. Ini maklumat paling asas tentang kelebihan emas.