Soalan:
En. Syukor. Harga emas dah jatuh. Nak tunggu atau nak beli sekarang?
Jawapan: Kejatuhan harga emas (termasuk perak, minyak, saham dan bitcoin juga) didorong oleh penjualan besar-besaran akibat situasi panik dalam pasaran. Pemacu utamanya ialah koronavirus. Ia semakin merebak dan tidak ada tanda-tanda akan surut.
Pedagang dan pelabur terpaksa menjual saham/emas bagi menampung kerugian yang mereka alami dan ada yang menjual bagi mengelakkan daripada kerugian yang lebih besar. Jadi jualan panik menyebabkan banyak instrumen mengalami kejatuhan harga.
Semalam (13/3/2020) President Trump telah mengistiharkan koronavirus sebagai "kecemasan negara" . Sebelum itu, Trump telah mengeluarkan larangan perjalanan keatas 26 negara Eropah daripada memasuki US. Ia bertujuan mengelakkan penyebaran koronavirus daripada masuk ke dalam US.
Untuk pengetahuan anda, sekarang ini US sudah ada 2000 kes jangkitan koronavirus dengan 43 kematian.
Baik, untuk menjawab samada sesuai membeli atau tidak? Saya akan menggunakan analisis teknikal harga emas. Pada pendapat saya analisis teknikal harga emas boleh dijadikan panduan yang baik.
Sila rujuk graf harga emas di bawah. Dengan menggunakan kaedah Fibonacci retracement, kita dapat melihat beberapa maklumat dengan jelas.
1. Harga emas tertinggi tahun ini adalah 1703 usd/Oz. Sepanjang 1 minggu ini harga emas jatuh sehingga melepasi garisan Fibonacci retracement 61.80% @ 1545 usd
Sekarang harga emas ditutup pada harga 1529 usd iaitu dibawah garisan Fibonacci retracement 61.80%
Dengan andaian harga emas dalam trend menaik dan kejatuhan ini adalah satu pembetulan harga, maka membeli emas dibawah garisan Fibonacci retracement 61.8% adalah tindakan yang bagus.
Dari segi peratus, harga emas sekarang jatuh 10.22% (daripada 1703 usd kepada 1529 usd. Jadi anda jimat 10.22% berbanding membeli pada harga puncak.
Analisis teknikal harga emas adalah panduan sahaja ok.
Nanti Isnin bila market buka, maka harga akan bergerak naik dan turun mengikut berita-berita yang berkaitan.
Harga psikologi adalah 1500 usd (belum dipecahkan lagi). Kalau berjaya pecah, ada satu lagi harga strong support @ 1450 USD.
Jadi, sesuai tak beli emas pada harga sekarang? Jawapan pendeknya: YA boleh.
Kalau ada orang tanya. Silakan #share info ini. Terima kasih 😀
#NotaEmasSyukorHashim

Gais,
Saya nak kongsi satu cerita. Berlaku kat saya 3 hari lepas.
Seorang customer saya, yang baru sangat-sangat buka akaun simpanan emas GAP tiba-tiba mesej saya nak minta tolong.
Beliau perlukan RM150 segera.
Jadi dia nak minta saya tolong jualkan emas dalam akaun beliau.
Untuk pengetahuan anda, dalam akaun GAP dia, cuma ada emas dalam 0.72 gram (RM200 ringgit)
Ia terlalu sedikit dan customer ini mungkin terpaksa menutup akaun ini jika beliau betul-betul terdesak perlukan duit.
Alhamdulillah, setelah saya jelaskan situasi ini kat dia, dia akhirnya tidak meneruskan hasrat menjual emas untuk mendapat RM150 tersebut.
Situasi ini menyebabkan saya termenung panjang.
Sepatutnya melabur emas menjadi satu pengalaman yang menyeronokkan, bukan menekan emosi anda.
Melabur emas sepatutnya menggunakan dana lebihan yang tidak digunakan dalam jangka masa panjang. Bukannya beli emas hari ini dan terpaksa jual bulan depan sebab nak pakai duit.
Itu konsep yang salah, tidak menyeronokkan dan boleh menyebabkan anda serik nak melabur di masa hadapan.
Jadi, untuk menyelesaikan dilema ini, saya nak bagi panduan kepada anda. Panduan ini saya belajar daripada Dave Ramsay, pakar kewangan dari US.
Menurut Dave Ramsay, 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐢𝐧𝐚 𝐝𝐚𝐧𝐚 𝐤𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐛𝐞𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐓𝐔𝐍𝐀𝐈 𝐬𝐞𝐛𝐚𝐧𝐲𝐚𝐤 𝟏𝟎𝟎𝟎 𝐔𝐒𝐃.
Kalau dalam RM, saya cadangkan dalam RM3,000 ke RM4,000 tunai.
Tunai ini perlu ada dalam akaun bank, akaun semasa, ASB atau Tabung Haji. Anda gunakan tunai ini bila situasi hidup mati ajer.
Kalau takde situasi hidup mati atau urgent. 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐍𝐓𝐔𝐇 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐈𝐍𝐈.
Duit ini adalah dana kecemasan anda. Ia boleh mengelakkan daripada anda jatuh susah apabila berlaku situasi kecemasan.
Selepas itu, barulah duit yang lain anda buat pelaburan seperti menyimpan emas.
Dalam buku Dave Ramsay, ini dipanggil 𝒃𝒂𝒃𝒚 𝒔𝒕𝒆𝒑 1: 𝒃𝒆𝒈𝒊𝒏𝒏𝒆𝒓 𝒆𝒎𝒆𝒓𝒈𝒆𝒏𝒄𝒚 𝒇𝒖𝒏𝒅.
Jadi gais. baby step 1 adalah KEUTAMAAN ANDA.
Saya sendiri, walaupun suka dengan emas, namun saya mempunyai wang tunai sebagai dana kecemasan, sebab takut berlakunya situasi kecemasan yang memerlukan tunai segera dengan pantas.
Pelaburan sepatutnya menjadi keseronokan.
Kita seronok beli emas dan tengok harganya naik dalam jangka masa panjang. Kita nak elakkan situasi kecemasan yang boleh menggangu emosi dan kacau fokus kita melabur.
Jadi, 𝙗𝙖𝙗𝙮 𝙨𝙩𝙚𝙥 1: 𝙗𝙚𝙜𝙞𝙣𝙣𝙚𝙧 𝙚𝙢𝙚𝙧𝙜𝙚𝙣𝙘𝙮 𝙛𝙪𝙣𝙙 𝙍𝙈3,000 𝙠𝙚 𝙍𝙈4,000 𝙗𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙖𝙣𝙩𝙪 𝙖𝙣𝙙𝙖 𝙢𝙚𝙢𝙥𝙪𝙣𝙮𝙖𝙞 𝙠𝙚𝙩𝙚𝙣𝙖𝙣𝙜𝙖𝙣 𝙛𝙞𝙠𝙞𝙧𝙖𝙣.
Fokus untuk bina beginner emergency fund anda terlebih dahulu gais.
Sila #share jika bermanfaat.
p/s: Ini buku Dave Ramsay yang bercerita tentang step ini.
#publicgold #wanitabijaksimpanemas

#TabungSimpanan #TabungHijau #TabungOren
TIPS TEKNIK MENYIMPAN
Menyimpan perlukan usaha dan teknik yang betul agar kita tak bosan.
1. Simpan Duit Siling.
Tiap kali balik kerja semua syiling yang ada masukkan dalam tabung siling dirumah. Lebih mulia masukkan tabung anak kita.
2. Simpanan 10% Gaji Kita
Lakukan secara konsisten setiap kali gaji, jangan ambil duit ini. Simpan dan lupakan sahaja.
3. Simpan Tabung Hijau.
Setiap kali jumpa duit hijau (RM5) asingkan dari beg duit kita, sampai rumah masukkan tabung warna.
4. Simpanan Tabung Oren.
Bila makam dah tinggi baru mula simpanan oren (RM20) ini. Kita akan kagum bila bukak nanti, duit kita kurang sikit saja dari duit yang menteri ada 😛
Kita sahaja yang boleh kawal tabungan kita, jika kita sering kata duit tak cukup macam mana nak simpan.
Memang padan muka, doa kita termakbul sebenarnya.
Mula dari sekarang bukan asyik merungut sahaja.
#Share jika bermanfaat ya
Credit : Dr. Azizul