Public Gold Bijak Simpan Emas
185 subscribers
1.14K photos
87 videos
26 files
402 links
Saya kongsi tips mudah simpan goldbar/barang kemas.
1 family,1 KG Emas.
Jom share channel ni dgn kwn2 anda

website : https://publicgold.me/izzatiismail

WA : https://bijaksimpanemas.wasap.my/
Download Telegram
DUA JENIS ZAKAT

Zakat dibahagikan kepada dua: (1) Fitrah (2) Kekayaan (wealth).

Zakat Fitrah boleh dibayar sepanjang bulan Ramadan (dalam praktis, ianya selalu bayar di akhir bulan Ramadan. Ianya juga perlu dilakukan sebelum sembahyang Raya). Pada amnya, ia dikenakan pada semua orang Muslim, tak kira umur, status atau tahap kekayaan. Jumlahnya adalah sedikit saja. Sebagai contoh, zakat Fitrah di Selangor pada tahun 2021 ialah RM7 seorang.

Zakat kekayaan pula, seperti namanya, ialah zakat di atas harta kekayaan. Zakat ini adalah wajib ke atas semua orang Islam dan organisasi yang cukup nisab (nilai kekayaan tersebut melebihi nilai 85 gm emas) dan cukup haul (setahun kalendar Islam).

Bayarannya ialah 2.5% daripada jumlah kekayaan.

Zakat kekayaan boleh dibahagikan kepada:

i) Zakat atas pendapatan
ii) Zakat atas perniagaan
iii) Zakat atas wang simpanan
iv) Zakat atas emas dan perak
v) Zakat atas saham
vi) Zakat atas binatang ternakan
vii) Zakat atas tanaman

Semoga info ini dapat menolong anda.

SILA SHARE

#AziziAli
#JomBayarZakat