TASMA Trader Saham
9.35K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Karakteristik dari evening star candle pula adalah seperti berikut:

1. Candle pertama biasanya menunjukan posisi saham tersebut dalam fasa uptrend nya, dimana badan candle akan Panjang dan berwarna hijau.

2. Candle kedua akan terbentuk dengan badan candle yang lebih kecil bahkan dapat juga tidak memiliki badan candle sama sekali (pola doji). Dan dapat berwarna merah (bearish) ataupun hijau (bullish).

3. Candlestick yang ketiga yang merupakan candle konfirm biasanya akan memiliki badan candle yang lebih Panjang dari badan candle kedua namun posisi close berada dibawah dan melebihi setengah badan candlestick yang pertama.
Assalamualaikum Dan selamat pagi semua..

Ini merupakan antara contoh penggunaan chart pattern analysis yang boleh Kita gunakan dalam meramalkan pergerakan saham.

Selain daripada pattern Di atas, terdapat lebih banyak lagi sebenarnya pattern2 Yang Ada, sebagai contoh cup and handle (CnS), double top, double bottom, dll.

Pada saya, jika seseorang trader itu dapat menguasai chart pattern analysis itu sendiri, ianya sangat membantu mereka secara advance.

Saya juga ada menyediakan 1 topik khas dalam mempelajari teknik Chart Pattern Analysis (CPA) ini. Ramai trader yang mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Alhamdulillah.
Berapa modal yang ideal untuk melabur saham?

RM1000? RM5000? RM10000?

Jawapan kepada soalan berapa modal yang ideal untuk melabur saham adalah berapa wang lebihan yang anda ingin laburkan. Hal ini kerana , semua orang layak untuk melabur dan seterusnya dengan wang yang kita ada, boleh menentukan kategori trader yang patut kita pilih.

Dalam pelaburan saham, ada tiga jenis pelabur dan setiap jenis pelabur ini mempunyai matlamat pelaburan yang berbeza. Jenis-jenis pelabur seperti di bawah:

Investor – matlamat pelaburan jangka masa panjang
Swing trader – matlamat pelaburan jangka masa sederhana
Intraday trader – matlamat pelaburan jangka masa pendek
Modal RM1000.

Dengan wang RM1000, anda sudah layak untuk menjadi seorang Investor. Matlamat yang perlu anda letakkan adalah pelaburan masa jangka panjang.
Modal RM5000.

Bagi yang mempunyai wang lebihan RM5000, anda boleh menjadi swing trader. Membeli dan menjual saham dalam jangka masa 2 minggu hingga ke 6 bulan. Untuk menjadi swing trader anda perlu menguasai ilmu analisa teknikal. Ilmu ini akan membantu anda untuk membuat ramalan pergerakan harga dan mengenal pasti trend aliran harga.
Modal RM10,000

Sesuai untuk orang yang mempunyai masa yang banyak untuk pasaran saham. Modal RM10,000 lebih kepada pelaburan secara intraday iaitu jual beli dalam masa yang singkat dan mengambil untung dengan naik turun harga saham. Walaupun harga naik turun itu hanyalah 1 sen atau 2 sen. Cara pelaburan intraday, anda perlu mahir dalam membaca pergerakan transaksi volume dan tindak balas harga.
πŸ“ŒKesimpulannya, modal bukan isu untuk mula melabur. Tidak kisah berapa modal yang anda ada, anda boleh melabur dengan cara pelaburan yang sesuai dengan risiko wang yang anda ada. Jika anda ada RM1000 lebih selamat anda menjadi Investor dan kembangkan wang anda dahulu. Jika anda sudah pandai menganalisa carta saham, anda boleh meningkatkan modal anda kepada RM5000 dan lebih. Jika anda seorang yang berjiwa kental, dan ilmu penuh di dada, anda boleh cuba untuk mulakan cara pelaburan intraday dengan modal RM10,000.

Tetapi tebal manapun poket anda , besar manapun akaun saham anda, pengurusan risiko adalah sangat penting. Cari dan penuhkan ilmu di dada sebelum mula melabur.
Tiga Teknik Money Management Saham Yang Terbaik

1. Dollar Cost Averaging

Ianya digunakan bagi mereka yang mempunyai kecenderungan untuk melabur kepada beberapa kaunter yang telah mereka kaji secara serius. Kebanyakan daripada mereka yang melakukan dollar cost averaging adalah dalam kalangan pelabur yang mempunyai objektif keuntungan jangka panjang. Ianya tidak sesuai bagi Day Trader.

Cara pengiraan dollar cost averaging adalah seperti berikut. Mereka akan sediakan sebahagian duit yang khusus untuk membeli kaunter tersebut. Kebanyakan dari mereka adalah pelabur yang bersifat contrarian yang bermaksud suka membeli ketika market sedang menjual dengan harapan mereka sentiasa dapat membeli saham tersebut pada harga yang murah. Kebiasaanya mereka akan pecahkan kepada 3 bahagian daripada modal tersebut dengan mengambil kira prinsip market berdasarkan Elliot Wave yang bergerak pada 3 impulsive wave yang kuat.
2. Counter Based Percentage

Ianya merupakan satu contoh money management saham yang mana telah mengasingkan pecahan modal kecil kepada kaunter-kaunter yang ingin dibeli. Dengan melakukan prinsip diversifikasi terhadap pembelian saham, kebanyakan pelabur yang menggunakan cara ini akan membeli sehingga 10 kaunter dan hold sehingga mencapai profit yang diidamkan. Mengikut teori, dengan membeli sehingga lebih dari 13 kaunter dari berbagai jenis saham sama ada bersifat Non Cyclical, Cyclical, Growth dan sebagainya akan memberikan pulangan keuntungan pada pelabur dalam jangka masa panjang.

Cara pengiraannya cukup mudah iaitu dengan membahagikan modal pelaburan kepada 10. Sebagai contoh modal pelaburan adalah RM 10,000 dan dibahagi dengan 10. Oleh itu, anda mempunyai limit sebanyak RM 1,000 pada setiap kaunter yang ingin anda beli. Selain mendapat keuntungan melalui dividen tahunan, saya sarankan untuk anda Sell semula melalui capital gain apabila mencapai growth melebihi 10% dalam setahun.
3. 2% Risk Per Trade

Ianya satu set money management saham yang sangat sesuai bagi para trader atau pelabur yang inginkan keuntungan pada jangka pendek. Oleh itu, mereka yang suka untuk membeli di kaunter penny stock atau Ace Market disarankan untuk menggunakan money management investasi saham bentuk ini. Jika anda menggunakan set money management yang lain, berkemungkinan modal anda akan lebur kerana kebanyakan syarikat yang tersenarai dalam Ace Board masih belum mempunyai sejarah kekuatan kewangan syarikat.
Salam Jumaat semua..

Bagaimana nak tentukan Pemilihan kaunter dengan mengikuti Trend dan juga Money Management (MM).
Kaunter yang macamana sesuai untuk kita pilih berdasarkan MM yang kita ada. πŸ‘‡

https://www.youtube.com/watch?v=lojaounOip0
Heiken Ashi merupakan sebuah indikator yang akan menunjukkan purata harga harian pada sesuatu timeframe.

Di dalam heiken ashi terdapat dua jenis candle iaitu bullish candle dan bearish candle sahaja.

Yang menariknya mengenai heiken ashi, anda tidak perlu untuk menghafal berbagai-bagai jenis pattern candle untuk menentukan continuity ataupun reversal sesuatu harga.
Asas Bacaan Teknik Trading Dengan Heiken Ashi

πŸ“ŒBuy apabila indikator menunjukkan candle berwarna Hijau
πŸ“ŒSell apabila indikator menunjukkan candle berwarna merah
πŸ“ŒCandle tanpa shadow berlawanan menunjukkan momentum yang sangat kuat
πŸ“ŒCandle dengan shadow berlawanan menunjukkan momentum sedang melemah
Assalamualaikum dan selamat ptg. Hari ni saya nak share tips berkaitan dengan Candlestick Pattern

APAKAH ITU CANDLESTICK PATTERN?

Candlestick pattern adalah elemen penting dalam teknikal analisis. Setiap trader wajib tahu ilmu candlestick sebagai panduan untuk mereka analisa pergerakan harga di dalam market.

Boleh tengok contoh di dalam gambar diatas, dari bentuk candlestick kita sudah boleh jangka pergerakan harga seterusnya.

Diharapkan anda semua dapat sedikit ilmu dari perkongsian ni😊
Happy Trading semua😊

Menjadi seorang trader berjaya memang akan melalui fasaΒ² yang penuh cabaran dari segi mental emosi dan psikologi.

Adalah lebih baik kita bergerak mengikut kemampuan diri dan jangan kita bandingkan dengan orang lain kerana setiap orang laluannya berbeza.

Kena tahu level level point penting yang akan kita lalui. Kerana kita tahu diakhirnya nanti hanya kita sahaja yang merasai manisnya profit trading yg konsisten.

Jangan mengalah dan mula semula
Ada sebuah cara sederhana untuk menentukan support dan resistance, iaitu dengan menerapkan langkah-langkah berikut:

1. Cari history pergerakan harga saham pada suatu waktu tertentu.
2. Cari titik tertinggi dan terendah dari pergerakan harga tersebut.
3. Tarik garis horizontal pada titik tertinggi dan terendah tersebut.
Bagi beginners, menentukan S&R agak rumit jika tidak biasa melihat chart, jadi untuk permulaan gunakan chart berbentuk β€˜line chart’ terlebih dahulu.
.
Letakkan garisan melintang di puncak atau hujung line chart tersebut. (gambar 1)
.
Kemudian, baru tukarkan semula kepada candlestick chart. (gambar 2)
Leader dan Laggard

Leader adalah sebuah kaunter yang menjadi peneraju dalam industri tersebut. Leader tidak semestinya diwakili oleh sebuah kaunter, mungkin 4 atau 5 kaunter boleh dipilih sebagai leader dalam sesebuah sektor tersebut. Biasanya leader akan cepat memberi tindakbalas terhadap sesuatu catalyst. Catalyst yang dimaksudkan adalah yang bersifat besar, bukan tiny part macam skandal BOD. Contohnya catalyst Covid-19. Bila adanya catalyst yang besar seperti ini, banyak kaunter kaunter dari Health Sector mula rally secara mendadak.

Laggard pula adalah sebaliknya berbanding leader. Pastinya kaunter laggard lebih banyak jika dibandingkan dengan leader. Laggard selalunya lambat bereaksi dengan catalyst catalyst besar ini. Jadi apabila berlaku sesuatu catalyst besar, kaunter akan rileks dulu, kemudian baru akan follow impak catalyst tersebut.
Siapa Leader dan Siapa Laggard??

1. Gunakan Index Sektor Sebagai Leader dan selain dari itu adalah Laggard
2. Gunakan kaunter yang mempunyai Market Cap terbesar sebagai Leader dan lain-lain sebagai laggard
3. Gunakan apa apa faktor yang menyumbang kearah Market Cap terbesar seperti PE Ratio dan Harga Semasa Kaunter.

πŸ“Œ jika indeks secara overall dalam keadaan bullish, ini bermaksud market telah bereaksi dengan catalyst semasa. Dan yang penyumbang terbesar kepada kenaikan indeks sektor tidak lain tidak bukan adalah kaunter kaunter yang mempunyai marketcap yang cukup tinggi.