TASMA Trader Saham
9.35K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Antara Leader Dan Laggard yang terdapat di dalam Bursa Malaysia
Ada apa dengan DIVERGENCE?

Divergence adalah satu keadaan yang mana harga sesuatu aset bergerak berlawanan dengan indikator teknikal dan kebiasaannnya indikator dari kelas oscillator, ataupun berlawanan dengan data data yang lain.
.
Divergence juga ingin memberi amaran bahawa trend semasa mungkin semakin melemah dan reversal trend akan berlaku pada bila bila masa sahaja.
Terdapat dua jenis divergence iaitu :
1. Bullish divergence
2. Bearish divergence.
.
Bullish divergence menunjukkan kebarangkalian untuk uptrend reversal terjadi selepas pergerakan downtrend manakala bearish divergence menunjukkan uptrend semakin melemah dan reversal downtrend bakal terjadi.
Risiko Melabur Dalam Saham Mahal Vs Saham Murah

Pelabur baru sangat tidak digalakkan untuk membeli saham yang berharga murah terutamanya penny stock.
▪️ Penny stock merujuk kepada saham yang didagangkan pada harga di bawah RM 0.20 sesaham.

⚡️ Ini kerana, risiko yang perlu ditanggung oleh pelabur atas penurunan harga bagi 1 bid untuk saham berharga murah adalah lebih tinggi berbanding saham mahal.
▪️ Saham mahal merujuk kepada saham yang didagangkan pada harga RM 1.00 sesaham dan ke atas.
⚡️ Dalam pelaburan saham, penting untuk pelabur mengambil kira risiko pelaburan terlebih dahulu sebelum keuntungan.
⚡️ Pengurusan kewangan melalui pengurusan risiko bakal menentukan berapa lama pelabur/pedagang mampu bertahan dalam pasaran saham.
⚡️ Berdasarkan gambar di atas, anda dapat lihat walaupun menggunakan jumlah modal pelaburan yang sama, tetapi risiko pelaburan adalah berbeza bergantung kepada jenis saham yang dibeli.
▪️ Jika anda membeli saham murah, anda menanggung risiko sebanyak 5 % (RM 250) bagi setiap RM0.005 @ 0.5 sen kejatuhan.
▪️ Manakala, jika anda membeli saham mahal, anda hanya menanggung risiko sebanyak 1% (RM 50) bagi setiap RM 0.01 @ 1 sen kejatuhan.
4 Cara Set Stoploss Dalam Trading

Ada 4 cara atau approach yang boleh gunakan. Biasanya ia tidak rigid untuk gunakan satu, bahkan boleh combine dua atau tiga cara sekaligus dalam satu masa. Berikut adalah cara caranya:

1. Berdasarkan kiraan Risk and Reward Ratio
2. Berdasarkan kepada keadaan teknikal
3. Berdasarkan kepada trailing stop
4. Berdasarkan kepada jangkamasa.
Pertama, ini adalah cara kiraan risk and reward ratio. Biasanya kita akan guna RR 1:3 atau RR 1:2. Jadi secara statistiknya, jika trader loss sekali, anda masih untung sebab RR anda cantik. Contoh aplikasi RR ni, entri harga RM 1.00, take profitnya adalah RM 1.60. Jadi Stoploss mestilah dekat RM 0.80 untuk R3 ataupun RM 0.70 untuk R2.
Kedua adalah berdasarkan keadaan teknikal. Biasanya orang akan set stoploss mereka sama ada dibawah Support, Swing Low ataupun Low Candlestick formation. Bagi pandapat kami, cara yang terbaik adalah meletakkan Stoploss anda di kawasan Swing Low sebab ia memberi ruang untuk harga naik dan turun sebelum meroket. Takut nanti bila letak dekat low candlestick, price makan dulu SL baru dia naik.
Trailing stop.
Cara ini kena tengok pada broker masing masing adakah mereka menyediakan features trailing stop ini. Di Malaysia belum ada lagi broker saham yang bagi features ni . Untuk kefahaman, trailing stop ni akan adjust secara automatik tanpa anda perlu adjust secara manual. Katakan anda beli pada harga RM 1.10, dan trailing stop sebanyak 10 bid dan harga di RM 1.00. Bila harga naik pada RM 1.20, trailing stop akan adjust belakang current price 10 bid, menjadikan stoploss terkini adalah RM 1.10, bukan lagi RM 1.00
Jangkamasa. Sebagai contoh, trader dah set nak hold selama sebulan je, lepas sebulan berapa yang untung atau rugi akan close jugak. Jadi, tengok kepada trade
r jenis apa semua ni. Jika anda salah seorang trader intraday, sebelum market close kena la tutup, jika mid swing, mungkin letak sebulan kemudian close.
MACD Indikator
.
MACD ni ialah Moving Average Convergence Divergence. Indikator ini antara Indikator yg penting utk melihat signal Buy Dan Sell. Selain melihat kaunter itu uptrend ataupun downtrend.
.
Macamana ianya berfungsi? Ianya lebih kurang seperti Moving Average biasa tetapi lebih advance.
.
Ringkasannya, anda Akan dpt signal strong buy Dan sell, ataupun weak buy Dan sell, bergantung kepada zone mana berlakunya persilangan itu.
.
Apabila anda belajar, baru anda akan excited berkenaan MACD ni Dan lebih faham akan maksud setiap line biru, line merah, Golden Cross, zone positive Dan zone negative itu.
Boleh Play Video berkenaan MACD Bursa Malaysia di link Youtube 👇

https://m.youtube.com/channel/UC_0GlLfoeXR2C6431LVqFzA
Saya ada modal, macamana nak bahagikan modal dalam membeli kaunter2 saham?

Menghadapi pasaran saham yang turun naik sebagai seorang trader menjadi suatu hal yang cukup mencabar. Alasannya kerana emosi psikologi ikut terpengaruh. Contohnya ketika pasaran saham sedang uptrend, trader akan tergoda untuk menambah pegangan lot. Jika market jatuh, tak jumpa cara Cut-Loss. Akibatnya, saham tersangkut kerana jumlahnya terlalu banyak.

Maka, penting untuk mengatur portofolio dari awal. Caranya dengan memperuntukkan sebahagian besar modal untuk saham investing terlebih dahulu atau saham-saham yang punya fundamental kuat. Kemudian diikuti dengan swing trading, trend following, dan scalping.
Tips:

Pecahan untuk swing trading, trend following, dan scalping boleh disesuaikan kembali tergantung dengan skill dan keadaan market. Contohnya ketika market uptrend, pecahan trend following boleh diperbanyak. Sedangkan kalau tanda-tanda uptrend baru muncul, pecahan trading boleh dimaksimakan untuk swing.
Double Bottom dan Double Top merupakan antara Reversal Pattern.
.
Reversal pattern berlaku selalunya pada penghujung aliran menurun atau penghujung aliran menaik.
.
Bullish reversal adalah petanda bahawa pasaran akan bergerak dari aliran menurun kepada aliran meningkat manakala bearish reversal adalah petanda bahawa pasaran akan bergerak dari aliran menaik kepada aliran menurun.