TASMA Trader Saham
9.35K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Bullish Reversal Pattern

Pembentukan pattern Double Bottom berlaku setelah pasaran berada dalam aliran menurun untuk beberapa ketika. Double bottom berlaku apabila terdapat dua cubaan harga membuat new low di mana cubaan kedua lebih tinggi dari yang sebelumnya.

Apabila pattern ini berkalu ia memberikan gambaran bahawa sentimen pelabur sudah mula bullish.

Kita boleh bersedia untuk memasuki pasaran apabila berlaku breakout pada harga resistance terdekat.
Bearish Reversal Pattern

Pembentukan pattern Double Top berlaku setelah pasaran berada dalam aliran menaik untuk beberapa ketika. Double top berlaku apabila terdapat dua cubaan harga membuat new high di mana cubaan kedua lebih rendah dari yang sebelumnya.

Pembentukan pattern selalu berlaku di dalam pasaran dan ianya mudah untuk dikesan. Apabila terdapat pattern seperti di atas, anda perlu berhati-hati kerana kebarangkalian harga untuk menjadi aliran menurun itu lebih tinggi.
Bull trap 😭

Take note! Ini adalah situasi di mana pergerakan harga saham memberikan petunjuk belian yang palsu dengan melakukan breakout dari paras harga tertinggi dan harga saham seakan bakal meneruskan pergerakan uptrend.
.
Namun, apabila situasi bull trap berlaku, harga saham berjaya melakukan breakout tetapi tidak berjaya meneruskan pergerakan uptrend. Sebaliknya, harga saham kembali turun di bawah paras breakout tersebut dan meneruskan pergerakan downtrend.
.
Ianya digelar bull trap kerana pergerakan harga sebegitu banyak membuat pedagang dan pelabur tersilap percaturan dengan membuat belian ketika breakout terjadi dan akhirnya terperangkap dengan membeli pada harga yang tinggi.
.
Situasi ini juga mengakibatkan pedagang dan pelabur hanya mempunyai dua pilihan, sama ada melakukan cut-loss ataupun terus memegang saham tersebut dengan berharap harga saham akan kembali meningkat pada masa akan datang.
Terdapat dua keadaan bull trap iaitu:
1) Shadow Break
2) Body Break
.
Yang paling bahaya adalah Body break kerana antara rules untuk sesebuah breakout tersebut berjaya adalah body candlestick berjaya melepasi paras resistance. Jika dibandingkan dengan shadow break, kita nampak dengan jelas bahawa body candlestick masih berada dibawah resistance line dan hanya meninggalkan shadow sahaja di kawasan resistance.
📌Cara elakkan Bull Trap

1) Gunakan timeframe yang besar kerana kebanyakan bull trap banyak berlaku pada timeframe kecil. Yang paling kita takutkan adalah jenis Body Break. Ini yang kita runsingkan sebab kriteria breakout yang baik ada di dalam bull trap jenis body break ini. Oleh itu, anda disarankan untuk menggunakan middle timeframe ataupun high timeframe untuk mengurangkan pendedahan anda terhadap bull trap.

2) Tukar terus strategi trade anda. Secara amnya, strategi trading hanya ada tiga iaitu Buy on Breakout, Buy on Retracement dan juga Buy on Pullback. Jika anda rasakan anda tidak mampu untuk menanggung risiko Bull Trap, anda boleh cari teknik trading lain yang menggunakan konsep Buy on Retracement ataupun Buy on Pullback.
Kajian Fundamental

Kajian fundamental(FA) bertujuan untuk kita mengenali baik buruk sesebuah syarikat dengan lebih mendalam. Antaranya:
📌Jenis perniagaan yang dijalankan,
📌pengurusan syarikat,
📌pendapatan dan kewangan syarikat
Kajian Teknikal

Kajian teknikal pula merupakan kajian terhadap harga yang terdahulu untuk menjangkakan harga di masa hadapan dengan menggunakan carta.

Antara komponen penting dalam kajian teknikal ini adalah:
📌Trendline
📌Bentuk Candlestick
📌Volume atau jumlah dagangan semasa
Analisis Fundamental & Analisis Teknikal ➡️ C.A.N.S.L.I.M

Secara keseluruhannya, kedua-dua kajian baik fundamental atau teknikal mempunyai kelebihan dan kekurangan masih-masing.
.
Sebagai pelabur adalah lebih baik untuk kita menggunakan kedua-dua kajian ini untuk mendapat gambaran secara keseluruhan dalam mengatur strategi pelaburan ini.
.
Oleh itu, pelabur boleh mencuba untuk menggunakan Kaedah CANSLIM.
1. C- Current Earnings
Current Earnings ini bertujuan untuk kita melihat pertumbuhan perolehan terkini sesebuah syarikat berbanding tahun sebelumnya.
.
2. A- Annual Earnings.
Perolehan ini perlu dinilai untuk tempoh masa beberapa tahun sebelumnya untuk mengenal pasti bagaimana keadaan perolehan sesebuah syarikat dalam keadaan ekonomi yang berbeza.
.
3. N- New Products, New Management, New High
Ini boleh digunakan untuk mengenal pasti berita-berita baharu yang berpotensi menjadi pemangkin kepada pergerakan harga saham sesebuah syarikat berkenaan
.
4. Supply And Demand
Penawaran dan bekalan ini digunakan untuk melihat minat belian saham sesebuah syarikat itu dengan melihat jumlah purata dagangan. Harga saham yang mempunyai jumlah unit saham dagangan yang sedikit adalah lebih volatile berbanding jumlah unit saham yang banyak.
.
5. Leader and Laggard
Kita boleh tentukan sama ada syarikat itu leader atau laggard, di mana syarikat leader biasanya akan lebih sensitif dan bertindak balas dengan lebih cepat kepada berita di pasaran berbanding syarikat laggard.
.
6. Institutional Ownership
Institusi-institusi kewangan atau pelaburan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Permodalan Nasional Berhad (PNB), syarikat unit trust dan pelbagai institusi yang lain mempunyai pakar-pakar yang membuat kajian secara terperinci sebelum membuat keputusan pelaburan mereka. Sekiranya institusi ini mempunyai pegangan dalam syarikat tersebut, bermakna saham syarikat itu berpotensi untuk uptrend.
.
7. Market Direction
Pasaran mempunyai beberapa fasa aliran seperti fasa aliran menaik (uptrend), fasa aliran menurun (downtrend) dan fasa aliran mendatar (sideways). Mengetahui arah pasaran adalah penting kerana kebanyakan saham bergerak seiring dengan pergerakan pasaran.
Teknik Trailing Stop

Trailing stop adalah teknik untuk menjaga keuntungan secara berterusan, selagi mana harga saham bergerak dalam arah yang memihak kepada keuntungan pelabur. Teknik ini mampu membantu memaksimakan nilai dan peratusan keuntungan dalam pelaburan.

Pada kebiasanya trailing stop ini diletakkan sebelum mula membeli, dengan kata mudah sama seperti target price. Walaubagaimanapun ianya boleh diubah-ubah mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Trailing stop ini hanya bergerak dalam satu arah, kerana ianya dibentuk untuk mengunci harga keuntungan dan kadar kerugian. Apabila trailing stop ini bergerak ke atas, ianya tak boleh ditukarkan ke bawah.
Apa Tujuan Trailing Stop?

📌Untuk mengelakkan dari tersangkut di lembah kerugian selepas mendapat keuntungan
📌Membantu meletakkan titik penjualan selepas stock naik dalam kawasan yang memihak kepada pelaburan kita
📌Paling penting, membantu mengurangkan permainan perasaan dan emosi dalam pelaburan
Trailing Stop VS Target Price

Namun trailing stop adalah berbeza dengan target price. Target price adalah tempat menjangka harga jual di paras yang ditentukan, traling stop adalah melepaskan pegangan selepas saham membuat keuntungan yang berterusan. Biasanya ianya boleh menggunakan pengiraan harga yang tetap (fix amout) atau menggunakan indikator.
Trailing Stop VS Cut Loss?

Perbezaan utama di antara cut loss dan trailing stop adalah daripada segi daya tarikan trend yang menuju ke atas atau ke bawah. Dan trailing stop ini dibentuk dengan lebih fleksibel berbanding stop loss, selagi mana harga masih berada dalam keadaan menguntungkan posisi trailing stop boleh berubah-rubah mengikut keadaan harga.

Cut loss pula adalah harga melepaskan pegangan selepas harga jatuh ke bawah daripada harga belian, yang mana cut loss ini tidak fleksibel berbanding trailing stop. Ini kerana cut loss akan membawa kepada kerugian yang lebih besar sekiranya tidak disiplin.

Namun bagi trailing stop ianya akan membawa kepada keuntungan yang berkurangan sekiranya tidak menjualnya pada paras trailing stop.
Bagaimana nak tentukan Trailing Stop?
1. Jual pada harga bawah harga rendah sebelumnya (previous low)

Harga saham memang akan bergerak secara zigzag. Setiap yang naik pasti akan turun, begitu juga dengan saham yang terbang tinggi (bull), pasti akan membuat penurunan semula (retracement) sebelum meneruskan kenaikan.

Maka, pegangan saham masih boleh di simpan selagi mana harga stock berkenaan tidak mencecah atau melebihi paras rendah (previous low) sebelumnya.
2. Melepasi garisan trend (Break trend line)

Antara asas dalam pelaburan saham adalah support resistant dan trendline turun naik. Garisan ini yang akan menentukan sama ada kenaikkan akan terus bertahan atau berlaku perubahan (downtrend).

Untuk ini,, pegangan saham dilepaskan selepas harga melepasi atau memecah trendline yang dilukis ke arah menaik (bull).
3. Moving Average

Moving Average adalah petunjuk yang menunjukkan purata harga masa lalu dan berbentuk garis pada carta. Untuk senang faham, Jika harga melepasi garis MA, JUAL.

Antara cara mudah untuk mengenal pasti trailing stop menggunakan moving average adalah:

1) Tentukan jenis trend yang ingin anda naiki
2) Gunakan Purata Pergerakan yang sesuai
3) Keluar apabila harga ditutup melebihi dari itu

Ini bermaksud jika anda ingin menaikkan trend jangka pendek, anda boleh mengekori kerugian anda dengan Moving Average 20 MA (MA-20) – dan keluar sekiranya harga ditutup melebihi paras ini.

Pelabur boleh cuba menggunakan :
1) MA-10 bagi trader short term,
2) MA-50 bagi tempoh trend jangka sederhana
3) MA-200 – bagi pelabur trend jangka panjang.
4. Guna Peratusan %

Tentukan peratusan stop loss di mana anda akan keluar dari pemilikan. Konsep ini hampir serupa dengan cutloss, Ia boleh menjadi 10%, 20%, atau apa sahaja peratusan yang ditentukan.

Sebagai contoh:

Sekiranya anda membeli saham ABC pada harga RM100 dan harga turun 10%. Dan andai kata harga mencapai Tertinggi pada RM150, Jika saham ABC turun 10% (dari yang tertinggi sebelumnya), pelabur akan melepaskan pemilikan sahamnya jika harga turun 10% (-RM15) pada RM135 .