TASMA Trader Saham
9.34K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Punca KeGAGALan dalam Trading
1. Terlalu awal dalam posisi.

Setelah mengenalpasti saham yang hendak dibeli, trader membuat support & resistance dengan betul namun apa yang terjadi ialah trader membuat posisi entry terlalu awal sebelum ia mencapai/hampir dengan support. Setelah trader berada dalam pasaran, harga saham tadi turun lagi dan lagi sehingga beberapa hari. Apabila melihat harga semakin turun, trader mula membuat keputusan untuk menjual kerana bimbang harga akan turun lagi. Setelah trader menjual saham tersebut, harganya tiba-tiba naik semula. Sebenarnya harga rebound/yang naik tadi adalah valid support.
2. Kejar harga.

Keadaan ini berlaku bagi saham yang breakout dan trending stoks yang melibatkan trader INTRADAY, FAST IN FAST OUT dan seumpamanya. Ingat, 80% trader gagal dalam strategi breakout pada attemps pertama iaitu entry ketika breakout berlaku. Pada waktu itu harga telah berada di kemuncak dan statik sehingga pasaran tutup pada petangnya.
.
Ada juga yang turun semula harganya setelah breakout 1st attemp. kita mula perasan, bila kita beli harga terus turun. Ini kerana seller kategori smart money/intraday trader mula jual 10-30% pegangan dimana trader runcit yang membelinya. Pada esoknya harga mula pullback dan kerana takut, kita pun jual saham itu tadi. Beberapa hari kemudian, kita lihat harga saham yang kita jual tadi naik semula setelah pullback beberapa hari.
3. Di penghujung trend

Kegagalan trader untuk mengenalpsti trend pergerakan harga semasa akan menyebabkan trader terperangkap dalam dagangan yang telah dibuat. Memahami trend pergerakan harga merupakan asas penting kepada trader khususnya trader baharu supaya kita dapat membuat plan yang betul mengikut jenis dagangan trader. Apabila gagal memahami trend dan kedudukan harga semasa menyebabkan trader memasuki pasaran ketika harganya berada di penghujung trend dan harganya mula menurun.
4. Missvolatility

Pergerakan harga saham adalah dalam bentuk volatile iaitu bergerak dalam " turun-naik" ataupun dalam bentuk zig-zag. Kesilapan yang sering berlaku ialah memasuki pasaran ketika harga dalam highest volatile iaitu harga pada kedudukan yang sudah tinggi. Ini kerana trader tidak dapat mengenalpasti kedudukan harga semasa sama ada berada di lower low(LL), Lower High(LH), Higher High(HH), ataupun Higher Low(HL).
5. Teknik Harapan

Teknik ini merupakan teknik pemusnah atau bom jangka kepada semua perancangan atau trading plan yang telah dibuat. Malah ia sentiasa menghantui dan meracuni trader dalam aktiviti dagangan. Semua plan dan forming sudah cantik dan terbaik, namun teknik harapan menjadi perangkap abadi. Harga sudah touch resistance namun trader berharap ia naik lagi dengan alasan stok tengah trending.
.
Profile sudah hijau, namun akhirnya menjadi merah. Harga sudah melepasi support namun trader berharap ia akan rebound dalam masa terdekat. Profile yang merah semakin kemerahan. Capital atau dana mula stuck. Tak bergerak sebab tersangkut.
Selain daripada Teknikal Analisis, Fundamental Analisis, Pengurusan Emosi, 1 bab lagi iaitu Money Management (MM) juga penting.
Nak labur byk2 kaunter ke atau fokus pada 1 kaunter ke atau macamana?
.
Sini ada jawapannya 👇
Semoga bermanfaat
Support and Resistance (SnR)

Topik SnR adalah satu topik yang besar dan perlu dikuasai oleh trader. Saya cuba ringkaskan. Nak faham tentang SnR, kena sentiasa latih diri dengan melihat seberapa banyak mungkin chart.

Setiap trader mempunyai SnR yang berbeza. Bergantung pada tahap kebolehan menerima risiko. Tapi secara asasnya, SnR ini boleh ditentukan dengan melihat pada sejarah sesebuah chart.

Support (Sokongan)
=============
- Support ni terbentuk apabila berlaku penurunan harga saham, dan menyentuh pada harga yang sama beberapa kali.
- Lagi kerap harga berada pada aras tersebut, lagi kuat support yang terbentuk.
- Aras support sesuatu harga ni boleh terbatal sekiranya, harga turun bawah daripada harga support td. Break support.

Resistance (Rintangan)
================
- Resistance terbentuk jika harga saham pernah naik sehingga ke aras tertinggi sebelum harga saham turun.
- Jika harga saham pernah mencapai RM1 dan kemudian turun membuat support pada RM0.90. RM1 adalah resistance terhampir.
- Jika harga melepasi harga resistance, potensi untuk harga saham pergi lebih jauh  adalah tinggi.
- Tapi mesti digabungkan dengan volume. (jumlah belian)
- Trader perlu berhati hati dengan aras rintangan. Ini kerana apabila harga saham tidak berjaya melepasi harga resistance , kemungkinan akan berlaku penurunan.

Persoalannya, Di mana True support? Macamana Kita Nak tau support Tu betul2 kat akar ke atau dekat pucuk?
Corporate Exercise Yang Beri Impak Kepada Harga Saham

Corporate Exercise merupakan aktiviti yang korporat yang dilakukan oleh syarikat yang tersenarai di pasaran saham. Ianya akan memberikan kesan kepada pemegang-pemegang saham syarikat tersebut.

Antara corporate exercise yang selalu kita dengar seperti pemberian dividen, bonus issue, rights issues, share split dan juga share consolidation.
1. Bonus Issue

Bonus issue terbahagi kepada dua iaitu:
1) bonus issues of free warrant
2) bonus issue of free ordinary shares.

Bonus issue ini berlaku apabila syarikat menerbitkan saham tambahan berdasarkan jumlah saham yang sedia ada. Pemberian bonus issue ini biasanya akan diumumkan dalam bentuk nisbah seperti 2:1. Ini bermakna dengan setiap satu pegangan saham yang dimiliki, pelabur akan mendapat dua saham percuma daripada syarikat.

Apabila aktiviti bonus issue ini telah terlaksana, harga saham syarikat akan turut berubah. Jika dulunya harga sesebuah saham syarikat berkenaan adalah RM2.00 seunit, selepas bonus issues dengan nisbah 2:1 ini, harga saham syarikat berkenaan juga akan terbahagi mengikut nisbah bonus issues berkenaan. Harga terbaru saham syarikat akan menjadi sekitar RM1.00 dan jumlah saham yang diapungkan dalam pasaran akan meningkat kepada dua kali ganda.
2. Share Split Atau Subdivision

Share split pula biasanya dilakukan dengan tujuan untuk menjadikan harga saham syarikat menjadi lebih mampu milik. Aktiviti share split ini akan membahagikan satu unit saham yang dimiliki kepada beberapa unit lain mengikut nisbah yang ditetapkan.

Jika nisbah share split adalah 1:2, dengan setiap satu unit saham yang dimiliki, saham tersebut akan terbahagi kepada dua unit. Jika perasan, cara bacaan nisbah untuk share split berbeza dengan bacaan nisbah bonus issues.

Sama dengan bonus issue, share split ini juga akan menyebabkan harga saham syarikat berkenaan berubah mengikut nisbah pecahan yang ditetapkan. Kebiasaannya harga akan jadi lebih murah selepas aktiviti ini dilaksanakan.
3. Share Consolidation

Aktiviti share consolidation adalah berlawan dengan share split di mana beberapa unit saham akan digabung untuk meningkatkan harga saham dan mengurangkan jumlah saham yang diapungkan. Sekiranya nisbah share consolidation adalah 1:10, ini bermakna untuk setiap 10 unit saham yang dimiliki oleh pelabur, saham tersebut akan digabungkan menjadi satu unit.

Harga saham syarikat berkenaan akan naik selepas aktiviti share consolidation ini dilaksanakan mengikut nisbah yang ditetapkan. Namun jumlah unit pegangan pelabur dan jumlah saham yang diapungkan di pasaran juga akan berkurangan.
Candlestick & Chart Pattern.
Topik biasa, tapi luar biasa?

Semua org tahu candlestick, tapi faham ke apa yang candlestick tu cuba sampaikan?
Beberapa Candlestick akan membentuk Chart Pattern, tapi faham ke apa yang Chart Pattern tu cuba sampaikan?
.
Dalam banyak2 Candlestick, tahu ke nama2 setiap candlestick? Doji, Hammer, Morubozu, Shooting Star, dah khatam? Selalu jumpa & selalu guna? Faham betul2 maksudnya?
.
Belum masuk topik Chart Pattern lagi, ada Cup & handle, Triple Bottom, Flag & sebagainya.
Tak perlu jawab semua soalan ni. Tanya diri sendiri, jawab sendiri.
Penjelasan ringkas bagi maksud setiap candlestick 👆

Jangan Lupa LIKE dan SUBSCRIBE Channel Youtube TASMA Trader
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-65 buat seluruh rakyat Malaysia.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Apa itu Market Depth

Market Depth bermaksud kebolehan pasaran untuk menyerap jumlah order sama ada buyer atau seller dalam setiap tingkat harga. Ia secara langsung akan menunjukkan jumlah que buyer dan seller pada setiap tingkat harga.
.
Dengan melihat berapa ramai que buyer dan seller ini, pelabur tahu dimanakah tingkat harga yang ramai penjual atau pembeli bagi menguruskan aktiviti jual beli. Info market depth ini dikemaskini secara real time.