TASMA Trader Saham
9.35K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Scammer Alert‼️

Mereka menggunakan identiti sy untuk memancing anda untuk membuat pembayaran. Sila laporkan group ini..
.
Sy hanya ada 2 sahaja channel.
.
https://t.me/tasmatrader_saham
Dan
https://t.me/tasma_trader_global
Sila buat laporan kepada dia ni. Sy tidak kenal dan sy tidak mengambil sebarang duit dari mana2 trader. Sila jangan tertipu!!
TASMA Trader Saham pinned «Scammer Alert‼️ Mereka menggunakan identiti sy untuk memancing anda untuk membuat pembayaran. Sila laporkan group ini.. . Sy hanya ada 2 sahaja channel. . https://t.me/tasmatrader_saham Dan https://t.me/tasma_trader_global»
Aktiviti short selling

Short selling atau jualan singkat adalah suatu proses di mana keuntungan diperoleh dengan kejatuhan harga saham. Secara ringkasnya, anda akan menjual saham yang dipinjam dari broker atau Central Lending Agency (CLA) pada harga yang tinggi, dan kemudian membelinya semula pada harga yang rendah.
IDSS atau jualan singkat intra hari adalah salah satu daripada jenis dagangan penjualan singkat yang dijalankan dalam hari yang sama. Aktiviti IDSS ini boleh dilakukan oleh kesemua pedagang Bursa Malaysia, tidak kira lah sama ada pedagang runcit, mahupun institusi.

IDSS membenarkan pelabur menjual sekuriti yang bukan milik mereka, dan kemudian membeli semula sekuriti yang sama. Semua posisi jual mesti ditutup dengan posisi beli dalam hari dagangan yang sama.
Penggantungan short selling untuk sesuatu saham apabila:

📌Harga saham jatuh lebih 15% daripada harga tutup pada hari dagangan sebelumnya. Sebagai contoh, saham syarikat Airasia telah jatuh melebih 15%. Justeru, aktiviti short selling untuk saham syarikat Airasia digantung dengan serta-merta pada hari tersebut.
📌Volume short sale melebihi 3% iaitu had maksima harian bagi sesuatu syarikat.
Kesimpulan
Aktiviti short selling menambah kecairan serta votality pasaran Bursa Malaysia. Selain itu, kebenaran untuk berdagang dua hala juga boleh menarik pelabur luar untuk melabur dalam pasaran tempatan.

Namun begitu, short selling adalah berisiko tinggi dan hanya pedagang yang berpengalaman serta mempunyai dana yang besar sahaja digalakkan untuk melakukan aktiviti ini.
8 nasihat untuk Newbie Trader
1. Mulai Dengan Belajar Trading Saham

Trading adalah salah satu transaksi berisiko tinggi. Oleh kerana itu, apabila Anda tidak dilengkapi dengan pengetahuan yang cukup, Anda berisiko untuk kehilangan modal pelaburan Anda. Jadi ingat, nak mulakan trading, guna duit lebihan, bukan guna duit harian.
2. Mulai Dengan Trading Saham Bursa

Saran kedua bagi newbie trader adalah dengan mulai trading saham. Alasannya adalah instrumen trading lainnya seperti, forex, options, indeks, komoditi berharga memiliki aspek fundamental yang relatif lebih susah dipelajari berbanding saham.

Dengan membeli saham terlebih dahulu, Anda dapat mempelajari fundamental seperti keadaan kewangan syarikat, keadaan ekonomi negara Malaysia saja dan lain-lain. Saham Bursa lebih santai.
3. Pilih Broker Yang Tepat

Terdapat banyak broker di Malaysia ni, pilih yang menepati ciri2:

Platform mesra pengguna.
Teknologi yang ditawarkan dalam urusan system.
Broker yang dipercayai dan dikenali.
Caj transaksi yang dikenakan.
Kemudahan pembelian/penjualan saham baik dari atau ke broker tersebut.
4. Belajar Menguruskan Risiko

Trading adalah salah satu transaksi berisiko tinggi. Akan tetapi, bukan bererti risiko tersebut tidak dapat dikurangkan. Sebagai seorang calon trader handal, Anda harus tahu cara menguruskan risiko.

Salah satu cara pengurusan risiko trading yang sesuai untuk pemula adalah memulakan trading dengan sedikit modal dan memulakan trading dengan menggunakan wang lebihan (bukan pinjaman). Bahagi sedikit modal tersebut dengan membeli beberapa kaunter sekaligus sehingga ketika harga salah satu kaunter kerugian, Anda masih memiliki keuntungan dari kaunter lainnya.

High Risk, High Rewards. Pilihan ditangan anda
5. Trading Plan

Perbezaan antara trading dan judi adalah sistem trading dapat diterjemahkan menggunakan analisis teknikal dan fundamental berbanding judi. Disinilah peranan trading plan.

Daripada trading plan, kita dapat mengetahui berapakah risiko yang akan kita hadapi sebelum boleh mula membeli saham.

Dengan memiliki trading plan, trader akan tahu strategi trading apa yang harus mereka lakukan dan apabila strategi tersebut gagal, trader dapat mengetahui mana strategi yang patut diperbaiki dan tidak.
6. Disiplin

Disiplin adalah kunci kejayaan pada semua aspek kehidupan termasuk pada hal trading. Dalam hal ini, seorang trader harus disiplin pada setiap trading plan yang mereka buat. Memang disiplin itu sukar apalagi jika trader melihat adanya potensi keuntungan lebih pada sebuah instrumen.

Disiplin pada trading plan mungkin memang akan menghindarkan Anda dari keuntungan besar tapi disiplin juga dapat menghindarkan Anda dari kerugian besar juga. Jangan gunakan teknik harapan pula ya.