TASMA Trader Saham
9.35K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
7. Belajar Mengawal Emosi

Trading & emosi saling berkait. Mudahnya adalah, ketika Anda melihat harga sebuah kaunter yang melonjak tinggi, kemungkinan besar Anda tergesa gesa membeli kaunter tersebut dengan tanpa analisis yang betul.

Sebaliknya, jika Anda melihat harga sebuah kaunter jatuh, maka Anda dengan cepat menjual pegangan saham tersebut padahal boleh jadi penurunan harga kaunter tersebut belum menyentuh level resistance yang Anda setkan.

Sama seperti judi, trading juga berpotensi menimbulkan ketagihan. Sebab baik trading mahupun judi dapat membangkitkan sistem rewards dalam otak yang seolah menyuruh Anda melakukan hal tersebut berkali kali sampai berhasil.

Akibatnya, trading dengan tanpa kawalan emosi yang baik dapat membuat pengguna kehilangan banyak hal di hidupnya seperti harta dan bahkan kesihatan mentalnya. Oleh sebab itu, sebaiknya sebelum Anda mulai trading, pelajari dulu cara mengawal emosi yang baik.

Salah satu cara belajar mengawal emosi adalah dengan memasang target trading yang real
8. Tidak Mudah Menyerah

Sekali lagi, trading bukanlah bisnes yang dapat menghasilkan keuntungan tinggi dalam waktu singkat dan bahkan trading adalah bisnes yang memiliki risiko tinggi. Oleh sebab itu, seorang calon trader handal tidak hanya diharuskan memiliki sifat disiplin yang tinggi tapi juga tidak mudah menyerah.

Apabila ada strategi trading yang gagal, seorang calon trader handal akan terus menganalisis trading plan yang disusun dan terus belajar menjadi seorang trader yang lebih baik.

Hati-hati dengan pihak yang menawarkan trading dengan keuntungan tinggi dengan tanpa memberitahu risiko dan mekanisme trading itu sendiri. Sebab, boleh jadi mereka adalah penipu yang sedang memperdayakan Anda, seorang trader newbie yang masih hijau dalam dunia trading.

Masanya akan tiba bila anda dapat rentak nak menjana income hasil dari Trading ini. Orang lain boleh, kita pun MESTI BOLEH 💪
Indikator Ichimoku Kinko Hyo

Secara ringkasnya Ichimoku adalah sebuah indikator yang sangat berguna dan bermaklumat.
Namanya jika kita terjemahkan dari Bahasa Jepun bererti "sekilas pandang pada carta yang sedang dalam keseimbangan".
.
Ideanya di sini adalah anda akan belajar segalanya yang anda perlu tahu tentang keadaan pasaran dengan hanya sekali pandang pada carta yang dipasang indikator ini.
Indikator Ichimoku melakukan beberapa tugasan penting. Antaranya:
📌Ia menandakan arah trend dominan
📌menunjukkan momentum dan kekuatan suatu trend
📌memberikan aras-aras sokongan dan rintangan yang boleh diandalkan memberikan signal untuk berdagang.
.
Bagi yang menggunakannya buat pertama kali, indikator ini mungkin tampak menggerunkan tetapi bila anda sudah mengenalinya anda akan mendapati ia agak ringkas dan sangat berharga untuk menganalisa pasaran.
Time Frame Yang Sesuai Untuk Beli Saham

Pemilihan time frame adalah penting mengikut kepada strategi trading mereka (intraday, swing, Mid-Term atau Long-Term). Dalam menganalisis chart, trader boleh memilih menggunakan time frame weekly, daily, 30 minit, dan 1 minit mengikut kesesuaian & trading plan masing2.

Di dalam menganalisa chart, fasa uptrend, sideway dan downtrend boleh berbeza-beza mengikut pemilihan time frame. Oleh itu, time frame yang lebih pendek akan berlaku pengubahan fasa yang lebih cepat. Ini kerana time frame yang lebih pendek bergerak lebih pantas berbanding time frame yang lebih panjang.
🎯Trader INTRADAY boleh gunakan tick chart atau minit chart (5,15,30 minit) atau hourly chart. Golongan ini lebih suka membeli dan menjual kurang dari satu jam, terkadang hanya untuk beberapa minit. Mereka mampu melakukan 2-3 transaksi dalam satu jam.

🎯Trader DAILY boleh gunakan hourly chart dan daily chart. Golongan ini sukakan pergerakan market pada hari yang sama. Kebiasaanya beberapa jam sahaja, akan trade sebanyak 2-3 kali sehari.

🎯Trader SHORT-TERM boleh gunakan daily chart. Golongan ini suka beli dan jual dalam beberapa minggu, kadangkala sehingga sebulan. Melakukan trade beberapa kali dalam seminggu.

🎯Trader MID-TERM boleh gunakan daily chart atau weekly chart kerana pergerakannya tidak terlalu agresif dan tidak memerlukan komitmen yang tinggi. Golongan ini suka meletakkan pegangan mereka sehingga beberapa bulan, terkadang sehingga hampir setahun. Melakukan trade sebanyak 2-3 kali sebulan.
Assalamualaikum semua.. selamat pagi. Salam Jumaat.
Pagi ni Kita pantau beberapa kaunter kajian
Tp 0.630
Tp 0.960
Kenapa kaunter ni dipilih?

Antaranya disebabkan oleh price berada Di paras support yg kuat.
.
Macamana Nak tahu support Tu kuat atau lemah? Follow Gann Square chart of 9 ni ☝️
Carta Harga Market sering membentuk pola-pola tertentu.

Sama seperti pola candlestick yang terbentuk dari pertarungan harga (supply and demand) antara trader pembeli dan penjual demikian juga dengan corak carta (chart pattern) yang sering muncul dengan harga ia hanya sampai skala yang lebih besar.

Memahami chart patterns lebih dari sekadar hanya mengenali dan mengetahui nama-nama chart patterns saja. Anda harus mengetahui dengan jelas apa yang terjadi di sebalik chart pattern tersebut.

Sama seperti pola candlestick yang menyampaikan suatu signal atau mesej kepada Anda, demikian juga corak carta (chart patterns) yang muncul menyampaikan suatu signal kepada Anda.

Ia mengenai pergerakan harga yang sedang terjadi, tentang market structure, tentang kekuatan sebuah trend, bagaimana trader menggerakkan harga, tentang pertarungan BUYER dan SELLER, tentang siapa yang sedang menekan harga, trader mana yang terdesak, trader mana yang hilang kawalan dan trader mana yang sedang mengawal harga.
Assalamualaikum semua. Selamat pagi.

Kaunter kajian Kita pagi ni , TP 0.650
Nak belajar? Nak spot kaunter? Nak mahir Kan Teknik Intraday, Ada Kami sediakan Dalam 1 Video Tutorial khas untuk anda.
.
Boleh ulang2 sehingga faham Teknik ni, belajar melalui video. Kalau datang kelas ribu2, habis kelas, tak tahu belajar apa. Takde rujukan.
.
Video Tutorial ni, berbaloi2 .. Nak tahu APA lagi yg Ada Dalam video ni, pm admin @azmitasma
Fakta Mengenai Quarter Report

1. Dapat membaca Quarter Report (QR) sesebuah syarikat adalah salah satu kunci pemahaman terhadap prestasi syarikat.|

2. Kita akan kaji perkara-perkara seperti prestasi kewangan syarikat, kemampuan sesebuah syarikat untuk berkembang dan lain-lain.

3. Laporan suku tahunan syarikat ini merupakan laporan semasa syarikat, dikenali juga sebagai interim financial report. QR mempunyai 4 laporan suku (quarter) dalam 1 tahun perakaunan.

4. Di sini syarikat tersebut haruslah mengeluarkan QR 4 kali untuk setiap suku. Kebiasaannya bulan QR yang dikeluarkan adalah Februari, Mei, Ogos dan November.
5. Setiap satu syarikat yang tersenarai pegangan sahamnya wajib menyediakan QR bagi orang umum. Hal ini adalah kerana QR merupakan satu keperluan yang telah digariskan oleh Security Commisions Malaysia.

6. QR ini dapat melaporkan prestasi syarikat kepada pemengang saham. Sebagai seorang pelabur yang baik, kita pasti ingin melihat perkembangan syarikat yang kita ingin melaburkan saham.

7. Year of year (YoY) adalah perbezaan keuntungan bersih antara satu tahun dengan tahun sebelumnya.

8. Secara kesimpulannya, kita dapat tahu bahawa QR ini amatlah penting untuk seorang pelabur memahami dan mendalami kerana ini akan memberi kesan kepada pelaburan kita pada masa hadapan nanti.
Dalam teknikal analisis, volume adalah indicator terpenting dan kita boleh mengukur kekuatan sesebuah trend dengan melihat kepada volume pattern.

📌Uptrend yang kuat adalah apabila kenaikan harga saham ⬆️akan diikuti dengan kenaikan jumlah volume ⬆️. Harga saham dan volume mesti berkadar selari.
📌Kalau harga saham naik mendadak ⬆️ tapi volume berkurang ⬇️, ini bermakna uptrend itu tak genuine dan berisiko untuk tumbang atau lambat untung. (Fake buy signal)
📌Sebaliknya jika harga saham menurun ⬇️ volume menaik ⬆️, itu adalah signal untuk penjualan. Jika ada position, sila buat keputusan segera kerana kemungkinan pergerakan harga akan menjadi bearish.
.
Fungsi utama volume adalah untuk mengukur keaslian pergerakan saham.
Sekiranya saham tersebut bergerak dengan banyak dan diikuti dengan volume yang besar, kita boleh beranggapan yang pergerakan itu adalah pergerakan yang tulen atau genuine.
.
Dan berkemungkinan pergerakan susulan akan berlaku pada keesokkan harinya!
Assalamualaikum semua. Selamat pagi. Jom Kita tgk beberapa kaunter kajian intraday pagi ni.
Tp 0.430