TASMA Trader Saham
9.35K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Bearish

Bearish merupakan keadaan dimana bursa ketika harga saham yang di perdagangkan turun dalam jangka waktu yang cukup lama. Istilah Bearish sendiri di ambil dari kata “Bear” yang bereti beruang atau penjual.

Keadaan bearish akan membuat harga menjadi menurun atau downtrend kerana volume penjual lebih banyak berbanding pembeli. Pada keadaan bearish akan terjadi yang namanya panic sell atau aksi jual bersamaan. Dan dalam grafik keadaan bearish biasanya ditanda dengan warna merah yang bererti harga mengalami penurunan.
Bullish


Istilah Bullish sendiri di ambil dari kata “bull” yang bererti lembu jantan atau pembeli. Terbalik dari Bearish, Bullish merupakan keadaan bursa harga saham yang di perdagangkan naik dalam jangka waktu yang cukup lama.

Keadaan bullish terjadi kerana pembeli lebih banyak dari pada penjual sehingga harga mengalami kenaikan. Dan jika dilihat dari grafik keadaan bullish biasanya ditandakan dengan warna hijau yang bererti harga mengalami kenaikan.
Sideways

Sideways adalah keadaan dimana market sedang mendatar, dimana terjadi keraguan dalam market. Bull dan Bearish sama-sama kuat sehingga menyebabkan Sideways.

Ciri-ciri sideways adalah terbentuknya gunung kecil dan lembah yang cetek dengan candle hijau dan merahnya berbentuk pendek-pendek , pergerakan market stabil tidak naik tidak juga turun.

Itulah pengertian tentang Bearish, Bullish dan Sideways, maksudnya adalah Bearish itu keadaan market sedang turun, Bullish keadaan market sedang naik dan Sideway adalah kondisi market sedang mendatar.
Harap perkongsian ini dapat memberikan sedikit ilmu yang bermanfaat kepada semua.
Forwarded from TASMA Trader Saham
Salam semua, selamat malam. Malam2 pun blh trade global tau.. kepada anda yg berminat nk trade, tapi modal x kencang. Blh cuba trade crude oil. Modal rm400 pun dah cukup untuk trade dapat pulangan lumayan. Market 2 hala,23 jam sehari.
.
https://t.me/tasma_trader_global
TASMA Trader Saham pinned «Salam semua, selamat malam. Malam2 pun blh trade global tau.. kepada anda yg berminat nk trade, tapi modal x kencang. Blh cuba trade crude oil. Modal rm400 pun dah cukup untuk trade dapat pulangan lumayan. Market 2 hala,23 jam sehari. . https://t.me/tasma_trader_global»
Assalamualaikum Dan selamat pagi semua
Apa Itu Supply Dan Demand?

Supply dapat diterjemahkan sebagai jumlah stok barang yang tersedia. Sedangkan demand dapat ditafsirkan sebagai banyaknya peminat terhadap sebuah barang. Jika jumlah demand atau permintaan melebihi jumlah supply terhadap sebuah barang maka harga akan bergerak naik (demand exceed supply). Begitu juga sebaliknya ketika supply sebuah barang melebihi demand maka harga akan bergerak turun (supply exceed demand).

Contoh: harga cili stabil pada harga RM 50.00 per kilogram, namun ketika musim hari-hari perayaan harga cili melonjak dari kitaran harga RM 50.00 menjadi RM 75.00 per kilogram disebabkan kerana banyaknya permintaan berbanding jumlah cili yang tersedia. Inilah yang dimaksudkan dengan demand exceed supply. Namun pada ketika jumlah pengeluaran cili meningkat sementara permintaan cili berkurang, maka harga akan turun. Inilah yang dimaksud dengan supply exceed demand.

Kenapa hal tersebut dapat terjadi? Kerana keadaan tidak seimbang antara supply atau demand sehingga menyebabkan harga naik drastik atau turun drastik.
Mengenali Supply dan Demand Pada Chart

Untuk mengenali supply atau demand pada chart tergolong cukup mudah kerana membentuk area khusus. Area demand membentuk area yang dikenal dengan Drop Base Rally (DBR) dan Rally Base Rally (RBR). Sedangkan area supply membentuk area Rally Base Drop (RBD) dan Drop Base Drop (DBD). Untuk lebih jelasnya perhatikan ilustrasi berikut ini:
Penjelasan mengenai istilah-istilah di atas sebagai berikut:

⬇️Drop merupakan keadaan dimana terjadinya penurunan harga, pada chart ditandai dengan candle merah atau bearish candle;
↔️Base merupakan keadaan konsolidasi harga yang membentuk sideways. Pada area Base inilah terjadi tawar menawar antara pembeli dan penjual. Di kawasan ini juga terjadi keseimbangan harga seperti pada contoh harga cili di atas.
⬆️Rally merupakan keadaan dimana terjadi peningkatan harga, pada chart ditanda dengan candle hijau atau bullish candle.

Keadaan Rally mahupun keadaan Drop merupakan sebuah signal ketika terjadi ketidakseimbangan harga yang disebabkan oleh keadaan para trader. Keadaan ini dapat menjadi kayu ukur bagi seorang trader Supply And Demand (trader SnD) untuk mengambil keputusan bila harus membeli dan bila harus menjual.
Assalamualaikum Dan selamat pagi semua..

Ini merupakan antara contoh penggunaan chart pattern analysis yang boleh Kita gunakan dalam meramalkan pergerakan saham.

Selain daripada pattern Di atas, terdapat lebih banyak lagi sebenarnya pattern2 Yang Ada, sebagai contoh cup and handle (CnS), double top, double bottom, dll.

Pada saya, jika seseorang trader itu dapat menguasai chart pattern analysis itu sendiri, ianya sangat membantu mereka secara advance.

Saya juga ada menyediakan 1 topik khas dalam mempelajari teknik Chart Pattern Analysis (CPA) ini. Ramai trader yang mendapat manfaat daripada perkongsian ini. Alhamdulillah.
Bagi yg berminat Nak belajar lebih details Dan lengkap step by step Dari BASIC to ADVANCE, boleh klik link Di bawah 👇

https://tjtasma.onpay.my/order/form/VT2021/Tasma
TASMA Trader Saham pinned «Bagi yg berminat Nak belajar lebih details Dan lengkap step by step Dari BASIC to ADVANCE, boleh klik link Di bawah 👇 https://tjtasma.onpay.my/order/form/VT2021/Tasma»
Tahukah Anda, setiap indikator mempunyai element tersendiri. Setiap indikator mempunyai buy dan sell signal?

-Stochastic sebenarnya mempunyai 5 level (Oversold,Powerzone, Trendstart, confirmation trend dan overbought)

-RSI sebenarnya mempunyai zone support dan zone resistance. Dan killer level adalah power zone

-Bollinger Band mempunyai powerfull signal bagi menentukan sesuatu fasa dalam keadaan menunggu news dalam keadaan raging.

-Ichimoku Cloud sebenarnya mempunyai strong buy signal, weak buy signal, strong sell signal dan weak sell signal.

-Fibonacci sebernarnya mempunya 3 elemen yang berkait rapat. Retracement, arch dan Extension. Element ini memberi jangkaan bilakah dan dimanakah arah kaunter.

-Moving Average mempunyai jalur kuasa bagi membentuk support dan resistance yang kuat.

-Donchian channel merupakan indikator perubah arah yang sangat tinggi ketepatan dalam membaca pergerakkan sesuatu kaunter.

Jika rasa semua ini anda tidak tahu, jangan lepaskan peluang untuk belajar cara yang betul dan mendalam. Insyallah.
Tasma Trader menyediakan video pembelajaran berkaitan saham Bursa kepada yg ingin mula mendalami ilmu berkenaan saham.

Boleh follow Dan SUBSCRIBE channel YouTube Tasma Trader 👇 .

Semoga bermanfaat.