TASMA Trader Saham
9.35K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Assalamualaikum Dan selamat pagi semua traders..

Harap semua masih bersemangat untuk trade walaupun market harini merah menyala..
Apabila anda telah belajar saham bursa dan mula terlibat secara langsung di dalam pasaran saham serta mula trade atau melabur saham secara realiti, anda akan sedar terdapat emosi utama yang mendorong anda ketika membuat keputusan beli atau jual saham.
Dua emosi yang utama itu adalah
i. Fear (takut)
ii. Greed (tamak).

Pelabur-pelabur yang telah berpengalaman di dalam pasaran saham bursa selalu berpesan bahawa kejayaan utama di dalam pasaran saham hanya akan datang bila anda dapat mengawal emosi. Malah ada yang mengatakan 80 peratus kejayaan datangnya daripada kawalan emosi manakala hanya 20 peratus sahaja datang daripada teknik yang digunakan.
Market tutup harini, boleh lah Kita buat ulangkaji dan review utk pasaran saham Bursa Malaysia.
Support and Resistance (SnR)

Topik SnR adalah satu topik yang besar dan perlu dikuasai oleh trader. Saya cuba ringkaskan. Nak faham tentang SnR, kena sentiasa latih diri dengan melihat seberapa banyak mungkin chart.

Setiap trader mempunyai SnR yang berbeza. Bergantung pada tahap kebolehan menerima risiko. Tapi secara asasnya, SnR ini boleh ditentukan dengan melihat pada sejarah sesebuah chart.

Support (Sokongan)
=============
- Support ni terbentuk apabila berlaku penurunan harga saham, dan menyentuh pada harga yang sama beberapa kali.
- Lagi kerap harga berada pada aras tersebut, lagi kuat support yang terbentuk.
- Aras support sesuatu harga ni boleh terbatal sekiranya, harga turun bawah daripada harga support td. Break support.

Resistance (Rintangan)
================
- Resistance terbentuk jika harga saham pernah naik sehingga ke aras tertinggi sebelum harga saham turun.
- Jika harga saham pernah mencapai RM1 dan kemudian turun membuat support pada RM0.90. RM1 adalah resistance terhampir.
- Jika harga melepasi harga resistance, potensi untuk harga saham pergi lebih jauh adalah tinggi.
- Tapi mesti digabungkan dengan volume. (jumlah belian)
- Trader perlu berhati hati dengan aras rintangan. Ini kerana apabila harga saham tidak berjaya melepasi harga resistance , kemungkinan akan berlaku penurunan.

Persoalannya, Di mana True support? Macamana Kita Nak tau support Tu betul2 kat akar ke atau dekat pucuk?
Market merah je down..

Jgn begitu, time ni la Kita kena monitor peluang. Tgk kaunter2 yg harganya Turun utk buat retracement atau correction.

Macamana Nak dptkn peluang Tu?
Teknik T+ / T4 / Box Trading

Apa yg anda perlu tahu berkenaan teknik ini?

Teknik ini sesuai untuk intraday dan swing juga. Namun ada beberapa syarat untuk menjadikan teknik ini valid. Saya berikan penerangan ringkas beserta contoh.

Syarat-syaratnya :

1. Membentuk candle morubozu 10%
2. Candle selepas adalah bearish
3. Kurang 50%
4. SNR

Untuk penerangan lebih details, boleh klik di sini 👇
Hari ini bermulalah first day Malaysia lockdown dalam usaha mengurangkan kes pandemic covid-19 yang semakin meningkat.

Bagaimana kita ingin berhadapan dengan situasi begini? Rasa down atau ingin mencari penyelesaian untuk meneruskan kehidupan?
Tasma Trader menyediakan video pembelajaran berkaitan saham Bursa kepada yg ingin mula mendalami ilmu berkenaan saham.

Boleh follow Dan SUBSCRIBE channel YouTube Tasma Trader 👇 .

Semoga bermanfaat.
Bagi yg ingin belajar secara details Dan lengkap, Kami juga menyediakan Video Tutorial Saham 2021, lengkap dari basic, Teknik, Indikator, Pengurusan Emosi, dll yang patut dimiliki oleh semua.

Harap usaha Tasma Trader ini dapat membantu semua yang terkesan secara langsung atau tidak langsung berdepan krisis ini.

Semoga bermanfaat.
#Jaga diri, Jaga semua.
#Kita Jaga Kita
Belajar Saham : Apa Itu Bearish, Bullish Dan Sideways?

Dalam dunia trading terdapat istilah Bearish, Bullish dan Sideways, mungkin bagi para trader profesional istilah-istilah tersebut sudah diketahui. Namun mungkin bagi para newbie masih ada yang belum faham dengan 3 istilah tersebut, artikel ini akan menjelaskan apa itu Bearish, Bullish dan Sideway.