TASMA Trader Saham
9.4K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Dividend Yield / Kadar Hasil Dividen

Merupakan sebuah nisbah kewangan yang menunjukkan berapa banyak sesebuah syarikat membayar dividen setiap tahun.
.
Sesebuah syarikat dengan hasil dividen yang tinggi membayar sebahagian besar keuntungannya dalam bentuk dividen.
.
Kadar hasil dividen boleh dijadikan sebagai salah satu cara untuk pelabur mengukur sebanyak mana aliran tunai yang boleh diperolehi oleh seseorang pelabur untuk setiap wang yang mereka laburkan.
Dividend Per Share (DPS)

DPS adalah jumlah dividen yang diagihkan kepada para pemegang saham bagi setiap unit saham yang ada.
.
DPS penting kerana matlamat sesebuah syarikat untuk meyakinkan para pelabur adalah dengan mengembalikan nilai kepada para pemegang sahamnya.
.
DPS yang tinggi adalah cara yang bijak untuk sesebuah syarikat mempamerkan prestasi yang kukuh kepada para pemegang sahamnya.
πŸ“ŒSatu petanda baik sekiranya syarikat memberikan dividen kepada para pemegang saham.
.
Ia menunjukkan bahawa syarikat mempunyai kedudukan kewangan yang SIHAT.
Indikator

Indikator memainkan peranan yang sangat penting dalam menganalisa carta teknikal dan biasanya lain indikator akan memberikan signal belian yang berbeza .

Ini merupakan antara fungsi asas Dan juga peranan setiap indikator popular ini bertindak. Setiap indikator mewakili maksud Yang berbeza. Jangan tersalah faham.

Kita juga boleh menggabungkan beberapa Jenis indikator, untuk lebih menguatkan pemahaman Kita Dalam menganalisis kaunter saham.
Apakah maksud PN17?
.
Ia adalah singkatan Practice Note 17 iaitu salah satu daripada peraturan yang mengikat saham-saham yang disenarai. GN3 juga adalah lebih kurang Sama dengan PN17.
.
Apabila sesuatu saham yang dikategorikan sebagai kaunter PN17, ia bermakna syarikat berkenaan menghadapi kesulitan kewangan dan risikonya adalah tinggi.
.
Diatas papan sebut harga, saham yang dikategori sebagai PN17 akan ditandakan dengan simbol seruan iaitu ! . Jangan disalah erti dengan simbol tanda seruan tersebut. Ia bukan seruan supaya membeli tetapi sebagai amaran bahawa saham tersebut mempunyai potensi untuk dinyah senarai dan kerugian besar mungkin akan dialami oleh anda.
Antara sebab-sebab yang membolehkan sesuatu saham akan dikategorikan sebagai PN17 ialah;
.
πŸ“ŒApabila dana pemegang saham sudah menjadi kurang 25% dari modal berbayar.
πŸ“ŒPenanggungjamin terpaksa telah dilantik untuk mentadbir aset-aset syarikat.
πŸ“ŒApabila anak syarikat atau syarikat bersekutu dibubarkan.
πŸ“ŒKegagalan dalam membayar hutang dan kadar faedah sehingga melibatkan mahkamah
πŸ“ŒSyarikat memberhentikan operasi perniagaan.
πŸ“ŒSyarikat sudah tidak mempunyai perniagaan teras walaupun mempunyau aset yang kukuh.
Apa akibatnya?
.
Anda masih pemegang saham dan masih berhak untuk hadir dalam mesyuarat agung tahunan tetapi anda tidak boleh menjualnya dipasaran saham.
.
Maka itu, anda bukan sahaja dinasihatkan jangan membeli kaunter PN17 tetapi juga dinasihat supaya mengelakkan membeli saham-saham yang keuntungannya rugi berpanjangan dan tahap hutang yang terlalu tinggi kerana kaunter-kaunter seperti ini boleh terjerumus menjadi kaunter PN17. Harga akan menjunam sebaik sahaja diumumkan sebagai kaunter PN17 dan sukar untuk naik semula selagi syarikat belum berjaya mengeluarkan sahamnya dari status PN17.
.
Beringat sebelum kena.
Apakah Itu Pendapatan Sesaham (EPS)??
- Sebagai pelabur saham, salah satu petunjuk fundamental yang sering dijadikan sebagai rujukan pelabur adalah Pendapatan Sesaham (EPS).
- Pendapatan Sesaham atau dalam bahasa inggerisnya bermaksud Earning Per Share adalah Pendapatan Bersih dibahagikan dengan Bilangan Unit Saham.
Bagaimanakah untuk membaca indikator EPS ini untuk menilai potensi syarikat????
- Semakin tinggi nilai EPS sesebuah syarikat, semakin bagus prestasi syarikat tersebut dari perspektif pelabur.
- Kebanyakan pelabur akan menganalisa trend EPS sesebuah syarikat dengan mengambil kira trend EPS 1 hingga 2 tahun kebelakang dan melihat bagaimana trend EPS sesebuah syarikat itu berkembang.
Keburukan Earning Per Share (EPS)
- EPS akan terganggu jika syarikat tersebut menjalankan share buyback. Apabila sesebuah syarikat membeli balik sahamnya sendiri, ia akan mengurangkan bilangan saham dan secara tidak langsung ia akan meningkatkan angka EPSnya.
- EPS tidak mengambil kira kedudukan hutang syarikat dimana faktor itu juga perlu diambil perhatian oleh para pelabur.
Penggunaan Shadow tak akan terlepas dari gaya candlestick. Terlepas dari ciri khasnya, Shadow akan menjadi cerminan harga untuk mengetahui kekuatan buyer atau seller yang selalu menguasai. Tanpa adanya Shadow, maka kekuatan trend semakin menguat dan tekanan trendnya tidak akan terhenti. Mengapa begitu? Untuk menjelaskannya, kita perlu memahami tentang apa yang dimaksudkan dengan Shadow terlebih dulu.

Pada dasarnya, Shadow candle merupakan garis-garis yang terbentuk di bahagian atas dan bawah candlestick. Menurut posisinya, ada dua jenis Shadow dalam anatomi candlestick, iaitu Upper Shadow dan Lower Shadow. Hujung Upper Shadow menandai harga tertinggi, sementara hujung Lower Shadow menggambarkan harga terendah dalam suatu timeframe tertentu.
Apabila kita melihat bermacam bentuk candlestick yang ada di chart, terlihat bahawa panjang Upper Shadow dan Lower Shadow tidak selalu sama. Bahkan ada beberapa candlestick yang sama sekali tidak memiliki Upper Shadow, Lower Shadow, atau kedua-duanya. Prinsip di sebalik perbezaan tersebut berakar dari keadaan market yang menjadi asas terbentuknya candlestick.

Nampak Penting Kan shadow untuk candlestick Tu? Berikut penerangan lebih details tentang shadow berdasarkan time frame Yang berbeza.

Semoga bermanfaat. πŸ‘‡
Apa itu Reversal Candle?

Reversal candle adalah corak candlestick yang cenderung untuk menyelesaikan arah yang berlawanan dengan trend yang berlaku. Corak candle yang kuat sekurang-kurangnya 3 kali lebih mungkin untuk dipecahkan mengikut arah yang ditunjukkan.
Fibonacci

Adalah istilah yang digunakan dalam analisis teknikal yang emerujuk kepada kawasan yang berkaitan dengan sokongan atau pun rintangan. Tahap anjakan Fibonacci menggunakan garisan mendatar untuk menunjukkan di mana tahap sokongan dan rintangan sebaik mungkin. Setiap peringkat dikaitkan dengan peratusan.

Peratusannya adalah berapa banyak langkah awal yang telah dipindahkan semula. Tahap peratusan Fibonacci ialah 23.6%, 38.2%, 61.8% dan 78.6%. Peratusan 50% juga digunakan dalam Fibonacci walaupun ia tidak dinyatakan secara rasmi.
Fungsi Fibonacci

Dalam Analisis Teknikal, Fibonacci banyak digunakan untuk menentukan paras kejatuhan dan hala tuju harga saham. Boleh dikatakan Fibonacci ini adalah satu petunjuk yang amat penting bagi pelabur saham jangka pendek.
.
Jika pengiraannya menunjukkan angka yang melepasi paras Golden Ratio, kebarangkalian potensi untuk naik adalah amat tipis.
.
Kesimpulannya, sekarang kita sudah tahu bahawa fungsi Fibonacci adalah untuk menentukan angka dalam sistem sesebuah bacaan graf saham.
Selain daripada Teknikal Analisis, Fundamental Analisis, Pengurusan Emosi, 1 bab lagi iaitu Money Management (MM) juga penting. Nak labur byk2 kaunter ke atau fokus kt 1 kaunter ke atau macamana?
.
Sini ada jawapannya πŸ‘‡
Semoga bermanfaat
Assalamualaikum semua.. selamat pagi..