TASMA Trader Saham
9.39K subscribers
9.56K photos
223 videos
3 files
1.18K links
Download Telegram
Market merah. Apa Nak buat?
.
Jika berani, boleh Guna Teknik Tangkap Pisau.
.
Utk yg masih baru, boleh Cuba Paper Trade dahulu, atau tunggu pergerakan nanti.
Carta Harga Market sering membentuk pola-pola tertentu.

Sama seperti pola candlestick yang terbentuk dari pertarungan harga (supply and demand) antara trader pembeli dan penjual demikian juga dengan corak carta (chart pattern) yang sering muncul dengan harga ia hanya sampai skala yang lebih besar.

Memahami chart patterns lebih dari sekadar hanya mengenali dan mengetahui nama-nama chart patterns saja. Anda harus mengetahui dengan jelas apa yang terjadi di sebalik chart pattern tersebut.

Sama seperti pola candlestick yang menyampaikan suatu signal atau mesej kepada Anda, demikian juga corak carta (chart patterns) yang muncul menyampaikan suatu signal kepada Anda.

Ia mengenai pergerakan harga yang sedang terjadi, tentang market structure, tentang kekuatan sebuah trend, bagaimana trader menggerakkan harga, tentang pertarungan BUYER dan SELLER, tentang siapa yang sedang menekan harga, trader mana yang terdesak, trader mana yang hilang kawalan dan trader mana yang sedang mengawal harga.
Candlestick & Chart Pattern.
Topik biasa, tapi luar biasa?

Semua org tahu candlestick, tapi faham ke apa yang candlestick tu cuba sampaikan?
Beberapa Candlestick akan membentuk Chart Pattern, tapi faham ke apa yang Chart Pattern tu cuba sampaikan?
.
Dalam banyak2 Candlestick, tahu ke nama2 setiap candlestick? Doji, Hammer, Morubozu, Shooting Star, dah khatam? Selalu jumpa & selalu guna? Faham betul2 maksudnya?
.
Belum masuk topik Chart Pattern lagi, ada Cup & handle, Triple Bottom, Flag & sebagainya.
Tak perlu jawab semua soalan ni. Tanya diri sendiri, jawab sendiri.
Bollinger Bands
.
Merupakan antara indikator yang dikenali dan sering kali digunakan oleh trader dalam membaca chart.
.
Terdapat 3 line penting dalam indikator ini:
📌upper band
📌middle band
📌lower band
.
Secara ringkasnya, middle band bertindak sebagai Support And Resistance (SNR) dan sebagai penanda aras dalam sesuatu kaunter yang sedang dalam keadaan uptrend mahupun downtrend.
.
Upper band pula bertindak sebagai signal penjualan jika harga melebihi limit daripada bollinger band itu.
.
Manakala Lower band pula sebaliknya.
.
Untuk penerangan yg lebih details,
sila klik di sini : https://tjtasma.onpay.my/order/form/VT2021/Tasma
Gambar diatas adalah carta untuk Gann square of 9 di mana nombor berwarna merah merupakan strong support and resistance (Cardinal Cross) dan biru adalah normal support and resistance (Ordinal Cross) .
.
Nombor yang berwarna kuning dan hijau mempunyai kemungkinan untuk menjadi pivot point untuk reversal dan juga support dan resistance namum begitu tidak signifikan berbanding merah dan biru.
5 INDIKATOR ANALISIS TEKNIKAL yang jitu untuk trading dan melabur saham :

Tidak dinafikan, banyak indikator lain yang dapat memberikan trading idea utk para traders. Tetapi, ini adalah antara indikator yang saya selalu gunakan dan kaji.

1. Stochastic
2. MACD
3. Moving Average
4. Support Resistance
5. Candlestick Pattern

Jika kita dapat kuasai kelima-lima indikator ini dengan baik, adalah lebih mudah untuk kita meramalkan pergerakan harga pasaran kaunter-kaunter yang dikaji.
Jemput ke Channel Youtube TASMA TRADER untuk lebih video pembelajaran terbaru mengikut topik2 analisis, teknik2 terkini, dan penerangan penggunaan indikator yang jelas.

https://www.youtube.com/channel/UCOKsKLkFMXwBONYzkiuZADA/featured
Teknik Box Trading / T+

Satu teknik yang simple untuk mengesan kenaikan harga sesuatu kaunter.
Tetapi perlu mematuhi syarat-syarat nya:
1. Membentuk Bullish Morubozu
2. 2 day candle merah bawah closed harga semalam dan > 50%
3. Monitor jika ada gerakan pada hari ke-4 hingga ke-7,
4. SNR
5. Candle tidak boleh melepasi candle closed morubozu sebelumnya.
Apa itu IPO?

IPO (Initial Public Offering) merupakan salah satu cara untuk syarikat mendapatkan modal dalam mengembangkan lagi perniagaan atau membayar hutang syarikat. Ia dikategorikan didalam “corporate exersice“.
.
Kebiasaannya mana-mana syarikat “berhad” yang ingin mendapatkan modal yang cukup untuk mengembangkan perniagaan, mereka akan menawarkan sebahagian saham syarikat kepada orang ramai melalui Bursa Malaysia.
.
Walaupun kita tidak berminat ataupun tidak ingin mengambil risiko yang besar dalam pelaburan saham, namun kita boleh katakan melabur melalui IPO mempunyai kadar risiko yang agak rendah walaupun sukar untuk memperolehinya.
Saham Blue-Chip

Blue-chip. Secara literal merujuk kepada cip berwarna biru yang dikatakan mewakili nilai tertinggi dari banyak-banyak cip yang ada. Cip dalam permainan poker.
.
Secara istilahnya saham blue-chip merujuk kepada syarikat yang dikenali ramai, kukuh dan selamat. Syarikat-syarikat blue-chip ini dianggap sebagai leader dalam industri mereka dan produk & servis yang ditawarkan pula adalah household name.
.
Syarikat-syarikat saham blue-chip ini adalah komponen yang membentuk indeks saham i.e FTSE Bursa Malaysia KLCI.

Untuk Bursa Malaysia, ada 30 syarikat blue-chip yang utama. Seterusnya adalah 70 syarikat yang bersaiz smaller blue-chip tapi masih lebih besar dari saiz syarikat medium to small-cap.

Cuba perhatikan betul-betul nama syarikat yang tersenarai di atas, semuanya syarikat yang besar-besar. Ramai orang nak kerja dalam syarikat tersebut. Sebab ada prestij, status dan pay scale yang lebih tinggi dari syarikat lain.

Seterusnya kalau syarikat-syarikat ini pun menarik ramai orang nak menjadi pekerja, maka sudah tentu ia membawa maksud syarikat ini kewangannya kukuh. Syarikat ini mempunyai operasi bisnes yang menguntungkan. Syarikat ini susah (tapi tak mustahil) nak rugi.

Perkara ini juga menarik minat pelabur. Keuntungan yang stabil. Boleh bertahan waktu zaman 'kemarau'. Bagi dividen yang konsisten.
.
Anggaplah blue-chip ini macam mak ayah yang dah berusia 50-an.

Sudah menjadi CEO, pengurusan kanan syarikat. Gaji besar. Bonus besar. Limpahan rezeki itu sudah pasti jatuh kepada anak-anak.

Walaupun begitu masih tetap ada risiko. Bukan zero-risk. Walaupun syarikat blue-chip ini berdaya saing yang tinggi tetapi bukan semua.
Asas Supply & Demand

Kalau kita perasan, turun atau naik harga saham bergantung kepada asas penawaran dan permintaan.

Kita ambil contoh wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini. Sektor sarung tangan getah dan penjagaan kesihatan (topeng muka, farmasi, teknologi kesihatan) menyaksikan permintaan yang meningkat. Apabila permintaan melebihi penawaran, syarikat dijangka menjana pendapatan yang lebih tinggi. Maka, ramai akan minat nak beli saham syarikat. Automatik harga saham-saham bagi syarikat ini akan meningkat naik.

Sebaliknya yang berlaku kepada sektor penerbangan dan perhotelan.

Apabila orang ramai lebih banyak duduk di rumah dan tidak keluar bercuti makan angin, apabila tiada permintaan untuk sektor ini, maka syarikat dijangka menjana pendapatan yang berkurangan, sekaligus keuntungan juga berkurang. Maka, kita boleh lihat harga saham bagi syarikat dalam industri ini telah jatuh harganya (sebab tak ramai minat nak beli).

Tetapi apabila keadaan kembali pulih, orang ramai bebas ke sana ke sini, permintaan mula meningkat, maka sektor ini akan kembali pulih dan mengakibatkan harga saham meningkat semula.
FAHAMI SEKTOR-SEKTOR YANG ADA BILA ANDA BELAJAR SAHAM BURSA…..KENAPA?

Apabila anda mula belajar saham Bursa, perkara penting yang anda tidak boleh abaikan adalah bagi kesemua kounter-kounter saham yang tersenarai di papan bursa, setiap kounter tersebut terbahagi kepada sektor masing-masing berdasar busines utama syarikat ataupun apa jenis perniagaan yang syarikat lakukan.

Contoh paling mudah beberapa syarikat yang terlibat di dalam sektor pembuatan Glove dimasukkan dalam 1 kategori seperti TopGlove, Hartalega, Supermx, Kossan, Comfort, Ruberex, Careplus dan lain-lain. Sektor oil and gas pula seperti Hibiscus, Dayang, UMWOG dan lain-lain.
Terdapat beberapa sektor yang perlu anda tahu apabila anda belajar saham bursa. Antaranya yang paling penting adalah seperti berikut :

Sektor Teknologi – Internet Of things, Data, Communication.
Sektor oil and gas – Upstream, Downstream.
Sektor consumer products.
Sektor constructions.
Sektor properties.
Sektor Finance.
Sektor Industrial dan Industrial products – steel, heavy engineering.
Sektor trading dan services.
Sektor Plantations.
Dan banyak lagi pembahagian sektor berdasarkan jenis business syarikat.
Sebenarnya terdapat banyak pembahagian sektor-sektor berdasarkan subsektor yang lebih spesifik. Anda perlu belajar dan kaji secara terperinci. Perlukan sedikit usaha dan kajian yang sebenarnya.

Apabila anda mula faham tentang sektor anda akan mendapat gambaran yang lebih luas tentang pasaran saham.
Kami ingin mengucapkan Selamat Hari Natal bagi semua rakyat Malaysia yang meraikannya.

Semoga perayaan ini dapat merapatkan hubungan di antara satu sama lain serta memberikan perasaan teruja untuk ke Tahun Baru.