Channel ilmu emas Jennyfine
341 subscribers
11.3K photos
659 videos
9 files
4.13K links
Update info emas
Download Telegram
#TabungPelaburan

UNIT AMANAH (UNIT TRUST) INDAH KHABAR DARI RUPA?

1. Untung biasanya boleh didapati jika kita menunggu sekurang-kurangnya 5 tahun untuk menuai hasil yang ada dalam pelaburan unit trust kebiasaannya .

Keuntungan diberikan kepada pelabur melalui dividen berdasarkan kenaikan setiap unit.

2. Ejen akan bercerita semua benda indah seperti mana mana ejen produk yang lain juga. Hanya Ilmu pengetahuan kita yang akan menilai tahap dana dan banyak mana kita baik melabur.

"Ejen cakap 'kencang' bang melabur disini, boleh dapat tinggi?"

3. Memanglah kencang sebab banyak kita kena 'bayar yuran pendahuluan' sebelum untung lagi dah kena bayar dulu dik. Untung belum tentu, yuran dah kena bayar dulu .

Duit banyak dan tak guna 5 tahun keatas boleh letak sini.

4. Bagi Unit Trust ada 3 jenis yuran dikenakan (ASB tak der apa apa yuran dikenakan)

+ Upfront Fee
+ Annual Management Fee
+ Exit Fee bagi sesetengah Unit Trust

5. Bagi kita muslim yang baik, pastikan melabur dalam pelaburan yang patuh syariah .

Kawan kawan,

Tulisan ini bukan nak tutup periuk nasik kawan ejen Unit Trust pulak, nanti ada yang marah ugut nak saman macam malam tadi.

Ini pendidikan agar kita tak buang masa dan usia.

"Dah 10 tahun bang saya masuk, tolak semua kadar yuran. KWSP bagi lagi tinggi bang" Itu selalu kita dengar, kita senyum sahaja.

Pelaburan jangka panjang, tetapi kita boleh jangka berapa panjang yuran kita kena bayar nanti gais!

Kredit : Azizul Azli Ahmad

#unittrust
July 12, 2022