Channel ilmu emas Jennyfine
339 subscribers
11.4K photos
666 videos
9 files
4.15K links
Update info emas
Download Telegram
Amanah duit raya anak tukar jadi emas

Duit raya anak boleh ditukarkan dalam bentuk emas dengan minimum RM100 menggunakan akaun emas GAP Public Gold

Akaun anak ni walaupun kita tak mampu nak top up setiap bulan (bagi sesetangah orang) namun sekurang kurangnya kita boleh top up setiap tahun.

Simpan untuk anak dan simpan untuk diri sendiri ni mana satu nak buat?
1. Mesti buat untuk diri sendiri dulu. Simpanan sendiri kena kukuh dan ada tabiat yang kuat.
2. Kemudian simpanan atas nama anak anak ni dibuat sebab ada amanah wang yang diberikan atas nama mereka, contoh duit raya yang disedekahkan. Ambil dan asingkan tukar jadi emas.

Duit yang mereka dapat tak semestinya simpan semua, kena bagi sikit untuk mereka rasa berbelanja. Oleh kerana kami setiap tahun beraya di langkawi biasanya saya akan bagi sikit portion untuk mereka beli coklat. Selebihnya mereka pulangkan semula kat saya untuk simpan.

Jika kita tukar bentuk emas walau bertahun lamanya duit dalam bentuk emas itu tetap ada, ini contoh edisi emas pertama PG edisi raya. Masih ada dalam simpanan saya sehingga sekarang walaupun disimpan pada raya tahun 2014. Dah 12 tahun namun masih kekal ada!

#tukarduitrayaanak
#emaspublicgold