Channel ilmu emas Jennyfine
346 subscribers
11.2K photos
650 videos
9 files
4.07K links
Update info emas
Download Telegram
Save the date!

๐Ÿฎ๐ŸŽ‰ *CHINESE NEW YEAR OPEN HOUSE 2025* ๐ŸŽ‰๐Ÿฎ

Gong Xi Fa Cai! ๐ŸŽŠ Jom memeriahkan sambutan Tahun Baru Cina bersama Public Gold yang penuh dengan keindahan tradisi dan kebudayaan. Rasai sendiri kehangatan perayaan yang dihiasi dengan pelbagai acara menarik disediakan! โœจ

๐Ÿ“… Tarikh: 8 Februari 2025, Sabtu
โฐ Masa: 10 pagi - 6 petang
๐Ÿ“ Tempat: Tingkat 2, Menara Public Gold @ 249, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Apa yang menanti anda:
๐ŸŽ‡ Ucapan Pembukaan oleh Dato' Wira Louis Ng
๐ŸŠ Upacara pemberian limau
๐Ÿฅข Acara Yee Sang Toss
๐Ÿ‘— Pertandingan Pakaian Tercantik
๐Ÿ’ƒ Persembahan Tarian Tradisional Cina

๐Ÿ”ฅ Masuk adalah percuma! Datang bersama keluarga & rakan ke acara yang pasti akan meninggalkan memori indah ini.

๐Ÿ“ธ Jangan lupa, ambil gambar OOTD anda yang paling 'ong' dan kongsikan di media sosial! Siapa tahu, anda mungkin jadi tumpuan semua!

#CNYOpenHouse2025 #KemeriahanTahunBaruCina #PublicGoldCNY #PublicGold #TarianSinga #PGBO #PublicGoldBusinessOwner
Memanglah tak cantik. Sebab cover plastik luar tu memang untuk kita tarik keluar (koyak).

Koyak sahaja plastik tu, nampak cantiklah emas ni...

Dulu PG (#PublicGold) terima feedback, emas yang customer terima ada kesan calar. Kesan calar tu terjadi masa proses packaging sebab tergesel sesama emas tu sendiri.

Jadi PG buat cover plastik luar supaya kita terima dalam keadaan cantik. Bila dapat emas ni, koyak sahaja plastik luar ni.

Mesti nampak cantik! InsyaAllah...

Lagi satu, siapa nak sentuh dan belek-belek emas tu, boleh kopek dan keluarkan sahaja emas tu dari sarung.

Tak perlu risau. Nilai emas tu tak terjejas langsung bila nak jual balik kepada PG.

PG jamin beli balik pada harga tinggi (ikut harga PG Buy semasa) walaupun emas ni walaupun dah keluarkan dari sarungnya, calar, lekuk atau kemek.

Tak ada masalah. Penyimpan emas boleh simpan emas di dengan peace of mind.

#TipKayaDenganEmas
Jongkong emas terbesar di Malaysia oleh Public Gold

Secara anggaran nilai emas seberat ini boleh dapat minimum 4 biji Banglow di Melaka yang saiznya super besar level 6-7 bilik tidur.
Dekat KL mungkin 1-2 biji ( anggaran sebiji 3 juta)

Ini ialah jongkong emas Public Gold dengan berat 12.5 kilogram. Ini ialah jongkong Public Gold yang paling berat setakat ini yang dicetak (mint)

Harganya ialah RM 5,549,613.00 ( mengikut harga website) sudah pun terterta di website Public Gold

Mana mana jutawan-jutawan yang terbaca posting saya ni ( bersangka baik kahkahkah), sebelum order mohon maklumkan saya dulu

Jika tak order dengan saya pun boleh, anak-anak buah cucu cicit saya ramai ni, mereka sedia bantu.

Mudah mudahan ada yang break-trough dapat order sebesar ni amiiin
Lekas amiiin ramai ramai !!!

#Jongkongemas #publicgold
#biggestinmalaysia
Gais.

Saya nak share sikit 1 cerita kejayaan.

Saya ada sorang customer yang beli emas 1kg secara epp10x sejak tahun lepas.

Epp10X bermaksud, dia kunci harga emas 1kg ikut harga semasa dan kemudian dia perlu bayar selama 10 bulan mengikut jadual.

Lepas habis bayar, dia akan dapat emas dizikalnya.

Saya tulis cerita ini kat posting ini

https://www.facebook.com/share/p/15QPLV6dR5/?mibextid=wwXIfr

Alhamdulillah, hari ini 22/3/2025 beliau datang ke office Public Gold untuk collect emas sekilo miliknya.

Waktu tu ada promosi beli beli 1kg dapat free 5gram ๐Ÿ˜

Jadi, total 1kg + 5g, seperti dalam gambar.

Gais.

Untuk anda yang nak beli emas fizikal secara epp10x, ia sangat bagus jika anda boleh konsisten membayar setiap bulan.

Perjuangan anda bayar 10 bulan akan berakhir dengan seketul emas fizikal dalam tangan.

Best kan?

Namun, jika anda jenis mudah terlupa bayar @ ada masalah kewangan dan tak boleh konsisten, maka epp10x ini bukanlah kaedah belian emas yang sesuai untuk anda.

Kaedah yang sesuai untuk anda adalah belian secara GAP.

Untuk kaedah epp10x , anda boleh buat serendah 1 dinar atau 5g sahaja.

Saya doakan anda akan memiliki banyak emas fizikal pada tahun ini!

Aminnnโ€ฆ

#NotaEmasSyukorHashim
#PG1M
#publicgold
๐ŸŽŠ 1.65 JUTA PELANGGAN BERDAFTAR! TAHNIAH PEMILIK PG CODE PG1650000 ๐ŸŽ–๏ธ

Public Gold terus mencipta sejarah dengan pencapaian luar biasa! Kini, jumlah pelanggan berdaftar mencecah 1.65 juta di seluruh negara! ๐Ÿš€โœจ

๐“ฃ๐“ช๐“ฑ๐“ท๐“ฒ๐“ช๐“ฑ diucapkan kepada pemilik bertuah PG Code PG1650000 iaitu NORIZYAN BINTI ROZMAN serta,

Introducer beliau, SITI HAJAR MARIAH BINTI MD RAMLY (PG0037727) ๐ŸŽ‰๐ŸŒŸ

Sebagai tanda penghargaan, kedua-duanya menerima Gold Bar 1 gram (Au 999.9) setiap seorang. ๐ŸŽโœจ

๐Ÿ’› Kejayaan ini membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia sedar tentang kepentingan ๐’”๐’Š๐’Ž๐’‘๐’‚๐’๐’‚๐’ ๐’†๐’Ž๐’‚๐’” ๐’”๐’†๐’ƒ๐’‚๐’ˆ๐’‚๐’Š ๐’‘๐’†๐’“๐’๐’Š๐’๐’…๐’–๐’๐’ˆ๐’‚๐’ ๐’Œ๐’†๐’˜๐’‚๐’๐’ˆ๐’‚๐’!

Jadikan emas sebagai simpanan masa depan anda bersama Public Gold! Siapa tahu, anda mungkin menjadi pemilik bertuah ๐‘ท๐‘ฎ ๐‘ช๐’๐’…๐’† ๐Ÿ,๐Ÿ•๐ŸŽ๐ŸŽ,๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ dan memenangi hadiah seterusnya! ๐Ÿ’ฐ๐ŸŽŠ

#PublicGold #1.65JutaPelanggan #PemenangBertuah #GoldSavings #PGBO #SimpananEmas #LuckyCustomer #GoldBar #BungaMas
BERITA HARIAN ONLINE.

Harga emas dijangka mampu cecah RM500 segram dalam jangka terdekat - MGA

Oleh Alzahrin Alias
April 2, 2025 @ 1:46pm

KUALA LUMPUR: Harga emas global terus melonjak dan dijangka mencecah RM500 segram dalam beberapa bulan akan datang, didorong ketidaktentuan geopolitik, inflasi berterusan serta peningkatan pembelian oleh bank pusat di seluruh dunia.

Presiden Persatuan Emas Malaysia (MGA), Datuk Louis Ng berkata, pembelian emas secara agresif oleh bank pusat, khususnya China, memberi kesan besar kepada pasaran dengan meningkatkan rizab emas negara serta menyokong kenaikan harga logam berharga itu.

"Dasar perdagangan Amerika Syarikat (AS) turut memainkan peranan penting, terutama kebimbangan mengenai tarif import emas yang menyebabkan peningkatan penghantaran emas dari London ke New York.

"Perkembangan ini memberi impak besar terhadap dinamik perdagangan global dan menyumbang kepada kenaikan harga emas," katanya.

Ng berkata, tekanan inflasi serta jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan juga menjadikan emas pilihan pelaburan lebih menarik sebagai lindung nilai terhadap penyusutan nilai mata wang.

Beliau berkata, dengan harga emas yang terus meningkat, timbul persoalan sama ada logam berharga itu masih berbaloi untuk dilaburkan.

"MGA menegaskan emas kekal sebagai aset yang stabil, terutama bagi pelaburan jangka panjang.

"Jika inflasi terus tinggi atau ekonomi tidak menentu, harga emas berpotensi meningkat lebih jauh kerana ia lebih selamat berbanding mata wang yang boleh mengalami penyusutan nilai," katanya.

Bagaimanapun, katanya, pelabur jangka pendek perlu lebih berwaspada kerana sebarang pembetulan harga secara mendadak boleh menyebabkan risiko kerugian.

Ng turut menjelaskan pergerakan harga emas berkait rapat dengan kekuatan dolar AS, di mana kenaikan nilai mata wang itu cenderung menekan harga emas, manakala penyusutan dolar akan meningkatkan permintaan global terhadap emas.

"Harga emas global didagangkan dalam dolar AS, menjadikannya lebih mahal bagi pembeli yang menggunakan mata wang lain apabila dolar mengukuh.

"Sebaliknya, jika dolar melemah, harga emas menjadi lebih murah dalam mata wang lain, sekali gus meningkatkan permintaan global," katanya.

Beliau menjangkakan harga emas akan terus meningkat sepanjang tahun ini sekiranya faktor geopolitik dan dasar perdagangan global kekal tidak menentu.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai disarankan mempertimbangkan strategi pelaburan yang lebih bijak, termasuk membeli emas dalam unit kecil seperti jongkong 0.25 gram (g), 0.5g dan 1g yang lebih mampu dimiliki.

โ€œSelain itu, pelabur juga boleh mempertimbangkan emas patuh syariah yang mempunyai permintaan tinggi di luar negara, sekali gus mengekalkan nilainya dalam jangka panjang," katanya.

โ€”โ€”-Endโ€”-

Sumber: https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2025/04/1379637/harga-emas-dijangka-mampu-cecah-rm500-segram-dalam-jangka-terdekat?#fpjg1lnn7hon5uwd83f79lel4val2uam

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M
Bila semua dah jadi abu, emas tetap tinggalkan sesuatu.

Api dah hitamkan dinding besi,
hanguskan barang sekeliling
tapi emas ni?

Masih ada.
Masih bentuk rantai.
Masih berat.
Masih bernilai.

Kisah benar di Putra Heights.
Kebakaran akibat letupan paip gas.
Seorang suri rumah kehilangan hampir segalanya.

Tapi emas niโ€ฆ Dia jumpa semula. Dalam bekas besi yang hampir cair.

Bukan sebab emas ni kebal.
Tapi di sinilah kita nampak satu hakikat:

โœ… Emas tetap bertahan, walau diuji.

Inilah nilai sebenar emas!

Bukan sekadar cantik. Bukan sekadar hiasan.
Tapi bentuk kekayaan yang kekal wujud,
walaupun rupa asalnya hampir musnah.

Kalau duit, dah jadi abu.
Kalau dokumen penting, lesap.
Tapi emas, ia setia bertahan.

Sebab tu Lia selalu pesan:

Simpanlah sesuatu yang masih boleh selamatkan kita,
bila semua benda lain dah tak mampu.

Dan simpanlah dengan cara yang betul.
Public Gold ada platform seperti Akaun GAP.
Kita tak perlu simpan semua di rumah.
Boleh beli, simpan, jual, pajak, tebus,
semuanya online, bila-bila masa.

Gambar ni mungkin nampak kelam.
Tapi ia bawa satu harapan.

Emas itu, walau terbakar,
masih boleh diselamatkan.
Dan masih boleh selamatkan kita.

Kalau Lia boleh bantu awak mula simpan emas dengan cara betul, RM100 pun dah cukup. Tinggalkan komen โ€œNAK EMASโ€ dan Lia akan guide dari awal. Step by step.

Kawan-kawan,

Ambillah ibrah dari kisah ni.
Tentang nilai yang kekal walau rupa berubah.
Tentang simpanan yang bertahan
Walau hangus dimamah api.

Hari ni mungkin bukan giliran kita.
Tapi ilmu ini, boleh jadi penyelamat sebelum musibah datang.

Kerana emas,
bukan sekadar simpanan.
Tapi perlindungan.

Kredit Pn Lia Omey โ€“

#PublicGold
Gais.

Harga emas naik banyak malam ini, menjangkau 3233 USD/ Oz

Kenapa?

Salah satu sebab kenaikan harga emas adalah kerisauan pelabur tentang hala tuju ekonomi US sekarang.

Larry Fink, Ketua Eksekutif BlackRock, menyatakan bahawa ekonomi Amerika Syarikat mungkin sudah pun berada dalam kemelesetan.

Menurutnya, kebanyakan CEO syarikat besar juga berkongsi pandangan yang sama โ€” bahawa tekanan inflasi dan dasar tarif yang agresif telah melemahkan pertumbuhan ekonomi.

Kenaikan harga akibat tarif baru menyukarkan Federal Reserve untuk menurunkan kadar faedah, sekaligus membuka risiko berlakunya stagflasi โ€” gabungan inflasi tinggi dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan.

Walaupun begitu, BlackRock masih mencatat prestasi kewangan yang kukuh suku pertama tahun ini dengan keuntungan mengatasi jangkaan dan aset pengurusan mencecah rekod baru: USD 11.58 trilion.

Fink turut menolak kemungkinan empat kali pemotongan kadar faedah tahun ini dan menasihatkan pelabur agar fokus kepada peluang jangka panjang seperti pelaburan infrastruktur dan inovasi teknologi.

Kemelesetan mungkin sudah bermulaโ€ฆ tapi peluang juga ada di depan mata.

Antara peluang depan mata adalah emas.

Kenapa? Dalam situasi ekonomi yang tidak menentu, pelabur akan memilih emas sebagai aset selamat.

Sebab itu harganya semakin menaik.

Gais.

Sila follow fb saya untuk infomasi tentang emas.

11/4/2025

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#emas
#simpanemas
โœจ ๐‘ท๐‘ผ๐‘ฉ๐‘ณ๐‘ฐ๐‘ช ๐‘ฎ๐‘ถ๐‘ณ๐‘ซ ๐‘ช๐‘จ๐‘พ๐‘จ๐‘ต๐‘ฎ๐‘จ๐‘ต ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ป๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต๐‘จ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ณ๐‘ผ ๐‘ฒ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘ฌ๐‘น๐‘ถ๐‘ท๐‘ฌ๐‘น๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ณ๐‘ถ๐‘ฒ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ ๐‘ฉ๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘น๐‘ผ! ๐ŸŽ‰

Hai ๐–๐š๐ซ๐ ๐š ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, berita gembira untuk anda semua! Public Gold Kota Kinabalu kini ๐Œ๐ฎ๐ฅ๐š ๐๐ž๐ซ๐จ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐ข ๐๐ข ๐‹๐จ๐ค๐š๐ฌ๐ข ๐๐š๐ก๐š๐ซ๐ฎ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐ˆ๐๐ˆ, ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐€๐๐‘๐ˆ๐‹ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“!

Kini lebih mudah untuk anda datang berurusan sama ada untuk jual beli emas, buka akaun simpanan emas atau dapatkan khidmat nasihat dalam suasan yang lebih selesa dan mesra pelanggan! ๐Ÿ˜๐Ÿขโœจ

๐Ÿ“ Alamat Baharu: ๐๐จ ๐Ÿ‘, ๐‹๐จ๐ซ๐จ๐ง๐  ๐๐š๐ฌ๐š๐ซ ๐๐š๐ซ๐ฎ ๐Ÿ, ๐Š๐š๐ฆ๐ฉ๐ฎ๐ง๐  ๐€๐ข๐ซ, ๐Ÿ–๐Ÿ–๐ŸŽ๐ŸŽ๐ŸŽ ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, ๐’๐š๐›๐š๐ก
๐Ÿ“ž Nombor Telefon: +๐ŸŽ๐Ÿ–๐Ÿ–-๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ•๐Ÿ—๐Ÿ๐Ÿ”

Jemput singgah ke cawangan baharu kami dan nikmati pengalaman berurusan yang lebih mudah, cepat dan menyenangkan! ๐ŸŒŸ

#PublicGoldKotaKinabalu #CawanganBaharu #KotaKinabalu #PublicGold #PGBO #PublicGoldBusinessOwner #LokasiStrategik
SIJIL PATUH SHARIAH PUBLIC GOLD

Pertanyaan tentang sijil patuh shariah produk-produk Public Gold yang dikeluarkan oleh penasihat shariah kita iaitu Amanie Advisors Sdn. Bhd.

Untuk pengetahuan anda, sijil patuh shariah hanya dikeluarkan sekali sahaja.

Kemudian, setiap tahun Amanie Advisors akan mengenakan 2 jenis fee kepada Public Gold iaitu:

1. Shariah Advisory Fee
2. Shariah Compliant Audit Fee

PG membayar 2 fee ini kepada Amanie Advisory setiap tahun.

Setiap tahun Amanie Advisors akan melakukan audit tahunan untuk memastikan kepatuhan shariah Public Gold.

Dengan sistem ini, sijil patuh shariah Public Gold tidak perlu dicetak setiap tahun.

PS. Setiap penasihat shariah mempunyai sop yang berbeza-beza. Ada penasihat shariah yang mengeluar sijil yang mempunyai tempoh laku tertentu, namun untuk Public Gold, penjelasan adalah seperti diatas.

Syukor Hashim

#publicgold #patuhshariah #investment #goldsavings #emaspublicgold #dinar #emasfizikal #AkaunEmasGAP #goldbars
Gais,

(30/4/2025) jam 8.30 malam tadi, telah keluar satu laporan ekonomi yang penting dan dinanti oleh pelabur-pelabur di US.

Ia adalah laporan US Gross Domestic Product (GDP QoQ)

Ia merujuk kepada laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Suku ke Suku.

QoQ (Quarter-on-Quarter) bermaksud perbandingan antara satu suku tahun dengan suku sebelumnya (contoh: Suku Pertama berbanding Suku Keempat).

Laporan ini penting kerana ia tunjukkan sama ada ekonomi US bertumbuh atau menguncup dari satu suku ke suku yang seterusnya.

Jika peratusnya positif, itu tandanya ekonomi US berkembang.

Jika negatif, itu tanda ekonomi US sedang perlahan atau menuju kemelesetan.

Laporan ini menunjukkan prestasi sebenar ekonomi US dalam jangka pendek.

Ia digunakan oleh pelabur, kerajaan dan bank pusat untuk buat keputusan kewangan dan dasar ekonomi.

Laporan malam ini menunjukkan ekonomi Amerika Syarikat โ€” menguncup sebanyak 0.3% pada suku pertama tahun 2025, sesuatu yang tidak berlaku sejak 3 tahun lalu.

Ya, Amerika, kuasa ekonomi dunia, kini sedang mengalami kelembapan ekonomi.

Jom kaji apa kesannya kepada kita, terutamanya yang melabur dalam EMAS?

Mari saya kongsikan sedikit analisisโ€ฆ

Menurut laporan, penguncupan ini berlaku kerana lonjakan besar dalam import oleh syarikat-syarikat A.S.

Mereka berlumba-lumba mengimport barangan sebelum tarif baru (cukai import) dikenakan oleh kerajaan.

Kerajaan telah mengenakan tarif setinggi 10% ke atas semua import, dan sehingga 145% untuk barangan dari China.

Syarikat takut harga barang akan naik, jadi mereka โ€˜borongโ€™ stok lebih awal โ€” kesannya, import meningkat secara drastik dan menyebabkan defisit perdagangan (import lebih tinggi daripada eksport) yang besar, sekali gus menekan pertumbuhan KDNK.

Apakah kesan terhadap harga emas?

Sekarang ini harga emas berada di bawah harga puncak USD3500 / Oz.

Namun, harga emas mula naik sejurus selepas laporan ini keluar.

Walaupun berlaku sedikit โ€˜profit takingโ€™ dalam pasaran emas (pelabur menjual untuk ambil keuntungan), namun secara jangka sederhana dan panjang, keadaan ekonomi yang tidak menentu ini sebenarnya memberi berita baik untuk pelabur emas.

Kenapa?

Sebab emas adalah aset selamat ketika krisis seperti ini.

Bila ekonomi bergoncang, pelabur seluruh dunia akan mula mencari aset yang boleh lindungi nilai kekayaan mereka.

Bila ekonomi tak stabil, permintaan terhadap emas akan meningkat, dan ini biasanya akan menaikkan harganya (tengok aja reaksi harga as malam nie)

Penguncupan ekonomi boleh memberi tekanan kepada dolar A.S., dan bila dolar melemah, harga emas global (yang diniagakan dalam USD) akan naik.

Jadi pelabur emas akan untung dalam dua arah โ€” kenaikan harga emas dan juga penurunan nilai dolar.

Isu tarif yg dikenakan ke atas China menyebabkan harga barang naik โ€” ini boleh mencetuskan inflasi di US.

Dalam zaman inflasi, wang fiat hilang nilaiโ€ฆ tapi emas kekal bernilai.

Inilah fungsi emas sebagai โ€œpelindung nilaiโ€ terhadap inflasi.

Apa nak buat?

Bagi pelabur yang dah mula simpan emas โ€” tahniah, anda berada di landasan yang betul!

Teruskan konsisten menambah gram emas anda, especially topup gram GAP waktu harga tengah rendah nie.

Topup sebelum jam 12 malam gais!

Ps: Kalau anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan fb anda.

#NotaEmasSyukorHashim
#PelaburanEmas
#publicgold
Gais.

Semalam, selepas data GDP keluar, harga emas naik.

Namun selepas itu, harga emas mencatatkan penurunan.

Kenapa?

Pada hari Khamis, 1 Mei 2025, harga emas jatuh dengan ketara โ€“ lebih daripada 1.6% โ€“ dan mencecah paras terendah dalam dua minggu, sekitar $3,235 satu auns.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Jawapannya melibatkan beberapa faktor utama yang berlaku serentak:

1. Pelabur mula berani mengambil risiko.

Pelabur kini lebih yakin terhadap pasaran saham dan pelaburan berisiko.

Ini kerana ketegangan perdagangan global semakin reda, dan ada perkembangan positif dalam perjanjian perdagangan antara AS, India, Korea Selatan dan Jepun.

Media China juga melaporkan bahawa pihak US telah menghubungi pihak China bagi membuat rundingan perdagangan.

Bila pelabur rasa yakin, mereka tinggalkan aset selamat seperti emas, dan beralih kepada pelaburan yang berpotensi beri pulangan lebih tinggi.

2. Nilai Dolar AS Semakin Kuat

Bila dolar Amerika Syarikat mengukuh, harga emas secara automatik jadi lebih mahal bagi pelabur antarabangsa.

Ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun dan menyumbang kepada kejatuhan harganya.

3. Pelabur menunggu data NFP (Non farm payroll) esok.

Pelabur sedang menantikan laporan pekerjaan bukan pertanian (non-farm payroll) dari AS, yang boleh mempengaruhi keputusan Federal Reserve tentang kadar faedah.

Sebarang petanda bahawa Fed mungkin menurunkan kadar faedah akan memberi kesan kepada arah pasaran emas.

4. Pelabur emas ambil untung.

Emas sebelum ini telah mencecah paras tertinggi lebih $3,500 satu auns.

Ramai pelabur ambil peluang untuk jual dan ambil keuntungan.

Bila ramai pelabur emas menjual sekaligus, tekanan jualan ini menyebabkan harga emas jatuh.

Kesimpulannya:

Penurunan harga emas ini bukan disebabkan oleh satu faktor sahaja, tetapi gabungan perubahan sentimen pelabur, pengukuhan dolar, jangkaan data ekonomi, dan tindakan ambil untung.

Ini perkara biasa dalam dunia pelaburan โ€“ naik dan turun sentiasa berlaku.

Saya selalu menulis โ€œHarga emas boleh jatuh dalam jangka masa pendekโ€, seperti yang berlaku sekarang.

Sebab itu, anda perlu beli emas fizikal dengan mindset simpan untuk 3 tahun.

Adakah ini peluang untuk kita beli emas pada harga diskaun?

Kita tunggu laporan besar NFP esok, Jumaat, jam 8.30 malam.

Sila share jika bermanfaat.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#HargaEmas #PelaburanEmas #BijakMelabur #PasaranKewangan #Emas2025
Gais.

Malam nie (5/5/2025) harga emas naik mendadak.

Apa sebabnya?

Jawapan: Ia berkaitan tentang pengumuman Presiden Donald Trump mengenai tarif sebanyak 100% ke atas filem yang dihasilkan di luar negara.

Langkah dasar yang tidak dijangka ini telah meningkatkan ketakutan terhadap perang perdagangan global, menyebabkan penurunan ketara dalam indeks utama seperti Dow Jones Industrial Average, S&P 500, dan Nasdaq.

Harga emas melonjak naik, dengan harga emas semasa melebihi $3,300 per auns โ€” satu peningkatan ketara selepas kejatuhan minggu sebelumnya.

Kenaikan ini bukan sahaja disebabkan oleh ketidaktentuan perdagangan, tetapi juga faktor geopolitik dan penyusutan nilai dolar AS.

Mesyuarat polisi Rizab Persekutuan (Fed) yang akan datang turut menjadi tumpuan.

Walaupun tiada perubahan kadar faedah dijangka dalam masa terdekat, ketidaktentuan ekonomi yang berterusan dan kebimbangan terhadap inflasi telah meningkatkan tarikan emas.

Penganalisis menjangka Fed mungkin menangguhkan sebarang pemotongan kadar sehingga terdapat bukti yang lebih jelas mengenai kelembapan ekonomi, sekali gus menyokong kedudukan emas sebagai lindung nilai terhadap kejatuhan pasaran.

Kesimpulannya, gabungan ketegangan perdagangan yang diperbaharui, ketidaktentuan pasaran, dan risiko geopolitik mendorong pelabur beralih kepada emas โ€” sekali lagi menegaskan peranannya sebagai aset perlindungan tradisional ketika ketidakstabilan ekonomi.

Gais.

Harga emas sukar diramalkan.

Ia boleh turun atau naik dengan cepat dan banyak bergantung kepada news yang keluar.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
Gais.

Sekarang anda boleh tempah emas Public Gold untuk syarikat, atau untuk hadiah kepada staff syarikat dan banyak lagi.

Anda Impikan, Public Gold realisasikan!

Sama ada bentuk rumah idaman, kapal terbang mewah, kereta eksotik atau apa sahaja rekaan unik dari imaginasi anda โ€” Public Gold boleh cipta segalanya dalam bentuk jongkong emas.

Emas tempahan khas ini sesuai untuk pelbagai majlis dan tujuan istimewa seperti:

๐Ÿ† Hadiah Korporat Premium โ€“ Lambang penghargaan tertinggi untuk rakan niaga dan pelanggan utama.

๐ŸŽ–๏ธ Penghargaan Pekerja Cemerlang โ€“ Anugerah berprestij yang akan dikenang selamanya.

๐ŸŽ‰ Sambutan Ulang Tahun Syarikat โ€“ Simbol kejayaan syarikat yang membanggakan!

Cipta kenangan abadi dengan gold bar rekaan khas hanya dari Public Gold!

Anda berminat wassap saya
http://wasap.my/60129151907/design

#NotaEmasSyukorHashim
#PublicGold #GoldBarEksklusif #EmasTempahanKhas #HadiahKorporat #PenghargaanPekerja #RekaanEmasUnik #CustomGoldBar #GoldMinting #EmasKenangan #Dinar #EmasUntukSemua
๐ŸŽ‰๐๐„๐Œ๐๐”๐Š๐€๐€๐ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐๐† ๐‰๐„๐–๐„๐‹๐ŸŽ‰
PG Jewel kini lebih dekat dengan anda! โœจ

Kami dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa ๐œ๐š๐ฐ๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ญ๐š๐ฆ๐š ๐๐† ๐‰๐ž๐ฐ๐ž๐ฅ di ๐’๐š๐›๐š๐ก akan dibuka secara rasmi pada ๐Ÿ ๐‰๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ (๐€๐ก๐š๐)!๐ŸŽ‰

๐Ÿ“ Lokasi:
๐๐š๐ญ๐š๐ซ๐š๐ฌ ๐‡๐ฒ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ซ๐ค๐ž๐ญ ๐Š๐จ๐ฅ๐จ๐ฆ๐›๐จ๐ง๐ , ๐Š๐จ๐ญ๐š ๐Š๐ข๐ง๐š๐›๐š๐ฅ๐ฎ, ๐’๐š๐›๐š๐ก

๐€๐ฉ๐š ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐ฆ๐ž๐ง๐š๐ง๐ญ๐ข ๐€๐ง๐๐š :
๐Ÿ’Ž Emas perhiasan 999 & 916 dengan rekaan eksklusif
โœจ Pengeluaran Emas Perhiasan 999 daripada Akaun GAP
๐Ÿ“ˆ Beli emas terpakai
๐ŸŽ Promosi hebat sempena pembukaa

๐Ÿ“… ๐’๐š๐ฏ๐ž ๐ญ๐ก๐ž ๐๐š๐ญ๐ž: ๐Ÿ ๐‰๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke Majlis Pembukaan Rasmi yang penuh dengan kejutan, dan promosi istimewa!

#PGJewel #CawanganBaru #KotaKinabalu #PGJewelSabah #BukaCawangan #Emas916 #Emas999 #PublicGold #GrandOpeningSabah
Analisis harga emas 23/5/2025.

Gais.

Malam nie harga emas tiba-tiba harga emas mencanak naik (54.03 USD/Oz) menjadi USD3351.31

Apa sebabnya?

Jom saya buat analis untuk anda.

Malam nie ada satu news yang keluar dan ia meningkat ketegangan dalam perang perdagangan.

Donald Trump mengumumkan cadangan tarif baharu โ€” 25% ke atas iPhone yang tidak dikilangkan di AS dan 50% tarif terhadap semua import dari Kesatuan Eropah bermula hujung minggu depan.

Reaksi pasaran adalah serta-merta dan negatif, dengan saham Apple menjunam lebih 3% manakala indeks pasaran hadapan S&P 500 dan Eurostoxx 600 turut terjejas.

Berita ini menyebabkan harga emas memberikan tindakbalas positif.

Sebagai aset lindung nilai, emas mencatatkan lonjakan harga sebanyak 1.1% dan melepasi paras $3,300 seauns โ€” satu peningkatan yang signifikan.

Walaupun harga emas jatuh mendadak minggu lepas (14/5/2025) disebabkan perkembangan positif antara US dan China, namun ia tidak bermaksud harga emas akan terus jatuh.

Perang perdagangan antara US dan the rest of the world masih wujud dan masih hangat.

Apabila ada negatif news yang keluar (seperti malam nie), harga emas boleh mendadak naik.

Pada pendapat saya, bila harga emas menjunam, itu adalah peluang membeli aset mahal pada harga murah.

Ingat strategi pelaburan emas.

1. Tambah gram emas anda dari masa ke semasa.

2. Fikir jangka masa panjang (2 tahun ke atas)

3. Bila harga jatuh banyak, itu adalah peluang membeli aset mahal pada harga murah.

Sekian.

Sila share jika bermanfaat.

23/5/2025 jam 8.50 malam.

#emas
#publicgold
#EkonomiGlobal #PasaranEmas #AnalisisEkonomi #SafeHavenAssets #PelaburanBijak
Setiap Selasa , Wajib hadir weekly Zoom meeting #teampg1m :)

Pesanan Madam Mona
๐Ÿ‘‡๐Ÿ‘‡
Weekly Meeting PG1M kali ini Mdm Mona berkongsi topik Goal Setting.

Semua PGBO, mesti jadi FMD dengan 1000 frontline. Sooner or later kita akan capai juga matlamat yang hendak dicapai.

Cuba kita tengok baby penyu. Dari saat mula menetas, sampailah ia sampai ke gigi air. Banyak cabaran yang perlu baby penyu harungi untuk meneruskan hidup. Sebab habitat penyu bukan di atas pasir, tetapi di dalam laut!

Apabila baby penyu berjaya mengharungi dugaan dan cabaran, sampai juga ke gigi air. Ini bukan lah kejayaan, tapi permulaan untuk cabaran yang seterusnya. Baby penyu perlu survive di lautan yang terbentang luas!

Sama lah macam PGBO, dah terbuka satu pintu, teruskan perjalanan untuk membuka pintu seterusnya!!

If you want to go fast, go alone.
If you want to go far, go together with PG1M.

Untuk dealerยฒ aktif Mona, terus berusaha. Kerana hasil tidak mengkhianati usaha.

#familyPG1M #1000FMD #1000FL #PG1M
#PUBLICGOLD
.
Analisis harga emas 4/6/2025

Gais.

Hari ini saya nak kongsikan satu laporan penting yang keluar malam ini iaitu ADP report.

Laporan ini boleh menggerakkan harga emas.

Menurut laporan yang keluar malam ini oleh ADP (Automatic Data Processing), kadar pengambilan pekerja sektor swasta di Amerika Syarikat bagi bulan Mei hanya meningkat sebanyak 37,000 pekerjaan sahaja โ€” ini adalah peningkatan paling rendah sejak tahun 2023.

Untuk ekonomi sebesar AS, angka ini sangat mengejutkan.

Laporan ini menunjukkan bahawa ekonomi terbesar dunia itu sedang mengalami kelembapan pertumbuhan.

Para majikan semakin berhati-hati dalam mengambil pekerja baru, dan ini biasanya menunjukkan mereka menjangkakan suasana ekonomi yang tidak menentu atau perlahan.

Bila ekonomi AS perlahan, apa yang biasanya berlaku?

โžก๏ธ Federal Reserve (bank pusat AS) mungkin akan mula mempertimbangkan untuk memotong kadar faedah.

โžก๏ธ Nilai dolar AS akan melemah.

โžก๏ธ Permintaan terhadap aset selamat (safe haven) seperti emas akan meningkat.

Untuk pengetahuan anda, harga emas seringkali melonjak naik apabila kadar faedah rendah dan dolar melemah.

Ini kerana pelabur akan mencari alternatif yang lebih selamat dan stabil โ€” dan emas adalah antara pilihan utama.

Kepada anda yang menyimpan atau melabur dalam emas fizikal โ€” seperti jongkong emas, dinar, atau barang kemas pelaburan โ€” inilah masanya untuk terus menyimpan dengan konsisten.

Jika anda sudah menyimpan, tahniah! Anda berada dalam landasan yang betul.

Jika anda masih belum mula, sekarang ialah waktu terbaik untuk mula ambil langkah pertama.

Ingat, pelaburan emas bukan sekadar tentang โ€œbeli murah jual mahalโ€ โ€” ia juga tentang melindungi nilai kekayaan anda untuk jangka panjang.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#EmasNaik #PG1M
Gais,

Ada story saya nak share, semoga memberi inspirasi kepada anda.

Seorang customer susurgalur saya, En K telah membuat keputusan untuk menyimpan emas Public Gold secara konsisten.

Apa yang beliau buat?

Beliau terus set GAP autodebit sebanyak RM1000 sebulan selama 5 tahun terus! ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜†

Beliau start autodebit 29/4/2025 sehingga 29/3/2030 (tengok gambar)

Dengan kata lain, setiap bulan akaun bank beliau akan ditolak dan gram emas akan masuk ke dalam akaun GAP beliau.

Jadi setiap bulan selama 5 tahun, gram emas beliau akan bertambah secara automatik, tak kira samada harga naik atau turun.

Orang yang set autodebit macam nie, dia adalah penyimpan emas tegar.

Dia tak peduli harga emas, dia hanya nak tukar duit jadi gram emas.

Ikut pengalaman saya, orang yang konsisten dan fikir jangka panjang, dia akan beruntung dengan emas, InShaAllah.

Selain itu, Public Gold juga buat cabutan bertuah menang gold bar 10g dan banyak lagi hadiah, untuk anda yang buat autodebit.

Jadi, selain gram emas bertambah, anda berpeluang dapat cabutan bertuah!

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#PG1M
Gais,

Malam nie ada satu laporan penting yang keluar jam 8.30 malam iaitu Consumer Price Index (bulan Mei)

Laporan ini menunjukkan kenaikan tahunan CPI pada bulan Mei adalah sebanyak 2.4%, sedikit meningkat berbanding 2.3% pada April.

Ini masih merupakan peningkatan tahunan paling rendah sejak Februari 2021.

Sejurus selepas laporan ini keluar, harga emas memberikan reaksi positif.

Namun selepas itu, ia mula turun balik. Dengan kata lain, laporan malam nie memberikan impak sementara sahaja.

Untuk pembeli emas fizikal, kita tak terasa sangat, tapi kalau ada orang trade spot gold / futures maka harga spike macam nie boleh menyebabkan untung banyak ataupun terus bungkus akaun trade dia.

Ramai penganalisis kini percaya bahawa emas mempunyai potensi untuk terus meningkat dalam bulan-bulan akan datang โ€” terutamanya jika inflasi terus naik atau jika Fed berkeras untuk tidak menurunkan kadar faedah.

Gais.

Emas bukan sekadar komoditi โ€” ia adalah insurans kekayaan.

Samada harga naik atau turun, pastikan gram emas anda meningkat.

Sekian melaporkan.

#NotaEmasSyukorHashim
#publicgold
#Emas #