Channel ilmu emas Jennyfine
339 subscribers
11.4K photos
672 videos
9 files
4.16K links
Update info emas
Download Telegram
Akhirnya emas digunakan sebagai duit.

Berita dalam Bloomberg bertarikh 20 Oktober 2021 menceritakan rakyat Venezuela terpaksa memecahkan kepingan emas mereka untuk membayar makanan dan perkhidmatan gunting rambut.

Orang cakap sebelum ini, alaa buat apa simpan emas? Bukan boleh beli nasi lemak pun!

Haa, ini dah berlaku di Venezuela, nak beli makanan dan gunting rambut pun bayar dengan emas!

Di kedai gunting dan restoran, anda akan lihat harga dipamerkan dalam gram emas.

🌃Tinggal di hotel 1 malam, harga setengah gram emas.

🥮Makan tengahari di Chinese restaurant, suku gram emas.

💇🏻‍♂️Gunting rambut? 1/8 gram emas.

Mereka anggarkan 1/8 gram tu daripada 3 kepingan kecil yang bersamaan dengan $5.

Pendek kata, di Venezuela, anda boleh bayar apa saja dengan emas.

Menurut Mentor Wang Azizi Ali, setiap 100 tahun, matawang dunia akan berubah. Menurut beliau ‘Dollar is dying’.

Tidak mustahil emas akan mengambil alih sistem kewangan dan ekonomi dunia.

Emas adalah satu-satunya instrumen kewangan yang tidak boleh dicipta dan dibinasakan.

Link artikel asal : https://www.bloomberg.com/news/articles/2021-10-20/venezuelans-break-off-flakes-of-gold-to-pay-for-meals-haircuts

#sumber
#catatanemassyarhaida