Channel ilmu emas Jennyfine
346 subscribers
11.2K photos
650 videos
9 files
4.07K links
Update info emas
Download Telegram
πŠπ„ππ€ππ€ 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐒𝐀𝐒 πŒπˆπ‚π‘πŽπ’πŽπ…π“ π“π€πŠ ππ„ππ€π‘πŠπ€π π€ππ€πŠππ˜π€ ππ„π‘πŠπ€π‡π–πˆπ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 π‹π„π‹π€πŠπˆ πŒπˆπ’πŠπˆπ?

Ia bukan tentang duit.

Tapi beliau melihat nilai yang ada pada diri orang kaya itu.

Kekayaan ada di dalam diri, bukannya di dalam poket.

Mindset, sikap, tabiat, ilmu dan pengalaman, itulah kekayaan yang ada dalam diri yang membuatkan duit datang lagi dan lagi.

Nak kaya, fokus bina diri. Bukan sekadar poket.

Orang kaya tak semestinya sudah ada duit banyak. Orang yang ada duit banyak tak semestinya kaya.

Tapi kalau seseorang tu dirinya sudah kaya, cepat atau lambat duit banyak itu akan datang juga.

Orang yang tak kaya tapi ada duit banyak, duit itu tak akan bertahan lama. Cepat atau lambat duitnya itu akan habis juga.

#TipKekayaan

[... KLIK untuk baca artikel penuh]https://www.facebook.com/1674892932801852/posts/2861756290782171/
Orang ada, kita pun nak ada juga.

Duit sentiasa tak cukup, kadang-kadang bukan sebab gaji tak cukup. Tapi sebab keinginan yang besar... Berbelanja yang bukan-bukan, yang sebenarnya bukan keperluan pun. Tengok orang lain ada, kita pun nak ada juga. Tak nak kalah...

Kalau benar-benar mampu tak ada hal lah... Tak mampu tapi tak nak kalah... Itulah yang bermasalah...

Akhirnya rumah kita dan hidup kita penuh dengan 'sampah' - barang yang tak diperlukan dan tak dimanfaatkan...

Kita resah dengan apa yang belum ada. Sedangkan apa kita dah ada, belum lagi kita nikmati sehabisnya.

Ia bukan masalah kewangan, tapi masalah nafsu... Nafsu itulah yang nak kena didik...

Salah satu cara mendidik rasa "cukup" (dengan apa yang ada), dan hilangkan rasa resah tengok apa yang orang lain ada (yang akhirnya menyebabkan duit kita selalu bocor terbeli barang-barang yang sebenarnya kita tak perlukan), sentiasalah ziarah orang lebih susah.

Dan lihatlah mereka yang ditimpa musibah.

Nescaya kita akan rasa bertuah dan mewah berbanding mereka.

Kalau ada peluang, libatkan diri dengan misi membantu orang susah, atau yang ditimpa bencana. Ia bukan hanya untuk bantu mereka, tapi yang lebih penting, untuk bantu kita sendiri...

Mendidik diri kita supaya SYUKUR dengan apa yang ada, dan SABAR dengan apa yang belum ada...

Saya masih ingat ketika saya menjadi Exco Kebajikan Masjid Damansara Damai tahun 2010 dulu, selepas berziarah dan hantar bantuan kepada salah seorang ibu tinggal (ya "ibu tinggal", bukan "ibu tunggal") dengan 4 orang anak-anaknya, terus saya rasa insaf...

Rasa bertuah, bahkan saya rasa hidup saya sangat mewah.

Walaupun ketika tu kami sekeluarga masih tinggal di rumah yang kecil (rumah flat) di Damansara Damai, tapi saya rasa macam duduk di kondominium mewah! Kereta buruk saya tu rasa macam kereta mewah Mercedes Benz!

Ya lah... Ibu tinggal tu cuma menyewa sebuah stor kecil. Tak ada kenderaan. Dia cuma berjalan kaki sahaja pergi ke mana-mana. Anak-anak pula masih kecil... Anak sulong umur 7 tahun. Paling bongsu umur 3 bulan...

Hidupnya sangat susah... Tapi air mukanya kelihatan tenang-tentang sahaja... Tak nampak susah...

Lepas ziarah beliau, tak semena-mena saya rasa bertambah kaya dan mewah! Alhamdulillah...

Barulah saya sedar... Itulah antara hikmahnya kenapa Nabi s.a.w. sarankan kita berziarah orang sakit, bantu orang susah, ziarah kematian... Semua tu sebenarnya bukan untuk mereka, tapi untuk kebaikan diri kita sendiri.

Ia mendidik diri rasa syukur, rasa cukup dengan apa yang ada, dan bersabar dengan apa yang belum ada.

Dengan kerja-kerja amal begitu, kita akan rasa apa yang Tuhan dah berikan kepada kita, sebenarnya "dah cukup" bagus untuk kita rasa syukur...

Kesusahan dan kesempitan yang kita alami, mungkin bukan disebabkan tak cukup duit, tapi tak cukup bersyukur...

Allahu a'lam.

Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah (ο·Ί) bersabda,
β€œPandanglah orang yang lebih rendah daripada kamu (dalam hal kekayaan dan penampilan fizikal), dan jangan melihat kepada orang yang lebih tinggi daripada kamu, kerana demikian itu lebih baik agar kamu tidak menggap remeh nikmat Allah yang telah dikurniakan kepadamu.”

(HR Bukhari dan Muslim)

#IslahDiri #TipKekayaan

Kredit Tn.Mohd Zulkifli shafie